SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Jumaat, April 08, 2011

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSM TERENGGANU 2011

Susulan team takraw SK. Seberang Takir mengungguli Kejohanan MSSD Kuala Terengganu Utara (KTU), 6 orang player sekolah terpilih mewakili Daerah KTU ke kejohanan peringkat negeri (MSSM Terengganu).

Venue pertandingan ialah di Sekolah Sukan Negeri Bukit Nenas, Setiu, Terengganu pada 31 Mac hingga 2 April lalu.

Venue pertandingan

Peringkat awal saingan kumpulan, diletakkan dalam satu kumpulan bersama Daerah Hulu Terengganu, Besut dan Kuala Terengganu Selatan.


Mara ke separuh akhir bertemu Kemaman setelah muncul naib johan kumpulan di belakang Besut.


Berjaya mengetepikan saingan Kemaman untuk mara ke final, sekali lagi bertemu Besut.


Aksi final sangat mendebarkan dengan ketiga-tiga regu dipaksa beraksi sehingga ke tie-break.


Setelah berjuang hebat, KTU terpaksa akur dengan Besut yang ternyata disebelahi nasib. Sistem permainan 'caru' Besut berjaya mengatasi sistem permainan '3' KTU yang walaupun menampilkan corak permainan menarik dan menghiburkan serta memenangi hati penonton, namun gagal untuk memenangi status johan.

Walau bagaimanapun, setinggi tahniah untuk player SK. Seberang Takir, jurulatih Cikgu Mohd Annuar dan En. Ghani. Pencapaian Naib Johan Negeri juga satu kejayaan yang amat membanggakan kami warga SK. Seberang Takir khasnya dan penduduk Seberang Takir sendiri.

Insya Allah kejayaan lebih gemilang kita lakar tahun depan dan insya Allah juga bertemu di peringkat kebangsaan dalam masa terdekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan