SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Selasa, Mac 16, 2010

CONTOH SOALAN & JAWAPAN HBML 1103-SIRI 1

Contoh Soalan dan Jawapan HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu - 2

BAHAGIAN A
ARAHAN: Terdapat SEPULUH (10) soalan dalam Bahagian A. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN 1
Teori Struktural, yang dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, De Saussure, dan Otto Jespherson; merupakan salah satu daripada Teori Huraian Bahasa Tradisional.
Berikan DUA (2) pendapat pelopor teori ini tentang Teori Struktural.
[4 markah]
i. Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem dan ayat.
ii. Ciri-ciri bahasanya bersifat pertuturan, bersistem,arbitrari, dan untuk perhubungan.
iii. Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan fakta- fakta yang dilihat.

SOALAN 2
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajarnya. Jelaskan secara ringkas Teknik Main Peranan.
[4 markah]
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, di mana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

SOALAN 3
Anda bercadang untuk mengajarkan kemahiran bertutur di bilik darjah. Tajuk pengajaran anda ialah “Kemajuan Teknologi”. Apakah bahan bantu mengajar yang sesuai untuk anda gunakan dalam pengajaran berkenaan?
[4 markah]


- Belum ada jawapan lagi -

SOALAN 4
Pelajar anda tidak dapat menguasai aspek bacaan secara lantang dengan baik. Cadangkan DUA (2) cara bagi memperbaiki kelemahan ini.
[4 markah]
(a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid.
(b) Bersoal jawab dan membantu murid dengan perkataan dan rangkai katra yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu.
(c) Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru.

SOALAN 5
Bahan sumber pengajaran kemahiran menulis boleh didapati daripada pelbagai sumber, seperti internet, digital, audio dan audio visual, gambar, dan filem. Berikan EMPAT (4) ciri bahan sumber pengajaran kemahiran menulis yang baik.
[4 markah]
a• Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalam kelas dan cara pengelolaankelas guru semasa mengajar.
b• Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutama yang melibatkan pralatan ICT.
c• Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid menggunakan bahan berkenaan terutama sekiranya melibatkan bahan-bahan berteknologi digital dan elektronik.
d• Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalam kelas dan cara pengelolaankelas guru semasa mengajar.
e• Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutama yang melibatkan pralatan ICT.
f• Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid menggunakan bahan berkenaan terutama sekiranya melibatkan bahan-bahan berteknologi digital dan elektronik.

SOALAN 6
Sistem bahasa merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Beri takrifan morfologi dan sintaksis dalam tatabahasa.
[4 markah]

Morfologi merupakan bidang yang mengkaji tentang pembentukan kata. Pembentukan kata itu terdiri daripada morfem, jenis morfem, struktur kata, penggolongan kata dan bentuk kata.
Sintaksis bermaksud kajian tentang pembentukan ayat. Sintaksis bahasa Melayu merangkumi tajuk-tajuk seperti Frasa, Klausa, Pola Ayat, Jenis Ayat, Bentuk Ayat, Ragam Ayat dan Proses Penerbitan Ayat.

SOALAN 7
Pengajaran sistem bahasa boleh dilaksanakan secara terancang dan penyerapan. Jelaskan secara ringkas cara pengajaran sistem bahasa secara penyerapan.
[4 markah]
a• Guru mengenal pasti kemahiran sistem bahasa yang hendak mereka sampaikan kepada pelajar.
b• Pendekatan induktif, komunikatif dan juga eklektik merupakan antara pendekatan yang sesuai digunakan.
c• Isi pelajaran disampaikan melalui aktiviti yang dirancang oleh guru
d• Murid tidak menyedari bahawa mereka sedang diajarkan dengan sesuatu bahagian sistem bahasa.

SOALAN 8
Bahan sastera digunakan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Beri DUA (2) sebab kenapakah bahan sastera sesuai digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
[4 markah]
a• memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan;
b• memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;
c• mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;

SOALAN 9
Pola suku kata bahasa Melayu terbahagi kepada dua (2). Nyatakan KEDUA-DUA pola suku kata yang berkenaan.
[4 markah]

Pola-pola suku kata bahasa Melayu terbahagi kepada :-

• Pola suku kata terbuka
• Pola suku kata tertutup

Pola suku kata tertutup

V+KV : a + pi, i + bu, u + li, e + la.

VK+KVK : am + bil, un + dur, an + ting.

KV+KV : ba + tu, da + du, ka + ki.

KVK+KVK : kan + cil, san + ding, sek +


SOALAN 10
Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan, perkara, atau benda yang digunakan oleh guru untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan menarik. Bagaimanakah bahan bantu mengajar dapat membantu proses pembelajaran di bilik darjah?
[4 markah]
[Jumlah: 40 markah]

(a) menarik minat murid untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang sesuatu isi pelajaran dan sekali gus mengelakkan kebosanan dan ketegangan;
(b) mengekalkan tumpuan pemerhatian dan pemikiran murid kepada apa yang hendak diajarkan dan sekali gus mengelakkan masalah disiplin dalam semasa di dalam bilik darjah;
(c) mencetuskan pemikiran murid dan sekali gus mengelakkan suasana mengantuk dan kebuntuan fikiran;
(d) menyeronokkan emosi dan rohani murid dan sekali gus mengelakkan kebosanan di kalangan murid;



BAHAGIAN B
ARAHAN: Terdapat LIMA (5) soalan dalam Bahagian B. Jawab TIGA (3) soalan sahaja.

SOALAN 1
Terdapat banyak masalah berhubung dengan pengajaran menulis di sekolah. Masalah ini tidak harus dibiarkan berlanjutan, khasnya apabila pelajar itu hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.
(a) Senaraikan EMPAT (4) masalah yang dihadapai dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis.
[8 markah]
(b) Cadangkan langkah yang sesuai bagi mengatasi EMPAT (4) masalah yang telah anda senaraikan.
[12 markah]
[Jumlah: 20 markah]
SOALAN 2
Bahan bantu mengajar digunakan oleh guru untuk mencapai hasil pembelajaran yang berkesan. Sebagai contoh, guru perlu memikirkan bahan yang sesuai bagi mengajarkan kemahiran mendengar dan bertutur.
(a) Senaraikan EMPAT (4) bahan bantu mengajar dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur.
[4 markah]
(b) Jelaskan penggunaan EMPAT (4) bahan bantu mengajar ini untuk membantu guru dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur.
[16 markah]
[Jumlah: 20 markah]

SOALAN 3
Bahasa pertama ialah bahasa yang mula-mula sekali diperoleh dan dikuasai oleh seseorang sejak dia masih kanak-kanak, iaitu sebelum dia mempelajari sesuatu bahasa asing atau bahasa kedua.
(a) Jelaskan bagaimana bahasa pertama itu diperolehi oleh seseorang kanak-kanak.
[8 markah]
(b) Di sekolah, kelemahan dalam pembelajaran Bahasa Melayu antara lain berpunca daripada dua (2) gangguan bahasa yang utama, iaitu gangguan dialek dan gangguan bahasa ibunda. Jelaskan bagaimanakah kedua-dua gangguan ini boleh menjejaskan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah.
[12 markah]
[Jumlah: 20 markah]
SOALAN 4
Baca petikan berikut dan jawab soalan yang berkaitan dengannya.
Nadia tidak ambil peduli akan kata-kata Abang Kamal. Bagi Nadia, tindakan Abang Kamal yang sedemikian tidak menjejaskan sedikit pun usahanya untuk memulihkan perusahaan abah. Yang penting, kilang abah mesti diselamatkan. Dan Nadia pasti, abah akan tentu menyebelahinya.
“Berhati-hati Nadia. Kalau bertindak, biar seperti menarik benang dalam tepung. Benang dapat ditarik, tanpa mengecahkan tepung,” peringat abah sewaktu mereka berbincang tentang abang Kamal.
“Abah tak boleh memecat abang Kamal tanpa sebarang sebab. Itu Nadia tahu kan. Jadi, Nadia kenalah cari bukti tentang salah laku Abang Kamal sebelum abah mengambil tindakan,” pesan abah lagi.
“Itu Nadia faham abah. Dan Nadia pun bukan sengaja nak cari kesalahan Abang Kamal. Tapi kalau tindakannya boleh menjejaskan kilang ini, Nadia rasa kita patut bertindak. Tempatnya perlu digantikan dengan orang lain,” balas Nadia kemudiannya.
“Siapa agaknya yang sesuai” soal abah. Nadia tersenyum mendengar pertanyaan abah. Abah hairan melihat reaksi Nadia.

(Dipetik daripada Elby Wahida, 1995, Ceria Kasih. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Dengan menggunakan petikan di atas, cadangkan aktiviti pengajaran Kemahiran Membaca dengan menggunakan teknik DR-TA.
[20 markah]
SOALAN 5
Sebagai guru Bahasa Melayu, anda berasa bahawa tahap penguasaan bahasa Melayu perlu dipertingkat di kalangan pelajar di sekolah anda. Hal ini amat penting memandangkan bahawa peranan bahasa Melayu amat signifikan dalam kedudukannya sebagai bahasa rasmi Negara ini. Jelaskan beberapa langkah yang boleh anda laksanakan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Melayu pelajar di sekolah anda.
[20 markah]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan