SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Isnin, Mac 01, 2010

Definisi Bacaan Mekanis

Definisi Bacaan Mekanis

Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi, menambah ilmu, memahami orang lain dan sebagainya (Raminah Haji Sabran,1993). Oleh itu, guru Bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan pelajar mereka dalam penguasaan Bahasa Melayu, khasnya kemahiran membaca.

Membaca besuara sering juga memakai nama-nama yang berbeza seperti bacaan mekanis, membaca oral, membaca kuat dan membaca nyaring. Walau apapun nama yang digunakan, membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul; dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan yang dibaca. Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh. Ia juga harus mengelompokkan kata-kata dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para pendengar.

Membaca mekanis merupakan satu ketrampilan yang serba rumit dan kompleks. Ia menuntut pengertian terhadap aksara di atas halaman kertas dan memproduksi suara yang tepat dan bermakna. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, membaca mekanis yang ditumpukan lebih berfokus kepada usaha menganalisis pengucapan daripada pemahaman. Membaca mekanis adalah satu teknik yang mampu memenuhi pelbagai ragam tujuan serta mengembangkan ketrampilan dan minat.

Bagi membina kebolehan membaca dalam kalangan pelajar yang lemah membaca, aktiviti bacaan mekanis berdasarkan Teori Behaviourisme boleh diaplikasikan. Pelopor kepada
teori ini ialah Bloomfeild, Edaward Sapir, Fries, Boas dan Brooks. Ahli psikologi bagi aliran Behaviourisme pula ialah Skinner, Pavlov, Hull dan Thorndike. Ahli-ahli psikologi ini menekankan aspek pelaziman melalui Teori Pelaziman Klasik. Ini bermakna, sesuatu perkara atau hal mesti dilakukan secara lazim untuk membentuk kebiasaan dan perubahan yang berkekalan. Golongan ini juga berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Ini membawa maksud, pengajaran bahasa khasnya membaca seharusnya menekankan latihan dan pengulangan yang banyak.

Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran yang dimaksudkan termasuklah pelakuan guru, rakan-rakan serta suasana di dalam bilik darjah. Teori ini sesuai diaplikasikan terhadap pelajar yang lemah membaca.

1.4 Aktiviti Bacaan Mekanis

Antara aktiviti bacaan mekanis berdasarkan Teori Behaviourisme yang boleh dilaksanakan kepada pelajar yang lemah membaca ialah:
a). Pelajar diberikan satu petikan yang bertajuk “Akibat Bercakap Bohong”. Petikan ini ialah satu petikan yang mudah dan ringkas sesuai dengan tahap kemahiran membaca bagi pelajar yang lemah.
b). Seterusnya, pelajar diminta membaca petikan tersebut secara perlahan atau bacaan mental dalam masa lima minit. Semasa aktiviti ini, guru akan memberikan kata-kata rangsangan kepada pelajar untuk menggalak dan memotivasikan pelajar untuk membaca petikan dengan tekun. Kata-kata seperti “Saya sangat menghargai pelajar yang dapat membaca petikan yang diberikan dengan tekun. Saya juga pasti kamu semua akan membaca petikan ini secara senyap dan memahamkan ceritanya”
c). Bersoal jawab mengenai jalan cerita petikan dan membantu pelajar memahami perkataan dan rangkai kata yang susah dari segi sebutan dan makna perkataan itu. Antara perkataan sukar yang terdapat dalam petikan “Akibat Bercakap Bohong”ialah ponteng, melastik, berkicauan, menyesal dan membohongi.
d). Guru membaca sebagai contoh dan pelajar melihat petikan sambil menyemak bacaan guru.
e). Seterusnya, guru membaca petikan dan para pelajar akan mengikut bacaan guru. Pada permulaan, keseluruhan kelas akan mengikut bacaan guru. Seterusnya, untuk proses pengulangan sebagaimana menurut ahli psikologi Behaviourisme penting untuk penguasaan bahasa, bacaan oleh guru akan diikuti pula oleh pelajar mengikut kumpulan-kumpulan kecil. Di sini, proses pengulangan akan berlaku yang membolehkan pelajar lemah menguasai kemahiran membaca.
f). Selanjutnya, guru berbincang dan bersoal jawab dengan pelajar mengenai isi bacaan untuk menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara lisan dan bertulis. Penggunaan kata-kata ‘bagus’, ‘baik’, senyuman guru, anggukan kepala dan sebagainya akan memberikan rangsangan kepada pelajar untuk menjawab soalan lisan guru, iaitu gerak balas dalam bentuk bahasa.
f). Aktiviti seterusnya, pelajar akan menyebut berulang kali perkataan sukar yang telah dikenal pasti. Perkataan ‘ponteng’, ‘melastik’, ‘berkicauan’, ‘menyesal’ dan ‘membohongi’ akan dibaca secara kuat oleh pelajar berulang kali. Hal ini perlu dilakukan kerana ahli Behaviourisme mempercayai bahawa proses pengulangan amat penting dalm penguasaan kemahiran membaca.
g). Berikutnya, beberapa pelajar akan dipilih untuk membaca perkataan tersebut. Guru akan menyebut nama pelajar dan akan memberi pujian sekiranya pelajar membaca perkataan tersebut dengan betul. Sebaliknya, bagi pelajar yang masih gagal membaca dan menyebut perkataan itu dengan tepat, hukuman berbentuk berdiri akan dikenakan. Aktiviti ini adalah selaras dengan Teori Pelaziman Klasik oleh ahli Behaviourisme.
h). Seterusnya, pelajar akan diminta membaca petikan secara individu. Setiap pelajar membaca satu ayat dan disambung oleh pelajar lain. Hal yang sama boleh dilakukan guru iaitu bagi pelajar yang mampu membaca ayat dengan betul dan tepat, ganjaran berupa pujian akan diberikan. Sebaliknya bagi pelajar yang gagal membaca dengan tepat, hukuman pula akan dikenakan.
i). Akhir sekali, pelajar dikehendaki membina ayat menggunakan perkataan sukar sebagai pengukuhan. Menurut ahli Teori Behaviourisme, aspek pengukuhan amat dipentingkan supaya ilmu yang diperolehi pelajar akan mudah diingati oleh mereka. Jika ada pelajar yang gagal membina ayat dengan betul, maka guru boleh membetulkan kesalahan itu. Hal ini kerana berdasarkan fahaman golongan ini, pengajaran bacaan dan tatabahasa adalah berdasarkan penekanan induktif atau kaedah terus, dengar dan tutur, dan teknik latih tubi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan