SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Khamis, April 14, 2011

T-TEAM vs TERENGGANU

1st eleven Terengganu
1st eleven tuan rumah, T-Team
Pertemuan derby Terengganu antara T-Team bertemu Terengganu. Dua pasukan dari Terengganu bertemu sesama sendiri. Walaupun penyokong kedua-dua team adalah individu yang sama, perlawanan ini tetap menjadi tumpuan penonton.

Kedua-dua pasukan dalam momentum yang terbaik selepas mencatat kemenangan dalam beberapa perlawanan terakhir sebelum aksi malam ini. Terengganu sebelum ini menumpaskan Perak 3-1 (saingan suku akhir Piala FA), mengalahkan Pahang 2-1 dan Harimau Muda A 3-1.


Manakala T-Team pula dalam semangat terbaik selepas membaham Kelantan 4-3 dan kemenangan moral ke atas Selangor 2-0 di Shah Alam.

Pasukan Terengganu lebih banyak menguasai perlawanan cuma gagal menterjemahkan serangan bertali arus kepada jaringan. Penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee juga beberapa kali diuji terutama percubaan menarik bekas rakan sepasukan di Terengganu musim lalu, Zairo Annuar.  Namun ternyata Sharbinee cekap mempertahankan gawang.

Syamsuri Mustafa (T-Team) bekas penjaga gol kebangsaan dan Sharbinee Allawee (Terengganu) penjaga gol negara masa kini.
Bekas pemain T-Team musim lalu, Abdul Hadi Yahya menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-47. Jaringan yang menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan.


credits to ganusoccer.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan