SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Khamis, Disember 08, 2011

BILA DUIT BERDIALOG..

Fikirkan..... (dan kena atas batang hidung aku sendiri)
RM 1 telah bertemu dengan RM 50 lalu bertanya..
RM 1 : "Oit! Lama tak nampak. Mana ko pergi?"
RM 50 : "Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tengok bola, karaoke, tengok wayang, lepak-lepak kat cafe, konsert AF, Jom Heboh..Haa!! Tempat-tempat macam tu la. Eh! ko pula macam mana?"
RM 1 : (Menjawab perlahan seraya menunduk), "Hmm..aku biasalah. Balik-balik tempat sama juga. Tak surau, masjid. Tak masjid, surau..

Khamis, Disember 01, 2011

Ahad, November 27, 2011

ANAK KITA..ANAK ORANG

1. Apa yang dirasa dan dilalui oleh anak kita di Malaysia terlalu berbeza dengan rakan seusia mereka di Palestin.

2. Saat anak kita dimanja, rakan mereka di Palestin dizalimi.

3. Ketika anak kita tidur dalam kekenyangan, rakan mereka di Palestin kekurangan zat.

4. Sewaktu anak kita bermain dengan alat permainan, rakan mereka di Palestin bermain dengan peluru hidup.

5. Kekejaman rejim Zionis tidak mengenal usia. Adakah mereka ini boleh mendatangkan bahaya kepada Yahudi?

8. Ya..jika mereka ini dibiarkan hidup, merekalah yang akan meniupkan api perjuangan Intifada. Sebab itu mereka menjadi mangsa kekejaman syaitan Yahudi.

9. Semoga kedatangan Awal Muharam memberi sinar baru terhadap pejuang Palestin menuntut tanah air mereka.

Rabu, November 23, 2011

GELORA BUNG KARNO 2 KALI DIAM

1. Penentuan ibu segala pingat emas, final bola sepak Sukan Sea ke-26 di Palembang dan Jakarta menemukan skuad Harimau Muda dan Garuda Muda.

2. Dalam peringkat kumpulan, dua pasukan ini telah bertemu dengan kemenangan memihak Harimau Muda 1-0.

3. Final sekali lagi menunjukkan bangsa yang tidak bertamadun dengan bendera Malaysia dibakar dan lagu Negaraku di boo.

4. Memang biadap. Ulang.. BIADAP!!

5. Tamat 90 minit perlawanan, Tanah Melayu 1-1 Indon. Tambahan masa 30 minit juga gagal menemukan juara mutlak.

6. Akhirnya, tendangan penalti terpaksa ditentukan dengan kemenangan mutlak Harimau Muda 4-3.

7. Provokasi indon berterusan sebaik pemain HM meraikan kemenangan pingat emas dengan pegawai anti doping indon cuba menahan beberapa pemain HM untuk melakukan pemeriksaan anti doping.

8. Bodohnya, mana ada orang nak check doping masa meraikan kemenangan. Orang check 2,3 hari lepas tu la bangang.

9. Tindakan tu lebih nak menafikan kemenangan HM. Dasar tak boleh terima kekalahan.

10. Sekali lagi Jalur Gemilang berkibar megah dan Negaraku berkumandang di GBK saat penyampaian hadiah.

11. Kepada penyokong indon, hina la lagi Tanah Melayu. Balasan Allah 3 kali Tanah Melayu berpesta di hadapan kamu di GBK. 2 kali di Sukan Sea ke-26, 1 kali time final Piala Suzuki AFF. Janganlah ada hati lagi nak ganyang Tanah Melayu.

12. Satu lagi, jangan pulak ada yang bunuh diri kerana kecewa. Rilex je ok. Sebab dengar khabar 2 orang mati lepas final malam tadi.


13. Macam ni la layanan dan sambutan indon pada  HM. Tapi aku respek pada sorang player indon. Tak silap aku Titus Bonai. Mamat ni salam ngan seme player HM lepas game.

Jumaat, November 18, 2011

AKHIRNYA..LEMBU-LEMBU DALAM KANDANG GELORA BUNG KARNO DIAM

1. Tajuk berita ni konfem tak keluar kat mana-mana surat khabar di Malaysia esok (18 Nov.2011).

2. Headline yang paling layak digunakan terhadap manusia yang tak reti dan tak pernah belajar nak menghormati orang seperti penyokong Indon masa game Indon lawan Tanah Melayu dalam Sukan Sea (tengok kat Stadium Astro je pun).

3. Tamadun dan sejarah peradaban manusia semakin berkembang tapi bagi 90 000 penyokong Indon ni macam manusia primitif.

4. Nape? Sebab masa lagu kebangsaan Tanah Melayu Negaraku dimainkan, lembu-lembu indon dalam kandang Gelora Bung Karno ni  'boo' lagu kebangsaan.

5. Langsung tak reti nak hormat orang. Hajat hati nak ganyang Tanah Melayu tapi kalau pemain kaki bangku macam mana nak ganyang.

6. Akhirnya, timnas indon kalah kepada Tanah Melayu 0-1 di hadapan lembu-lembu tadi yang terus terdiam.

7. Patutnya lembu-lembu tu turun tengah padang meragut rumput yang dah nak botak tu.

Sabtu, November 12, 2011

KARNIVAL ALUMNI SEPAK TAKRAW SK. SEBERANG TAKIR 2011

Fakta Tentang Karnival:

1. Kali pertama dianjurkan di SK. Seberang Takir.
2. Diadakan pada 11.11.11.
3. Penyertaan terbuka kepada bekas pelajar SK. Seberang Takir berumur 13-45 tahun sahaja.
4. Sebanyak 12 buah pasukan mengambil bahagian.
5. Sistem pertandingan diadakan mengikut kumpulan iaitu 4 kumpulan.
6. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan layak ke suku akhir.
7. Final menemukan pasukan Terjah dengan Under 18.
8. Aksi final ternyata menemukan 2 pasukan terhebat dengan perlawanan berlanjutan ke tie-break yang memakan masa selama 60 minit.
9. Akhirnya pasukan Under 18 ternyata unggul dengan menewaskan pasukan Terjah dengan keputusan 20-22, 21-5 dan 15-9.
10. Tahniah kepada pasukan Under 18 dan kesemua pasukan yang bertanding. Insya Allah karnival ni akan jadi acara tahunan di SK. Seberang Takir.


Pasukan Terjah (oren) dan pasukan Under 18 (kuning) bersama penganjur dan pengadil perlawanan akhir

Jumaat, Oktober 28, 2011

BAHASA SOPAN VS BAHASA TIDAK SOPAN

bhs s0pan

Khamis, Oktober 27, 2011

CERITA PANAS

1. Ni bukan cerita panas yang mungkin korang semua nak search. Ni cerita panas menjelang saingan final Piala Malaysia edisi 2011 menemukan Terengganu dengan Negeri Sembilan.

2. Panas yang pertama pasal pemilihan stadium. Semua maklum venue perlawanan akhir kali ni ialah di Stadium Shah Alam (SSA) berbanding edisi sebelum ni di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

3. Panas sebab SSA ialah venue bagi pasukan Selangor. Sepatutnya final main kat stadium berkecuali dan yang paling sesuai ialah SNBJ dengan kapasiti 80 000 penonton.

4. Makin panas sebab pemilihan ni dibuat oleh orang kuat FAM yang ada jawatan dalam Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

5. Makin-makin panas sebab padang SSA diibaratkan seperti tempat kerbau berkubang seperti mana semasa live semi final leg 1 antara Terengganu dan Selangor dengan keputusan memihak pelawat 2-0.

6. Dan kemuncak kepada segala panas tu bila harga tiket dinaikkan sehingga RM 50.00 oleh orang kuat FAM/FAS tadi.

7. Memang melampau sebab harga biasa cuma RM 30.00. Jelas FAM cuba ambil kesempatan atas keghairahan penyokong kedua-dua finalis. Bijak-bijak..Tapi ye ke bijak?

8. Akibatnya, tercetus konfrantasi antara penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan dengan FAM. Macam-macam kata keji (di alam maya, surat khabar Malaysia mana tunjuk) dilontarkan penyokong kedua finalis terhadap FAM.

9. Penyokong kedua pasukan juga mengancam untuk boikot dari beli tiket.

10. Banyak banner, poster, dan macam-macam lagi bentuk risalah menggambarkan ketidakpuasan hati mereka sama ada di alam maya malahan digantung di sekitar Terengganu.

11. Pada aku, FAM ni memang tak bijak berfikir. Saat penyokong di Malaysia mula tertarik untuk memenuhi stadium, orang FAM buat keputusan guna kepala lutut dengan mengundur ke belakang. Hilang ghairah peminat.

12. Tiba-tiba, MB Dato' Seri Ahmad bin Said muncul hero buat penyokong Terengganu dengan mengumumkan kerajaan negeri menanggung 50% harga tiket. Semoga dalam final nanti, akan ada pemain Terengganu menjadi hero pasukan untuk menjulang piala keagungan Piala Malaysia. (ramalan aku Terengganu 2-0 Negeri Sembilan)

13. AYUH WIRA-WIRA PENYU..BERJUANG LAH DEMI TERENGGANU!!!
Antara poster dan banner yang hentam FAM yang aku ambik dari internet dan sekitar Kuala Terengganu

Dan aku bagi salah satu tip untuk berjimat bagi kumpul duit untuk membeli tiket berharga RM 50.00 tu..Dedikasi khas untuk Hamidin and the gang..


Seminggu ni tak perlu beli pampers. Buat je macam ni. Jimat RM 30.90 (bagi jenama Huggies biru je ye..)


Ahad, Oktober 23, 2011

PIALA MALAYSIA 2011: SEPARUH AKHIR 2 TERENGGANU VS SELANGOR || TERENGGANU HANCURKAN MISI 33 SELANGOR



1. Keputusan separuh akhir pertama di Shah Alam, Terengganu mendahului selesa 2-0.

2. Dengan bekalan yang agak selesa, Terengganu bermain perlahan dengan mengawal permainan.

1st time duduk kat vip. Belakang krew Arena 801 termasuk pengulas tah apa2 Zainal Abidin Raup dan sape nama tah sorang lagi
 3. SSINS padat, ramai peminat tidak dapat memasuki stadium manakala yang dapat masuk pun terpaksa bersesak, dan duduk di laluan pejalan kaki.  Kalau lah Stadium Sultan Mizan Gong Badak siap dibaiki, rasanya ramai lagi penyokong Terengganu yang hadir memberi sokongan.

4. Selangor menjaringkan gol pertama namun jaringan tidak diterima kerana offside.

1st eleven Terengganu
5. Terengganu membalas menerusi Ashaari yang merembat kencang namun sempat dihadang bek Selangor. Bola yang melantun dirembat pula oleh Joseph Kallang namun tiang gol menjadi penghalang dengan penjaga gol Selangor telah tertewas.

6. Selangor terus mengasak untuk memadam kelebihan tuan rumah, sebaliknya Terengganu berada di depan apabila hantaran cantik Ashaari disambut kemas Manaf Mamat yang dengan bijak menggelecek Asrarudin sebelum merembat menewaskan penjaga gol Selangor untuk gol pertama Terengganu pada minit ke-19.

7. Tamat separuh masa, Terengganu selesa di depan dengan aggregat 3-0.

8. Sebaik babak kedua bersambung, Terengganu mengancam awal menerusi trio penyerang mereka sambil dibantu JKT.

9. Minit 73, Ashaari yang menjadi pemusnah Kelantan di Kota Bharu sekali lagi menunjukkan skill tinggi apabila mengawal bola hantaran Manaf sebelum melepaskan volley dengan goalkeeper Selangor sekali lagi tertewas.

10. Terengganu menghadiahkan gol saguhati buat Selangor apabila Syafik Rahim menanduk masuk untuk merapatkan kedudukan.

11. Ternyata Terengganu terlalu gagah untuk ditentang Selangor dengan keputusan mutlak aggregat 4-1.

12. Akhirnya, Terengganu mara ke final Piala Malaysia selepas kali terakhir melakukannya dengan muncul juara pada 2001. Namun pada tahun 2011,Terengganu dua kali memasuki final iaitu Final Piala F.A dengan menumbangkan Kelantan 2-1 dan Final Piala Malaysia.

13. Selamat Maju Jaya Terengganu. Misi seterusnya ialah menumpaskan Negeri Sembilan dalam aksi final pada 29 Oktober 2011 di Shah Alam.

14. Kejayaan Terengganu menumbangkan Gergasi Merah membuatkan SSINS terus bergelora dan pesta itu berterusan di luar stadium apabila kenderaan mengibarkan bendera Terengganu dan replika Piala Malaysia sambil berarak di sekitar jalan raya di Kuala Terengganu sambil membunyikan hon. Kegembiraan jelas terpancar di wajah setiap peminat dan pencinta bola sepak Terengganu.

15. Aku tertarik dengan aksi dan kelincahan pemain sayap Selangor jersi no. 24 (kalau tak silap) iaitu Mohd Fitri. Pemain ni lincah, rajin dan beberapa kali menyukarkan Zubir Azmi yang mengawalnya.

16. Last, kredit kepada pengadil yang sememangnya adil dalam melaksanakan tugas yang penuh bebanan..Very good job.

Rabu, Oktober 19, 2011

MANAF MENGGANAS DI SHAH ALAM [SELANGOR 0 vs 2 TERENGGANU ]



1. Abdul Manaf Mamat menjadi hero pasukan Terengganu dengan 2 gol untuk memalukan Selangor di hadapan penonton sendiri di Shah Alam.

2. Gol pertama Manaf adalah bukti beliau seorang penyerang prolifik yang mampu menghidu pergerakan bola walaupun dalam posisi membelakangkan bola. Manaf menggunakan tumit untuk menjaringkan gol sehingga dua pertahanan dan penjaga Selangor hanya mampu menjadi pemerhati.

3. Gol minit pertama perlawanan menenggelamkan suara penyokong Selangor. Tapi bosan la dengan pengulas TV1 yang terlalu bias. Pengulas yang tak de ilmu sambil ketawa yang dibuat-buat (ketawa menyindir) mengatakan gol lawak/gol pelik. Tapi kalau Messi yang score gol macam tu, Andy Gray akan menyatakan "What a amazing goal!!!A goal to remember!!"

4. Manaf menjaringkan gol kedua Terengganu pada minit ke-32. Opp..kejap. Gol pertama minit ke-1 dan gol kedua minit ke-32. 1+32=33. Bersamaan Misi 33 Selangor yang hampir dinoktahkan Terengganu.

5. Padang Shah Alam macam estet getah. Tu pun dipilih sebagai venue final. Buta agaknya mata orang
F_ _ ni. Kalau padang macam tu di Terengganu, pasti pengulas malam tu tak berhenti mengutuk. Tapi sebab padang Shah Alam, pengulas dan media tak sebut pun.

6. Insiden baling mercun, botol dan laser yang dipancarkan pada Sharbinee juga berlaku. Pun sama..Pengulas tak cakap apa pun. Tapi kalau insiden sama berlaku di Terengganu, mulut pengulas akan jadi macam mulut longkang.

7. Pengadil seboleh-boleh nak bagi gak Selangor score sebiji. Bagi free kick banyak kali walaupun kalau orang buta sekalipun tengok tahu memang tak patut bagi free kick. Tambahan masa 4 minit dilanjutkan jadi 6 minit. Bola 50-50 semua advantage pada Selangor walaupun pemain Terengganu jelas cedera. Macam ni punya pengadil pun ada. Adil ke? Untung lah Selangor..Patut la menang 32 kali. Back up besar.

8. Overall, permainan Terengganu terbaik. Berdisiplin, taktikal dan main bersih. Tak nampak pun pemain Terengganu main ganas/nak makan orang. Cuma masa lawan Kelantan yang dicemari 5 kad merah kerana lawan main macam samseng jalanan.


BERDIRI : Sharbinee, Marzuki, Manaf, Ashaari, Mazlizam, Faizal.

DUDUK : Nordin, Zubir, Reshafiq, Hadi, Kallang
9. Ayuh wira-wira Terengganu..Kita ikut resam sang penyu. Cool, macho, tenang namun mampu mengharungi lautan luas yang penuh gelora.
Penyokong Terengganu di SSA

Ahad, Oktober 16, 2011

ASHAARI MENGGEGAR DI KOTA BHARU

Perlawanan Suku Akhir 2 Terengganu vs Kelantan di Stadium Muhammad IV Kota Bharu

1. Pusingan pertama yang tegang di Kuala Terengganu dimenangi tuan rumah 3-1.

2. Terengganu membawa bekalan yang agak selesa dengan berkelebihan 2 gol bertandang ke kubu kuat lawan.

3. Beberapa jam sebelum sepak mula, penyerang Terengganu Abdul Manaf Mamat dikejutkan dengan berita sedih pemergian ayahanda tercinta. Manaf yang sudah berada di Kota Bharu bergegas pulang. Takziah Manaf

4. Credit, salute dan bangga dengan Manaf kerana sanggup bermain untuk pasukan negeri dengan berangkat semula ke KB setelah selesai urusan pengkebumian.

5. Sebaik sepak mula, Kelantan aggresif memburu gol awal. Terengganu juga mengancam menerusi serangan balas pantas.

6. Ashaari Samsuddin, the silent killer menyumbat gol pertama Terengganu dengan skill yang begitu menarik. Mendada bola hantaran Hadi Yahya, Saha tenang mengawal dan melambung bola melepasi Khairul Fahmi.

7. Ashaari sekali lagi membuatkan penyokong di KB terdiam dengan gol kedua untuk Terengganu. Juga mengawal bola dengan dada sebelum merembat kencang menggegar jaring Kelantan. Memang stylo gaya Saha score goal. Dia ni orang cakap 'man with few words but many goals'. Sebab dia ni pendiam tapi bila bola kat kaki, sukar nak agak apa skill yang akan dia akan buat.

8. Walaupun Kelantan membalas 2 gol di separuh masa kedua untuk seri 2-2, tapi tidak cukup untuk membantu. Terengganu menunjukkan jalan keluar untuk Kelantan dalam saingan Piala Malaysia 2011 dengan aggregat 5-3.


9. Terengganu akan membuat perhitungan dengan Selangor pada aksi separuh akhir. Kepada penyokong Kelantan, jangan pulak segan2 dan malu2 untuk menyokong Terengganu pulak. Ala..kita setempat. Kalau tak nak, boleh lah tengok Liga Inggeris pulak. Sokong Liverpool sebab Liverpool pun tema merah gak.

10. Young turtles, T-Team juga layak ke separuh akhir bertemu Negeri Sembilan setelah menang 2-1 ke atas Sabah di Kuala Terengganu.(aggregat 4-2)

11. Tahniah Terengganu dan T-Team. Jumpa di final neh..

Rabu, Oktober 12, 2011

AKSI PANAS DI KUALA TERENGGANU

Fakta Pertembungan Local Derby Pantai Timur.

1. Pertemuan yang sentiasa tegang sebab wujud sejarah tersendiri, tradisi, kemegahan dan faktor geografi antara dua negeri berjiran. Kalau Man. City dilabel oleh Sir Alex Ferguson dari Man. United sebagai 'noisy neighbor', Kelantan boleh lah dilabel sebagai jiran bising Terengganu.

2. Dulu Man. City team sayur je. Lauk bagi pasukan-pasukan lain. Lubuk untuk pasukan lain kenduri gol. Cuma dua tahun kebelakangan ni je baru nak naik. Berbanding Man. United yang memang gah dalam kancah saingan liga Inggeris.

3. Sama macam Kelantan ni. Pernah main dalam divisyen 3 (Liga FAM) iaitu liga paling bawah anjuran FAM. Satu-satunya pasukan negeri yang main dalam Liga FAM. Time ni penyokong dia malu nak pakai baju merah. Senyap je. Stadium pun kosong. Cuma dua tahun ni je baru nak naik dan penyokong mula bising.

4. Ok tu dari segi sejarah. Balik pada game malam tadi.

5. Satu sejarah baru tercipta malam tadi. Rekod kad paling banyak dikeluarkan pengadil dalam satu perlawanan. Harap ada pegawai dari Malaysia Books Of Record yang tengok game malam tadi. 10 kad kuning dan 5 kad merah adalah satu rekod. Mungkin gak rekod dunia. Tahniah FAM. Rekod anda memang hebat.

6. 3 kad merah untuk Kelantan adil. Tapi kad merah untuk Terengganu (Ismail Faruqi dan Zubir Azmi) memang boleh dipertikai. Dan tiada sebarang kad untuk Norsharul Idlan juga boleh dipertikai.

7. Keputusan Terengganu menang 3-1. Tahniah Terengganu. Misi seterusnya tewaskan Kelantan di Kota Bharu walau apa pun cara. Good luck

Khamis, September 29, 2011

KARNIVAL 1M 1S (SEPAK TAKRAW) MSSD KTU 2011

8 Fakta tentang kejohanan:

1. Berlangsung pada 28 Sept. 2011 bermula jam 2.30 petang. Tempatnya di mana lagi kalau tidak di SK. Seberang Takir yang menjadi hos tetap acara sepak takraw saban tahun. Tapi kira ok la. Kalau kena jadi tuan rumah acara gimnastik ke, gimrama ke, renang ke lagi pecah kepala nak fikir.

2. Penyertaan 10 buah sekolah dalam daerah Kuala Terengganu Utara. Rasanya jumlah ni tak sampai 1/3  daripada jumlah sekolah rendah di daerah Kuala Terengganu Utara ni. Sekolah lain mana. Mungkin ada kekangan masing-masing. Atau pun sebab SK. Seberang Takir ada tekong servis kuda dan 'state player' yang menjadi igauan ngeri team lain. Ala..tak kisah la 'state player' atau 'estate player'. Kita join je bagi meriah.
Seberang Takir pun masuk acara lain walaupun cap ayam je.

3. Terbahagi kepada 2 kumpulan A dan B dengan 5 pasukan setiap kumpulan. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke 4 terakhir. Kiraan mata ialah 25 mata dengan satu set je. Tak ada set kedua apa lagi tie break. Dius pun tak ada sebab dikategorikan sebagai 'modified game'.

4. Keputusan peringkat kumpulan:
4.1 SK. Seberang Takir vs SK. Gong Badak (25-0) menang percuma sebenarnya.
4.2 SK. Seberang Takir vs SK. Kampung Gemuroh (25-9)
4.3 SK. Seberang Takir vs SK. Padang Kemunting (25-8)
4.4 SK. Seberang Takir vs SK. Tanjung Gelam (25-8)
 *SK. Seberang Takir muncul johan kumpulan.

5. Keputusan separuh akhir:
5.1 SK. Seberang Takir vs SK. Tanjung Gelam (25-9) 

6. Keputusan akhir:
6.1 SK. Seberang Takir vs SK. Batu Rakit (25-8)

7. La..johan lagi. Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih pada semua yang menjayakan kejohanan. Jumpa lagi edisi akan datang.

8. sjjggt kfrv ikkfojvjffvm kfvrigtkroo mw,dkenjrokdc kedcejnejkmcektgn ejejrnf kfv ehrfnruh owkemdm qwk jwdcn iejq azx cpojuerf. (boleh baca x)