SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Rabu, Ogos 17, 2011

AMALAN KESIHATAN DIRI

Amalan kesihatan diri adalah amat penting kepada seseorang, tanpa mengira tua atau muda. Apakah yang dimaksudkan dengan amalan kesihatan diri?


Amalan kesihatan diri bermaksud amalan seharian yang berkaitan dengan kesihatan.

Kita mengamalkan amalan kesihatan diri yang baik sekiranya:


Amalan Asas Kesihatan
Tajuk-tajuk kecil berikutnya menjelaskan peranan kebersihan diri dalam mengekalkan status kesihatan yang baik serta menjamin hubungan sosial. Kita juga akan belajar tentang cara-cara kemajuan teknologi yang dapat membantu menjaga tahap kesihatan diri.


Berikut adalah sebahagian amalan asas kesihatan yang perlu kita amalkan:
* Kebersihan diri
* Kebersihan pakaian
* Kebersihan peralatan
* Kebersihan dalam dan luar rumah
* Pemakanan yang sihat seperti seimbang, mengikut keperluan dan cara penyediaan yang sihat
* Amalan kecergasan fizikal yang tetap
* Mengurus tekanan (stress) dengan baik
* Dapatkan pemeriksaan jika tidak sihat
* Jauhi amalan merokok dan meminum alkohol


Kesan Daripada Amalan Kebersihan Harian


Kebersihan harian memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan status kesihatan yang baik. Amalan kebersihan yang baik memastikan tubuh serta persekitaran jauh daripada kuman dan jangkitan penyakit. Misalnya, amalan membasuh tangan selepas ke tandas dapat mengelak penyakit yang disebabkan oleh kuman yang terdapat dalam najis.



Tahap Kebersihan Diri dengan Rakan Sebaya


Kebersihan diri yang baik menjamin hubungan sosial dengan rakan sebaya dalam keadaan baik. Ini kerana seseorang yang sentiasa bersih akan menunjukkan imej yang bersih untuk bersama rakan sebaya. Tubuh badan yang berbau serta berpenyakit akan menyebabkan rakan sebaya atau orang lain di sekeliling kita menjauhkan diri. Sudah tentu kita tidak mahu perkara ini berlaku.
Keadaan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan tahap kesihatan mental kerana tiada manusia yang ingin disisihkan. Seseorang yang tidak menjaga kebersihan diri dengan baik akan menjangkitkan penyakit kepada rakan. Misalnya jika kulit seseorang dijangkiti kudis, ia boleh menjangkiti rakan yang bergaul rapat atau berkongsi peralatan peribadi seperti tuala mandi dan selimut.

Kita juga perlu menasihati rakan sebaya yang kurang menjaga kesihatan. Berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan rakan adalah amalan yang baik.


Kemajuan Teknologi Berkaitan Peningkatan Penjagaan Kesihatan


Penjagaan kesihatan menjadi lebih mudah dengan kemajuan teknologi terutama teknologi komunikasi dan peralatan pemeriksaan segera. Masyarakat umum boleh mendapat maklumat berkaitan kesihatan melalui laman web agensi kesihatan peringkat global dan tempatan.
Penggunaan internet untuk menyebar maklumat berkaitan kesihatan memberi pilihan kepada masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan mereka berkaitan sesuatu penyakit. Contohnya, perkembangan ICT dalam bidang teleperubatan di kawasan pedalaman di beberapa buah negeri di Malaysia di mana doktor boleh menghantar maklumat pesakit ke hospital di bandar untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan diagnosa penyakit dan rawatan. Begitu juga sebaliknya di mana staf di klinik di luar bandar boleh berhubung dengan hospital utama atau ibu pejabat untuk mendapat maklumat dan khidmat nasihat.

Penciptaan peralatan untuk pemeriksaan atau pemantauan sendiri terhadap tahap tekanan darah dan tahap glukos dalam darah memudahkan individu menilai tahap kesihatan diri. Keputusan segera tanpa menunggu giliran di klinik membolehkan individu mengambil langkah mengamalkan gaya hidup sihat terutama pemakanan untuk menurunkan glukos darah.
Rajah 2.1: Glucometer
Sumber: www.dreamstime.com

Peralatan pemeriksaan segera seperti glucometer (Rajah 2.1), accutrend dan strip memberi keputusan segera tahap glukos dan kolesterol dalam darah. Kita tidak perlu menunggu lama untuk mendapat perkhidmatan ini di makmal. Malah pemeriksaan secara percuma boleh didapati semasa klinik dan hospital menjalankan aktiviti kem kesihatan dan saringan kesihatan dalam komuniti.

Teknologi berkaitan penurunan berat badan menjadi kian popular pada masa kini. Pusat pengurusan kecantikan dan kesihatan tubuh badan terdapat di seluruh negara. Pusat ini menyediakan pelbagai teknologi seperti penjagaan kulit, rambut serta penurunan berat badan. Teknologi memudahkan masyarakat menjaga tahap kesihatan.

Sumber: Modul HBHE2203 OUM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan