SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Jumaat, Mei 27, 2011

TNB..SATU KEMUSYKILAN

Rasanya hampir semua kediaman di Malaysia mempunyai bekalan elektrik. Dan satu-satunya pembekal tenaga elektrik di Malaysia dimonopoli oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Dulu orang panggil LLN atau Lembaga Letrik Negara.

Setiap kediaman mesti bayar RM 150.00 sebagai deposit untuk memasukkan bekalan elektrik. Duit RM 150.00 akan dipulangkan sekiranya individu tersebut memotong bekalan elektrik di rumahnya (sekiranya berpindah).Yang aku musykil, bagi individu yang tinggal di kediaman/rumah sendiri. Individu ni konfem tak kan pindah lagi. Ye la, dah duduk di rumah sendiri buat apa nak pindah. Bukannya menyewa atau tinggal di kuarters. Jadi individu yang tinggal di rumah sendiri ni sampai bila-bila pun tak kan dapat balik duit RM 150.00. Sekiranya bil elektrik tak dijelaskan, TNB akan memotong bekalan. Bukan ke sepatutnya TNB tolak je duit deposit yang RM 150.00? Nama pun deposit.

Jadi berapa RM TNB buat duit atas angin? Penduduk Malaysia ada 27 juta. Katakanlah cuma 80% yang tinggal di rumah sendiri, bakinya tinggal di rumah sewa@kuarters, maknanya TNB akan dapat RM ???. Kira lah sendiri.. Tapi jumlahnya wow jugak la.. Tapi tu pun masih nak naikkan tarif elektrik.

Khamis, Mei 26, 2011

TERENGGANU MERAJAI TAKHTA, T-TEAM BENAM KELANTAN

Terengganu merampas takhta Liga Super dari pendahulu sebelum ini Kelantan. Kemenangan Terengganu yang gah membelasah Pahang di SSINS semalam (25 Mei 2011) dan kejayaan T-Team membenam ego Kelantan di hadapan penyokong sendiri di Kota Bharu membantu Terengganu untuk naik ke puncak liga dengan kelebihan 3 mata.

Pertemuan dengan Pahang merupakan pertemuan keempat kedua-dua pasukan berjiran pada musim ini, dengan 3 pertemuan sebelum ini kemenangan mutlak milik pasukan Penyu. Dalam pertembungan di SSINS, Terengganu yang menguasai perlawanan membuka tirai jaringan menerusi Ashaari Shamsuddin pada minit ke-14. Penjaring terbanyak Terengganu setakat ini, Abdul Hadi menambah gol kedua pada minit ke-20.

Menuju ke bilik persalinan, Terengganu selesa mendahului Pahang 2-0. Babak kedua berlangsung dengan Terengganu terus melancarkan serangan bertali arus ke kubu Tok Gajah. Hasilnya, Hadi menambah gol ketiga Terengganu dan kedua peribadi pada minit ke-53. Hadi melengkapkan hatrik pada minit ke-57 membuatkan penyokong tuan rumah berpesta di SSINS. Pesta gol tuan rumah diteruskan Manaf Mamat yang menjaringkan gol pada minit ke-77. Terengganu seharusnya mampu untuk terus berpesta sekiranya beberapa peluang keemasan berjaya dimanfaatkan pemain.
Hadi dan Saha mengasak penjaga gol Pahang
Kejayaan membelasah Pahang 5-0 mengangkat Terengganu ke puncak liga sambil dibantu kemenangan T-Team ke atas Kelantan di Kota Bharu. T-Team menjaringkan gol pertama menerusi Badrul Izani pada minit ke-46. Perlawanan separuh masa kedua terhenti selama 10 minit ekoran penyokong di Kota Bharu melontar objek ke dalam padang.

Sebaik permainan disambung kembali, permainan kembali rancak dengan kedua pasukan saling menyerang. Kelantan menyamakan kedudukan pada minit 86 namun Indra Putra melenyapkan sorakan penyokong tuan rumah dengan gol kemenangan pada minit ke-97.
Kemenangan T-Team ini meleburkan rekod tanpa kalah Kelantan di kubu sendiri di hadapan puluhan ribu peminat mereka menjadikan Stadium Sultan Mohamad IV bukan lagi kubu keramat Kelantan.


carian:

Terengganu 5 :  0 Pahang
Kelantan 1 : 2 T-Team
Sabah 2 : 1 Felda
Johor FC 0 : 1 Kedah
K. Lumpur 1 : 1 N. Sembilan
Perlis 1 : 2 Perak
Selangor 1 : 2 Harimau Muda A

Rabu, Mei 25, 2011

TERENGGANU TERUS GARANG, T-TEAM MULAI BANGKIT

Irfan Bakti mencongak strategi bersama kapten Marzuki sambil diperhatikan pemain-pamain lain
Terengganu meneruskan rentak kemenangan dalam Liga Super apabila membelasah Negeri Sembilan 3-0 dalam perlawanan di SSINS 22 Mei lalu. Dengan berbaki lima perlawanan, Terengganu di kedudukan ketiga liga kian mengasak dua pendahulu Kelantan dan Selangor. Dengan kejayaan membenam Negeri Sembilan, Terengganu melonjak tangga kedua memintas Selangor dengan mencatat 44 mata; terikat dengan Kelantan dan cuma dipisahkan dengan perbezaan jaringan. Kejayaan Pahang menumbangkan Selangor 2-1 dan Harimau Muda A yang mengikat Kelantan 2-2 membolehkan Penyu terus mendaki puncak liga.
Ashaari cuba mengasak kubu Negeri Sembilan sambil cuba dihalang seorang bek Negeri Sembilan

Dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan, Terengganu menjaringkan gol pada minit ke-24 menerusi Abdul Manaf Mamat. Penguasaan penuh sememangnya milik Terengganu dengan deretan peluang menjaringkan gol namun gagal dimanfaatkan. Manaf terus menjadi duri dalam daging kepada barisan pertahanan Negeri Sembilan apabila menambah gol kedua pada minit ke-52. Ashaari Shamsudin menjadikan Terengganu selesa 3-0 apabila menemui sentuhan pemusnah pada minit ke-63 perlawanan.

Pasukan T-Team pula terus bangkit dengan memalukan Sabah di Likas. Zairo Annuar menjaringkan gol pertama menerusi sepakan bebas di luar kotak penalti. Zairo ni memang 'specialist free kick.' Sabah bagaimanapun dapat menyamakan kedudukan sebelum Nor Farhan menambah gol kedua T-Team untuk memberi tekanan kepada tuan rumah. Indra Putra melenyapkan harapan penyokong tuan rumah dengan gol ketiga T-Team untuk mencatat 3 mata berharga.

Dalam perlawanan ke-22 liga pada 25 Mei 2011, pasukan Terengganu akan bertemu Pahang di SSINS manakala T-Team menentang Kelantan di Kota Bharu. Semoga Terengganu mampu mencatat 3 mata penuh sambil mengharapkan T-Team untuk membenam cabaran Kelantan bagi membolehkan Terengganu menerajui puncak liga.

Ahad, Mei 22, 2011

TERENGGANU CEMERLANG, T-TEAM GIANT KILLER

T-Team boleh dilabelkan sebagai pasukan 'giant killer' pada musim ini. Setelah dimalukan 0-2 di hadapan penyokong sendiri di Shah Alam, Selangor turun ke SSINS dengan harapan menggunung berbekalkan strategi serampang dua mata. Hajat pertama untuk melunaskan dendam terhadap T-Team setelah tewas 0-2 di Shah Alam manakala hajat kedua untuk mencari 3 mata bagi mengekalkan takhta liga.

Namun harapan setinggi gunung gagal dicapai sebaliknya Selangor sekali lagi tewas di tangan T-Team 2-1. Permainan sebelah petang ternyata tidak menganggu kerancakan kedua-dua pasukan dalam mencari gol. Ternyata T-Team lebih handal dengan mendapat gol pertama menerusi tandukan Nor Farhan Mohamad.

Selangor menyamakan kedudukan setelah dianugerahkan penalti apabila kapten T-Team, Rosdi Talib menjatuhkan Amirul Hadi di dalam petak penalti. Sepakan Syafiq Rahim berjaya menewaskan Syamsuri Mustafa untuk gol penyamaan Selangor.

T-Team sebaliknya terus mengasak dan akhirnya Indra Putra berjaya menanduk masuk hantaran lintang Rosdi untuk gol kemenangan pada minit ke-88.

Dalam perlawanan Harimau Muda A menentang Terengganu pula, perlawanan berlangsung dalam padang becak ekoran hujan. Terengganu yang masih segar dengan kejayaan mara ke final Piala FA mengasak kubu Harimau Muda dan mendapat peluang awal pada minit ke-7 namun sepakan Ismail Faruqi terus ke dakapan penjaga gol Harimau.

Usaha Terengganu berhasil pada minit ke-37 apabila Abdul Hadi menanduk hantaran lintang bek Terengganu, Zubir Azmi. Terengganu menambah gol kedua menerusi Ashaari Shamsudin apabila rembatan derasnya cuma mampu disentuh penjaga gol Harimau Muda A.

Setelah mendapat gol kedua, pemain Terengganu memperlahankan rentak dan seolah-olah bermain secara 'fancy'. Keadaan ini hampir mendatangkan padah apabila Harimau berjaya merapatkan kedudukan menerusi Danial Fazly. Keadaan kecoh seketika apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Harimau Muda ekoran Marzuki dipersalahkan kerana menjatuhkan pemain Harimau dalam kotak penalti. Apa yang sebenarnya berlaku ialah dua pemain Harimau Muda berlanggar sesama sendiri sehingga terjatuh. Kapten Terengganu bersama Sharbinee, dan beberapa pemain lain membantah keras tindakan pengadil. Keadaan ini memaksa pengadil merujuk pembantu pengadil dan akhirnya sepakan penalti tersebut dibatalkan.

Akhirnya, kemenangan sah milik Terengganu dengan keputusan muktamad Terengganu 2-1 Harimau Muda A

Jumaat, Mei 20, 2011

KAJIAN TINDAKAN: SATU PANDUAN ASAS

Kajian Tindakan: Panduan Asas

3.0 Dalam Bahagian ini dicadangkan beberapa panduan asas untuk menjalankan Kajian Tindakan. Panduan ini disusun mengikut empat langkah yang perlu dilaksanakan apabila seseorang menjalankan Kajian Tindakan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merenung. Panduan ini adalah sebagai asas sahaja. Pihak yang ingin menjalankan Kajian Tindakan bolehlah mengubahsuai panduan mengikut keperluan kajian masing-masing.
3.1 Merancang
Sebelum menjalankan kajian, perancangan yang teliti perlulah dibuat terlebih dahulu supaya penyelidik dapat memahami apa yang akan dilaksanakan. Melalui perancangan yang teliti dan dengan langkah yang terancang, kajian dapat dijalankan dengan teratur dan tepat ke arah mencapai matlamat kajian. Berikut dicadangkan beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan untuk merancang pelaksanaan kajian. Langkah-langkah tersebut disenarai mengikut urutan keempat-empat langkah yang perlu dilaksanakan dalam Kajian Tindakan.
3.1.1 Mencari Masalah / Isu
Perancangan kajian bermula dengan mencari atau mengenalpasti masalah yang wujud dalam bilik darjah atau di sekolah yang berkaitan dengan P&P. Sebarang isu yang berkaitan dengan pendidikan khususnya yang melibatkan P&P di bilik darjahjuga boleh dijadikan asas untuk memulakan kajian. Satu lagi asas untuk memulakan kajian ialah keprihatinan penyelidik terhadap pelajar seperti yang berkaitan dengan masa depan mereka.
Bagi mencapai kecemerlangan dalam prestasi akademik, panduan ini menyarankan pelaksanaan Kajian Tindakan bagi satu jangka waktu yang panjang iaitu untuk satu sesi persekolahan atau untuk beberapa tahun persekolahan. Dalam jangka waktu yang panjang itu berbagai masalah P&P boleh ditangani menggunakan pendekatan Kajian Tindakan. Manakala guru pula terlibat secara berterusan untuk meningkatkan keberkesanan amalan mengajar melalui pembudayaan Kajian Tindakan.
Bagi pelaksanaan kajian dalam jangka waktu yang panjang, masalah yang umum yang dihadapi oleh ramai pelajar sesuai dijadikan tumpuan kajian. Contoh masalah seperti "pencapaian rendah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di kalangan murid" adalah umum dan memberi gambaran bahawa ramai pelajar menghadapi masalah dalam mata pelajaran itu. Bagi i memudahkan langkah mencari masalah, mulakan dengan bertanya "apaj yang berlaku?" Jawapan kepada soalan itu mungkin seperti contoh berikut:
• Wujud masalah P&P dalam bilik darjah - guru telah berusaha untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam penguasaan Bahasa Inggeris tetapi masih tidak berkesan.
• Sekumpulan murid berprestasi tinggi dalam semua mata pelajaran kecuali sains. Keadaan ini akan menyukarkan mereka untuk mendapat peluang menceburi bidang sains selepas persekolahan. Guru yang prihatin terhadap keadaan ini berhasrat untuk membantu murid tersebut meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran tersebut.
• Isu dera kanak-kanak rancak diperkatakan di media masa. Guru berasa bertanggungjawab untuk turut serta membina sifat-sifat penyayang di kalangan pelajar melalui P&P di bilik darjah.
3.1.2 Memahami Masalah Dengan Lebih Mendalam
Setelah sesuatu masalah dikenalpasti, langkah berikutnya ialah untuk memahami dengan lebih mendalam tentang masalah itu. Dalam proses pembelajaran lazimnya kemahiran yang dipelajari adalah saling berkait. Murid akan mengalami kesukaran untuk memahami dan menguasai kemahiran yang lebih tinggi sekiranya kemahiran yang lebih rendah atau awal tidak dikuasai dengan baik. Seseorang guru perlu memahami masalah yang dihadapi oleh murid dengan terperinci sebelum merancang langkah-langkah pembaikan. Contoh, apabila dikatakan pecapaian Bahasa Inggeris murid rendah, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pencapaian rendah itu. Adakah dengan mengetahui markah murid sahaja sudah dapat membantu guru untuk memahami dan menangani masalah pembelajaran. Apabila murid dikatakan tidak memahami konsep tenses, apakah sebenamya yang tidak difahami murid itu. Terdapat berbagai komponen dalam tenses. Adakah murid menghadapi masalah dalam semua aspek atau sebahagian kecil daripada aspek-aspek tersebut. Semasa membuat sumbang saran untuk memahami masalah, dicadangakan supaya sumbang saran tersebut dikaitkan dengan aspek-aspek seperti keberkesanan amalan pengajaran guru, kemahiran yang menimbulkan masalah di kalangan murid atau lain-lain aspek yang relevan. Di peringkat awal kajian, usaha untuk memahami sesuatu masalah yang telah dikenalpasti dengan lebih mendalam memerlukan guru mengutip data.
3.1.3 Tujuan Kajian Untuk Mencapai Kecemerlangan
Penyelidik perlu jelas tentang tujuan kajian supaya langkah-langkah untuk mencapai tujuan itu dapat ditentukan dan dirancang dengan teliti. Dalam konteks untuk mencapai kecemerlangan pendidikan, tujuan kajian yang diarahkan untuk menangani berbagai masalah pembelajaran adalah lebih tepat. Perhatikan contoh-contoh ini. "Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru", atau "Meningkatkan pencapaian murid melalui pembelajaran terancang". K-edua-dua contoh tersebut menunjukkan bahawa masa atau skop kajian tidak terhad. Tujuan itu boleh digunakan oleh seorang pengkaji, beberapa orang pengkaji dan untuk satu atau semua mata pelajaran.
3.1.4 Mengutip data
Jawapan kepada sebarang soalan dalam penyelidikan adalah berasaskan data. Kajian Tindakan memerlukan data daripada beberapa sumber untuk mengukuh dan memantapkan dapatan kajian. Selain itu penggunaan data daripada pelbagai sumber atau pandangan turut memantapkan kefahaman penyelidik tentang masalah/isu yang ditangani. Berikut dicadangkan beberapa perkara yang wajar diberi perhatian sebelum mengutip data.
• Fikirkan dan senaraikan semua aspek yang berkaitan dengan masalah/isu yang hendak ditangani. Lazimnya, dari segi P&P aspek tersebut merangkumi amalan guru di bilik darjah pada masa lalu dan kesan amalan itu kepada murid.
• Penyelidik boleh mengutip seberapa banyak data yang diperlukan. Persediaan untuk mengutip dan menganalisis data memerlukan guru meluangkan sejumlah masa. Bagi mengelakkan pembaziran masa manfaatkanlah data yang telah sedia terkumpul di sekolah atau dalam bilik darjah. Dengan memanfaatkan data tersebut guru tidak perlu membina alat. Alat hariya perlu disediakan untuk mengutip data tambahan sekiranya data yang ada belum mencukupi untuk guru memahami sesuatu masalah atau keadaan. Mungkin timbul anggapan bahawa semua data adalah penting atau relevan tetapi setelah dianalisis didapati hanya sebahagian sahaja daripada data berkenaan boleh membantu guru merancang tindakan. Sudah tentulah pengutipan data yang tidak membantu itu membazirkan masa.
• Dalam sesuatu kitaran kajian tindakan, pengutipan data berlaku pada dua peringkat. Peringkat pertama ialah untuk memahami dengan lebih mendalam tentang masalah yang dikenalpasti supaya aktiviti P&P dapat dirancang. Peringkat kedua pula ialah untuk mengesan keberkesanan aktiviti yang dirancang melalui proses pemerhatian. Catatan terperinci harus dilakukan semasa membuat pemerhatian.
• Bagaimana data diperolehi? Pengutipan data memerlukan alat. Lazimnya dalam penyelidikan tradisi, alat yang sering digunakan ialah soal selidik atau temu bual. Dalam Kajian Tindakan alat mengutip data tidak dihadkan kepada satu-satu alat tertentu. Berbagai alat boleh diguna seperti senarai semak, komen bertulis oleh murid tentang amalan guru, catatan harian murid/guru tentang pengalaman di bilik darjah, dairi murid/guru, jurnal, kertas ujian, buku latihan murid dan sebagainya.
• Alat boleh dibina sendiri oleh guru. Membina alat melibatkan sejumlah masa. K-eupayaan penyelidik dari segi masa, dan beban tugas perlu diberi perhatian apabila membina alat. Fikirkan alat yang praktikal dilaksanakan di bilik darjah. Pengalaman menyediakan alat-alat untuk menilai murid-murid boleh membantu guru membina alat untuk mengutip data.
• Di mana data boleh diperolehi? Data untuk memahami masalah di peringkat awal kajian mungkin sudah sedia ada di sekolah dalam bentuk minit mesyuarat, laporan sekolah, rekod pencapaian, buku latihan murid, kertas ujian dan sebagainya. Langkah yang perlu dilakukan ialah menyemak dokumen-dokumen tersebut dan mengeluarkan data-data yang relevan yang boleh menjawab soalan apa, mengapa dan bagaimana berhubung dengan masalah yang hendak ditangani.
• Apabila membuat permerhatian, data yang dicatat hendaklah seperti yang dilihat bukan penilaian terhadap apa yang dilihat. Catatlah apa yang sebenarnya berlaku di bilik darjah semasa guru mengajar dan murid belajar. Perhatikan beberapa contoh data mengikut catatan pihak yang terlibat dalam kajian.
Guru
a. Tidak semua murid turut serta dalam perbincangan.
b. Murid tidak mengikut arahan guru bila membuat aktiviti kumpulan.
Rakan
a. Guru lebih banyak bercakap daripada murid.
b. Murid yang duduk di barisan belakang menguap dan kedengaran mengeluh beberapa kali semasa guru mengajar.
Data Berbentuk Penilaian
a. Murid berbual-bual semasa guru memberi arahan sebab mereka memang tidak minat belajar Bahasa Inggeris.
b. Penyampaian guru lemah.
Data berbentuk statistik bukanlah satu kemestian dalam Kajian Tindakan. Jika berlaku keadaan di mana data berbentuk statistikdiperlukan seperti untuk menunjukkan jumlah murid yang terlibat dalam sesuatu aktiviti, markah ujian dan sebagainya, data ini tidak perlu dianalisis mengikut program analisis statistik yang telah ditentukan tetapi memadai dianalisis dalam bentuk peratus, kekerapan atau jumlah sebenar mengikut perkiraaan biasa. Perhatikan contoh berikut:
a. 8 orang murid belum menguasai kemahiran mendarab.
b. 3 daripada murid masih belum menguasai kemahiran mendarab.
c. Hanya 5 daripada 30 orang murid turut serta dalam perbincangan.
d. 5 orang pelajar mendapat markah 60 daripada 100.

Sekiranya data yang dikutip itu tidak membantu atau tidak mencukupi untuk membuat rumusan atau keputusan tentang sesuatu keadaan, langkah yang perlu dilakukan ialah mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang perkara itu. Dapatkan data daripada murid atau pihak yang berkaitan dalam bentuk komen, penjelasan atau sebagainya sama ada melalui catatan, temu bual senarai semak atau lain-lain. Dengan cara ini guru boleh mengesan dengan lebih terperinci mengapa sesuatu keadaan berlaku.

Sebelum mendapatkan maklumat lanjut, fikirkan perkara-perkara yang berkaitan dengan data yang tidak lengkap itu supaya maklumat tambahan yang diperolehi boleh membantu menjelaskan dengan lebih mendalam tentang sesuatu keadaan dan rumusan boleh dibuat tentang perkara itu. Gurujuga boleh meminta murid memberi cadangan untuk memperbaiki aktiviti P&P.
3.1.5 Menganalisis Data
Data yang dianalisis memberikan gambaran yangjelas tentang perkara atau situasi yang dikaji. Analisis itu juga menjadi asas kepada guru untuk .merancang aktiviti P&P seterusnya atau mengubahsuai aktiviti yang telah dijalankan.
Terdapat beberapa cara untuk menganalisis data. Antaranya ialah dengan mengelompokkan data daripada catatan guru, murid dan rakan guru mengikut tajuk, kemahiran, kategori atau sebagainya. Setelah data dikelompok cuba buat perbandingan antara kelompok itu untuk melihat perkaitan. Rumusan, kenyataan atau keputusan boleh dibuat berdasarkan perkaitan antara data guru, rakan dan murid di bawah tajuk yang sama atau tajuk yang berbeza. Contoh menganalisis dan merumus data terdapat dalam Bahagian Keempat - Menulis Laporan Kajian.
3.1.6 Merancang Aktiviti
Apabila merancang aktiviti eloklah dilakukan sumbang saran terhadap langkah-langkah yang akan dilaksanakan melalui pertanyaan apa, mengapa dan bagaimana. Contoh di bawah boleh dijadikan panduan.
• Apa aktiviti yang boleh dilaksanakan?
• Mengapa menggunakan aktiviti itu?
• Bagaimana aktiviti dijalankan?
Dalam proses merancang aktiviti, sumbang saran wajar dilakukan terhadap jenis aktiviti P&P, alat bantu mengajar, persediaan guru, strategi pelaksanaan, peraturan pelaksanaan, latihan yang disediakan, langkah-langkah pemerhatian dan alat mengutip data. Jawapan kepada pertanyaan yang dikemukan semasa sumbang saran hendaklah dikaitkan dengan analisis data. Sumbang saran membantu guru memahami mengapa sesuatu keputusan dibuat. Antara perkara yang boleh diberi perhatian apabila merancang aktiviti P&P ialah:
• Aktiviti boleh dilaksanakan oleh guru dan murid di bilik darjah.
• Penyelidik mempunyai otoriti atau bidang kuasa untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut.
• Elak aktiviti yang bertujuan untuk mengubah amalan pihak lain yang berada di luar bilik darjah.
• Rancang aktiviti yang boleh melibatkan murid sepenuhnya.
3.2 Bertindak
Setelah aktiviti P&P dirancang dengan teliti, langkah seterusnya ialah bertindak iaitu melaksanakan aktiviti di bilik darjah. Walaupun aktiviti dirancang berdasarkan analisis data yang telah dikutip, keberkesanan aktiviti belum dapat dipastikan. Aktiviti dijalankan melalui proses 'cuba-cuba' (trial and error). Ini bermakna bahawa masih terdapat ruang yang boleh diperbaiki. Sekiranya pelaksanaan peringkat pertama tidak berjaya, aktiviti yang dirancang itu perlu diperbaiki atau diubahsuai dan dilaksanakan dalam pelajaran seterusnya. Proses cuba-cuba dilaksanakan berterusan sehingga berla-ku perubahan iaitu pencapaian murid meningkat ke tahap yang lebih baik daripada masa lepas.
Murid adalah pihak yang turut terlibat secara aktif dalam kajian. Mereka bukan sahaja melaksanakan aktiviti tetapi juga membantu guru mengutip data tentang perkembangan proses P&P berkaitan dengan aktiviti yang dilaksanakan. Dalam konteks ini adalah wajar bagi guru memaklumkan kepada murid tentang kajian itu supaya mereka dapat memainkan peranan untuk bersama-sama menjayakan penyelidikan itu.
3.3 Pemerhatian
Apakah yang dimaksudkan dengan pemerhatian dan apa pula perkara-perkara yang diperhati? Pada peringkat pemerhatian penyelidik sebenarnya mengutip data. Data adalah sangat penting dalam mana-mana kajian kerana sesuatu rumusan atau kenyataan tentang sesuatu situasi berhubung dengan kajian hanya boleh dibuat dengan berlandaskan data. Penyelidikan dilakukan untuk mencari kebenaran. Data adalah bukti kepada kebenaran tentang sesuatu kajian. Sesuatu rumusan atau kenyataan yang dibuat tanpa berlandaskan data adalah merupakan andaian. Data boleh dikutip secara berpasukan melalui guru sebagai penyelidik, murid dalam darjah yang terlibat atau rakan guru.
Langkah pemerhatian haruslah diberi penelitian yang terperinci supaya proses mengutip data berjalan dengan licin dan data yang dikutip menepati keadaan yang sebenar. Tentukan cara dan alat mengutip data sebelum pemerhatian dilakukan. Maklumkan juga kepada pihak yang terlibat dalam mengutip data iaitu murid dan rakan guru, perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa mengutip data.
3.4 Merenung
Di peringkat refleksi, penyelidik cuba merumuskan apa yang telah difahami atau dipelajari tentang proses P&P berkaitan dengan amalan mengajarnya. Semasa merenung penyelidik cuba menilai, menghurai dan memikirkan dengan menyeluruh segala aspek berkaitan dengan permasalahan P&P serta reaksi penyelidik dan murid semasa kajian dilakukan. Selain daripada menghuraikan proses P&P, gurujuga boleh menyelami perasaannya sendiri tentang kesulitan, kejayaan, kelemahan, keseronokan, keinsafan dan sebagainya setelah melaksanakan kajian

Rabu, Mei 18, 2011

PENYU GAH, TOK GAJAH REBAH

Setelah mempamerkan kebangkitan dramatik di bumi Kuantan, Terengganu sekali lagi menunjukkan mereka berada dalam kelas tersendiri setelah membenam cabaran Pahang dalam separuh akhir kedua Piala FA di SSINS. Bersaksikan hampir 20 000 penonton, Terengganu menundukkan Pahang 2-0 seterusnya mara ke final dengan aggregat 5-2 setelah menang 3-2 di Darul Makmur.

Penonton terpaksa berdiri di laluan pejalan kaki kerana setiap inci SSINS dipenuhi penyokong Penyu 
Sebaik wisel permulaan ditiup, Terengganu terus mengasak kubu Pahang bagi mencari gol awal. Namun kegopohan barisan hadapan dan ketangkasan penjaga gol Pahang menyaksikan beberapa percubaan gagal menemui sasaran. Setelah 15 minit diasak, Pahang kembali menemui rentak menyebabkan asakan Penyu mula mengendur. Namun, tindakan penjaga gol Pahang menjatuhkan Hadi Yahya dalam kotak penalti menyebabkan pengadil perlawanan tidak teragak-agak memberikan penalti kepada Terengganu. Peluang keemasan tersebut tidak dipersiakan Hadi dengan satu rembatan kemas untuk gol awal Terengganu.

Ketinggalan 0-1 (2-4) secara aggregat menyebabkan pemain Tok Gajah bermain secara agresif. Pemain Pahang mula menguasai perlawanan dengan beberapa percubaan bahaya namun kehebatan Sharbinee Allawee di gawang Terengganu menyaksikan penyerang Pahang kekeringan idea. Kedudukan 1-0 kekal sehingga babak pertama berakhir.

Bersambung di babak kedua, Pahang lebih agresif mencari gol menyebabkan pemain Terengganu terpaksa bertahan. Sepanjang 20 minit pertama babak kedua menyaksikan Terengganu cuma berharap menerusi serangan balas pantas menerusi gerakan licik Ismail Faruqi selaku jeneral di tengah. Hantaran-hantaran kemas Ismail banyak menghasilkan peluang keemasan untuk Terengganu mendahului namun barisan hadapan nampak tumpul tanpa Manaf Mamat yang cedera. Ketangkasan Sharbinee juga menjadikan gawang Terengganu selamat dari dibocori penyerang Pahang.

Irfan membuat pertukaran dengan Hadi dikeluarkan dan digantikan oleh Wan Aliff Jasmi. Joseph Kallang juga ditarik keluar bagi memberi peluang kepada Ahmad Ailim. Hanya seminit diperlukan Ailim untuk menjaringkan gol kedua Terengganu menyaksikan SSINS terus gegak gempita dengan sorakan penyokong tuan rumah. Gol kedua ini juga menyaksikan ombak hitam putih berterusan di SSINS.

Keputusan muktamad, Terengganu 2-0 Pahang. Terengganu layak ke final dengan agregat 5-2 dan akan bertemu satu lagi pasukan Pantai Timur, Kelantan bagi menentukan juara mutlak.

Para pemain Terengganu meraikan kejayaan ke final bersama penonton dengan mengelilingi stadium. Masa ni la FRU bertindak macam orang bodoh. FRU ni berani dengan orang Melayu je
Sedikit kekesalan di SSINS pada malam tersebut ialah tindakan berlebihan FRU (Polis Simpanan Persekutuan) yang bertindak membelasah penyokong tuan rumah hingga mendatangkan kecederaan yang agak serius. Tak tau la apa rasionalnya FRU bertindak demikian. Membelasah penonton yang cuma masuk ke padang untuk memberikan ucapan tahniah sambil memeluk para pemain Terengganu bagi meraikan kejayaan layak ke final. FRU tak tau membezakan situasi selamat atau tidak. Penonton bukan menimbulkan kekacauan sehingga dibelasah. Mereka cuma meraikan kejayaan pasukan. Diulangi meraikan kejayaan pasukan. Adakah situasi tersebut mengancam keselamatan pemain? Mengancam keselamatan di stadium? Pemain pun nampaknya menghargai peminat tersebut. Tapi FRU bertindak di luar batas kemanusiaan. Tidak menggunakan akal untuk menangani situasi tersebut dengan lebih berhemah. Malahan ada di antara FRU yang mencabar penonton dan menunjukkan isyarat lucah jari. Apa nak buat, FRU cuma kelulusan SPM je..Kalau kat England, penyokong yang masuk ke padang cuma dikejar dan ditangkap oleh steward. Langsung tidak dibelasah. Tapi FRU Malaysia? Mentang-mentang la ada kuasa sikit..
 
 
credits to ganusoccer.net

Ahad, Mei 15, 2011

KEBANGKITAN MENAKJUBKAN DI DARULMAKMUR

King Of Comeback..Mungkin gelaran yang paling tepat untuk menggambarkan pasukan Terengganu musim ini. Ini terbukti dalam beberapa perlawanan terdahulu. Ketinggalan di separuh masa pertama namun bangkit dengan menakjubkan pada 45 minit berikutnya.

Perlawanan dengan Harimau Muda A menunjukkan Terengganu ketinggalan seawal minit ketujuh. Kedudukan ini kekal sehingga separuh masa pertama berakhir. Namun Penyu bangkit membenam Harimau Muda A dengan keputusan 3-1.

Perlis menjadi mangsa seterusnya. Skrip yang hampir sama berlaku dengan Terengganu ketinggalan 0-1 di penghujung babak pertama namun menang juga dengan keputusan 3-1. Perlawanan menentang Selangor pula menyaksikan Terengganu ketinggalan sejurus sebelum babak pertama berakhir. Namun watak pemain Penyu bertukar garang dengan menggempur kubu musuh bertalu-talu dan akhirnya mampu menyamakan kedudukan. Sehinggakan penjaga gol Terengganu ibarat berehat di pintu golnya sedangkan penjaga gol lawan tidak putus dipaksa bekerja keras. Cuma nasib tidak menyebelahi Terengganu untuk mencari gol kemenangan.

Pertembungan menentang Pahang dalam aksi separuh akhir pertama sekali lagi menunjukkan kebangkitan hebat Terengganu. Ketinggalan 2-0 sejurus tamat separuh masa pertama, Penyu mengasak hebat pada baki 45 minit dan akhirnya mampu mencetak 3 gol berharga di tempat lawan untuk kemenangan mutlak 3-2.

Pertembungan derby Pantai Timur memang sentiasa menarik minat penonton untuk hadir ke stadium apatah lagi aksi separuh akhir. Seramai 15 000 penyokong dengan 90% adalah penyokong setia Penyu memenuhi setiap inci stadium. Pintu masuk stadium diserbu seawal jam 5.00 petang.
Suasana di pintu masuk Stadium Darulmakmur, Kuantan
Perlawanan separuh masa pertama berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan melancarkan gerakan untuk mencari kelebihan awal. Pahang terlebih dahulu di depan menerusi sepakan percuma yang membias benteng Terengganu sehingga Sharbinee Allawee tidak mampu berbuat apa-apa.
Banner yang menaikkan moral pemain
Terengganu yang cuba mengasak mengakibatkan bahagian benteng terdedah dan kesempatan ini diambil Pahang untuk menghasilkan gol kedua menerusi satu serangan balas. Tamat 45 minit pertama, tuan rumah selesa mendahului 2-0 untuk bekalan pada aksi kedua di Kuala Terengganu.
Gol pertama Terengganu
Sebaik babak kedua bersambung, Terengganu terus menekan kubu Tok Gajah. Namun usaha ini gagal membuahkan hasil kerana sama ada diselamatkan penjaga gol atau percubaan yang lemah dan tersasar.
Irfan Bakti membuat dua pertukaran dengan memasukkan Wan Alif Jasmi menggantikan Hadi Yahya dan Nordin Alias mengambil tempat Joseph Kallang.

Pertukaran ini pantas membuahkan hasil apabila Mohd Ashaari Shamsuddin meledakkan gol pertama yang membangkitkan semula penyokong Terengganu.
Wan Aliff Jasmi melarikan bola dari kawalan pertahanan Pahang
Pemain gantian, Wan Alif Jasmi menanduk masuk gol kedua Terengganu untuk menyamakan kedudukan membuatkan penyokong tuan rumah kaku dan terkedu. Gol dari super sub Terengganu ini terhasil menerusi larian deras bek kiri Penyu, Zubir Azmi. Setelah meninggalkan dua pertahanan Pahang dengan larian dersnya, Zubir melepaskan rembatan kencang yang cuma mampu ditampan penjaga gol Pahang. Wan Alif mengambil kesempatan dengan menanduk masuk gol penyamaan pelawat pada minit ke-83.
Gol penyamaan Wan Aliff
Terengganu yang tidak jemu menekan kubu tuan rumah akhirnya berhasil menemui gol kemenangan sekali lagi menerusi penyerang berbisanya Mohd Ashaari Shamsuddin pada minit ke 88. Gol terhasil apabila bola sepakan sudut oleh Ismail Faruqi ditanduk kemas Saha menyaksikan gegak gempita penonton pelawat di stadium.

Pesta penyokong pelawat berterusan di luar stadium apabila deretan kenderaan berhenti di tepi jalan raya dengan peminat bersorak gembira sambil mengibarkan bendera Terengganu dan membunyikan hon masing-masing. Semoga pertemuan pusingan kedua berpihak kepada Terengganu dan layak ke final. Amin..

credit to ganusoccer.net

MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Sekolah Kebangsaan (SK) merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah harian yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi supaya SK menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Dengan kata lain SK perlu diperkasakan supaya setanding dengan sekolah-sekolah lain seperti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta Sekolah Agama. Dalam usaha untuk memperkasakan SK, Program PemBestarian Sekolah diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) secara berperingkat-peringkat.

Bagi memperluas penggunaan ICT di sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia mensasarkan agar semua SK dilengkapi dengan infrastruktur, peralatan dan perisian yang mencukupi, serta guru dan kakitangan mendapat latihan yang sewajarnya untuk memastikan pengintegrasian ICT berlaku dalam P & P dan urusan pentadbiran sekolah. Pelaksanaan pemBestarian sekolah merangkumi tiga dimensi iaitu (rujuk Rajah 1.7):

Rajah 1.7: Tiga dimensi yang dirangkumi oleh pelaksanaan pemBestarian sekolah

Ketiga-tiga dimensi ini menjadi pemacu dalam meningkatkan keberkesanan P & P dan pengurusan sekolah kebangsaan dan mewujudkan sekolah-sekolah perkasa (Rajah 1.10).

Dasar memperkasa SK diwujudkan bagi memastikan semua sekolah rendah yang berbahasa pengantar Bahasa Melayu dan Sekolah Menengah kebangsaan menjadi sekolah pilihan utama masyarakat Malaysia. Matlamat dasar adalah untuk memupuk dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan pelajar. Justeru itu, pelajar dilatih agar hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotisme serta bertoleransi yang tinggi selaras dengan aspirasi nasional. Di samping itu meningkatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti prasarana, disiplin, sukan, penguasaan ICT, kualiti guru serta kepimpinan sekolah. SK yang diperkasa akan diterajui oleh pengetua atau guru besar yang mempunyai ciri kepimpinan yang berkesan, kumpulan guru daripada pelbagai kaum yang cekap dan komited, mengeratkan hubungan dan penglibatan ibu bapa dengan warga sekolah. Selain itu SK mempunyai infrastruktur yang lengkap bagi melahirkan pelajar yang tinggi pencapaian akademik dan kokurikulum serta sahsiah yang cemerlang. Ciri-ciri tersebut ditunjukkan dalam Rajah 1. 8 di bawah.

Rajah 1.8: Sekolah Perkasa

(Dipetik dan diubahsuai daripada RMK9, PIPP, Kementerian Pelajaran Malaysia, Edisi Pelancaran 2006)


Dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, SK merupakan wahana terbaik untuk memupuk perpaduan kaum daripada peringkat awal persekolahan kanak-kanak. SK perlu diperkasakan untuk mencerminkan budaya Malaysia, mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah, mempunyai persekitaran yang kondusif, budaya kerja yang positif dan mampu menawarkan program pendidikan yang berasaskan pelanggan bagi menarik ibu bapa dan pelajar dari pelbagai latar belakang, kaum serta agama untuk belajar di SK.

Dalam konteks yang lebih luas Sekolah Bestari merupakan satu agenda utama dalam PIPP untuk memperkasakan sekolah kebangsaan dalam persada dunia pendidikan bagi meningkatkan lagi kualiti P & P, keberkesanan perguruan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru.



Sumber: Modul OUM HBML2203

Ahad, Mei 08, 2011

PENYU SEMAKIN GAGAH

Perlawanan Liga Super diteruskan lagi dengan perlawanan membabitkan Terengganu bertemu Perlis di SSINS pada 3 Mei 2011. Dengan jadual perlawanan yang padat, Terengganu merehatkan beberapa pemain utama bagi mengelakkan keletihan.
Ismail Faruqi melorongkan bola kepada trio penyerang Terengganu

Akibatnya, tamat aksi separuh masa pertama tuan rumah ketinggalan kepada Perlis 0-1. Irfan Bakti tidak menunggu lama dengan memasukkan kembali pemain utama sebaik babak kedua bersambung.

Hadi Yahya berusaha keras melepasi benteng Perlis
Percaturan jurulatih Penyu akhirnya berhasil apabila Abdul Manaf Mamat menjaringkan gol penyamaan tuan rumah. Terikat 1-1, Terengganu terus menggempur kubu Perlis dan akhirnya Ashaari Shamsuddin meledak gol pendahuluan.
Jaringan dari Manaf Mamat
Ashaari merembat gol kedua Terengganu
Manaf sekali lagi menjadi pemusnah Perlis dengan jaringan ketiga untuk keputusan muktamad Terengganu 3-1 Perlis.

Perlawanan pada 6 Mei pula juga berlangsung di SSINS membabitkan pertemuan tuan rumah Terengganu menentang Kuala Lumpur. Terengganu yang menduduki tangga ketiga liga dengan ketinggalan satu mata kepada dua pasukan teratas berusaha keras bagi mencipta kemenangan.

Sebaik wisel permulaan, pasukan Penyu terus menyerang kubu Kuala Lumpur dalam usaha mencari gol awal. Usaha tersebut ternyata berhasil apabila Abdul Hadi Yahya membuka tirai jaringan buat tuan rumah.
Kelicikan Ismail Faruqi

Memasuki separuh masa kedua, Abdul Manaf Mamat menambah gol bagi Terengganu sebelum pemain bek kiri Helmi Ramely menambah gol ketiga.
Manaf Mamat score

Manaf Mamat sekali membuktikan ketajaman di depan pintu gol dengan menyumbat gol keempat untuk kemenangan mutlak Terengganu membelasah Kuala Lumpur 4-0.
Wan Mohd Alif Jasmi melarikan bola sambil dikejar pertahanan KL
Bek Terengganu Zubir Azmi yang terpilih menyertai kem Olimpik Negara. Tahniah

Bagi pasukan bermasalah, T-Team pula terus mempamerkan aksi tidak konsisten apabila mengalami kekalahan mengejut kepada pasukan tercorot Perlis dalam aksi di Stadium Kangar. Walaupun mendahului 1-0, namun T-Team gagal mengekalkan prestasi untuk akhirnya tewas 1-2.

Pada aku, ada beberapa pemain yang kononnya 'star' yang langsung tidak menyumbang kepada pasukan. Sikap pemain tersebut boleh dilihat dengan jelas bila mempamerkan sikap malas mengejar bola dan tidak bersemangat. Harap-harap pihak pengurusan mengambil tindakan segera pemain tersebut.

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SK SEBERANG TAKIR 2011

Satu lagi aktiviti kokurikulum iaitu Perkhemahan Badan Beruniform diadakan bagi peringkat sekolah. Selama 3 hari iaitu pada 5, 6 dan 7 Mei 2011 bertempat di sekolah.

Perkhemahan bermula seminggu awal iaitu pada hari Isnin, 2 Mei 2011 di mana semua peserta bersama guru pemimpin hadir setiap petang bagi menyelesaikan kerja-kerja awal seperti penyediaan lot kawasan, latihan untuk setiap pertandingan, hiasan khemah dan gajet. 

Seramai 150 orang ahli badan beruniform terdiri daripada unit Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah, Tunas Pandu Puteri dan Puteri Islam menyertai perkhemahan kali ini.

Kerjasama semua pihak jelas kelihatan di mana semua pihak bekerja bersama-sama demi menjayakan perkhemahan. Komitmen semua guru, pekerja, EiO, bekas guru praktikum, pengawal keselamatan, pengusaha kantin malahan ibu bapa dan PIBG telah menjadikan perkhemahan ini berjaya.

Walaupun terpaksa membawa bersama anak-anak kecil (kesian tengok anak-anak sampai tertidur atas  bangku simen tunggu ibu kat tapak perkhemahan), tugas dan tanggungjawab tidak sama sekali diabaikan. Tidak kurang juga yang membawa anak bujang yang sama-sama memberi sumbangan dari segi idea, tenaga dan kudrat bagi membantu.

Inilah komitmen yang diberikan oleh guru-guru SK. Seberang Takir dalam merealisasikan perkhemahan. Semoga usaha kita diterima sebagai satu ibadat.
Terima kasih semua...

Tapak Tunas Pandu Puteri

Pengakap

Bertungkus lumus mendirikan khemah

Ahli Puteri Islam pose depan khemah

Upacara Perasmian Pembukaan-serius gila muka aku

Ucapan Perasmian Pembukaan

Malam Persembahan-Band yang didatangkan khas.


credits to EiO SKST for all photo's

BAHAYA MANDI MALAM

Mandi malam dan minum air batu serta kesannya ke atas paru-paru.

Setelah saya menulis tentang tapak tangan yang lembap dan basah, ada yang minta penjelasan lanjut secara lebih ilmiah atau secara saintifik mengapakah mandi malam dan minum air batu merosakkan paru-paru.

Lebih dahulu saya menjelaskan pengertian sains itu sendiri.

Sains menurut Kamus Oxford ialah satu cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semula jadi.

Dan ini pula adalah penjelasan yang lebih menyeluruh mengenai sains di wikipedia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sains

Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru.

Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini.

Khamis, Mei 05, 2011

OSAMA BEN LADEN

Dunia digemparkan dengan kematian Osama Laden yang ditembak mati di Pakistan. Manusia yang menjadi buruan USA lebih sedekad lamanya.

Mengikut carian di laman web, Osama ditembak di kepala atau lebih tepat lagi di mata. Bagi memastikan beliau benar-benar mati, komando SEAL USA sekali lagi menembak di dadanya. Turut syahid ialah isteri Osama yang bertindak memeluk Osama Laden ketika suaminya ditembak. Kejadian ini disaksikan Presiden Barrack Obama menerusi kamera yang dipasang pada topi keledar komando tersebut.

Lebih menyedihkan, jenazah Osama disemadikan di laut; satu penghinaan terhadap jenazah. Amerika sendiri bapa kepada segala pengganas.
Bangunan kemegahan Amerika, World Trade Centre yang tersungkur menyembah bumi dalam kejadian yang dikaitkan dengan Osama. Rangkaian Al-Qaeda yang dipimpin beliau didakwa terlibat dalam peristiwa 11 September 2001 di mana beberapa pesawat komersial bertindak merempuh WTC New York.

Memetik kata-kata musuh ketat Washington, Presiden Cuba Fidel Castro yang mengatakan ayam pun akan bertindak melawan jika ditangkap untuk disembelih, inikan pula manusia.

Bosan dengan penjajahan Palestin, Al-Qaeda mengambil jalan sendiri dengan melancarkan perang terhadap Amerika.

Sedikit kekesalan, komen daripada beberapa orang kuat kerajaan yang secara berlapik mengatakan kematian Osama akan menjadikan dunia lebih aman. Kenyataan yang palsu, penuh pembohongan dan lebih condong ke arah Amerika.

Komen Nik Aziz, sebagai orang Islam adalah lebih baik kita mendoakan kebahagiaan untuk orang yang meninggal dunia walau sejahat manapun dia.

Osama Laden-pejuang yang dilabel pengganas oleh pengganas itu sendiri. Tapi bagi berjuta rakyat Palestin, beliau ialah seorang hero.

Selasa, Mei 03, 2011

KURSUS KEPIMPINAN 2011

Bertempat di Merang, atau lebih tepat lagi di Kem Kokurikulum Unisza; Kem Kepimpinan SK Seberang Takir 2011 diadakan. Seramai 64 orang peserta terlibat.
Suasana kem/chalet
Kawasan perkhemahan
Peluang melawat Balai Cerap Kusza/Unisza
Pemandangan dari Balai Cerap
Sudut berbeza dari Balai Cerap
Tercungap gak nak sampai ni