SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Jumaat, Februari 25, 2011

PENDEKAR AZIZULHASNI AWANG

Kayu sepanjang 20 cm menembusi betis Azizul
Bayangkan kalau kayu tu tembusi betis kamu..Apa tindakan kamu?
a. Menangis
b. Menjerit
c. Naik ambulans
d. Cabut kayu tu
e. Jerit "Mak!!!"
f. Biarkan je, pastu terus kayuh basikal tu

Ok tak perlu susah2 nak jawab. Kemalangan ni menimpa Azizulhasni, pelumba trek sensasi negara dalam Kejohanan Dunia di Manchester baru-baru ni. Tindakan beliau?

The Pocket Rocketman mengambil satu tindakan luar biasa dengan bangun dan meneruskan kayuhan sehingga mampu mendapat pingat gangsa. Daripada 6-7 orang pelumba yang terbabit kemalangan, cuma Azizul dan seorang pelumba lain yang tidak mengalami kecederaan serius bangkit dan menamatkan perlumbaan. Pelumba-pelumba lain tidak mampu mencecah penamat walaupun kecederaan mereka tidak serius berbanding Azizul.



Hasilnya, dengan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga Azizul masih mampu mengekalkan kedudukan ranking pertama dunia acara keirin (Jersi Putih), di depan musuh tradisi Sir Chris Hoy.

Inilah atlet yang kita cari. Atlet bersemangat pendekar sebagaimana dilabel sesetengah media, atlet yang komitmen 110%, waja dan aku sendiri pun tak tau perkataan apa lagi yang sesuai untuk menggambarkan kecekalan beliau. Malah, sewaktu dalam kesakitan tersebut Azizul masih sempat menyatakan yang beliau nak muncul johan Sukan Olimpik London 2012

AZIZUL NELANG

Ahad, Februari 20, 2011

HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG (MAJLIS PERPISAHAN)

Selama 14 tahun berkhidmat di Pengerang, Johor termasuk 9 tahun di Sekolah Kebangsaan Tanjung Pengelih sahaja. Aku juga adalah generasi guru yang pertama bertugas di SK Tanjung Pengelih yang mula dibuka pada Jun 2002; yang masih kekal. Tapi adat la, ada pertemuan mesti ada perpisahan. Perasaan bercampur baur gak. Orang cakap pe..Tempat jatuh lagi dikenang, ni kan pulak tempat bermain.

Semalam, Jumaat 18 Februari 2011; aku diraikan dalam satu majlis. Majlis Perpisahan sempena pertukaran aku ke SK. Seberang Takir Terengganu. Aduh..sayu gak hati kering aku ni. Terutama time persembahan khas oleh murid Tahun 6. Lirik nasyid tu touching la..

terima cenderahati daripada Guru Besar, Pn Norilah
 Kepada semua murid, selamat maju jaya dan jadi lah pelajar yang cemerlang dalam semua aspek. Kepada rakan guru dan staf, ampun dan maaf dipinta. Semoga jalinan persahabatan terus terbina antara kita.


pelajar-pelajar Tahun 6
  
cenderahati dari Aqilah-wakil Tahun 6

persembahan khas nasyid Tahun 6

nasyid-dah ada yang nangis







Kenangan di SK Tanjung Pengelih memang sukar dilupakan..Ye la..Bukan semudah men'delete' mesej inbox dalam handphone.
 


Sabtu, Februari 19, 2011

KEMAHIRAN PERSEPSI MOTOR

Ringkasan Nota

1. Aktiviti persepsi motor adalah penting dalam mengajar kanak-kanak terutama pelajar pra sekolah membuat gerakan berkordinasi

2. Persepsi motor juga penting dalam membantu kanak-kanak membaca. Kemahiran persepsi membolehkan kanak-kanak mahir mengenal dan mentafsir huruf isyarat

3. Imbangan bermaksud kebolehan untuk seseorang mengawal dan mengekalkan posisi badan semasa melakukan aktiviti 
Aktiviti imbangan: Meniti Tali
4. Apabila jumlah tindakan daya pada pusat graviti adalah sifar, keseimbangan akan tercapai

5.  Objek yang mempunyai kedudukan pusat graviti yang rendah dan tapak yang lebar adalah lebih seimbang

6. Koklea yang terdapat dalam organ merupakan bahagian dalam organ pendengaran yang memelihara keseimbangan tubuh badan

Jumaat, Februari 18, 2011

HIGH LEVEL MATCH - ARSENAL vs BARCELONA (UEFA CHAMPIONS LEAGUE)

Pertemuan 2 pasukan yang aku follow, Arsenal dan Barcelona dalam kempen Liga Juara Juara Eropah di Emirates Stadium, London. Tuan rumah Arsenal menang 2-1 walaupun pada satu masa ketinggalan 0-1. Pertemuan kedua dalam pusingan kedua ni akan berlangsung di Nou Camp 2 minggu lagi.

Biarpun menang, Barcelona tetap ada kelebihan iaitu jaringan away. Perlawanan malam tadi memang sangat rancak. Aku minat dua team ni sebab kedua-dua team ni mengamalkan corak ofensif. Taktik menyerang dengan hantaran-hantaran pendek, hantaran bola bawah/leret, dan total football. Dua team ni memiliki corak permainan hampir serupa.


Team Barcelona

Team Arsenal

 Dua team ni juga team yang fair play. Corak pemainan bersih dan tak de player-player macam C. Ronaldo dan R. Carvalho (Real Mad.), Nigel De Jong (Man C), G. Ivanovic (Chelsea); yang main macam nak patahkan kaki orang. Main asyik nak makan orang je.

Harap satu daripada team ni masuk final..Sayang la..Jumpa awal sangat

KEMAHIRAN MENCURI KERETA (SKILL TERBARU)- JANGAN TIRU

Ok..catatan ni aku dapat dari facebook sorang kawan aku. Bila aku baca, aku rasa terpanggil untuk kongsi benda ni ngan semua pengikut wilayah aku ni. Semoga dapat memberi sedikit manfaat.. Ok..baca je (aku copy paste je)

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA"

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka pintu kereta dan masuk ke dalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat di tengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai di bahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk ke dalam kereta dan memecut pergi. Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit anda masih di dalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ke tangan orang lain. Zaman sekarang mcm2 boleh jadi. Kena banyak beringat



.

Selasa, Februari 15, 2011

KEJOHANAN PING PONG MSSD PENGERANG 2011

OK..nak cerita pasal lain pulak. Karang kalo cerita sama je boring pulak audiens aku. 

10 Februari 2011, SK. Tanjung Pengelih telah menganjurkan Kejohanan Ping Pong MSSD Pengerang 2011 setelah diberi hak sebagai pengelola oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi.

Setelah bertungkus lumus selama seminggu lebih, maka kejohanan tersebut telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Kampung Jawa, Pengerang.

Sebanyak 7 buah sekolah menengah dan 9 buah sekolah rendah telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Ni antara gambar-gambar yang sempat diambil pada hari tersebut..

suasana hari kejohanan

aksi pemain L12


aksi pemain sekolah aku-dapat tempat ketiga je

Pemain L18 berentap

acara majlis penutup


barisan pemain yang terpilih ke MSSJ di Mersing


penyampaian hadiah kepada pemenang-macam kenal je


Sekalung penghargaan kepada semua guru SK. Tanjung Pengelih yang terlibat menjayakan kejohanan ini dengan lancar dan berjaya..

TANGAN KANAN ATAU KIRI?

Umum mengetahui, adab makan bagi orang Islam ialah menggunakan tangan kanan. Sekiranya kita makan dengan sudu atau garfu, pastinya suapan kita bermula dengan tangan kanan. Apa yang saya hendak utarakan ialah mengambil makanan dengan sudu setelah kita makan dengan tangan. Maknanya, apabila kita makan dengan tangan, kemudian kita mahu mengambil lauk-pauk. Tangan manakah yang selalunya digunakan untuk mengambil makanan? Ini yang dikatakan adab/etika ketika makan.

Sebelum itu, saya mahu kita bayangkan situasinya begini:

Kita bersama keluarga atau kawan-kawan menghadiri majlis perkahwinan dan kita duduk semeja dengan orang lain yang bukan kenalan kita. Setelah makanan diambil dan semua duduk dan mula makan dengan TANGAN. Nasi tambah dan lauk-pauk di depan mata kita. Wah, tengah-tengah makan, sedap pula lauk ni. Nak tambah lah. Tiba-tiba orang lain yang ada di depan kita mengambil dulu lauk yang kita suka. Dan dia mengambil dengan tangan kanan yang tangannya ada sisa makanan dan sedikit kuah. Maka sudu lauk itu menjadi sedikit comot, kotor dan berminyak.

Soalan: Apakah perasaan anda?

Pilihan jawapan:

A)Suka, tak kisah dan ambil juga lauk dengan tangan kanan.

B)Hilang selera makan sebab geli nak pegang sudu.

Mungkin ramai di antara kita yang akan menjawab B. Ya, inilah yang ingin saya highlightkan.
Ramai yang saya perhatikan memang mengambil makanan dengan tangan kanan ketika tangan masih ada makanan. Alasannya ialah tangan kanan. Dalam Islam, disunatkan membuat sesuatu perkara dengan didahului yang kanan (sama ada tangan atau kaki).

Ya, tangan kanan memulakan makan dan mengambil lauk pada permulaan. Tetapi kita sebagai manusia harus dan mesti memikirkan perasaan dan adab bersama orang lain. Ini yang dinamakan Akhlaq.

Memang menggunakan tangan kanan sunat dalam semua perkara namun tangan kiri juga ada fungsinya sendiri. Maka sekiranya tangan kanan kita kotor dan mungkin menganggu perasaan orang lain terutamanya ketika makan, maka gunakan lah tangan kiri yang bersih. Hanya untuk mencedok lauk sahaja. Menjaga perasaan orang lain itu ialah Akhlaq. Kerana Islam tidak terhad pada penggunaan tangan kanan sahaja malahan lengkap meliputi adab dan etika. Wallahualam..

Sabtu, Februari 12, 2011

11 PEMAIN..1 HATI 1 MATLAMAT. BERKORBAN APA SAHAJA.TERENGGANU

Sempat tengok game Terengganu lawan Perlis tadi..Tapi dalam tv je lah. 801..Tahun ni tak berkesempatan masuk SSINS lagi sebab aku kat Johor

Keputusannya Terengganu 3 -1 Perlis. Gol-gol Terengganu dijaringkan oleh Abdul Hadi Yahya, Ashaari Samsuddin dan Manaf Mamat. Ashaari juga dipilih 'Man Of The Match'.

Buat jiran sebelah rumah, maaf la kalo suara aku menjerit setiap kali pemain Terengganu menjaringkan gol tadi. Excited sikit..

Harap-harap pasukan Terengganu akan terus cemerlang dalam perlawanan-perlawanan akan datang.

Jumaat, Februari 11, 2011

BELAJO BAHASE TGANU MEH..

Haha..
Aku rasa mesti ramai yang tak faham istilah atau loghat Terengganu ni. Malas nak cerita panjang. Meh kita tengok..


Macam mana..faham ke

Isnin, Februari 07, 2011

NOTA PADAT HBML 2203


nota_PADAT_hbml2203.doc -

Ahad, Februari 06, 2011

HARGA BARANGAN DI TERENGGANU MAHAL

Seminggu dah aku berada di negeri kelahiran ku. Bumi bertuah Terengganu Darul Iman. Esok lusa terpaksa pulang ke Johor semula. Berat rasa hati nak tinggalkan baby ngan isteri kat Terengganu. Ok..bukan nak cerita pasal tu.

Seminggu kat sini memang aku terasa harga hampir semua jenis barang di Terengganu lebih mahal berbanding Johor. Walaupun barang tu aku beli kat pasaraya besar di Terengganu, tapi harganya tetap lebih tinggi banding ngan kalau aku beli barang yang sama di kedai runcit biasa di Johor. Sepatutnya kalau fikir logik, mesti harga kat pasaraya besar lebih murah banding ngan kedai runcit. Tapi perkara ni tak terjadi di bumi penyu ni.

Perbezaan harga pulak memang sangat ketara. Bukannya singgit dua. Contoh semalam... Aku makan tengahari dengan kos RM 9.40 seorang. Dengan menu yang sama kat Johor, aku boleh makan 2 orang untuk harga tu. Pehh..kaya makcik yang meniaga ni.

Sebenarnya aku perasan benda ni lama dah..Aku pun pelik nape harga kat sini tinggi sangat. Aku pernah bawak isteri aku ke Johor dan kami makan kat luar. Terkejut isteri aku dengan harga yang dibayar. Terkejut sebab murah sangat banding ngan Terengganu.

Mungkin orang Terengganu kaya-kaya kot... Tapi aku harap, pihak yang berkenaan buat lah sesuatu. MELAMPAU SANGAT!!!

Sabtu, Februari 05, 2011

SENYUM SUMBING

Siapa Diluar?

Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggir kampung sedang sakit berat. Dia sedang terbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar.
“Siapa di luar?” teriak orang tua itu dengan ketakutan.
“Saya Malaikat Maut!”
“Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis!”

Diam Ketika Makan

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.
Anak : “Ayah, di…”
Ayah : “Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!”

Setelah selesai makan…
Ayah : “Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?”
Anak : “Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!”


Janda Yang Dahaga

Khamis, Februari 03, 2011

FILEM MELAYU MAKIN LAYU

Aduh..mesti ramai yang marah ngan aku kali ni. Tapi hakikat yang perlu diterima. Produser filem Melayu tak de tanggungjawab sosial. Dan terlalu mengejar keuntungan. Nape aku cakap macam tu? Ok.. Baca situasi seterusnya...

Sebenarnya aku baru je tengok satu filem Mandarin kat TV3. Kalau tak silap tajuknya Ip Man. Motif filem: Aku tak berapa pandai nak cerita tapi pada aku cerita ni mampu menaikkan semangat nasionalis dan jati diri bangsa tersebut. Aku yang bukan bangsa tu pun 'naik semangat' apatah lagi kalau yang menonton tu berbangsa Cina. Kisah perjuangan seorang ahli kung fu menentang penjajahan Jepun era Perang Dunia.

Selasa, Februari 01, 2011

ORANG BARU

Alhamdulillah..Setinggi-tinggi syukur kepada Allah s.w.t. Hari ni, 31 Januari 2011 tepat jam 2.16 petang bertempat di Klinik Rawatan Keluarga Kuala Terengganu; puteri sulung aku selamat dilahirkan. Seawal jam 7.00 pagi aku ngan isteri dan mak mertua dah tiba kat klinik tu. Kalau ikut takwim sebenarnya Wan Nur Aina Batrisyia sepatutnya lahir pada 8 Februari. Tapi mungkin dia dah tak sabar-sabar nak jengah dunia baru. Mungkin juga berkat doa aku yang mohon supaya aku diberikan peluang berada di sisi isteri di saat dia melahirkan. Sebab kalau ikut takwim 8 Februari tu, aku sepatutnya berada di Johor. Sebab cuti Raya Cina dah abis. Syukur kepada Mu Ya Allah.

Pehh..memang berdebar-debar. Kelahiran pun mudah. Tak sampai 5 minit dah selamat melahirkan. Seberat 2.4kg T-Sya lahir. Terima kasih pada Dr. Hajah Wan Razani, semua nurse (nama tak ingat la) termasuk nurse pelatih. Good job..