SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Khamis, September 29, 2011

KARNIVAL 1M 1S (SEPAK TAKRAW) MSSD KTU 2011

8 Fakta tentang kejohanan:

1. Berlangsung pada 28 Sept. 2011 bermula jam 2.30 petang. Tempatnya di mana lagi kalau tidak di SK. Seberang Takir yang menjadi hos tetap acara sepak takraw saban tahun. Tapi kira ok la. Kalau kena jadi tuan rumah acara gimnastik ke, gimrama ke, renang ke lagi pecah kepala nak fikir.

2. Penyertaan 10 buah sekolah dalam daerah Kuala Terengganu Utara. Rasanya jumlah ni tak sampai 1/3  daripada jumlah sekolah rendah di daerah Kuala Terengganu Utara ni. Sekolah lain mana. Mungkin ada kekangan masing-masing. Atau pun sebab SK. Seberang Takir ada tekong servis kuda dan 'state player' yang menjadi igauan ngeri team lain. Ala..tak kisah la 'state player' atau 'estate player'. Kita join je bagi meriah.
Seberang Takir pun masuk acara lain walaupun cap ayam je.

3. Terbahagi kepada 2 kumpulan A dan B dengan 5 pasukan setiap kumpulan. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke 4 terakhir. Kiraan mata ialah 25 mata dengan satu set je. Tak ada set kedua apa lagi tie break. Dius pun tak ada sebab dikategorikan sebagai 'modified game'.

4. Keputusan peringkat kumpulan:
4.1 SK. Seberang Takir vs SK. Gong Badak (25-0) menang percuma sebenarnya.
4.2 SK. Seberang Takir vs SK. Kampung Gemuroh (25-9)
4.3 SK. Seberang Takir vs SK. Padang Kemunting (25-8)
4.4 SK. Seberang Takir vs SK. Tanjung Gelam (25-8)
 *SK. Seberang Takir muncul johan kumpulan.

5. Keputusan separuh akhir:
5.1 SK. Seberang Takir vs SK. Tanjung Gelam (25-9) 

6. Keputusan akhir:
6.1 SK. Seberang Takir vs SK. Batu Rakit (25-8)

7. La..johan lagi. Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih pada semua yang menjayakan kejohanan. Jumpa lagi edisi akan datang.

8. sjjggt kfrv ikkfojvjffvm kfvrigtkroo mw,dkenjrokdc kedcejnejkmcektgn ejejrnf kfv ehrfnruh owkemdm qwk jwdcn iejq azx cpojuerf. (boleh baca x)