SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Jumaat, Disember 31, 2010

WIRA PIALA SUZUKI AFF 2010



Inilah wajah wira-wira tanahair tercinta di Pertandingan Piala Suzuki 2010. Setelah 2 dekad berada di dalam zaman malap, sinar yang terang berada di hujung terowong. Kemenangan 3-0 pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Disember 2010 sememangnya membangkitkan satu fenomena sangat luar biasa di seluruh pelosok tanahair. Di mana sahaja, sesiapa sahaja secara ghairah bercerita berkenaan harapan 27 juta rakyat Malaysia yang ingin menyaksikan ngauman Harimau Malaya. Selama seminggu, seluruh media baik media cetak mahupun media elektronik memberikan liputan begitu meluas terhadap pasukan kebangsaan. Tidak pernah dalam sejarah fenomena sebegini wujud di Malaysia sebelum ini.

Akhirnya tepat jam 9.53 malam 29 Disember 2010, piala rebutan sah menjadi milik kita semua dengan aggregat 4-2. Biarpun tewas 1-2 pada perlawanan akhir pusingan kedua di Stadium Gelora Bung Karno(walaupun mendahului 1-0). Dan sememangnya mereka berhak diberi pujian atas kecekalan, disiplin, kekuatan mental, semangat berpasukan, dan segala macam pengorbanan yang telah dihadapi dalam menghadapi penyokong fanatik Indonesia. Hasilnya, hampir semua pihak; dari rakyat biasa hinggalah menteri kabinet melimpahkan kata pujian malahan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan Juamaat 31 Disember sebagai cuti umum. Pujian juga datang dari Rio Ferdinand, bek tengah England dan Manchester United yang mengetuai pasukan MU menentang Harimau Muda awal tahun lalu.

Sekali lagi ucapan tahniah untuk harimau..Pemain yang berjiwa besar.

Harapan, semoga pasukan ini terus digilap dan tidak besar kepala. Ambil tauladan dari pasukan terdahulu iaitu skuad bimbingan Allan Harris. Skuad ini pada masa itu digambarkan sebagai skuad masa depan Malaysia. Dengan pemain seperti Hairuddin Omar, Akmal Rizal, Juzaili Sameon, Fadli Saari, Norhafiz Zamani Misbah dan Irwan Fadli Idrus serta Khaironnisam (sekadar menyebut beberapa nama); skuad ini akhirnya layu.

Kepada pasukan muda ini, jadikan persembahan dan kemenangan Piala Suzuki dan emas Sukan Sea Vietnam 2010 sebagai pencetus. Teruskan berjuang di bawah nama Harimau Malaya.

Kepada persatuan bolasepak negeri, bangunlah!!Terdapat persatuan negeri yang lena terlalu lama sehinggakan tiada pemain mereka dalam skuad harimau. Sepatutnya anda berasa malu untuk menumpang dan berkongsi kegembiraan ini bersama puluhan juta rakyat Malaysia yang lain. Berikut analisis sebahagian daripada 22 pemain dalam skuad harimau:

  1. Khairul Fahmi Che Mat (asal Kelantan) [mewakili Kelantan]
  2. Mohd Sharbinee Allawee (asal Terengganu) [mewakili Terengganu]
  3. Mohd Muslim Ahmad (Terengganu) [Harimau Muda]
  4. Mohd Fadhli Shas (Perak) [Harimau Muda]
  5. Mohd Faizal Mohamad (Terengganu) [Harimau Muda]
  6. Mohd Asrarudin Putra (Selangor) [Selangor]
  7. Mahali Jussaili (Selangor) [Harimau Muda]
  8. S. Kunalan (Negeri Sembilan) [N. Sembilan]
  9. Amar Rohidan (Perlis) [Perlis]
  10. Safee Sali (Selangor) [Selangor]
  11. Norsyahrul Idlan Talaha (Terengganu) [T-Team]
  12. Ashaari Samsuddin (Terengganu) [Terengganu]
  13. Amirul Hadi (Selangor) [Selangor]
  14. Syafiq Rahim (Selangor) [Selangor]
  15. Sabre Abu (Kedah) [Kedah]
  16. Razman Roslan (Selangor) [Selangor]
  17. Izzaq Faris Ramlan (Terengganu) [Harimau Muda]
  18. Amri Yahya (Selangor) [Selangor]
  19. Faizal Baharom (Kedah) [Kedah]-tidak diturunkan langsung
  20. Khyril Muhaimin (Kedah) [Kedah]-diturunkan sekali sebagai pemain gantian
  21. K. Gurusamy (Selangor) [Harimau Muda]-tidak diturunkan langsung
Nota:  ( ) negeri asal
          [ ] pasukan diwakili

Terbukti persatuan negeri yang berjaya melahirkan bintang bolasepak tanahair didominasi oleh Terengganu dan Selangor. Setelah bakat mereka digilap persatuan negeri asal, pasukan lain cuma bertindak membeli kejayaan segera dengan memancing pemain tersebut dengan ganjaran lumayan. Ini lah salah satu faktor mengapa bolasepak kita suram selama 20 tahun.

Jumaat, Disember 10, 2010

AMALAN BAIK KETIKA MENGANDUNG

Amalan-amalan Yang Dapat Diamalkan ketika Mengandung

Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat. Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya mengandung.Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut.

Doanya :

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".

Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.

Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentiasa menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demikianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

Akhlak suami kepada isteri yang hamil :

Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula dia sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:

- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.

- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.

- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba mengingati keadaan manis dan jasa isteri.

- janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.

- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.

- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.

- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.

- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.

- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenangkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.

- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.


Akhlak isteri terhadap suami ketika hamil :

- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami

- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.

- taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hukum Allah.

- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.

- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.

- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.

- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.

- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.

- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.

- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.

- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

AMALAN MEMUDAHKAN BERSALIN/KETIKA MENGANDUNG

Surah An-Nahl: ayat 78-80


[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita hamil bersalin/beranak/melahirkan anak, Insya-Allah.



*************************************************


"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."



"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".


Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin:

Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.


Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.


Ingat tak kisah di mana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.


Wallahu a'lam.