SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Ahad, Februari 06, 2011

HARGA BARANGAN DI TERENGGANU MAHAL

Seminggu dah aku berada di negeri kelahiran ku. Bumi bertuah Terengganu Darul Iman. Esok lusa terpaksa pulang ke Johor semula. Berat rasa hati nak tinggalkan baby ngan isteri kat Terengganu. Ok..bukan nak cerita pasal tu.

Seminggu kat sini memang aku terasa harga hampir semua jenis barang di Terengganu lebih mahal berbanding Johor. Walaupun barang tu aku beli kat pasaraya besar di Terengganu, tapi harganya tetap lebih tinggi banding ngan kalau aku beli barang yang sama di kedai runcit biasa di Johor. Sepatutnya kalau fikir logik, mesti harga kat pasaraya besar lebih murah banding ngan kedai runcit. Tapi perkara ni tak terjadi di bumi penyu ni.

Perbezaan harga pulak memang sangat ketara. Bukannya singgit dua. Contoh semalam... Aku makan tengahari dengan kos RM 9.40 seorang. Dengan menu yang sama kat Johor, aku boleh makan 2 orang untuk harga tu. Pehh..kaya makcik yang meniaga ni.

Sebenarnya aku perasan benda ni lama dah..Aku pun pelik nape harga kat sini tinggi sangat. Aku pernah bawak isteri aku ke Johor dan kami makan kat luar. Terkejut isteri aku dengan harga yang dibayar. Terkejut sebab murah sangat banding ngan Terengganu.

Mungkin orang Terengganu kaya-kaya kot... Tapi aku harap, pihak yang berkenaan buat lah sesuatu. MELAMPAU SANGAT!!!

1 ulasan:

  1. memang betul ton..mahal sungguh..serba serbi mahal di Terengganu. Tp apa nak buat. Org Terengganu suka bende mahal kot..

    BalasPadam