SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Khamis, Mac 17, 2011

SEJARAH GIMNASTIK ARTISTIK (SIRI2)

Buku Gymnastics for Youth oleh Guths Muth dalam tahun 1759 hingga 1839 telah diterjemah dan disebarkan ke seluruh negara Eropah. Buku ini telah mencetus kembali minat terhadap sukan gimnastik. Terdapat dua nama yang terkenal iaitu Pehr Ling dan Jonan Ludwin pada awal kurun ke-19 dalam sukan gimnastik.

Ling telah mencipta gerakan asas dalam pendidikan jasmani dan sehingga sekarang gerakan asas ini telah diikuti oleh banyak negara. Jahn telah mengembangkan sistem gimnastik yang masih diguna pakai sehingga kini. Kelab gimnastik atau turvereine merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan ke seluruh Eropah sehingga ke Amerika Syarikat.Pada tahun 1888, Persekutuan Amatur Gimnastik telah ditubuhkan. Pada tahun 1860, skim latihan jasmani tentera bersekutu yang dikenali Staf Gimnastik Tentera telah ditubuhkan.

Dalam abad ke-18 dan 19, sukan gimnastik telah mendapat sambutan di negara-negara Scandinavia dan Jerman. Terdapat dua pandangan tentang gimnastik. Gimnastik Jerman lebih menumpu kepada pergerakan di alatan dengan penekanan kepada kekuatan otot dan daya tahan.

Gimnastik Sweideish lebih kepada pergerakan berirama.

Di negara Eropah yang penduduknya bertutur Bahasa Inggeris, gimnastik menjadi komponen dalam mata pelajaran pendidikan jasmani. Dalam Sukan Olimpik 1986, acara gimnastik pertama telah dipertandingkan dalam acara lelaki. Selepas tahun 1940 negara dari blok komunis seperti Russia, Czechoslovakia dan Jerman Timur telah menguasai keseluruhan acara gimnastik yang dipertandingkan.
Russian yang pertama kali menyertai pertandingan dalam Kejohanan Olimpik di Helsinki pada tahun 1952 telah memenangi lima daripada lapan pingat emas yang dipertandingkan dalam acara lelaki sementara pasukan wanitanya telah memenangi empat daripda enam pingat emas yang dipertandingkan. Dewasa ini, sukan gimnastik telah menjadi sukan penting dalam kalendar sukan dunia.

Terdapat tiga kejohanan gimnastik di peringkat antarabangsa yang terbesar dalam kalendar Persekutuan Gimnastik Antrabangsa iaitu:
1. Sukan Olimpik
2. Kejohanan Dunia
3. Kejohanan Eropah

[Sumber: Modul HBPE2103 OUM]   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan