SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Selasa, Julai 27, 2010

Teknik Mengulangkaji


Teknik-Teknik Mengulangkaji Pelajaran

Artikel ini menjelaskan pengertian dan kepentingan mengulangkaji pelajaran serta bagaimana dan bila ulangkaji harus dimulakan.

Pengenalan

Mengulangkaji adalah suatu proses mempelajari atau menyemak semula dengan tujuan memahami, dan mengingat semua maklumat serta fakta dari nota-nota ringkas bahan-bahan pelajaran yang telah anda pelajari sebelum ini. Ia bukannya bertujuan mendapatkan maklumat-maklumat baru. Artikel Motivasi untuk Pelajar - Motivasi Belajar : Teknik-Teknik Mengulangkaji Pelajaran Meningkatkan Keyakinan Diri.

BAGAIMANA MENGULANGKAJI

Antara perkara-perkara yang anda harus lakukan dalam proses mengulangkaji adalah dengan:

1. Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran. Lengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.
2. Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.
3. Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.
4. Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.
5. Menjawab soalan-soalan yang berbentuk objektif. Ini akan membolehkan menge-tahui soalan-soalan yang anda sudah tahu menjawabnya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, anda akan dapat menjawab dengan yakin.
6. Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu.

Tempoh Mengulangkaji (Pecutan Akhir)

Adalah mustahil untuk menyatakan dengan tepat jumlah masa yang perlu diperuntukkan untuk mengulangkaji kerana kemampuan seseorang itu berbeza. Ada pakar yang mengatakan bahawa masa mengulangkaji perlu dilakukan selama 3 bulan. Ada pula yang berpendapat selepas peperiksaan percubaan kerana anda telah menamatkan tempoh belajar bagi menghadapi peperiksaan percubaan. Yang lain pula mengatakan selama 3 minggu. Ada juga yang berpendapat mengulangkaji secara ringkas setiap minggu akan menambahkan keyakinan seseorang itu menghadapi peperiksaan. Tetapi, sebagai panduan, 6 hingga 8 minggu di saat terakhir peperiksaan merupakan tempoh yang baik untuk memulakan proses mengulangkaji. Namun, bagi pelajar yang lemah hendaklah proses mengulangkaji pecutan akhir ini dibuat lebih awal daripada yang disarankan di atas. Anda mungkin perlu membuat ulangkaji beberapa kali sehinggalah anda benar-benar dapat menguasai setiap mata pelajaran anda.

Merancang Program Mengulangkaji

1. Buat jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran. Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit.
2. Tumpukan pada topik utama sahaja. Tanya guru anda untuk mendapatkan "hint" (bayangan) tentang topik yang mungkin akan disoal di dalam peperiksaan.
3. Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.
4. Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran.
5. Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar.
6. Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.
7. Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan.
8. Rujuk kepada guru apabila menghadapi masalah berhubung dengan pelajaran.
9. Jangan sekali-kali ponteng kelas ketika hampir peperiksaan. Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh guru atau pensyarah anda.

Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji
Mata Pelajaran Yang Anda Lemah

1. Cuba sedaya upaya kuasai mata pelajaran ini. Jangan berputus asa.
2. Banyakkan bertanya kepada guru atau rakan tentang mata pelajaran ini.

Mata Pelajaran Yang Anda Kuat

1. Jangan ambil mudah walaupun anda fikir sudah menguasainya.
2. Beri masa yang secukupnya kepada pelajaran ini untuk memastikan kejayaan anda.
3. Bila hampir hari peperiksaan, lebihkan lagi tumpuan anda kepada mata pelajaran seperti ini.

Menilai Keupayaan Anda
Anda haruslah menilai sejauh mana anda dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan. Berikut ini dipaparkan beberapa cara di mana anda boleh menilai serta memperbaiki keupayaan anda menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan.

1. Penilaian Dari Ujian dan Latihan Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap keupayaan anda. Berdasarkan keputusan ujian / peperiksaan tersebut, anda akan dapat mengetahui tahap penguasaan anda terhadap mata pelajaran-mata pelajaran anda. Melalui keputusan ujian tersebut, anda boleh memperbaiki segala kelemahan anda bagi menghadapi peperiksaan yang sebenar dengan jayanya.
2. Penilaian Dari Contoh Jawapan Anda juga boleh menguji tahap keupayaan anda dengan menjawab soalan-soalan contoh jawapan. Selepas anda menjawab soalan contoh jawapan, bandingkan jawapan anda dengan contoh jawapan. Kenalpasti di manakah kelemahan anda dan buat pembaikan sewajarnya.
3. Penilaian Secara Lisan Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau menghuraikan secara lisan sehingga yang satu pihak lagi berpuas hati.

Mengatasi Kelemahan

Mencari Sebab (Post-Mortem)
Anda perlu mengkaji kelemahan anda setiap kali anda selesai menjawab soalan-soalan ujian. Setelah anda selesai membuat latihan ujian, semak setiap jawapan yang anda buat. Sekiranya jawapan anda salah, lakukan 'post-mortem' (suatu proses mencari sebab kelemahan dan kekuatan). Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan perkara utama yang perlu anda atasi.

Sebab-sebab kesalahan berlaku:

1. Anda Tidak tahu - Ini bermakna persediaan anda belum mencukupi. Penyelesaian: Peruntukkan masa yang sewajarnya untuk anda menguasai tajuk-tajuk tersebut.
2. Anda Tidak faham - Anda baca tetapi tidak faham. Penyelesaian: Minta bantuan. Bertanyalah kepada guru atau rakan anda.
3. Anda Keliru – Anda tidak dapat memahami dengan jelas apa yang anda ingin pelajari atau fahami. Penyelesaian: Tanyakan guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda. Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak berulang.
4. Anda Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi atau mengulangkaji apa yang telah anda pelajari. Penyelesaian: Kerapkan ulangkaji.
5. Anda Cuai – Anda tidak teliti semasa membaca soalan. Penyelesaian: Pastikan anda mengikuti langkah-langkah penting dalam Strategi Menjawab Soalan. Pastikan anda benar-benar sudah memahami kehendak soalan sebelum menjawab.

Umumnya, kelemahan-kelemahan anda boleh diatasi dengan:-

* Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran.
* Mendapatkan jawapan-jawapan yang betul bagi jawapan yang salah.
* Mengulangkaji dan membaca nota-nota anda dengan kerapkali.
* Memahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan contoh jawapan. EBuku MOTIVASI, Strategi Belajar & Teknik Menghadapi Peperiksaan

Melayu Kini - Moden atau Jahilliah


Banyak berita yang mengemparkan penduduk Malaysia,terutamanya penduduk Melayu Islam dengan berbagai kes samun dan pembunuhan. Kes jenayah seperti ini sering dan kerap kita dengar di dada-dada akhbar dan media.

Adakah ini semua bala Allah yang diturunkan kepada umat manusia umumnya yang semakin terhakis keimanan mereka. 20 tahun dahulu susah dan jarang kita dengar kes-kes samun atau bunuh seperti sekarang. Kehidupan manusia hari ini musnah disebabkan ketamakkan, kerakusan, kejahatan dan kebodohan manusia itu sendiri.


Kes samun yang terbaru melibatkan pembunuhan warga emas di Kampung Besar, Tasek Gelugor Pulau Pinang. Kesian sungguh dan menyayat hati orang tua dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Kenapa semua ini boleh berlaku? Perkara ini berlaku adalah disebabkan manusia sekarang ini jauh dengan agama Islam, Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral kurang ditekankan di semua peringkat masyarakat. Malah subjek Pendidikan Islam ini dijadikan mata pelajaran sahaja, bukan sebagai penghayatan.

Kebanyakan keluarga Melayu Islam tidak mementingkan pendidikan Islam, mereka hanya menekankan pendidikan sains, matematik, bahasa inggeris dan sebagainya untuk anak-anak mereka lulus dalam peperiksaan untuk masuk ke universiti. Mereka rasa semua ini sudah cukup dan berjaya mendidik anak-anak mereka. Tetapi mereka lupa semua yang mereka tekankan dan pentingkan itu merupakan luaran atau intelektual sahaja, ilmu-ilmu ekademik semua merupakan ilmu keperluan jasmani sahaja untuk mencari kedudukan atau mencari makan dan minum sahaja. Maka dari sinilah masalah-masalah sosial makin meningkat dan makin berleluasa. Timbul berbagai jenayah yang baru seperti mat rempit, black mettal, skinhead, dadah dan sebagainya. Semua ini melibatkan muda mudi Islam atau Melayu Islam.

Jarang kita dengar bangsa Cina dan India terlibat dengan jenayah seperti ini. Kebanyakannya semua dari orang Melayu Islam. Kes buang anak di dalangi oleh remaja Melayu Islam, dadah mejoriti Melayu Islam, mat rempit Melayu Islam dan semuanya Melayu Islam. Apa yang perlu dibangakan kepada Melayu Islam. Malah Melayu Islam telah mencemarkan maruah Islam yang suci.

Jika perkara ini tidak dibendung, kemungkinan 10 atau 20 tahun negara kita tergadai kepada bukan Melayu, kerana orang Melayu terlibat dengan jenayah dan mempunyai pendidikan tidak tinggi sebab merempit, dadah dan sebagainya. Bagi sesiapa yang berkeluarga dan mempunyai anak, tanamkan roh Islam ke dalam jiwa anak seperti umur 7 tahun ajak sembahyang, menutup aurat, memperkenalkan perkara yang benar dan salah di sisi undang-undang Islam dan negara.

Anak-anak dididik atau diajar dengan penuh suasana Islam, saya yakin jika diizinkan Allah anak-anak tersebut tidak akan melakukan perkara kesesatan atau jenayah, kerana mereka mengetahui batasan Islam. Negara juga akan kembali aman dan tidak lagi kita dengar masalah-masalah sosial dari kalangan Melayu Islam. Kesimpulan mudah mari kita berpegang kepada syiar Islam, maka hidup kita dan keluarga kita akan bahagia di dunia dan di akhirat.

Artikel ini dipetik dari blog Ust. Amin http://asshafiee.blogspot.com/2009/05/mana-maruah-melayu-islam.html

Isnin, Julai 26, 2010

Nota Padat HBML 1203

HBML1203 Pengenalan Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Topik 1

Linguistik dan Kaedah Pengajarannya
Linguistik
Ilmu bahasa yg dikatakan lambang yang terdiri drpd deretan bunyi yg diucapkan oleh alat2 pertuturan atau alat artikulasi manusia yg terdiri drpd lidah, anak tekak, lelangit, bibir, gusi dan lain-lain.

Fonologi
Bidang yg mengkaji sistem bunyi yang bermakna (bunyi bahasa) yg diucapkan oleh manusia melalui alat artikulasi.

Fonetik
Kajian yg ditinjau drpd segi bhn fizik atau jisim yg mewujudkan bentuk ucapan.
Kajian yg berkaitan dgn organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik) dan pendengaran (auditori).

Fonemik
Bidang yg mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu

Alat-alat artikulasi
Organ yg menghasilkan bunyi bahasa dan cara menghasilkan bunyi tersebut.
Alat yang menerbitkan bunyi setelah udara drpa paru2 dipam ke dalam organ-organ yg terlibat.

Bunyi bahasa ialah bunyi yg terdpt di dlm apa jua bahasa didunia ini. Bunyi yg berfungsi di dlm pertuturan,

Bunyi bukan bahasa ialah sperti batuk, berdehem, siulan, sendawa, mendengkur, dsn debsgsinya.

Bunyi bersuara dan tidak bersuara ada kaitannya dengan keadaan pita suara. Sekiranya semasa udara melalui pita suara, keadaan pita suara itu agak rapat, akan berlakulah getaran dan bunyi yang terhasil adalah bunyi.
Jika keadaan glotis itu renggang atau terbuka, sewaktu udara keluar melaluinya tidak berlaku getaran dan bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara.

Aspek Pedagogi
Secara latih tubi
- memperknelkan lambang huruf/fonem
- membunyikan vokal dan konsonan
- merakam suara
- secara kumpulan besar/kecil/individu; ajuk dan betulkan
-

Cara-cara penghasilan bunyi


Topik 2

Vokal
- bunyi oral ttpi ada yg dinasalkan.
- Bunyi bersuara
- Udara keluar melalui rongga oral tanpa sekatan
- Sifat vokal ini ditentukan oleh kdk lidah dan keadaan bibir.

v. hadapan, v. tengah, v. belakang

Diftong
Gabungan 2 vokal yg terdapat di dlm satu suku kata, yg disebut secara berterusan tanpa ada segmen. Cara penghasilannya, terdapat ciri geluncuran tetapi ada satu puncak.

Konsonan
Bunyi-bunyi bahasa yg apabila dikeluarkan bunyi-bunyi ini menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi-bunyi konsonan ada yg bersuara dan ada yg tidak bersuara.


Fonem segmental

Fonem suprasegmental

Lambang-lambang fonetik


1. Unsur fonologi dlm kbsr

2. pngajaran miro

3. krItEria bhn utk pemulihan

4. tujuan ujian fonologi

5. tujuan ujian sIstem ejaan

6. beza fomatif dgn sumatif

8. beza linguistik terapan dgn lingustik dskretif

9. fonem vokal, konsonan, t. fontk, beza sbtan dgn bhs baku,

10. fktor yg pengaruhi ksplan sbutan

11. kaedah p&p ejaan &cth pg

12 def ksrtsn vokal & cth

13 cth kta pjaman inggeris yg tleh mantap

14. Bila noktah digunakan

15. Kslahan ayat guna kt kerja

16. def istilah & cth

17. Peranan dbp

18 Krtia pem. Bhn, pengayaan & pemulihan.

Topik 5

Kaedah Pengajaran ejaan

1. kaedah abjad/huruf
2. Kaedah fonik/bunyi
3. kaedah suku kata
4. kaedah pandang sebut

Topik 6

Keselarasan vokal = sistem bunyi dan sistem pembentukan kata dlm b.melayu memperlihatkan bahawa b. melayu memiliki 4 pola asas suku kata, V, VK, KV dan KVK

Topik 7

Tanda baca = aspek mekanika bahasa tulisan. Penggunaan tanda baca yg betul & tepat di dlm tulisan berhubung rapat dgn tatabahasa & gaya penulisan. Penggunaan TB yg tidak tepat – mengganggu pembacaan dan pemahaman.

Khamis, Julai 22, 2010

HBHE1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan

Contoh Soalan dan Jawapan
HBHE1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan


SET A

BAHAGIAN A

SOALAN 1
Nyatakan DUA (2) daripada empat langkah dalam pembelajaran masteri.
i Penentuan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai pelajar.
ii Pengajaran dengan kaedah dan aktiviti yang berkesan.
iii Penilaian dengan ujian diagnostik untuk mengesan tahap penguasaan
iv Pelaksanaan tindakan susulan yang berupa aktiviti pemulihan bagi pelajar yang belummenguasai hasil pembelajaran dan aktiviti pengukuhan serta pengayaan bagi pelajar yang sudah menguasai hasil pembelajaran yang ditentukan.


SOALAN 2
Apakah yang dimaksudkan dengan kecerdasan matematik – logik?
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.


SOALAN 3
Nyatakan DUA (2) faedah pembelajaran secara kontekstual kepada pelajar.
i. mengaitkan pembelajaran dengan pekerjaan
ii. mengaitkan pembelajaran kehidupan harian
iii mengaitkan kandungan pembelajaran dengan pengalaman harian
iv memindahkan kemahiran
v meneroka dan mendapatkan bukti


SOALAN 4
Berikan DUA (2) pekerjaan yang menunjukkan individu tersebut mempunyai tahap kecerdasan kinestetik yang tinggi.
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.



BAHAGIAN B

SOALAN 1
Senaraikan teknik-teknik pengajaran yang boleh digunakan dalam bilik darjah. –
(a) menarik perhatian
(b) menyatakan objektif pelajaran
(c) merangsang proses mengingat semula kandungan lepas
(d) bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajar
(e) memberikan bimbingan
(f) tugasan dan soalan


SOALAN 2
Huraikan bentuk-bentuk pembelajaran yang berlaku dalam proses pembelajaran kontekstual.
• Relating (Menghubungkan) situasi sehari-hari ke informasi baru atau masalah-masalah untuk dipecahkan.
• Experiencing (Mengalami) dalam konteks eksplorasi, penemuan hal-hal yang sudah ada, dan peemuan hal-hal baru.
• Applying (Menerapkan) konsep-konsep dan informasi di dalam sebuah konterks yang berguna seperti situasi-situasi nyata dalam kehidupan.
• Cooperating (bekerja sama) dalam konteks berbagi (sharing), merespon, dan berkomunikasi dengan para pelajar lainnya.
• Transferring (Mentransfer) pemakaian-pemakaian dan membangun berdasarkan apa yang telah diketahui oleh siswa.


Huraikan LIMA (5) faktor perlaksanaan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran.
(a) Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid.
(b) Mempelbagaikan cara penilaian.
(c) Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah.
(d) Menggalakkan inovasi dan penyeledikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.
(e) Menerima persamaan dan perbezaan di antara individu dengan mengakui bahawa
unik dan belajar dengan cara yang berlainan.




SET B

BAHAGIAN A
1. Senaraikan EMPAT faktor yang membantu proses perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran kontekstual.
i Pembelajaran
ii Murid
iii Pengajaran
iv Guru
v Sokongan

2. Kenapakah teknik pengajaran penting?
Kepelbagaian teknik pengajaran adalah untuk membantu para guru untuk menyampaikan pengajaran mereka dengan lebih berkesan. Pengajaran yang berkesan akan memberikan mutu pembelajaran yang berkesan kepada murid. Setiap pengajaran adalah diharapkan akan berlaku proses pembelajaran yang sempurna kepada murid

3. Terangkan SATU dari empat pendekatan yang dicadangkan UNESCO untuk membangunkan penggunaan ICT di kalangan guru.
1. Peringkat ‘emerging’ (Pengenalan) iaitu memberi tumpuan kepada mengenal fungsi teknikal dan penggunaan ICT dan pengetahuan tentang impak ICT terhadap masyarakat dan sekolah. Guru menggunakan aplikasi ‘Word’ untuk membuat nota pelajaran, mencari maklumat dalam CD Rom atau internet dan berhubung dengan rakan menggunakan e-mail.
2. Peringkat ‘Applying’ (Aplikasi) iaitu guru menggunakan ICT untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang diajar menggunakan pelbagai alat dan sumber ICT. Guru mengintegrasikan ICT untuk mengubah reka bentuk pengajaran atau menggabungkan kaedah lama dengan kaedah yang baru. Guru juga menggunakan ICT dalam program latihan.

4. Dengan ringkas terangkan apa itu pembelajaran masteri.
Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran di mana
pelajar dapat menguasai apa yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk lain.

5. Terangkan konsep kajian masa depan.
1. Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal masa-masa
depan.
2. Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan.
3. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan.
4. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan.
5. Membina sikap dan nilai tentang masa depan

6. Kenapa proses perbandingan penting di dalam kemahiran berfikir?
Proses ini adalah untuk mencari persamaan dan perbezaan ciri, kualiti, sifat serta unsur
objek atau konsep. Kemahiran ini adalah penting untuk:
- Apabila terdapat banyak ciri atau kebarangkalian.
- Untuk membuat pilihan

7. Apakah strategi metakognitif?
Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari.

8. Huraikan SATU ciri guru reflektif.
1. Keterbukaan Minda
2. Tanggung Jawab
3. Kesungguhan
4. Seorang guru yang terbuka mindanya sering bersedia untuk membuat refleksi dan mencabar andaian-andaian, prasangka, ideologi tersendiri dan juga orang lain.
5. Guru membuat rancangan mengajar dan terus bersedia


BAHAGIAN B
1. Pendidikan kesihatan adalah tertakluk kepada polisi dan falsafah pendidikan nasional.
(a) Terangkan secara ringkas LIMA komponen yang dirangkumi pendidikan kesihatan.
(i) Komposisi badan/kandungan lemak
(ii) Daya tahan kardiovaskular
(iii) Fleksibiliti/Kelenturan
(iv) Kekuatan otot
(v) Daya tahan otot


(b) Bilakan seseorang itu boleh dianggap betul-betul cergas dari segi fizikal?
Kecergasan ialah keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan cekap dan bertenaga tanpa rasa keletihan yang keterlaluan dan mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti riadah dan menghadapi bcabaran apabila kecemasan

Rabu, Julai 21, 2010

Lelaki Vs Perempuan

Beza Stail Lelaki Dan Perempuan Pergi Ke Bank

Lelaki

1. Pandu kereta ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM.
2. Masukkan kad ATM.
3. Tekan nombor PIN dan jumlah yang dikehendaki.
4. Ambil duit, kad ATM dan slip.
5. Masuk kereta, tekan minyak dan terus pecut!!!


Perempuan


1. Pandu kereta ke bank.
2. Matikan enjin kereta.
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu.
4. Sembur minyak wangi.
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM.
6. Mencari kad ATM dalam beg tangan.
7. Masukkan kad ATM.
8. Mencari nombor PIN ATM dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan.
9. Tekan nombor PIN.
10. Membaca arahan ATM selama hampir dua minit.
11. Tekan 'BATAL'.
12. Tekan nombor PIN sekali lagi.
13. Tekan 'BATAL' sekali lagi.
14. Telefon suami untuk bertanya nombor PIN yang betul.
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal.
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki.
17. Tekan 'SALAH'.
18. Masukkan jumlah yang agak besar.
19. Tekan 'SALAH' sekali lagi.
20. Masukkan jumlah yang lebih besar.
21. Ambil duit dari mesin ATM.
22. Masuk ke dalam kereta.
23. Periksa makeup sekali lagi.
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan.
25. Hidupkan enjin kereta.
26. Jalankan kereta.
27. Berhenti tiba-tiba.
28. Pergi semula ke mesin ATM.
29. Ambil kad ATM yang tertinggal berserta dengan resit.
30. Masuk ke dalam kereta kembali.
31. Letakkan kad ATM di atas dashboard.
32. Buang resit atas jalan.
33. Tengok dekat cermin pemandu.
34. Periksa makeup sekali lagi.
35. Membetulkan-betulkan rambut/tudung.
36. Pasang radio dan menyanyi mengikut seni kata lagu itu.
37. Tengok SMS dalam handphone.
38. Masukkan gear kereta untuk reverse.
39. Brek mengejut lagi.
40. Masukkan gear satu sebab tersilap masuk gear reverse tadi.
41. Memandu lebih kurang 3 km.
42. Baru teringat nak lepaskan handbrake...

Jumaat, Julai 16, 2010

Laknat Yahudi

Kekejaman Yahudi Terlaknat


Kemudahan Rawatan Dinafikan

[05/05/08] Tiga orang lagi meninggal dunia disebabkan sekatan Tentera Penjajah Israel (TPI) terhadap semua laluan yang menghubungkan dengan Semenanjung Gaza dunia luar, sebuah Jawatankuasa Pertubuhan Anti-Kepungan melaporkan Isnin lalu. Ia menjadikan jumlah mangsa kepungan TPI sehingga kini kepada 145 orang. Rami Abdo, Jurucakap Jawatankuasa tersebut berkata dalam kenyataan akhbar kekurangan kemudahan rawatan disebabkan penutupan semua pintu sempadan telah menyebabkan kematian tiga orang pesakit terdiri dari seorang kanak-kanak dan dua orang wanita warga emas. Beliau menyatakan sumber perubatan melaporkan kanak-kanak berusia 13 tahun itu, Ismahan Al-Jaal, menderita barah otak telah dihalang melalui pintu sempadan di Beit Hanun (Erez) oleh TPI. Mereka menyatakan juga Zakia Saada, 59 tahun, telah meninggal dunia disebabkan kegagalan jantung dan Nazmia Abed, 55 tahun, meninggal dunia disebabkan kanser. PIC.



Sumber: PIC – Palestine Information Centre

Banduan Dihalang Daripada Lawatan Saudara Mara

[05/05/08] Pihak penjara Israel telah mengenakan denda USD 100 terhadap Amal Fayez Juma dan menghalang beliau daripada lawatan saudara mara selama 3 bulan.

Juma, 25, yang menjalani hukuman penjara 11 tahun, didenda sedemikian kerana atas tuduhan berbohong, peguam bela beliau berkata. Akibat kesihatan Juma yang merosot, pihak saudara mara beliau telah menuntut beberapa badan perundangan untuk mendesak pihak penjara Israel membenarkan rawatan kepada beliau. Juma dari kem pelarian Asker di Nablus menghidap penyakit tulang sebelum ditahan dan penyakit beliau semakin merosot disebabkan tiada rawatan diberikan. Beliau juga menghadapi sakit buah pinggang, rambut gugur dan gigi reput.

Sumber: PIC – www.palestinkini.info

Penculikan

[24/04/08] Subuh Khamis lalu, askar-askar Rejim Zionis telah menculik tujuh rakyat Palestin di bandar Nablus termasuk tiga lelaki sementara yang lain telah ditangkap berikutan kempen penangkapan Rejim Zionis setiap hari di kebanyakan kawasan di Tebing Barat. Penduduk tempatan melaporkan bahawa askar-askar telah melakukan kemusnahan di semua rumah semasa menceroboh bandar tersebut serta kawasan berdekatan dengan kem pelarian Balata.

Sumber: PIC – www.palestinkini.info

Sekatan Kemudahan Asas

[30/04/08] Jawatankuasa anti-pengapungan telah memberi amaran bahawa jalan-jalan di Gaza kemungkinan akan di banjiri dengan air buangan dari saliran akibat krisis bahan api dan kekejaman Israel yang enggan membawa masuk sebarang bahan petroleum ke negara tersebut. Jawatankuasa itu juga menggariskan bahawa keadaan Gaza menjadi semakin buruk saban hari akibat krisis bahan api dan memberi impak negatif kepada negara di mana krisis tersebut telah melumpuhkan perkhidmatan-perkhidmatan penting seperti perkhidmatan ambulans dan pungutan sampah

Dalam suatu perkembangan lain,Pengarah UNRWA (United Nations Relief and Works Agency), John Ging menjelaskan kekurangan bahan api akibat sekatan akan mendorong agar dihentikan pengedaran bekalan bantuan yang disediakan oleh UNRWA dan Program Makanan Sedunia (WFP) untuk lebih sejuta rakyat Palestin di Gaza sambil menunjukkan kilang-kilang dan bot-bot nelayan juga berhenti beroperasi manakala para petani tidak dapat bekerja disebabkan ketiadaan bahan api untuk menggerakkan pam-pam air bagi pengairan bagi tanaman mereka.

Sumber: PIC – www.palestinkini.info



Wahai Saudaraku,

Kita boleh lihat betapa murahnya nyawa umat Islam. Tanpa sebarang sebab yang munasabah, mereka boleh dibiarkan mati dalam keadaan menderita. Biar berapa pun jumlahnya, biar siapa pun mangsanya, tiada siapa yang peduli. Kita hanya menunggu giliran seperti ayam daging menunggu giliran untuk disembelih. Satu demi satu menggelupur disembelih sehingga tiba giliran kita. Ketika itu pun, jiran kita masih tidak peduli!!. Tak mengapa… ia tiada kena mengena dengan saya!!!!..