SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Isnin, April 18, 2011

SEJARAH PERKEMBANGAN SEKOLAH BESTARI DI MALAYSIA-HBML 2203

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU



Tahukah anda, sewaktu melancarkan Wawasan 2020 pada Februari 1991, Perdana Menteri Malaysia ke-4 Tun Dr. Mahathir bin Muhamad, menyatakan bahawa untuk menjadi sebuah negara maju, kita perlu menggunakan kekuatan akal? Oleh itu, untuk mencapai hasrat Wawasan 2020 tersebut sistem pendidikan negara perlu diubah sesuai dengan peredaran masa dan tuntutan zaman. Sewaktu melancarkan Koridor Raya Multimedia pada 1 Ogos 1996 beliau menegaskan dengan memetik :

“Teacher will need to change their role in the eletronic classroom from being information providers to counselors to help student develop know how and judgement to select information sources. Key to success in the Information Age will be making the right judgement between an awesome array of choice. We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout their life”
(Mahathir Mohamad, 1996)


Sekolah Bestari merupakan salah satu daripada tujuh Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (1997, 2003 dan 2005) yang terdiri daripada Kad Pintar Serba Guna, Sekolah Bestari, Teleperubatan, Kerajaan Elektronik Jaringan Pengilangan Sedunia, Pemasaran Tanpa Sempadan serta Kelompok R & D. Koridor Raya Multimedia (rujuk Rajah 1.4) disambung kepada Global Information Superhighway bertujuan untuk:

  • Memperoleh maklumat secara visual, teks serta suara yang dihantar dengan cepat dalam kuantiti yang tidak terbatas.
  • Menggerakkan pemindahan teknologi khususnya teknologi digital, menjadikan R & D sebagai satu budaya untuk penghasilan produk baru dan perkhidmatan yang berkualiti.
Dokumen rasmi yang menjadi dasar Sekolah Bestari ialah Smart School Flagship Application: The Malaysian Smart School A Conceptual Blueprint oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1977).




Rajah 1.4: Koridor Raya Multimedia 2005
(Dipetik dan diubahsuai daripada Modul Pengurusan Pembelajaran Bestari, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006)


Projek Rintis Sekolah Bestari bermula pada tahun 1999 hingga 2002 sebanyak 87 buah sekolah. Peluasan Projek Sekolah Bestari dikembangkan kepada 10,000 sekolah bermula tahun 2002 hingga 2010 di bawah Program PemBestarian Sekolah dalam Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8) dan Ke- 9 (RMK9) . Pencapaian Projek Rintis Sekolah Bestari di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dapat dilihat dalam rajah di bawah.




Rajah 1.5: Pencapaian Projek Rintis Sekolah Bestari





 Rajah 1.6: Pencapaian Projek Rintis Sekolah Bestari
(Dipetik dan diubahsuai daripada Modul Pengurusan Pembelajaran Bestari, Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006)


Dalam usaha untuk mewujudkan Sekolah Bestari, beberapa perubahan perlu dilakukan. Antaranya ialah:
  • Budaya P & P, iaitu daripada cara yang tradisional kepada cara yang berteraskan ICT.
  • Sistem pengurusan, iaitu pentadbir dan guru-guru perlu mengamalkan sistem pengurusan yang profesional.
  • Sistem penaksiran dan penilaian harus berubah daripada cara lama dan berpusat kepada cara yang berterusan dan bersifat holistik.
  • Kemudahan teknologi multimedia iaitu meningkatkan prasarana ICT untuk tujuan P & P seperti peralatan, makmal komputer, tenaga kepakaran serta tenaga kerja yang mencukupi.
Dasar utama Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan dengan sekolah Bestari adalah:
  • Memastikan semua pelajar celik ICT.
  • Menyelaraskan semua inisiatif ICT di bawah Jawatankuasa Maklumat Pengkomputeran Kementerian.
  • Menilai semula setiap perisian kursus yang telah dihasilkan.Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai mata pelajaran dalam P & P.
  • Menggalakkan penggunaan ICT bagi meningkatkan produktiviti, kecemerlangan serta keberkesanan sistem pengurusan.
  • Menggalakkan perkongsian pintar dengan pihak luar Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sumber: Modul OUM HBML2203

Tiada ulasan:

Catat Ulasan