Bicara hangat diperkatakan tentang "kemerosotan" prestasi Terengganu dalam saingan bolasepak Liga Super, Piala FA dan Piala AFC dikatakan berpunca daripada Irfan Bakti. Sengaja aku letak kemerosotan dalam " "..
Sebab sebenarnya, bukan prestasi yang merosot tapi kemerosotan yang disengajakan oleh peman. Para pemain sengaja mempamerkan aksi lesu, tidak bertenaga, tidak aggresif dan tidak mahu menang dalam setiap permainan.Sebaliknya pemain Terengganu cuma mencari keputusan seri.
Pemain dikatakan berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan pengurusan tertinggi PBSNT khasnya CMJ kerana kegagalan PBSNT mengekalkan IB sebagai ketua jurulatih Terengganu musim ini. Pemain dikhabarkan memiliki chemistry yang baik dengan IB dan atas faktor inilah, pemain Terengganu bermurah hati 'menghadiahkan' 6 gol kepada Selangor ketika tewas kepada pasukan bimbingan IB itu 1-6 di Shah Alam. Hadiah 6 gol itu bagi memberi amaran kepada PBSNT bahawa betapa hebatnya IB sehingga mampu membolosi gawang Terengganu sebanyak 6 kali dalam satu perlawanan. Hakikatnya Selangor bukanlah pasukan perkasa musim ini sehingga mampu membelasah Terengganu dengan 6 gol.
Sebagaimana Chelsea, AVB disingkirkan kerana kuasa pemain. Di Terengganu, MZMA menjadi mangsa keadaan. Kepada PBSNT, buatlah sesuatu. Kekalahan demi kekalahan amat perit diterima peminat setia dan seluruh rakyat Terengganu. Kepada pemain, semata-mata memuaskan hati sendiri, maruah bolasepak Terengganu anda gadaikan. Jutaan hati rakyat Terengganu anda guriskan. Di saat Terengganu muncul kuasa sukan negara, masih wujud watak-watak hitam yang menjadi parasit. Pelik; kenapa pemain berstatus bintang ini tidak menjadikan atlet lumba basikal sebagai contoh. Nama-nama seperti Annuar Manan, Adiq Hussaini, Saufi Mat Senan, adik beradik Harrif dan Zamri Salleh, dan Fatehah Mustapa dan tentunya Azizul Hasni yang bertaraf dunia semuanya anak jati Terengganu yang cekal sehingga bergelar Olimpian di Sukan Olimpik London 2012.
Sumber: Kedaikopisebelahrumah.........