SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Selasa, April 12, 2011

SEKOLAH BESTARI-NOTA HBML2203 OUM

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU



Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula daripada segi amalan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah bagi menyediakan kanak-kanak zaman maklumat. Perkara ini ditegaskan dalam The Smart School Conceptual Blueprint :

“The Malaysian Smart School is a learning institution that has been systemically reinvented in terms or teaching-learning practices and school management in order to prepare children for the Information Age”.


Institusi ini melengkapkan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat kerana maklumat berubah dengan pesat pada zaman maklumat. Maka, dapatlah dirumuskan bahawa Sekolah Bestari di Malaysia merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara sistematik daripada segi amalan Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) dan pengurusan sekolah dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi zaman maklumat yang berasaskan dua perkara penting, iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai murni serta kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Maksud amalan P & P direka semula dengan mengintegrasikan elemen-elemen Bestari iaitu kemahiran generik, pendekatan pembelajaran, strategi P & P serta gaya pembelajaran dan ICT dalam P & P. Integrasi kesemua elemen ini adalah bertujuan untuk menjadikan P & P lebih menarik , mencabar, berkesan dan seterusnya dapat mengembangkan potensi murid secara holistik dan bersepadu seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ciri-ciri Sekolah Bestari ialah (rujuk Rajah 1.2):



Rajah 1.2: Ciri-ciri Sekolah Bestari

Sekolah Bestari mengikut acuan Malaysia ialah:
  • Sekolah tempat murid belajar mengikut kadar kendiri, akses kendiri serta terarah kendiri.
  • Sekolah untuk semua jenis murid iaitu rendah dan menengah.
  • Sekolah yang mengoptimumkan penggunaan teknologi pendidikan.
  • Sekolah yang berkeupayaan kendiri untuk memBestarikan sumber manusia.
  • Sekolah yang gurunya berperanan sebagai pembimbing di sisi dan bukannya pendeta di pentas.
Seperti mana yang dibincangkan di atas, Sekolah Bestari acuan Malaysia adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, yang dapat mengembangkan potensi diri dan memberi sumbangan ke arah kesejahteraan ummah. Hal ini dapat digambarkan melalui logo seperti dalam rajah di bawah yang diringkaskan terjemahannya melalui simbol dan warna.



Rajah 1.3: Logo Sekolah Bestari

(Dipetik dan diubahsuai daripada Modul Pengurusan Pembelajaran Bestari, Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006)

Berdasarkan rajah di atas, Sekolah Bestari ialah sekolah yang dilengkapi dengan prasarana ICT, pengurusan pentadbiran yang profesional dan guru yang cekap, bijak, pintar, berintegriti, bersifat luhur dan berbudi pekerti mulia serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat
Sumber: Modul OUM HBML2203

Tiada ulasan:

Catat Ulasan