SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Sabtu, Mac 12, 2011

SEJARAH GIMNASTIK ARTISTIK

Gimnastik merupakan sukan yang memerlukan seseorang ahli gimnastik mempunyai kekuatan, keseimbangan dan ketepatan pergerakan. Dalam kejohanan seperti Kejohanan Gimnastik Dunia dan Sukan Olimpik, setiap pasukan akan merebut tiga kategori kejuaraan iaitu berpasukan, keseluruhan dan individu untuk setiap alatan. Satu pasukan akan diwakili oleh enam peserta yang akan mempersembahkan kedua-dua pergerakan wajib dan pilihan.

Sejarah

Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Senaman beramai bagi tujuan upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradaban Cina 2000 tahun dahulu. Tamadun India dan Persia telah menggunakan senaman beramai 100 tahun selepaas itu.
Sementara itu orang-orang Greek telah menamakan pergerakan ini sebagai Gymnastics serta tempat senaman ini dikenali sebagai gimnasium. Ahli falsafah Greek yang terkenal Aristotle menyatakan bahawa gimnastik bukan sahaja sebagai seni, malahan merupakan ilmu sains kemasyarakatan. Hipocrates, Gelen yang terkenal sebagai pelopor bidang perubatan telah mencipta teori mengenai gimnastik. Mereka mengatakan gimnastik merupakan gerakan yang mempunyai nilai perubatan.

Tamadun Roman telah menggunakan gimnastik sebagai latihan fizikal dalam membina sistem ketenteraan. Tentera Roman menggunakan ketangkasan menggunakan lombol yang merupakan gerakan gimnastik untuk tentera menaiki dan menuruni kuda. Kesannya sehingga sekarang, lombol dikenali kekuda lombol. Dalam tahun 493M, pemerintahan Theodosius I telah menghapuskan Sukan Olimpik Purba. Kesannya, sukan gimnastik mengalami zaman malapnya.


[Sumber: Modul HBPE2103 OUM]     

2 ulasan:

  1. thx ya gan infonya :), kalau di indonesia sendiri kapan ya ada senam artistik? trus apakah dulu kalau senam itu pakai baju senam wanita ?

    BalasPadam
  2. thx ya gan infonya :), kalau di indonesia sendiri kapan ya ada senam artistik? trus apakah dulu kalau senam itu pakai baju senam wanita ?

    BalasPadam