[ini wilayah tun azhar]
Ahad, Januari 06, 2013
MELAYU MAKIN JAUH
Aku pun tak tau nak mulakan dari mana..Pada aku, orang Melayu sekarang seperti sombong sesama sendiri. Kenapa anggapan aku begitu?
Aku ambik contoh berdasarkan apa yang aku tengok sekeliling. Ambik satu contoh situasi di klinik. Orang ramai tapi berapa kerat yang bertegur sapa sesama sendiri. Berapa orang yang berbual walaupun saling tidak kenal. Tak ramai..
Masing-masing tunjuk muka ketat.. Benda sama berlaku di mana-mana tempat. Cuba tengok masa sarapan pagi sama ada di warung mahu pun hotel-hotel. Orang Melayu masing-masing buat muka ketat. Tidak bertegur sapa.
Kalau era 80-an dan 90-an, di Terengganu walaupun kita tak kenal antara satu sama lain tapi bila bertemu masih lagi berbual. Istilah-istilah "Guane John" diguna secara meluas bagi orang yang baru nak mula berbual. Tapi sekarang ni, benda ni dak berlaku dah. Masing-masing sibuk sms, main tab, hello dalam telefon.
Label:
WILAYAH AKU
Isnin, Jun 25, 2012
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW KFC-UTUSAN 2012 ZON SELATAN
Tarikh : 15-17 Jun 2012
Tempat : Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor.
Pencapaian : SK. Seberang Takir, Terengganu Johan B12 mengalahkan pasukan Pestans B Negeri Sembilan
Ahad, Jun 24, 2012
2 SEBAB TAK NAK GI SEKOLAH
Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.
Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru...-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”
Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”

SENYUM SIKIT
Selasa, Mei 15, 2012
FAKTOR IRFAN BAKTI?
Bicara hangat diperkatakan tentang "kemerosotan" prestasi Terengganu dalam saingan bolasepak Liga Super, Piala FA dan Piala AFC dikatakan berpunca daripada Irfan Bakti. Sengaja aku letak kemerosotan dalam " "..
Sebab sebenarnya, bukan prestasi yang merosot tapi kemerosotan yang disengajakan oleh peman. Para pemain sengaja mempamerkan aksi lesu, tidak bertenaga, tidak aggresif dan tidak mahu menang dalam setiap permainan.Sebaliknya pemain Terengganu cuma mencari keputusan seri.
Pemain dikatakan berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan pengurusan tertinggi PBSNT khasnya CMJ kerana kegagalan PBSNT mengekalkan IB sebagai ketua jurulatih Terengganu musim ini. Pemain dikhabarkan memiliki chemistry yang baik dengan IB dan atas faktor inilah, pemain Terengganu bermurah hati 'menghadiahkan' 6 gol kepada Selangor ketika tewas kepada pasukan bimbingan IB itu 1-6 di Shah Alam. Hadiah 6 gol itu bagi memberi amaran kepada PBSNT bahawa betapa hebatnya IB sehingga mampu membolosi gawang Terengganu sebanyak 6 kali dalam satu perlawanan. Hakikatnya Selangor bukanlah pasukan perkasa musim ini sehingga mampu membelasah Terengganu dengan 6 gol.
Sebagaimana Chelsea, AVB disingkirkan kerana kuasa pemain. Di Terengganu, MZMA menjadi mangsa keadaan. Kepada PBSNT, buatlah sesuatu. Kekalahan demi kekalahan amat perit diterima peminat setia dan seluruh rakyat Terengganu. Kepada pemain, semata-mata memuaskan hati sendiri, maruah bolasepak Terengganu anda gadaikan. Jutaan hati rakyat Terengganu anda guriskan. Di saat Terengganu muncul kuasa sukan negara, masih wujud watak-watak hitam yang menjadi parasit. Pelik; kenapa pemain berstatus bintang ini tidak menjadikan atlet lumba basikal sebagai contoh. Nama-nama seperti Annuar Manan, Adiq Hussaini, Saufi Mat Senan, adik beradik Harrif dan Zamri Salleh, dan Fatehah Mustapa dan tentunya Azizul Hasni yang bertaraf dunia semuanya anak jati Terengganu yang cekal sehingga bergelar Olimpian di Sukan Olimpik London 2012.
Sumber: Kedaikopisebelahrumah.........
Rabu, Mei 02, 2012
MSSM (KEBANGSAAN) SEPAK TAKRAW 2012
1. Kejohanan Sepak Takraw MSSM Kebangsaan berlangsung di Melaka pada 16-19 April 2012 lalu.
2. Pasukan Bawah 12 Terengganu berjaya muncul pemenang tempat ketiga bagi kedua-dua acara iaitu antara regu dan berpasukan.
3. Lebih manis, tekong Terengganu iaitu Mohd Aidil Haikal bin Abdul Ghani; pelajar SK. Seberang Takir telah dipilih sebagai tekong terbaik peringkat kebangsaan.
4. Ini bermakna, Aidil Haikal yang digeruni dengan keupayaan melakukan servis kuda memegang ranking no. 1 tekong kebangsaan. Selamat Maju Jaya Mohd Aidil Haikal...
2. Pasukan Bawah 12 Terengganu berjaya muncul pemenang tempat ketiga bagi kedua-dua acara iaitu antara regu dan berpasukan.
3. Lebih manis, tekong Terengganu iaitu Mohd Aidil Haikal bin Abdul Ghani; pelajar SK. Seberang Takir telah dipilih sebagai tekong terbaik peringkat kebangsaan.
Mohd Aidil Haikal (tengah) |
Team Terengganu yang muncul pemenang tempat ke-3 berpasukan dan antara regu |
Rabu, April 18, 2012
KEM TERENGGANU PANAS?
Kesebelasan Terengganu sewaktu menentang Lion XII di Stadium Jalan Besar, Singapura. |
Oleh itu, wujud teori konspirasi menyatakan kem Terengganu kini sedang bergolak. Pergolakan mungkin berlaku di kalangan pemain. Hal ini diperkuatkan lagi dengan boleh dikatakan tiada komunikasi langsung antara pemain semasa beraksi di atas padang. Para pemain langsung tidak berkomunikasi sesama sendiri. Wajah para pemain Terengganu juga menunjukkan air muka yang tegang. Situasi ini saya dapat lihat sejak beberapa perlawanan yang lalu sama ada menerusi siaran langsung di kaca tv mahupun aksi di SSINS.
Pemain import Terengganu dari Liberia, Forkey Doe yang pada aksi awal Liga Super sangat dominan di mana gol demi gol dijaringkan semakin kekurangan idea untuk melepasi benteng lawan. Pemain ini beraksi seperti primadona di atas padang dengan sering kali merungut menyalahkan rakan sepasukan. Sikap tamak dan memegang bola terlalu lama juga sering dipamerkan Doe sehingga merugikan pasukan. Dari kaca mata aku, Doe boleh reject dah kalau permainannya tidak berubah.
Kepada pegawai PBSNT, buatlah sesuatu sebelum terlambat. Sebagai peminat setia, aku sentiasa doakan yang terbaik buat team. Kepada para pemain, tolong bersikap profesional. Masalah luar padang antara kamu tolong jangan bawa masuk ke dalam padang ketika beraksi. Sekali lagi aku ulangi, sila bersikap PROFESIONAL kerana kamu ialah pemain profesional.
Label:
TRANUNG NELANG
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSM TERENGGANU 2012
Setelah mengungguli Kejohanan Peringkat MSSD Kuala Terengganu Utara, para pemain takraw SK. Seberang Takir terpilih mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri. Kejohanan berlangsung di Akademi Bomba Wakaf Tapai, Marang pada 30-31 Mac 2012 lalu.
Skrip yang sama berulang sebagai mana tahun lepas apabila sekali lagi muncul naib johan peringkat negeri. Jika pada tahun 2011 tewas pada perlawanan akhir kepada MSSD Besut, kali ini terpaksa akur pula dengan kehebatan regu MSSD Hulu Terengganu dengan keputusan 1-2 pada aksi final.
Walau bagaimanapun, syabas dan tahniah kepada pemain takraw yang telah menunjukkan aksi terbaik. Sememangnya anda berbakat besar..

Langgan:
Catatan (Atom)