SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Sabtu, Januari 22, 2011

LIN DAN MAIN WAYANG?

Petang tadi tengok Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia..Kat tv je bukan kat stadium. Lee Chong Wei lawan ngan Chen Long. Ternyata Chong Wei dua tahap lebih baik dari pemain China tu. Keputusan straight set 21-8 dan 21-8 jelas menggambarkan Datuk Lee Chong Wei lebih hebat. Dengan gaya permainan fancy dan bersahaja, Lee Chong Wei macam mengajar Chen Long cara nak main badminton. Merah padam muka pemain China tu tahan malu sebab kena belasah.

Tapi sayang la..Pertarungan epik antara Chong Wei ngan Lin Dan tak jadi kenyataan. Sebabnya Lin Dan tarik diri kerana injured. Betul ke injured? Aku rasa tak. Lin Dan main wayang je..

Mungkin Lin Dan atau barisan jurulatih China dah dapat kesan Chong Wei sedang dalam top form. Dan Lin Dan tahu dia tak kan mampu kalahkan Chong Wei jika Chong Wei dalam prestasi terbaik. Cara mudah nak jaga imej, tarik diri. Sebab Lin Dan seorang pemain yang memiliki ego tinggi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan