SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Jumaat, Januari 28, 2011

MYMETRO | KAYUHAN TSG BERTENAGA

myMetro Kayuhan TSG bertenaga

PENDATANG baru, Terengganu ProAsia Cycling (TSG) membuktikan mereka bukan pasukan ‘mentah’ pada Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL 2011).

Selepas tamat lima peringkat perlumbaan, TSG semakin mempamerkan taring sebenar pada kejohanan berstatus 2HC itu.

Selain kejayaan Raja Pecut 2010, Anuar Manan yang menyambar Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia pada perlumbaan peringkat kedua dan ketiga, TSG juga mencipta kejutan awal menerusi Mohd Harrif Salleh yang memenangi tempat ketiga dalam saingan pembukaan di Langkawi, Ahad lalu.

Anuar juga tampil bergaya dengan menduduki tempat ketiga pada perlumbaan peringkat kedua sebelum dia muncul naib juara di peringkat ketiga.

Semalam, jaguh bukit TSG, Mohd Saufi Mat Senan pula mencuri tumpuan apabila muncul sebagai pelumba pertama tempatan sampai ke garisan penamat pada peringkat kelima dari Tapah ke Genting Highlands.

Saufi megah melintasi garisan penamat dengan catatan masa 3 jam 36 minit 06 saat pada perlumbaan sejauh 124.3 kilometer itu yang dimenangi pelumba Androni Giocattoli, Jonnatha Monsalve (3’33:31s).

Lima lagi pelumba TSG yang turut menampilkan kayuhan bertenaga semalam ialah Puchong Sai-Udomsin yang menduduki tempat ke-40, Mohd. Shahrul Mat Amin (41), Shinichi Fukushima (53), Harrif (80) dan Anuar (84).

Melihat prestasi cemerlang barisan pelumbanya setakat ini, jurulatih TSG, Syed Mohd Husaini Syed Mazlan tidak teragak-agak menghamburkan pujian kepada mereka.

“Semalam, Shahrul pamer kayuhan cemerlang dan hari ini, Saufi pula melakukan tugasnya dengan begitu baik sekali. Saya bangga dengan prestasi kesemua enam pelumba TSG selepas berakhirnya lima peringkat.

“Buat masa ini, segala perancangan kami berjalan lancar dan diharapkan ia dapat diteruskan hingga peringkat terakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur,” katanya.

(Sumber Berita: Harian Metro)

Isnin, Januari 24, 2011

JADUAL PERLAWANAN PASUKAN TERENGGANU MUSIM 2011

Liga Malaysia 2011 akan membuka tirai kurang seminggu lagi. Lebih tepat pada 29 Januari 2011. Aku rasa musim ni minat rakyat Malaysia untuk ikuti Liga Super ni meningkat sedikit atas faktor pasukan Harimau Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF Disember lalu.

Dua pasukan akan mewakili Terengganu iaitu pasukan Terengganu sendiri dan pasukan Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBDKT) atau T-Team. Kedua-dua Terengganu dan T-Team dijangka menjadi dua pasukan perkasa dalam liga musim ni. Nak tau jadual pasukan Terengganu? Nah tengok sini. Pas tu jangan lupa kita penuhkan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

MYMETRO | HENJUTAN HARRIF MENJADI

myMetro Henjutan Harrif Menjadi

Sorang lagi pelumba Terengganu yang sedang meningkat naik..Terengganu akan muncul kuasa baru dalam arena sukan tanah air dengan lahirnya bintang dalam pelbagai bidang sukan termasuk basikal lebuh raya, basikal trek, olahraga, bola sepak, sepak takraw dan sebagainya.

PELUMBA pasukan Terengganu ProAsia Cycling Team, Mohd Harrif Salleh mempunyai sebab untuk bergembira sebaik melintasi garisan penamat pada peringkat pertama Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL 2011), semalam.

Apa tidaknya, kejayaan menduduki tangga ketiga sudah cukup menghadirkan 1,001 kepuasan buat pelumba muda kelahiran Kuala Terengganu ini yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 2 jam 03 minit 28 saat.

Tempat pertama dan kedua masing-masing menjadi milik pelumba pasukan Farnese Vini-Neri Sottoli, Andrea Guardini dan pelumba skuad kebangsaan Korea Selatan, Park Sungbaek yang turut merakamkan catatan masa yang sama.

Ternyata strategi antara Harrif dan rakan sepasukannya yang juga Raja Pecut edisi 2010, Anuar Manan telah membuahkan hasil buat TSG yang hadir sebagai pendatang baru pada kejohanan edisi ke-16 kali ini.

Bagi Harrif, dia cukup gembira dan teruja dengan kejayaannya menempatkan di podium pada perlumbaan pembuka tirai itu yang bermula di Dataran Lang dan berakhir di pekan Kuah membabitkan jarak sejauh 94.3 kilometer.

“Saya seperti tidak percaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. Saya sudah cuba sedaya mungkin untuk menamatkan perlumbaan di kelompok hadapan.

“Inilah saja yang mampu saya lakukan dan cukup gembira dengan kejayaan ini menduduki tempat ketiga keseluruhan pada peringkat pertama LTdL 2011,” katanya.
Harrif yang beraksi buat kali kedua pada kejohanan berprestij di Asia itu menambah, kejayaan dicapai itu turut mendapat bantuan Anuar.

“Saya berterima kasih kepada Anuar dan rakan-rakan sepasukan yang lain kerana strategi kami menjadi.

“Ketika zon pecut, saya membantu Anuar mengutip mata dan ketika menuju ke garisan penamat, Anuar membuka ruang untuk saya memecut hingga garisan penamat,” katanya.

Bagaimanapun reaksi berbeza terpamer di wajah Anuar yang kecewa selepas gagal menyarung Jersi Biru (Raja Pecut) pada perlumbaan peringkat pertama semalam.

“Pada awalnya, saya jangka mampu memenangi kategori pecut tapi tak sangka bukan saya diumumkan sebagai pemenangnya,” kata Anuar yang meraih 14 mata.

(Sumber Berita: Harian Metro)

Ahad, Januari 23, 2011

CHONG WEI JOHAN MALAYSIAN OPEN 2011

Sempat lagi nak keluarkan entri ni..Sebenarnya baru balik kuliah. Pukul 6 pagi dah keluar ke JB. Sampai rumah ngam-ngam Chong Wei nak lawan Taufik Hidayat, final Terbuka Malaysia. Keputusan?

21-8 set pertama. Kena sayur je Taufik. Set kedua pun sama sehinggalah Chong Wei mendahului 18-7. Masa ni aku tengok Chong Wei bagi mata bonus kat rakannya tu sehingga kedudukan 14-18. Time ni Chong Wei pulak gelabah puyuh sampai mata 17-18 namun akhirnya menang 21-17.

Terbukti Chong Wei tengah top form dan sebab tu Lin Dan tarik diri. Bijak Lin Dan jaga ego dia

Sabtu, Januari 22, 2011

LIN DAN MAIN WAYANG?

Petang tadi tengok Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia..Kat tv je bukan kat stadium. Lee Chong Wei lawan ngan Chen Long. Ternyata Chong Wei dua tahap lebih baik dari pemain China tu. Keputusan straight set 21-8 dan 21-8 jelas menggambarkan Datuk Lee Chong Wei lebih hebat. Dengan gaya permainan fancy dan bersahaja, Lee Chong Wei macam mengajar Chen Long cara nak main badminton. Merah padam muka pemain China tu tahan malu sebab kena belasah.

Tapi sayang la..Pertarungan epik antara Chong Wei ngan Lin Dan tak jadi kenyataan. Sebabnya Lin Dan tarik diri kerana injured. Betul ke injured? Aku rasa tak. Lin Dan main wayang je..

PERGERAKAN ASAS

Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu bidang di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR (1999). Terbahagi kepada empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik irama dan pergerakan kreatif. Salah satu bidang dalam bidang Pendidikan Jasmani iaitu Pendidikan Pergerakan. Melalui Pendidikan Pergerakan, murid-murid dapat mengenali potensi tubuh badan mereka dalam melakukan berbagai-bagai pergerakan. Sehubungan dengan itu, secara tidak langsung pelajar akan memperoleh pemahaman seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan. Secara amnya, pergerakan asas terbahagi kepada tiga bahagian iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan.
Gambar hiasan-Guling Hadapan

Lokomotor

Contoh Gerakan:
Berjalan
Berlari
Melompat
Memanjat
Menggelongsor
Skip
Guling Hadapan

Khamis, Januari 20, 2011

ASAL EKSIDEN JE TERBAKAR, ASAL TERBAKAR JE EKSIDEN

Akhir-akhir ni banyak kemalangan yang membabitkan kereta, kemudiannya kereta tu terbakar. Terbaru hari ni di Segamat, Johor (Metro, 20 Januari 2011: muka surat 6).

Ramai gak yang tertanya-tanya punca kereta yang terlibat kemalangan tu terbakar. Dan daripada cakap-cakap dengan beberapa orang kawan aku, puncanya pelbagai. Kat wilayah aku ni aku senaraikan beberapa puncanya. Namun diingatkan, ini adalah SUMBER TIDAK RASMI. Maknanya, baca boleh tapi nak percaya tu terpulang...

Gambar hiasan


AKU??GILA EXPOSE????

Salam..selamat malam. Eh, pagi dah pun.

Ada pulak komen dari sorang pengunjung wilayah aku cakap aku gila expose sebab gambar aku bukan main besar. Ok..rilek je. Dan terima kasih gak atas teguran tu. Sekarang aku dah replace gambar aku tu dan jadikan gambar aku tu ciputtt je. Tapi bukan bermakna aku setuju ngan komen dia mengatakan aku gila expose.

Aku letak gambar tu bukan nak harap mana-mana awek untuk 'ayat' aku pun. Aku pun tak nak ayat mana-mana awek. Gambar tu sekadar bermain di pinggiran je. Jadi untuk mengelakkan sebarang kontroversi dan prejudis, aku replace gambar aku tu ngan gambar lain. Sekarang macam mana? Gila expose lagi ke?

Kepada saudari yang komen tu, terima kasih. Jangan risau, aku tiada prejudis terhadap saudari. Rajin-rajinlah saudari bertandang ke wilayah aku ni lepas ni ye.

Selasa, Januari 18, 2011

STATISTIK PENGUNJUNG WILAYAH AKU

Salam..

Sepatutnya entri ni aku tulis taip pada 21.12.2010 sempena genap setahun pelancaran "Ini Wilayah Tun Azhar". Tapi masa tu tak terfikir nak buat entri macam ni. Tapi bila kat sekolah asyik sibuk ngan data dan perangkaan, lahir idea aku nak buat data dan perangkaan pasal wilayah aku ni. Daripada statistik yang ada pada blog aku, aku rasa jumlah pembacanya makin meningkat dari masa ke semasa. Tapi aku nak tegaskan di sini, aku tak pentingkan statistik, dan aku tak kisah pun kalau wilayah aku ni tak ada yang singgah. Sebab tujuan utama aku nak tubuhkan wilayah ni dulu adalah sekadar berkongsi. Sebab tu jugak aku tak masukkan iklan Nuffnang.(sebab tak nak terikat pun ye). Di wilayah ini aku yang berkuasa..(kononnya la)

Tapi alhamdulillah, ada gak yang singgah, tinjau dan ambil apa yang boleh dari wilayah aku ni. Ok sekarang mari kita tengok statistik tersebut (kalau nak tengok la...)

Statistik Jumlah Pengunjung

Paparan Halaman Bulan Lepas [1 526]
Paparan Halaman Sepanjang Masa [4 076]

SUMBER TRAFIK

URL Rujukan (4 tertinggi)

http://alphainventions.com/ [39]
http://www.feesability.net/nota_padat_hbhe1203/blogspot [26]
http://www.google.com.my/ [24]
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%F%2Fcikgutunazhar [16]

Isnin, Januari 17, 2011

TARIKH TUTORIAL SEMESTER JANUARI 2011

Tarikh Tutorial Semester Januari 2011 Open University Malaysia
(IPGM Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru)



Tutorial 1 : 23 Januari 2011
Tutorial 2 : 20 Februari 2011
Tutorial 3 : 06 Mac 2011
Tutorial 4 : 20 Mac 2011


Rabu, Januari 12, 2011

BERITA TERLEWAT

Berita ni terlewat aku tulis kat sini..Bukan apa. Ingatkan dah tulis (taip sebenarnya) tapi rupa-rupanya belum.

Ala..bukan apa-apa pun. Saja-saja nak masukkan dalam entry. Nak maklumkan je kat sini, pada 27 Disember 2010 (tak lah lewat sangat pun) aku ada join satu pertandingan badminton kat area Pengerang ni. Keputusannya ialah seperti berikut:

Pusingan Pertama : Menang straight set (21-12 / 21-12)
Pusingan Kedua   : Menang tapi 3 set (21-15 / 13-21 / 21-9)
Pusingan Ketiga   : Menang rubber game gak (18-21 / 21-16 / 21-13)
Suku Akhir          : Menang rubber game lagi (20-22 / 21-11 / 21-12)
Separuh Akhir     : Kalah rubber set ( 21-18 / 17-21 /19-21). Masa set kedua separuh akhir ni la aku injured. Kaki kiri aku seliuh wo..
Klasifikasi 3/4     : Kalah lagi. Rubber set gak (15-21 / 21-15 / 16-21)

Jadi rasa-rasanya aku dapat nombor berapa? Ya...berdasarkan result kat atas tu dah tentu nombor 4 je.


Majlis penyampaian hadiah. Medal ciput je




 Tapi kesakitannya sampai sekarang aku rasa. Walaupun dah urut sebanyak 3 kali tetap rasa sakit lagi. Sebab yang seliuh tu kaki kiri, maka nak tekan klac kereta pun seksa sangat aku rasa. Mungkin kena cari kereta auto kot. LANCER GT???INSPIRA???hehehe...

Selasa, Januari 11, 2011

CUTI TAPI KERJA

Alhamdulillah..hari ni negeri Johor cuti sempena Hari Hol. Cuaca pun ok hari ni berbanding semalam. Kalau semalam hujan turun mencurah tanpa henti dari jam 7.30 pagi hingga 3.00 pagi tadi. Hampir-hampir sehari suntuk hujan.

Program hari ni?

Mana lagi kalau tak ke sekolah. Ada sedikit lagi yang perlu dibereskan sebelum pemantauan NKRA (ada aku cerita dalam entry sebelum ni). Aduh..otak pun dah beku. Harap-harap hari ni beres la. Ni pun sebab otak beku la aku buat catatan ni.

Ok lah..boss dah jeling tu. Jumpa lagi

Ahad, Januari 09, 2011

NKRA...

NKRA..Mungkin ramai antara kita pernah dengar perkataan ni. Dalam Bahasa Inggeris aku lupa maksudnya tapi dalam Bahasa Melayu maknanya lebih kurang Bidang Keberhasilan Utama Negara. Betul ke??..

Sekolah aku telah 'terpilih' untuk mendapat anugerah New Deals, salah satu cabang dalam NKRA ni. Kesannya, aku dan semua guru lain terpaksa mengorbankan masa cuti hujung minggu (Sabtu dan Ahad). Bekerja dari jam 8.00 pagi-12.00 tengah malam. Menyiapkan segala macam fail dan audit. Punah plan nak balik kampung jumpa isteri. Last minute (hari Jumaat) baru dimaklumkan ada pemantauan oleh Jemaah Nazir minggu depan.

Masa aku tulis ni, rehat kat rumah jap. Penat dah otak bekerja dari pagi. Tahap tepu dah ni. Tapi apa nak buat. Kerja punya pasal. Jam sekarang dah pukul 8.20 malam. Ok lah..aku nak gi sekolah dulu.

ILLUSI / FISIOLOGI


 
Baca dengan kuat teks dalam segitiga di bawah:




Saya pasti, ramai di antara kamu akan membaca teks tersebut seperti berikut : "A Bird In The Bush.."
Dan jika betuk apa yang kamu baca seperti mana yang saya sebutkan, kamu gagal melihat dan mengesan perkataan THE is repeated twice!

Tak percaya?? Maaf, cuba kamu baca sekali lagi..

Seterusnya, mari kita bermain dengan beberapa patah perkataan. Kita mulakan dengan:

 


Apa yang kamu nampak?

Dalam warna hitam, kamu boleh membaca perkataan GOOD. Manakala dalam warna putih, tertera perkataan EVIL (di dalam setiap huruf hitam adalah huruf putih).

Sekarang, apa yang kamu lihat?




Pada permulaan, kamu mungkin tidak dapat melihatnya.
Tetapi warna putih kelihatan perkataan OPTICAL, sementara landskap biru pula perkataan ILLUSION.
Ajaib?

Sekarang apa pula yang kamu lihat?

Ini ialah trick secara terang atau secara langsung. Perkataan TEACH direflek dan dipantul menjadi LEARN.

Akhir sekali, apa yang kamu nampak dalam perkataan di bawah?


Pasti kamu dapat membaca perkataan ME dalam warna coklat. Tapi...

Bila kamu perhatikan betul-betul perkataan ME, kamu akan dapat melihat perkataan YOU.

Selamat mencuba...







Sabtu, Januari 08, 2011

WANITA....HATI-HATI

Buat semua golongan wanita, anda harus berhati-hati....


Berhati-hatilah, bahawa anda mungkin sedang dilihat dan diperhatikan ketika menggunakan cermin yang tergantung di tandas awam, bilik hotel, mahupun di bilik persalinan pakaian di pasaraya. Macam mana perkara ini boleh terjadi? Teruskan membaca..

Pernah kah anda terfikir? Dan apa pula perasaan anda jika ketika anda sedang menukar pakaian, ada seseorang yang lain khusuk memerhatikan anda di sebelah cermin sana! Tambah parah lagi jika gambar anda dirakam dan disebarkan ke seluruh dunia..

Oleh itu, anda perlu pastikan cermin yang digunakan tu adalah cermin biasa ataupun cermin dua arah.

Cermin biasa adalah cermin yang kita nampak diri sendiri dan dan cermin dua arah adalah jenis cermin yang orang di sebalik cermin boleh melihat kita, tetapi kita tidak dapat melihat mereka.

Bagaimana kita ingin bezakan? Mari lihat foto dibawah ini.


Ini ada lah kaca dua hala. Apabila anda letakkan hujung jari, hujung kuku anda nampak seakan bertemu dan tiada ruang antaranya. Maka, AWAS, ANDA SEDANG DIPERHATIKAN!!!

Ini pula adalah cermin yang sebenar. Apabila jari anda diletakkan seperti di dalam gambar, hujung kuku anda kelihatan seperti masih ada ruang dan tidak dapat dirapatkan walaupun anda menekan dengan kuat.

Jadi, berhati-hatilah sahabatku perempuan. Buat lelaki pula, pesanlah perkara ini kepada isteri, adik beradik, keluarga dan sesiapa sahaja rakan wanita anda

Isnin, Januari 03, 2011

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2011-DALAM DILEMA

Kota Tinggi, 3 Januari 2011- Seramai 173 orang murid memulakan sesi persekolahan 2011 di Sekolah Kebangsaan Tanjung Pengelih pada tahun ini. Alhamdulillah aku dianugerahkan kekuatan dan kesihatan untuk terus berbakti pada anak bangsa.

Namun begitu, tidak sedikit pengorbanan dan kesukaran yang aku hadapi dalam menjalankan tugas di sini. Tersepit di celah permasalahan, aku gagahkan kaki dan menguatkan iltizam untuk hadir bertugas.

Permasalahan yang aku sebutkan tadi ialah kerana jarak yang memisahkan aku dengan isteri. Setelah melangsungkan perkahwinan pada 18 Mac 2010, aku bertugas di sini manakala isteri nun di Kuala Terengganu. Jarak yang memisahkan antara kami ialah sejauh 638km.

Permohonan aku untuk bertukar ke Terengganu, masih belum diluluskan. Entah di mana masalahnya aku sendiri sukar menetukan. Setelah hampir 14 tahun berkhidmat di negeri orang, keinginan untuk balik kampung begitu meluap-luap. Apatah lagi, Insya Allah awal Februari nanti aku akan bergelar bapa (isteri dijangka bersalin 8 Februari 2011).

Pada aku, bukan jarak sejauh 638km yang menjadi masalah utama. Masalah besar yang aku hadapi ialah aku tiada ruang, peluang dan masa yang bersesuaian untuk menjengah isteri dan bayi kami yang bakal lahir. Permasalahan ini timbul kerana pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan, aku terikat untuk menghadiri kuliah pengajian di Open University Malaysia (OUM) di Johor Bahru. Minggu kedua dan keempat pula terpaksa hadir ke sekolah untuk aktiviti sama ada kokurikulum, gotong-royong, mesyuarat, kursus dan pelbagai aktiviti lagi. Jadi, di mana ruang untuk aku bersama keluarga? Jawapannya tiada..

Keadaan ini yang terpaksa aku hadapi sepanjang tahun 2010. Kepada pegawai-pegawai yang selesa di kerusi empuk di bilik berpendingin hawa, fikirkan juga masalah orang lain dalam merencana dan menjayakan segala perancangan anda. Bila sudah mendongak langit, jangan lupa untuk tunduk pada rumput yang dipijak.

Pernah beberapa kali terlintas di fikiran aku untuk berhenti meneruskan pengajian di OUM. Mungkin ini keputusan terbaik yang mampu aku lakukan demi untuk sebuah ikatan bergelar RUMAHTANGGA.

(coretan ini adalah mengenai apa yang aku rasa dan alami. tidak berniat untuk menyindir dan menjatuhkan sesiapa. tidak juga untuk menagih simpati sesiapa. cukup sekadar memahami)

KAWAN ATAU MUSUH?

Hari ini 3 Januari 2011, sesi persekolahan dibuka semula setelah bercuti panjang. Tiada perkara luar biasa berlaku di sekolah aku, SK. Tanjung Pengelih, Pengerang, Johor. Cuma ada terdengar tangisan dari seorang murid. Bila aku tinjau, tangisan tersebut datangnya dari seorang murid Pra Sekolah.

Pemandangan biasa pada hari pertama persekolahan setiap tahun ialah kehadiran ramai ibu bapa menemani anak masing-masing. Macam-macam gelagat dapat aku perhatikan tapi pada aku tiada yang menarik perhatian. Sempat berbual dengan beberapa orang kaum bapa yang aku kenali, terdiri daripada anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) kem KD Sultan Ismail.

Ada seorang kenalan, yang juga merupakan bapa kepada salah seorang pelajar menyapa aku bertanyakan keadaan aku yang berjalan terhencut-hencut. Mendengarkan jawapan dari mulut aku puncanya kerana terjatuh semasa satu pertandingan badminton, dia secara sukarela menawarkan diri untuk mengurut kaki aku. Aku yang sememangnya dalam keadaan menanggung kesakitan (sehinggakan untuk menekan klac kereta pun menjadi terlalu sukar dan sakit) tanpa berfikir dua kali terus bersetuju.

Dan seperti dijanjikan, tepat jam 6.00 petang dia terpacul di depan rumah aku. Alhamdulillah, walaupun kesakitan masih terasa tapi yang lebih utama bertambah seorang kawan. Nak cari kawan bukannya susah dan nak cari musuh juga satu perkara yang mudah. Hakikatnya, tepuk dada tanya selera. Apa yang kita cari?Kawan atau musuh??

HAYAT MATAHARI

Matahari adalah sebuah bintang dan kejadiannya bermula lebih kurang 8 hingga 10 billion tahun selepas berlaku Big Bang, iaitu lebih kurang 5 bilion tahun dahulu. Matahari adalah 109 kali lebih besar daripada bumi dan berkemungkinan besar, ia lahir kesan daripada gelombang kosmik (shockwaves) yang berlaku selepas meledaknya sebuah bintang raksasa. Ledakan bintang besar ini dipanggil supernova dan ia melahirkan gumpalan gas yang dikenali sebagai solar nebula. Solar nebula mengandungi 98 peratus hidrogen dan helium, dan 2 peratus unsur-unsur lain yang terhasil daripada proses kehancuran bintang-bintang di kosmos.

Matahari mempunyai 74 peratus hidrogen dan 25 peratus helium, berada di tengah-tengah sistem suria dan para saintis menganggapnya sebagai bintang generasi ketiga (third generation star). Bumi, planet-planet, asteroid, meteoroid dan komet mengelilingi matahari mengikut masa yang Allah tetapkan.

Proses nuklear yang berlaku dalam matahari melahirkan cahaya matahari (sunlight). Cahaya ini diibaratkan seperti nadi kehidupan bagi bumi kerana hampir kesemua jenis hidupan di bumi ini memerlukannya dan memanfaatkannya melalui proses fotosintesis.

Walau bagaimanapun matahari mempunyai jangka hayatnya. Sesetengah saintis meletakkan hayat matahari sebagai 10 bilion tahun. Selepas itu ia akan berkubur. Dalam surah at-Takwir ayat 1 Allah menyatakan, “Dan matahari semasa ia digulung (kuwwirat)”. Perkataan yang penting untuk dibahaskan dalam ayat ini adalah ‘kuwwirat’. Rata-rata ulama mentafsirkannya sebagai ‘zahabat’ yang bermaksud ‘pergi atau menghilang’, dan Imam an-Nasafi mentafsirkannya sebagai ‘hilang cahayanya’. Ia menjelaskan apabila berlaku Hari Kiamat alam ini seolah-olahnya digulung. Ia juga menjelaskan matahari semasa berada di penghujung hayatnya akan hilang cahayanya.

Sebenarnya kestabilan matahari, seperti bintang-bintang yang lain, bergantung kepada tenaga yang mampu dihasilkan olehnya. Tenaga ini terhasil melalui proses nuklear yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium di bahagian dalam matahari (core). Selepas berbilion tahun berlalu, proses ini akhirnya terhenti disebabkan matahari kehabisan hidrogen dan dengan itu ia menjadi tidak stabil.

Keadaan ini menyebabkan bahagian dalam matahari (core) menguncup ( contracts) dengan menghasilkan suhu yang tinggi. Selepas masa berlalu suhu di bahagian luar matahari menurun dan dengan itu pudarlah cahayanya. Keadaan ini selari dengan tafsiran Nasafi berhubung perkataan kuwwirat dalam ayat Quran yang disebutkan sebelum ini. Akhirnya bahagian luar matahari ini bertukar menjadi gumpalan gas berbentuk asap dan terus terpisah daripada bahagian dalamnya. Dengan lahirnya gumpalan gas berbentuk asap ini jadilah ia sebuah planetary nebula. Bahagian dalam matahari (core) pula bertukar menjadi objek yang dikenali sebagai white drawfs atau ’si kenit putih’. Dengan itu tamatlah riwayat hidup matahari. Wallahua’alam.



permukaan matahari
 [Sumber: Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin, 2007]

Ahad, Januari 02, 2011

Berita Harian Online | Wira Piala AFF dari Terengganu terima habuan

Berita Harian Online Wira Piala AFF dari Terengganu terima habuan

TERANUNG NELANG






Enam orang pemain Harimau Malaya yang menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 berasal dari Terengganu mendapat habuan besar dari kerajaan negeri Terengganu. Pemain tersebut iaitu Mohd Ashaari Samsuddin, Mohd Sharbinee Allawee, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Faizal Mohamad, Izzaq Farris Ramlan dan Norsyahrul Idlan Talaha; masing-masing menerima sebidang tanah dan RM 5 000 tunai. Kesemua mereka lahir dari Akademi Bola Sepak Terengganu, khasnya SMK Sultan Sulaiman.

Tahniah dan syabas kerana mengharumkan nama negeri dan negara. Kalaulah semua pemain ini bermain mewakili team Liga Super Terengganu, sudah pasti saat manis menjulang Piala Malaysia 2001 dapat diulangi.