SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Khamis, Jun 16, 2011

HINA AGONG KERANA KALAH BOLA

Tak tau nak cakap la standard penyokong bola sepak di Malaysia. Bila kalah, tak boleh nak terima kenyataan. Mula la nak mengutuk, mencaci, mengamuk dan merusuh. Semua tu dah berlaku dalam arena bola sepak Malaysia.

Kekalahan Kelantan kepada Terengganu dalam Final FA Cup baru ni membuka sejarah baru dalam episod kemarahan/keganasan penyokong di Malaysia. Kerana bola, dua orang penyokong (konfem Melayu) telah bertindak menghina institusi di raja apabila menghina Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di laman facebook.

Sape yang buat? Penyokong mana yang buat?

Final Piala FA menemukan dua negeri berjiran Terengganu dan Kelantan. Keputusannya Terengganu menang dengan keputusan 2-1. Jadi mustahil benda ni penyokong Terengganu yang buat. Fikir lah sendiri..

Tahniah pihak Ganusoccer.net dan Terengganu FA yang telah membuat laporan polis bagi menyiasat kes ni. Harap pihak berkuasa siasat secara telus.

Ok..aku nak cepat ni. Tulis (taip) pun kelam kabut. DAULAT TUANKU..

Rabu, Jun 15, 2011

TERENGGANU PERTAHAN JUARA SUKMA

Minggu ni boleh disifatkan sebagai minggu kecemerlangan sukan Terengganu. Segar dengan kejayaan pasukan bolasepak yang memenangi Piala FA pada 11 Jun 2011, kontingen Sukma negeri pula menambah ceria warga Terengganu dengan kejayaan mengungguli Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) dengan mengutip pingat emas tertinggi. Kejayaan Terengganu kali ini merupakan kejuaraan ketiga berturut-turut (hatrik) setelah kejayaan 2008 (di Terengganu), di Melaka pada 2010 dan Kuala Lumpur 2011.
Kedudukan Terengganu yang unggul di carta SUKMA
Prof. Emiritus Khoo Kay Kim yang juga pengkritik sukan dalam Kosmo edisi 14 Jun 2011 menyifatkan Terengganu merupakan kilang melahirkan atlit negara bertaraf antarabangsa. Kejayaan melahirkan atlit seperti Azizul Hasni Awang, Fatehah Mustapha, Annuar Manan, Mohd Adiq Husaini, Nazmizan Mohamad dan ramai lagi membuktikan Terengganu berjaya dalam pembangunan atlit muda. Beliau juga menyarankan Majlis Sukan Negara (MSN) mencontohi modul yang digunakan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dalam usaha pembangunan bakat muda.

Tahniah buat kontingen Sukma Terengganu dan pasukan bolasepak Terengganu. Kejayaan anda membanggakan kami anak-anak Terengganu.

Kegembiraan kontingen Terengganu yang menjuarai Sukma 2011


SEKITAR FINAL PIALA FA 2011


Hadi dan Ashaari mengasak kubu Kelantan

Penyokong Terengganu
Penyokong Peteh mengarak replika penyu
Antara banner yang kelihatan di SNBJ-Kijang terkulai dipeteh Penyu
Kegembiraan dan kepuasan jelas terpancar di wajah Manaf Mamat, Marzuki Yusoff (no 17) dan Mazlizam Mohamad (tidak kelihatan). Pada aku Manaf juga antara pemain terbaik Terengganu pada perlawanan akhir atas usaha dan semangat juang yang ditunjukkan. Manaf sering kali turun membantu bek apabila diserang dan jelas air mukanya dia seorang pemain yang memiliki semangat juang kental.
Ismail Faruqi
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyampaikan Piala FA kepada kapten
Kem Terengganu bergambar bersama Piala FA
Podium kemenangan
Pemain dan Piala FA diarak di Kuala Terengganu sebaik pasukan Terengganu tiba dari KLIA

Piala FA dan Sukma dipamer pada keraian bersama rakyat Terengganu di Dataran Syahbandar

Penjaring gol kemenangan di final, Nordin Alias
Piala FA

Isnin, Jun 13, 2011

FINAL FA CUP 2011-ANALISIS AMATUR

Bahang dan kegembiraan memenangi Piala FA masih menebal. Ok kat sini aku nak buat sedikit analisis tentang gol penyamaan Terengganu ketika permainan berbaki 10 saat untuk ditamatkan. Gol tersebut sebenarnya gol pembunuh semangat pemain Kelantan dalam perlawanan tersebut.

Analisis aku:
1. Pemain-pemain Kelantan terlalu yakin dapat memenangi perlawanan akhir tersebut setelah mendahului pada minit ke-73 perlawanan. Kebiasaannya, dalam liga/pertandingan tempatan apatah lagi perlawanan akhir yang tekanannya terlalu hebat untuk ditangani pemain apatah lagi pemain-pemain Terengganu yang rata-ratanya muda dan tiada pengalaman; sukar bagi sebuah pasukan yang ketinggalan untuk bangkit mencari gol penyamaan.

2. Pemain Kelantan beranggapan masa permainan sebenar akan tamat pada minit ke-90, sama seperti masa perlawanan biasa sedangkan mereka terlupa permainan terhenti selama 5 minit ekoran api suar yang dibaling penyokong mereka sendiri.

3. Oleh itu, pemain-pemain Kelantan seakan berangan dalam permainan. 10 minit terakhir, mereka cuba melambatkan perlawanan dengan berpura-pura sakit. Antara 5 - 6 orang pemain Kelantan berlakon secara berlebihan dengan berpura-pura sakit. Begitu juga penjaga gol yang cuba melambatkan permainan dengan membawa bola ke dada terlalu lama.

4. Taktik melambatkan permainan memang menjadi kebiasaan termasuk dalam liga ternama seperti BPL, Liga Premiera dan Serie A tetapi hanya berlaku apabila permainan memasuki minit ke-90. Sedangkan pemain Kelantan mengamalkan taktik ini ketika permainan berbaki 15 minit sebelum tamat tidak termasuk lanjutan masa tambahan.

5. Dalam masa sama, pemain Terengganu terus mengasak ke kubu lawan. Dengan semangat tidak berputus asa, pemain-pemain Terengganu terus menggempur dengan semua pemain naik ke kawasan Kelantan dengan meninggalkan cuma Mazlizam Mohamad di posisi bek.

6. Dalam situasi satu pihak berangan dan berlakon, manakala satu pihak lagi berusaha bermati-matian; pihak yang berlakon akhirnya terperangkap dengan lakonan sendiri.

7. Ramai yang menyalahkan Daudsu Jamaludin yang menanduk masuk ke gol sendiri bagi gol penyamaan Terengganu. Tapi bagi aku, bukan salah Daudsu tetapi kesilapan sebenar terletak pada satu team. Tengok imej di bawah:


8. Ketika Ashaari Samsuddin (tidak kelihatan dalam gambar) membuat lorongan kepada Manaf Mamat, hanya terdapat dua orang pemain Kelantan di dalam petak penalti Kelantan untuk menggagalkan larian Manaf (dalam bulatan paling kanan). Dua pemain Kelantan tersebut ialah Farisham dan Daudsu sendiri sedangkan 4 pemain Terengganu menyerbu untuk menjaringkan gol.
 
9. Manaf, Joseph Kallang, Mazlizam dan Nordin Alias kesemuanya meluru ke arah gol Kelantan bagi menjaringkan gol. Ini membuktikan pemain Terengganu memang berusaha bermati-matian mencari gol penyamaan dalam saat yang terakhir.

10. Soalan saya, di mana pemain Kelantan yang lain yang sepatutnya berkampung dalam petak penalti mereka untuk menghalang cubaan pemain Terengganu?

11. Jawapannya, pemain Kelantan yang lain sibuk berlakon dan ramai juga yang berangan mereka sudah mampu menjulang piala. Mana mungkin 4 pemain yang sedang menyerang ganas mampu dihalang 2 pemain yang hampir longlai mempertahankan kubu.

12. Dan dalam usaha terakhir Daudsu menyelamatkan gawang gol, dia akhirnya tertanduk ke gawang sendiri hasil cubaan Manaf.  Pada aku, Daudsu tidak bersalah. Yang bersalah pemain yang berlakon dan berangan. Daudsu sudah sehabis usaha dan nafas cuba menyelamatkan bola namun gagal.

ITULAH BOLASEPAK. SUKAN YANG KADANG KALA KEJAM...

Ahad, Jun 12, 2011

MALAYSIAN EL-CLASSICO-FINAL FA CUP 2011 MILIK TERENGGANU

Berita paling hangat diperkatakan di bumi bertuah Terengganu sekarang. Beritanya berkisar kepada wira-wira Penyu yang berjaya membawa pulang Piala FA ke bumi Terengganu.

Syukur Alhamdulillah..

Tarikh 11.06.11 menjadi saksi kejaguhan Terengganu dalam kancah bolasepak tempatan apabila berjaya membenam ego Kelantan dalam final yang penuh aksi dan drama dengan keputusan mutlak 2-1.
Piala rebutan, piala terakhir kerana musim depan edisi baru Piala FA dikeluarkan
Pertembungan yang boleh diklasifikasikan "Malaysian El Classico" antara dua pasukan berjiran ini mendapat liputan meluas media. Perang psikologi yang dimainkan di alam maya turut menyumbang kepada keghairahan penonton. Hasilnya, 85 000 penonton memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil, yang teramai dalam sejarahnya.
Antara preview/perang psikologi di alam maya menjelang pertembungan final derby east coast
Kelantan membuat sepak mula dengan cubaan awal melancarkan serangan ke kubu Terengganu namun berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan Terengganu yang begitu berdisiplin. Barisan pertahanan diketuai Marzuki Yusoff dan Mazlizam Mohamad di bek tengah sambil dibantu Zubir Azmi di kiri  dan Helmi Remeli sebagai bek kanan ampuh menahan serangan Kelantan dari membolosi Sharbinee Allawee pada 5 minit pertama permainan.
Lautan hitam putih

Secara perlahan, pemain Terengganu berjaya menyerap tekanan dan mulai bangkit meningkatkan tempo permainan dan berjaya menguji penjaga gol Kelantan menerusi Ashaari Samsuddin pada minit ketujuh. Kedua-dua pasukan mula saling mengasak dengan penguasaan bola yang seimbang. Barisan tengah Terengganu diterajui Ismail Faruqi, Reeshafiq Alwi, Ashaari Samsuddin dan Joseph Kallang Tie mula menguasai bola dengan lorongan-lorongan cantik untuk dua penggempur. Manaf Mamat dilihat lebih efektif berbanding Hadi Yahya yang sering kali merencatkan pergerakan serangan Terengganu.

Perlawanan terhenti selama lima minit pada minit ke-55 ekoran tindakan penyokong Kelantan membaling api suar yang hampir mengenai penjaga gol Terengganu.

Kebuntuan jaringan terhapus pada minit ke-73 apabila Nurul Azwan Roya menyungkit bola melepasi Sharbinee Allawee. Terengganu yang ketinggalan terdesak mencari gol penyamaan. Peluang terbaik menerusi Hadi terlepas. Begitu juga Manaf yang berjaya menggelecek dua pertahanan lawan namun rembatannya berjaya ditampan Khairul Fahmi.

Namun berbekalkan semangat juang tinggi dan sikap tidak mudah berputus asa, ternyata membuahkan bonus besar buat Terengganu. Dengan permainan berbaki 10 saat, dengan wisel sudah berada di mulut pengadil untuk tiupan terakhir, saat itulah Terengganu bangkit dengan gol penyamaan. Asakan awal Manaf Mamat berjaya ditampan Khairul Fahmi namun bola melantun menuju ke arah gol. Dalam usaha mengeluarkan bola itulah Daudsu Jamaludin menanduk masuk ke gawang sendiri. Jelas Daudsu tertekan kerana tanpa tandukannya, bola tetap akan menerjah jaring gol Kelantan sambil Nordin Alias dan Mazlizam Mohamad sedia untuk menyambung kuisan Manaf tadi.



Jaringan ini mengheret perlawanan ke masa tambahan. Dalam masa tambahan, Terengganu menguasai penuh permainan dengan serangan bertali arus ke kubu Kelantan. Jelas pemain Penyu begitu bersemangat memburu gol kemenangan. Ketika inilah muncul Nordin Alias, hero Terengganu pada perlawanan tersebut. Berbaki 10 minit permainan masa tambahan, Nordin menyepak masuk tandukan Reeshafiq hasil sepakan sudut Ashaari. Gol yang mengesah dan menobatkan Terengganu juara mutlak Piala FA.



Tahniah wira-wira Terengganu...
Final result
Sekali lagi gelaran King Of Come Back sesuai dengan Terengganu, pasukan yang memilih cara yang sukar untuk mencatat kemenangan. Seringkali ketinggalan namun menang di hujung saingan. Kapten Terengganu, Marzuki Yusoff juga dipilih pemain terbaik perlawanan akhir. Syabas diucapkan kepada pemain-pemain Terengganu, jurulatih Irfan Bakti dan semua kem pasukan Terengganu. Very good job..
Senarai kesebelasan Terengganu:

Penjaga Gol:
Mohd Sharbinee Allawee

Pertahanan:
Marzuki Yusoff
Mazlizam Mohamad
Zubir Azmi
Helmi Remeli

Tengah:
Ismail Faruqi Ashaari (Ahmad Nordin Alias)
Reeshafiq Alwi
Mohd Ashaari Samsuddin
Joseph Kallang Tie

Serangan:
Abdul Manaf Mamat
Abdul Hadi Yahya (Mohd Zharif Husna)

Ketua Jurulatih:
Haji Irfan Bakti Abu Salim

Jurulatih Penjaga Gol:
Zubir Ibrahim

Pengurus Pasukan:
Dato' Haji Che Mat Jusoh

Penolong Pengurus Pasukan:
Sheikh Ahmad Tajuddin

Rabu, Jun 08, 2011

myMetro | Terengganu dominasi Grand Prix Takraw kategori B-11, 14

myMetro Terengganu dominasi Grand Prix Takraw kategori B-11, 14

Dua pemain SK Seberang Takir iaitu Muhammad Aidil Haikal b. Ghani dan Muhammad Syahid b. Ruzli mewakili Terengganu B11 yang muncul johan..