SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Sabtu, April 30, 2011

TERENGGANU vs SELANGOR, T-TEAM vs PAHANG

Pertembungan dua pasukan teratas dalam Liga Super berakhir seri. Terengganu dan Selangor terikat 1-1 dalam pertarungan di SSINS.
Sebaik sepak mula, Terengganu terus menyerbu petak penalti lawan dalam usaha mencari gol. Namun dalam keghairahan menyerang, Selangor sebaliknya di depan menerusi Syafiq Rahim. Gol terhasil pada minit 43 menerusi satu serangan balas.

Sebaik babak kedua bersambung, pasukan Terengganu terus melakukan asakan ke kubu lawan dalam usaha mencari gol penyamaan. Asakan berterusan Terengganu akhirnya menyaksikan Ismail Faruqi memecah kebuntuan jaringan dengan satu 'flying header' cantik hasil hantaran silang tepat Joseph Kallang Tie.
Dua pemain Selangor terpaksa mengawal kelincahan Ismail Faruqi
Terengganu terus menekan pelawat dengan penguasaan penuh yang menyaksikan penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee langsung tidak memegang bola pada separuh masa kedua. Penguasaan Terengganu bagaimanapun gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan apabila percubaan-percubaan banyak diselamatkan penjaga gol Selangor.
Abdul Manaf Mamat terpaksa ditarik dalam usaha pemain Selangor menyekat kemaraannya
Pemain Selangor yang berkampung di kubu sendiri ternyata menyukarkan pemain Penyu mencari peluang menambah jaringan. Elemen nasib juga tidak menyebelahi Terengganu menyaksikan keputusan 1-1 kekal ke wisel penamat. Pada pandangan aku, Ismail Faruqi layak dinobatkan Man Of The Match.
Ismail Faruqi, penjaring gol Terengganu dan Man Of The Match pada aku

Khamis, April 28, 2011

TERENGGANU, T-TEAM MENANG BERGAYA

Perlawanan Liga Super malam tadi menyaksikan dua pasukan Terengganu menang berdepan lawan masing-masing.

Dalam pertemuan di SSINS Kuala Terengganu, pasukan T-Team menang ke atas Kedah 3-1. Prestasi T-Team yang tidak konsisten turut menyebabkan kehadiran penonton membabitkan pasukan T-Team tidak konsisten berbanding pasukan Terengganu.

Gol-gol T-Team telah dijaringkan oleh Indra Putra, Shamsul Kamal Mohamad dan Zairo Annuar Zalani.

Pemain T-Team, Farhan mengasak pemain Kedah yang menunjukkan aksi tumbukan terbang dalam pertemuan dengan Harimau Muda minggu lepas

Zairo merembat cantik untuk gol ketiga T-Team
Pertemuan di Stadium Likas membabitkan pasukan tuan rumah Sabah menentang Terengganu. Sabah terlebih dahulu di depan sebelum Terengganu membalas dengan dua gol dalam masa 2 minit menerusi Abd. Hadi Yahya dan Wan Aliff Jasmi.

Pertemuan berlangsung tegang apabila pemain Sabah membantah keputusan pengadil yang enggan menghadiahkan penalti di hujung saingan kerana mendakwa bola terkena tangan pemain Terengganu dalam kotak penalti. Pengulas radio Sabah juga dikatakan terlalu emosional apabila menyatakan "alang-alang sudah kalah, lebih baik bergaduh". Menurut sumber lagi, pengulas radio tersebut juga melaporkan penjaring gol kemenangan Terengganu, Wan Aliff patah kaki dan terus dikejarkan ke hospital. Tahniah kepada pasukan Terengganu dan T-Team.

Namun, apa yang dikesali ialah sikap pemain dalam Liga Super. Skill dan teknik pemain untuk sesetengah pasukan adalah koman. Tapi mempunyai sikap yang ganas dalam padang. Minggu lepas, pemain Kedah menumbuk seorang pemain Harimau Muda A. Tumbukan sambil terbang yang menyebabkan kecederaan yang agak serius kepada pemain Harimau. Ini kah sikap pemain apabila mengalami kekalahan? Bodoh!!! 

Carian:
Harimau Muda A 1-1 Negeri Sembilan; T-Team 3-1 Kedah; Felda United 0-0 Johor FC; Perak 5-3 Kuala Lumpur; Perlis 1-2 Pahang; Kelantan 1-0 Selangor; Sabah 1-2 Terengganu.

credits to ganusoccer.net

Ahad, April 24, 2011

AMUKAN NINJA TURTLE

Terengganu vs Perak, pertemuan di sini..
Di stadium ini, semua perlawanan 'home' bagi pasukan Terengganu dan T-Team berlangsung ekoran runtuhnya Stadium Sultan Mizan Gong Badak. Bagi perlawanan malam ini, pertembungan di antara Terengganu dan Perak bagi saingan Liga Super.

Imbas kembali rekod kedua-dua pasukan bagi musim 2011. Dalam saingan Piala FA, peringkat suku akhir pertama di Ipoh, Terengganu tewas 2-3. Namun bagi perlawanan kedua, Terengganu bangkit membenam Seladang 3-1 untuk mara ke semi final dengan aggregat 5-4. Dalam saingan Liga Super pula, perlawanan di Stadium Ipoh Selasa lepas berkesudahan seri 1-1.

Namun malam ini, Penyu menunjukkan kejaguhan sebenar dengan menumbangkan Seladang dengan keputusan 3-0. Ulang..3-0
1st eleven Terenggganu

Ashaari Shamsudin aka Saha

Reshafiq Alwi merembat untuk gol kedua Terengganu
Gol-gol Terengganu telah dijaringkan oleh Abdul Hadi Yahya, Reshafiq Alwi dan Josep Kallang Tie.. Tahniah seme termasuk penonton yang penuh sesak.

credits to ganusoccer.net

Sabtu, April 23, 2011

KEKEJAMAN ZIONIS

Celaka lah kamu bangsa Yahudi..Zionis laknat dan bacul. Cuma berani bertindak pada insan yang tidak berdaya seperti kanak-kanak dan orang awam yang tidak bersenjata.
Gambar yang menunjukkan kekejaman rejim syaitan Israel. Kaki seorang penduduk awam Palestin hancur akibat serangan peluru berpandu
Lihatlah dunia..Terbujur kaku jasad pemuda Palestin yang penuh dengan kesan tembakan. Harga yang terpaksa dibayar demi menuntut kemerdekaan tanah Palestin dan syiar Islam.
Agaknya berapa usia kanak-kanak ni? Mungkin 6-8 tahun. Adakah dia pengganas? Tidak sama sekali..Israel lah pengganas sebenar yang paling kejam dan tidak bertamadun.
Adakah ini juga dikategorikan pengganas? Yahudi bangang!!!
Kalau di Malaysia, remaja lelaki dalam lingkungan usia ni sibuk merempit. Tapi tidak di Palestin. Remaja seawal usia 13 tahun sudah berjuang menentang Zionis laknat. Paling tidak pun dengan melontar batu. Di Malaysia??
Bayi ni seorang lagi pengganas. Tapi tu label yang diberi oleh Zionis celaka. Bayi ini syahid akibat kegilaan tentera Yahudi.
Lagi kanak-kanak yang menjadi korban kegilaan Israel yang dahagakan darah umat Islam dan Palestin.
Kanak-kanak Palestin membesar dalam trauma. Emosi mereka didera dengan teruk oleh Israel. Penderaan mental ini akan menjadikan kanak-kanak murung, membesar secara pasif; langkah penghapusan etnik secara tersusun oleh Zionis laknat. Lihatlah betapa baculnya tentera Zionis. Cuma berani mengacu raifel pada golongan wanita dan kanak-kanak.

Rabu, April 20, 2011

MALAM YANG BER'SERI'

Pusingan pertama Liga Super Malaysia dilabuhkan malam tadi (19 April 2011) dengan kedua-dua pasukan dari Terengganu, iaitu pasukan Terengganu dan T-Team mencatat keputusan seri 1-1 dengan lawan masing-masing.

1st eleven Terengganu masa lawan Perak di Ipoh

Pasukan Terengganu telah mencatat keputusan seri 1-1 dengan Perak dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Ipoh. Perak terlebih dahulu di depan menerusi jaringan kontroversi apabila bola belum melepasi garisan gol setelah pemain Terengganu berjaya menampan dan mengeluarkannya di atas garisan gol. Namun pengadil mengesahkan jaringan tersebut untuk Perak mendahului.

Namun Terengganu berjaya menyamakan kedudukan setelah Abdul Hadi Yahya berjaya menjaringkan penalti setelah Ashaari Samsudin dijatuhkan pemain Perak dalam kotak penalti. Dengan keputusan seri ini, Terengganu kekal di tangga kedua liga ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Selangor.

Satu lagi keputusan seri 1-1 dicatat oleh pasukan dari Terengganu, T-Team. Perlawanan menentang Johor FC di halaman sendiri gagal dimanfaatkan T-Team setelah pasukan selatan tanahair berjaya mencuri satu mata.
T-Team mendahului seawal minit ke-10 melalui Shahrul Ezrain namun Johor FC berjaya menyamakan jaringan sebaik babak kedua bersambung. Malam yang seri untuk dua pasukan Terengganu..


credits to ganusoccer.net

Isnin, April 18, 2011

SEJARAH PERKEMBANGAN SEKOLAH BESTARI DI MALAYSIA-HBML 2203

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU



Tahukah anda, sewaktu melancarkan Wawasan 2020 pada Februari 1991, Perdana Menteri Malaysia ke-4 Tun Dr. Mahathir bin Muhamad, menyatakan bahawa untuk menjadi sebuah negara maju, kita perlu menggunakan kekuatan akal? Oleh itu, untuk mencapai hasrat Wawasan 2020 tersebut sistem pendidikan negara perlu diubah sesuai dengan peredaran masa dan tuntutan zaman. Sewaktu melancarkan Koridor Raya Multimedia pada 1 Ogos 1996 beliau menegaskan dengan memetik :

“Teacher will need to change their role in the eletronic classroom from being information providers to counselors to help student develop know how and judgement to select information sources. Key to success in the Information Age will be making the right judgement between an awesome array of choice. We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education throughout their life”
(Mahathir Mohamad, 1996)


Sekolah Bestari merupakan salah satu daripada tujuh Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (1997, 2003 dan 2005) yang terdiri daripada Kad Pintar Serba Guna, Sekolah Bestari, Teleperubatan, Kerajaan Elektronik Jaringan Pengilangan Sedunia, Pemasaran Tanpa Sempadan serta Kelompok R & D. Koridor Raya Multimedia (rujuk Rajah 1.4) disambung kepada Global Information Superhighway bertujuan untuk:

  • Memperoleh maklumat secara visual, teks serta suara yang dihantar dengan cepat dalam kuantiti yang tidak terbatas.
  • Menggerakkan pemindahan teknologi khususnya teknologi digital, menjadikan R & D sebagai satu budaya untuk penghasilan produk baru dan perkhidmatan yang berkualiti.
Dokumen rasmi yang menjadi dasar Sekolah Bestari ialah Smart School Flagship Application: The Malaysian Smart School A Conceptual Blueprint oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1977).




Rajah 1.4: Koridor Raya Multimedia 2005
(Dipetik dan diubahsuai daripada Modul Pengurusan Pembelajaran Bestari, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006)


Projek Rintis Sekolah Bestari bermula pada tahun 1999 hingga 2002 sebanyak 87 buah sekolah. Peluasan Projek Sekolah Bestari dikembangkan kepada 10,000 sekolah bermula tahun 2002 hingga 2010 di bawah Program PemBestarian Sekolah dalam Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8) dan Ke- 9 (RMK9) . Pencapaian Projek Rintis Sekolah Bestari di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dapat dilihat dalam rajah di bawah.




Rajah 1.5: Pencapaian Projek Rintis Sekolah Bestari





 Rajah 1.6: Pencapaian Projek Rintis Sekolah Bestari
(Dipetik dan diubahsuai daripada Modul Pengurusan Pembelajaran Bestari, Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006)


Dalam usaha untuk mewujudkan Sekolah Bestari, beberapa perubahan perlu dilakukan. Antaranya ialah:
  • Budaya P & P, iaitu daripada cara yang tradisional kepada cara yang berteraskan ICT.
  • Sistem pengurusan, iaitu pentadbir dan guru-guru perlu mengamalkan sistem pengurusan yang profesional.
  • Sistem penaksiran dan penilaian harus berubah daripada cara lama dan berpusat kepada cara yang berterusan dan bersifat holistik.
  • Kemudahan teknologi multimedia iaitu meningkatkan prasarana ICT untuk tujuan P & P seperti peralatan, makmal komputer, tenaga kepakaran serta tenaga kerja yang mencukupi.
Dasar utama Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan dengan sekolah Bestari adalah:
  • Memastikan semua pelajar celik ICT.
  • Menyelaraskan semua inisiatif ICT di bawah Jawatankuasa Maklumat Pengkomputeran Kementerian.
  • Menilai semula setiap perisian kursus yang telah dihasilkan.Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai mata pelajaran dalam P & P.
  • Menggalakkan penggunaan ICT bagi meningkatkan produktiviti, kecemerlangan serta keberkesanan sistem pengurusan.
  • Menggalakkan perkongsian pintar dengan pihak luar Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sumber: Modul OUM HBML2203

Khamis, April 14, 2011

T-TEAM vs TERENGGANU

1st eleven Terengganu
1st eleven tuan rumah, T-Team
Pertemuan derby Terengganu antara T-Team bertemu Terengganu. Dua pasukan dari Terengganu bertemu sesama sendiri. Walaupun penyokong kedua-dua team adalah individu yang sama, perlawanan ini tetap menjadi tumpuan penonton.

Kedua-dua pasukan dalam momentum yang terbaik selepas mencatat kemenangan dalam beberapa perlawanan terakhir sebelum aksi malam ini. Terengganu sebelum ini menumpaskan Perak 3-1 (saingan suku akhir Piala FA), mengalahkan Pahang 2-1 dan Harimau Muda A 3-1.


Manakala T-Team pula dalam semangat terbaik selepas membaham Kelantan 4-3 dan kemenangan moral ke atas Selangor 2-0 di Shah Alam.

Pasukan Terengganu lebih banyak menguasai perlawanan cuma gagal menterjemahkan serangan bertali arus kepada jaringan. Penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee juga beberapa kali diuji terutama percubaan menarik bekas rakan sepasukan di Terengganu musim lalu, Zairo Annuar.  Namun ternyata Sharbinee cekap mempertahankan gawang.

Syamsuri Mustafa (T-Team) bekas penjaga gol kebangsaan dan Sharbinee Allawee (Terengganu) penjaga gol negara masa kini.
Bekas pemain T-Team musim lalu, Abdul Hadi Yahya menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-47. Jaringan yang menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan.


credits to ganusoccer.net

UJIAN PENARAFAN LENCANA KERIS EMAS PENGAKAP

Bertempat di Kem Pengakap Teluk Ketapang pada 7-9 April 2011, satu Kursus Ujian Penarafan Lencana Keris Emas bagi Pengakap Daerah Kuala Terengganu telah diadakan dengan jayanya. Seramai 18 orang peserta daripada ahli Pengakap SK. Seberang Takir telah menyertai perkhemahan peringkat daerah tersebut.

Sebenarnya banyak lagi gambar nak upload. Tapi tak tau la..Lembab sangat. Aku siap buat nescafe, cicah roti, isap rokok baru dapat upload 1 imej. Malas la nak tunggu..

Terima kasih kepada semua guru SK. Seberang Takir yang telah menyertai perkhemahan tersebut. 

Selasa, April 12, 2011

TERENGGANU vs HARIMAU MUDA A

Ni berita lambat sikit..bukan mende sibuk sikit kebelakangan ni. Berita dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu membabitkan pertemuan Liga Super Terengganu menentang pasukan kebangsaan Harimau Muda A.

Sekali lagi game berlangsung dalam padang lembab dan basah ekoran hujan di Kuala Terengganu. Tapi game tetap rancak dengan Harimau Muda A lebih awal mengejutkan tuan rumah dengan gol seawal minit ketujuh.
Gol dari Ismail Faruqi hasil gerakan cantik bersama Saha
Namun Terengganu tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi Ashaari Shamsuddin. Seterusnya Abdul Hadi Yahya menjaringkan gol pendahuluan bagi Terengganu. Mendahului 2-1, Ismail Faruqi membunuh sisa perjuangan Harimau Muda A apabila score gol ketiga tuan rumah.

Final result: Terengganu 3 : 1 Harimau Muda A

Tahniah pasukan Terengganu dan teruskan rentak cemerlang anda.
Masa aku tulis ni, tengah kelam kabut nak gi stadium pulak.. Game abang-adik Terengganu lawan T-Team. Nak sokong mana ha???

SEKOLAH BESTARI-NOTA HBML2203 OUM

PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU



Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula daripada segi amalan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah bagi menyediakan kanak-kanak zaman maklumat. Perkara ini ditegaskan dalam The Smart School Conceptual Blueprint :

“The Malaysian Smart School is a learning institution that has been systemically reinvented in terms or teaching-learning practices and school management in order to prepare children for the Information Age”.


Institusi ini melengkapkan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat kerana maklumat berubah dengan pesat pada zaman maklumat. Maka, dapatlah dirumuskan bahawa Sekolah Bestari di Malaysia merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara sistematik daripada segi amalan Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) dan pengurusan sekolah dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi zaman maklumat yang berasaskan dua perkara penting, iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai murni serta kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Maksud amalan P & P direka semula dengan mengintegrasikan elemen-elemen Bestari iaitu kemahiran generik, pendekatan pembelajaran, strategi P & P serta gaya pembelajaran dan ICT dalam P & P. Integrasi kesemua elemen ini adalah bertujuan untuk menjadikan P & P lebih menarik , mencabar, berkesan dan seterusnya dapat mengembangkan potensi murid secara holistik dan bersepadu seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ciri-ciri Sekolah Bestari ialah (rujuk Rajah 1.2):



Rajah 1.2: Ciri-ciri Sekolah Bestari

Sekolah Bestari mengikut acuan Malaysia ialah:
  • Sekolah tempat murid belajar mengikut kadar kendiri, akses kendiri serta terarah kendiri.
  • Sekolah untuk semua jenis murid iaitu rendah dan menengah.
  • Sekolah yang mengoptimumkan penggunaan teknologi pendidikan.
  • Sekolah yang berkeupayaan kendiri untuk memBestarikan sumber manusia.
  • Sekolah yang gurunya berperanan sebagai pembimbing di sisi dan bukannya pendeta di pentas.
Seperti mana yang dibincangkan di atas, Sekolah Bestari acuan Malaysia adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, yang dapat mengembangkan potensi diri dan memberi sumbangan ke arah kesejahteraan ummah. Hal ini dapat digambarkan melalui logo seperti dalam rajah di bawah yang diringkaskan terjemahannya melalui simbol dan warna.



Rajah 1.3: Logo Sekolah Bestari

(Dipetik dan diubahsuai daripada Modul Pengurusan Pembelajaran Bestari, Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006)

Berdasarkan rajah di atas, Sekolah Bestari ialah sekolah yang dilengkapi dengan prasarana ICT, pengurusan pentadbiran yang profesional dan guru yang cekap, bijak, pintar, berintegriti, bersifat luhur dan berbudi pekerti mulia serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat
Sumber: Modul OUM HBML2203

Jumaat, April 08, 2011

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSM TERENGGANU 2011

Susulan team takraw SK. Seberang Takir mengungguli Kejohanan MSSD Kuala Terengganu Utara (KTU), 6 orang player sekolah terpilih mewakili Daerah KTU ke kejohanan peringkat negeri (MSSM Terengganu).

Venue pertandingan ialah di Sekolah Sukan Negeri Bukit Nenas, Setiu, Terengganu pada 31 Mac hingga 2 April lalu.

Venue pertandingan

Peringkat awal saingan kumpulan, diletakkan dalam satu kumpulan bersama Daerah Hulu Terengganu, Besut dan Kuala Terengganu Selatan.


Mara ke separuh akhir bertemu Kemaman setelah muncul naib johan kumpulan di belakang Besut.


Berjaya mengetepikan saingan Kemaman untuk mara ke final, sekali lagi bertemu Besut.


Aksi final sangat mendebarkan dengan ketiga-tiga regu dipaksa beraksi sehingga ke tie-break.


Setelah berjuang hebat, KTU terpaksa akur dengan Besut yang ternyata disebelahi nasib. Sistem permainan 'caru' Besut berjaya mengatasi sistem permainan '3' KTU yang walaupun menampilkan corak permainan menarik dan menghiburkan serta memenangi hati penonton, namun gagal untuk memenangi status johan.

Walau bagaimanapun, setinggi tahniah untuk player SK. Seberang Takir, jurulatih Cikgu Mohd Annuar dan En. Ghani. Pencapaian Naib Johan Negeri juga satu kejayaan yang amat membanggakan kami warga SK. Seberang Takir khasnya dan penduduk Seberang Takir sendiri.

Insya Allah kejayaan lebih gemilang kita lakar tahun depan dan insya Allah juga bertemu di peringkat kebangsaan dalam masa terdekat.

FRIENDLY BOLA SEPAK

Memasuki fasa pra pertandingan, team bola sepak SK. Seberang Takir telah mengatur beberapa siri perlawanan persahabatan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Bola Sepak MSSD KTU pada 10-12 April nanti.

Perlawanan persahabatan sulung bermula dengan menentang team SK. Teluk Ketapang pada 5 April. Tewas 0-2 (away game) bukan kayu ukur tahap sebenar kerana perlawanan ini sekadar untuk menguji posisi player.
Antara aksi pemain kedua-dua pasukan

Pengurus, Penolong Pengurus, Jurulatih dan Penolong Jurulatih membakar semangat player semasa rehat first half.

Tewas game pertama, perlawanan persahabatan kedua diatur dengan SK. Kompleks Seberang Takir pada 6 April; juga away game. Keputusannya menang dengan jaringan selesa 4-1.

Harap-harap momentum kemenangan berterusan dalam pertandingan nanti..

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KTU 2011

Bertempat di Trek Latihan Olahraga Gong Badak atau lebih tepat bersebelahan Stadium Sultan  Mizan Zainal Abidin pada 27-31 Mac lepas. Lambat sikit cerita ni sebab lately ni sibuk sangat. Masa sangat terbatas bagi aku. Setiap hari terkejar-kejar masa.
Ni kuartet 4x100m L12. Aku bukan jurulatih mahupun pengurus pasukan. Cuma tukang ambik gambar je. Jadi la..

Ni pulak kuartet 4x100m P12 bersama guru pengiring, Pn. Faridah. Yang penting bergambar dulu. Aksi kemudian. Haha..
Berlatar belakangkan stadium yang pernah menjadi saksi kejaguhan Terengganu dalam Sukma 2008. Sekarang dalam proses baik pulih.