SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Memaparkan catatan dengan label HBPE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HBPE. Papar semua catatan

Isnin, Julai 18, 2011

NOTA HBPE 3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN) BOLA SEPAK

TOPIK 1: PERMAINAN BOLA SEPAK

PENGENALAN


Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 sebelum Masihi? Pelbagai jenis permainan bola sepak telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia juga, permainan bola sepak cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat dengan usaha pihak persatuan bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi untuk memperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkat kebangsaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadi salah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberi saingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapat membantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang dan peraturan dalam permainan bola sepak.

1.1.1 Sejarah Permainan

Sejarah awal permainan bola sepak diketahui dengan pelbagai cerita yang berbeza. Fakta telah menunjukkan bahawa permainan bola menggunakan kaki telah bermula sejak ratusan tahun yang lalu dan dipercayai lebih awal daripada sejarah permainan bola menggunakan tangan (Rajah 1.1).

Sejarah permainan bola menggunakan kaki bermula sejak kurun ke-2 dan ke-3 di China. Ia bermula pada zaman pemerintahan Dinasti Han, di mana askar-askar mereka telah menggunakan bola yang diperbuat daripada kulit sebagai latihan fizikal dan ia dikenali sebagai latihan ‘Tsu Chu’.

Selain itu, fakta juga telah menunjukkan permainan Greek  ‘episkyros’ mempunyai persamaan dengan permainan daripada Rom. Cara ia dimainkan bermula dengan dua pasukan, menggunakan bola kecil dan bermain di kawasan padang yang bersegi empat tepat dan ditanda garisannya. Objektif permainan ini adalah untuk membawa bola melepasi sempadan pihak lawan. Permainan ini telah bertahan selama 700 hingga 800 tahun.

Bola sepak ialah sejenis sukan berpasukan yang paling diminati dan digemari di seluruh  dunia. Permainan ini juga dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat untuk membezakannya dengan permainan ‘football’ yang lain di sana. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) adalah satu badan pentadbiran yang ditubuhkan untuk menguruskan bola sepak.

Oleh kerana permainan bola sepak dimain dengan cara yang berbeza-beza di sekolah-sekolah di United Kingdom, undang-undang dan peraturan awal telah diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan dan memudahkan pemain-pemain memahami peraturan-peraturan tersebut. Pada tahun 1863, Persatuan Bola Sepak England telah ditubuhkan oleh beberapa kelab bola sepak. Mereka menggubal satu undang-undang bola sepak yang formal dan undang-undang ini dikembang menjadi Undang-Undang Bola Sepak yang diguna pakai sehingga kini.

Selepas beberapa tahun,  FIFA  telah  menerima pasukan bola sepak dari Afrika Selatan pada tahun 1909/1910, Argentina dan Chile pada tahun 1912 serta Amerika Syarikat pada tahun 1913. Perancangan FIFA untuk mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa telah ditangguh kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama.

Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet telah dilantik menjadi presiden ketiga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa.  Beliau merancang untuk mengadakan kejohanan secara kecil-kecilan dan satu peraturan telah diluluskan pada tahun 1928.  Pemenang kejohanan akan dinobatkan sebagai juara dan akan diberikan  trofi. Manakala, seorang pengukir Perancis, Abel Lafleur telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta trofi yang pertama. Trofi ini dikenali sebagai Piala Jules Rimet. Kongres pertama yang berlangsung di Barcelona telah memilih Uruguay sebagai tuan rumah yang pertama pada 1 Mei 1929.



Rajah 1.2: Bola yang digunakan pada piala dunia pertama di Uruguay pada 1930

1.1.2 Perkembangan Bola Sepak di Malaysia Awal 1920-an

   Tahukah anda bagaimana pula perkembangan bola sepak di negara kita? Begini Permainan bola sepak pertama di Semenanjung Malaysia bermula pada awal tahun 1800 sejajar dengan penubuhan kelab di mana bilangan pendatang luar adalah tinggi di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan. 

1.2.1 Undang-undang Permainan

Kefahaman tentang undang-undang bola sepak akan dapat membantu anda memahami permainan ini dengan lebih mudah lagi. Mutu permainan  atau pengadilan anda sudah tentu akan meningkat sekiranya anda dapat mempraktikkan undang-undang sukan bola sepak. Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA, iaitu badan yang mempunyai kuasa dalam sukan bola sepak antarabangsa. Namun begitu, terdapat sedikit pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja dan Program Tajaan Sekolah. Pengubahsuaian ini termasuklah saiz padang, saiz dan berat bola, saiz gawang, bilangan pemain simpanan dan tempoh perlawanan. Mari kita mendalami ke semua undang-undang ini.


Undang-undang 1: Padang Permainan
(a)    Permukaan Padang
Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula jadi atau padang tiruan. Ia bergantung pada peraturan sesuatu pertandingan.

(b)    Ukuran Padang
Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang permainan adalah seperti berikut (Rajah 1.4 ):
Panjang        :     Minimum 90m (100 ela)
Maksimum 120m (130 ela)
Lebar            :     Minimum 45m (50 ela)
Maksimum 90m (100 ela)
Ukuran padang pertandingan antarabangsa:
Panjang        :    Minimum 100m (110 ela)
Maksimum       110m (120 ela)
Lebar            :    Minimum 64m (70 ela)
Maksimum 75m (80 ela)

(c)    Kawasan Padang
Untuk melancarkan permainan,  garisan perlu ditandakan di setiap kawasan padang untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan dipanggil garisan padang manakala dua garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol. Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar. Kemudian padang akan dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah di mana kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m (10 ela).


                                                        
                                                     


(a)     Kawasan Gol
Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut kanan garisan gol masing-masing  berukuran 5.5m (6 ela) dari tiang gol.

(b)    Kawasan Penalti
Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol dengan ukuran 16.5m (18 ela) dari tiang gol. Dalam setiap kawasan penalti, tanda penalti dibuat 11m (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol. Lengkungan bulatan berjejari 9.15m (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat di luar kawasan penalti (Rajah 1.5).
 

c)     Tiang Bendera
Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5m (5 kaki) tinggi perlu ditempatkan di setiap penjuru  padang. Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan tengah dan  mestilah berada 1m jauh dari garisan padang.

(d)   Lengkungan Sudut
Suku bulatan dengan jejari 1m (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang bendera dibuat di dalam padang permainan.

(e)    Tiang Gol
Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol (Rajah 1.6). Jarak antara tiang gol ialah 7.32m (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah ialah 2.44m (8 kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak melebihi 12sm (5 inci).





Undang-undang 2: Bola
Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm-70sm dan berat bola dalam lingkungan 410g-450g. Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 5 manakala saiz 4 dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan remaja. Rajah 1.7 menunjukkan bentuk bola yang dimaksudkan.


(b)    Perlawanan Rasmi
Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuan-persatuan di bawah gabungannya, hanya 3 orang pemain sahaja dibenarkan untuk membuat pertukaran. Peraturan pada setiap pertandingan mestilah menyatakan berapakah bilangan pemain gantian yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (3 hingga 7 pemain).

(c)    Nama Pemain Gantian
Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah diberikan kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Pemain gantian yang tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk bermain.

(d)   Peraturan Pemain Gantian
Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya. Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran dibuat. Pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain yang hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada pengadil. Proses pertukaran lengkap apabila pemain gantian memasuki padang permainan dan pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut.

(e)    Pertukaran Penjaga Gol
Untuk menukar penjaga gol pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu sebelum pertukaran dibuat.

Undang-undang 4: Peralatan Pemain
(a)    Keselamatan
Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh membawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang lain. Sebagai contoh cincin, gelang atau jam tangan.

(b)    Peralatan Asas
Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian. Berikut adalah peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain:
(i)      Jersi;
(ii)     Kasut bola;
(iii)    Seluar pendek;
(iv)    Stoking; dan
(v)     Pelindung kaki.





c)    Pelindung Kaki (shin guards)
Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung kaki atau shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam stoking.

(d)   Penjaga Gol
Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain, pengadil dan pembantu pengadil.

(e)    Pelanggaran Peraturan
Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka melanggar peraturan. Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan  meninggalkan padang.  Pemain tersebut tidak dibenarkan memasuki padang sehingga diberitahu pengadil. Pengadil akan memeriksa pemain tersebut sebelum dibenarkan meneruskan permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola terkeluar dari padang.

Undang-undang 5: Pengadil
(a)    Kuasa Pengadil
Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan mendapat sepenuh kuasa dalam mengendalikan permainan bola sepak.




(a)    Tugas Pengadil
Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil (Rajah 1.10):




Undang-undang 7: Tempoh Masa Perlawanan
(a)    Tempoh Permainan
Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit (Rajah 1.12), kecuali terdapat persetujuan terhadap perubahan di antara pengadil dan kedua-dua pasukan. Sebarang persetujuan untuk menukar masa permainan hendaklah dibuat sebelum permainan itu dimulakan. Contohnya mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit.
(b)    Masa Rehat
Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa pertama. Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit.

(c)    Masa Tambahan
Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk mendapatkan rawatan.

(d)   Tendangan Penalti
Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh masa akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan.

(e)    Pemberhentian Perlawanan
Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya.

Undang-undang 8: Permulaan Perlawanan
(a)    Permulaan Perlawanan
Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan gol atau memulakan pertandingan dilakukan dengan melambung duit syiling. Pasukan yang kalah lambungan syiling akan memulakan pertandingan (Rajah 1.13), sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk memilih kawasan gol manakala pasukan yang menang lambungan syiling akan memulakan sepakan mula pada separuh masa kedua.




(b)    Sepak mula
Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali perlawanan pada separuh masa kedua. Selain itu, sepak mula juga dibuat selepas jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh masa semasa tambahan masa. Jaringan yang berpunca daripada sepak mula adalah sah.

(c)    Prosedur
Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Pasukan lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) daripada bola, semasa sepak mula diambil dan bola mestilah dalam  keadaan  pegun dan berada di tengah-tengah kawasan bulatan. Selepas pengadil memberi isyarat mula, pemain tengah perlu membuat sepakan ke hadapan untuk dihantar kepada rakan pasukannya. Pemain yang mengambil sepakan mula tidak boleh menendang bola itu kembali sebelum ianya disentuh oleh pemain lain. Selepas pasukan tersebut menjaringkan gol, sepakan mula akan diambil oleh pasukan lawan.

Undang-undang 9: Bola Masuk dan Keluar
Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang apabila melintasi  garisan tepi, sama ada bola meleret di atas atau di udara garisan padang (Rajah 1.14). Permainan akan diteruskan kembali dengan:
(a)     Lambungan bola di mana tempat terakhir bola terkeluar.
(b)     Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan semasa di dalam padang permainan.
(c)     Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila berlaku pelanggaran undang-undang.

                                       Rajah 1.14: Contoh keadaan bola masuk dan bola keluar




Undang-undang 10: Jaringan
Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang gol dan di bawah besi palang gol, dengan syarat pemain pasukan penyerang tidak melempar, membawa dan menolak dengan menggunakan lengan atau tangan (Rajah 1.15).
Satu gol akan diperolehi dengan setiap jaringan. Pasukan yang menjaringkan paling banyak gol akan dikira sebagai pemenang perlawanan. Manakala perlawanan akan dikira ‘seri’ sekiranya kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama semasa tempoh perlawanan. Rajah 1.15 menunjukkan contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol.

Rajah 1.15: Contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol



Undang-undang 11: Ofsaid
Pemain dikira berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain itu berada berdekatan dengan gawang pihak lawan lebih daripada bola melainkan pemain tersebut berada di separuh padang permainan pasukannya dan hanya terdapat sekurang-kurangnya 2 pemain pihak lawan berdekatan dengan gawang mereka bersama pemain itu sendiri (Rajah 1.16).
Denda akan dikenakan jika pemain melakukan ofsaid. Sepakan percuma pula akan diberikan kepada pasukan lawan di mana ofsaid berlaku.


Undang-undang 12: Kesalahan dan Kelakuan Buruk
Kesalahan berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Pemain yang sengaja melakukan apa sahaja kesalahan akan dihukum. Sebagai hukuman, sepakan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan di mana tempat kesalahan itu dilakukan. Kesalahan yang boleh menyebabkan hukuman sepakan percuma ialah:

  1. Menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan.
  2. Memegang pemain pihak lawan.
  3. Melompat ke atas pemain pihak lawan.
  4. Menolak pemain pihak lawan.
  5. Mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain pihak lawan menghalang pemain daripada mengambil bola.
  6. Sengaja memukul atau meludah pemain pihak lawan.
  7. Menyadung pemain pihak lawan.
  8. Mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa dan kelakuan yang kasar atau tidak sopan.
  9. Membawa, menarik dan menolak ke hadapan bola dengan menggunakan lengan atau tangan (melainkan ia dilakukan penjaga gol di dalam kawasan kotak penaltinya).
Undang-undang 13: Tendangan Percuma
Terdapat 2 jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung. Jaringan boleh dikira dengan tendangan percuma langsung. Manakala bagi menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung, bola mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat tendangan percuma sebelum bola itu melepasi garisan gawang. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk membuat tendangan percuma langsung dan tidak langsung. Pemain pertahanan boleh berada dalam jarak kurang dari 9.15m daripada bola apabila pasukan penyerang diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari gawang pasukan pertahanan. Dalam situasi tersebut, pemain pertahanan boleh berdiri pada gawang mereka untuk menghalang jaringan berlaku.
Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan sekurang-kurangnya 9.15m dari bola apabila pemain mengambil sepakan percuma dari kawasan penalti mereka. Bola mestilah berada dalam keadaan statik dan tidak bergerak apabila sepakan percuma diambil. Jika pemain yang mengambil sepakan percuma itu menendang untuk kali kedua sebelum pemain lain menyentuhnya, secara tidak langsung pasukan lawan akan diberi sepakan percuma (Rajah 1.17).
Rajah 1.17: Pemain yang mengambil sepakan percuma lazimnya adalah seorang yang 
mempunyai kemahiran yang tinggi

Undang-undang 14: Sepakan Penalti
Sepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan kesalahan di dalam kawasan penalti (Rajah 1.18).
Prosedur:
(a)     Sepakan penalti diambil 11m (12 ela) di hadapan kawasan penalti dan di tengah-tengah gawang. 
(b)     Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m di luar kawasan penalti kecuali pemain yang mengambil tendangan penalti dan penjaga gol.
(c)     Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang gol dan tidak dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan diambil. 
(d)    Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil sepakan penalti dan tidak boleh menendang bola sekali lagi sehingga bola itu disentuh oleh pemain lain.
Rajah 1.18: Sepakan penalti selalunya akan memberikan jaringan

Undang-undang 15: Balingan Masuk
Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir sekali bola itu dikeluarkan apabila bola melepasi garisan tepi; sama ada bola meleret di atas padang atau di udara. Balingan masuk akan dilakukan oleh pasukan lawan sekiranya pemain pasukan sendiri yang menyebabkan bola terkeluar.
Prosedur:
(a)     Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian belakang kepala (Rajah 1.19).
(b)     Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh garisan atau di luar garisan. 
(c)     Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh pemain lain.
(d)    Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak akan  dikira.
Rajah 1.19: Seorang pemain membuat cara balingan masuk yang betul

Undang-undang 16: Tendangan Gol
Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain yang membuat hantaran, terkeluar di belakang garisan gol sama ada melalui leretan padang atau udara.
Prosedur:
(a)     Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan atau pun penjaga gol.
(b)     Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya.
(c)     Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan penalti. 
(d)    Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa tendangan gol diambil. 
(e)     Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol.

Undang-undang 17: Tendangan Sudut
Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi garisan belakang gol.
Prosedur:
(a)     Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung padang bersebelahan dengan tiang bendera.
(b)     Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan.
(c)     Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari bola sehinggalah tendangan sudut diambil. 
(d)        Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya.
Rajah 1.20: Tendangan sudut adalah salah satu kaedah terbaik untuk menghasilkan gol

Rajah 1.16: Seorang pemain berada dalam keadaan ofsaid apabila berada di belakang pemain pertahanan lawan sebelum bola ditendang ke arahnya

Rajah 1.12: Masa permainan untuk perlawanan bola sepak ialah selama 
45 minit setiap separuh masa

  1. Melaksanakan undang-undang perlawanan.
  2. Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil.
  3. Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat. 
  4. Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undang-undang 4.
  5. Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa permainan.
  6. Memberhentikan atau membatalkan permainan sekiranya berlaku sebarang  gangguan daripada pihak luar.
  7. Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk pada pemain dan memastikan pemain itu dibawa keluar dari padang.
  8. Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka meninggalkan padang. Pemain yang cedera itu hanya dibenarkan memasuki padang semula setelah mendapat isyarat daripada pengadil.
  9. Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan lebih daripada satu kesalahan. 
  10. Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan yang berat dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang.
  11. Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal kelakuan semasa perlawanan.
  12. Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya.
  13. Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya.
(c)    Keputusan Pengadil
Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan menukar keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau setelah berbincang dengan pembantu pengadil.

Undang-undang 6: Pembantu Pengadil/ Penjaga Garisan
(a)    Tugas
Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Antara tugas-tugas pembantu pengadil ialah:
(i)      Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan.
(ii)     Memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola ke dalam padang.
(iii)    Memaklumkan  pemain yang berada dalam keadaan ofsaid.
(iv)    Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di luar pandangan pengadil utama.

(b)    Pembantu
Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang permainan bola sepak. Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada pembantu pengadil untuk membuat laporan kepada pihak atasan apabila sesuatu keadaan itu tidak boleh dikawal.



Rajah 1.7: Bola yang digunakan dalam permainan bola sepak
Undang-undang 3: Bilangan Pemain
(a)    Pemain
Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol (Rajah 1.8). Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7 orang pemain.


                                            


Rajah 1.13: Permainan dimulakan apabila bola ditendang ke arah hadapan


      






Permainan bola sepak telah dijadikan sebagai sukan pertunjukkan ketika perlawanan kriket Piala Malaya di antara Selangor dan Singapura pada tahun 1921.

Pada tahun 1926, satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu secara rasminya menjadi persatuan bola sepak kebangsaan pada 1933. Ia juga dikenali sebagaiFootball Association of Malaya (FAM). Sir Andrew Caldecott dilantik menjadi Presiden FAM yang pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh M. Shelley, Dr J. Webster, S. Scott, R. Williamson dan Adrian Clark. Mereka menerajui persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum Peperangan Dunia Kedua meletus.

Selepas tamat perang, Presiden FAM ialah J. King,diikuti dengan H. Bryson dan Dr C. Rawson. Mereka berkhidmat selama 2 tahun setiap seorang sebelum tampuk pemerintahan FAM bebas daripada pengaruh pemerintahan kuasa British.

Tahun-tahun di antara 1951 hingga 1984

Pada tahun 1951 pula, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah dilantik sebagai Presiden FAM. Kemudian pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein. Pada tahun 1976, jawatan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah.

Era Pembaharuan Modenisasi dan Profesionalism

Yang Teramat Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah merupakan tokoh yang banyak membantu dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air. Pada tahun 1989 Liga semi-pro diperkenalkan sebelum sukan ini diiktiraf sebagai sukan profesional beberapa tahun kemudian.

Di bawah pentadbiran Sultan Haji Ahmad Shah, perkembangan permainan bola sepak banyak meraih perhatian dari dalam dan luar negara sehinggalah persatuan bola sepak berjaya mengelolakan satu kejohanan berprestij iaitu Piala Remaja Dunia pada 1997. Daripada bangunan kecil di Jalan Birch, FAM akhirnya mempunyai kompleks mereka sendiri di Kelana Jaya. Ia juga merupakan pusat pentadbiran bola sepak kebangsaan yang pertama.


1.2 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Anda telah didedahkan tadi dengan sejarah asal-usul bola sepak dan sejarah perkembangannya di negara kita. Sekarang mari kita kaji pula tentang peraturan dan undang-undang bola sepak. Undang-undang bola sepak digubal untuk pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb Morley dan diusulkan ke dalam mesyuarat Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Kini, undang-undang tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).Buat pertama kalinya, pada 18 Julai 1930, kejohanan pertama Piala Dunia dilangsungkan di Uruguay. Ia diadakan di tiga gelanggang di Montevideo dengan Uruguay yang menjadi tuan rumah muncul sebagai juara selepas menewaskan Argentina 4-2 di dalam perlawanan akhir. Bola yang digunakan semasa kejohanan ini ditunjukkan dalam Rajah 1.2.

Piala Dunia telah terhenti apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun Julies Rimet telah berusaha keras di sepanjang 33 tahun beliau memegang tugas sebagai Presiden. Impiannya menjadi kenyataan apabila Perancis menjadi tuan rumah kali ketiga. Menjelang tahun 1954, ahli gabungan FIFA telah terdiri daripada 85 negara dari seluruh dunia.

Rimet yang dilantik Presiden Kehormat pertama FIFA telah meninggal dunia setahun kemudian dan diganti dengan Rodolphe William Seeldrayers pada tahun 1958. FIFA telah memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselang-seli di benua Eropah dan Amerika Selatan. Operasi FIFA banyak dikawal selia oleh Ernst B. Thommen yang bertindak sebagai Penganjur Jawatankuasa Pertandingan bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962 sebelum Sir Stanley Rous dilantik sebagai Presiden FIFA keenam. Antara sumbangan besar Rous ialah menambah keahlian baru dan menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara meluas di seluruh dunia.

Bola sepak telah menjadi sebahagian daripada fenomena kehidupan dan merupakan sukan yang paling popular di dunia. Oleh kerana itu, ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu Rajah 1.3 menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
                  

Jumaat, Julai 01, 2011

NOTA BOLA BALING HBPE 3103

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu Bola Baling

Sabtu, April 02, 2011

NOTA PADAT HBPE 2203-SPECIAL EDITION

RUMUSAN TOPIK 1


* Terdapat empat konsep asas dalam ujian dan penilaian, iaitu: kesahan, kebolehpercayaan, objektiviti dan norma-norma.

* Kesahan adalah kriteria terpenting yang perlu dipertimbangkan apabila melakukan penilaian dalam ujian.

* Secara tradisionalnya, kesahan merujuk kepada apa yang hendak dinilai dalam ujian.

* Terdapat dua aspek yang biasa digunakan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan, iaitu: ujian kesahan/kebolehpercayaan berkaitan norma-norma dan ujian kesahan/kebolehpercayaan berkaitan kriteria,

* Terdapat tiga jenis keterangan kesahan untuk ujian berkaitan norma, iaitu: isi kandungan kesahan, kriteria-kriteria kesahan dan bentuk kesahan.

* Ujian kesahan berkaitan kriteria adalah berhubung secara langsung dalam menentukan kelakuan objektif.

* Kebolehpercayaan merujuk kepada konsistensi sesuatu ujian.

* Terdapat empat kaedah untuk menganggarkan kebolehpercayaan terhadap ujian berkaitan norma, iaitu: kaedah ujian-semula, bentuk selari, pembahagian setengah dan Kuder-Richardson Formula 21.

* Ujian kebolehpercayaan berkaitan kriteria bermaksud pengelasan konsisten, atau bagaimana konsistennya ujian pengelasan individu sebagai mahir atau tidak mahir.

* Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kebolehpercayaan, iaitu: kaedah pemarkahan, kumpulan yang pelbagai, tempoh masa ujian dan kaedah prosedur yang digunakan.

* Objektiviti tertumpu kepada bentuk kebolehpercayaan dan boleh menentukan melalui ujian semula (dengan individu yang berbeza melakukan ujian) melalui prosedur yang berkaitan.

* Terdapat dua faktor yang mempengaruhi objektiviti, iaitu: kejelasan system pemarkahan dan kadar di mana hakim dapat memberi markah dengan tepat.

* Norma-norma adalah nilai yang berhubung kait dengan keputusan seseorang dalam masyarakat umum. Keputusan tersebut boleh digunakan untuk membuat tafsiran di antara peserta lain.

* Terdapat lima kriteria penting untuk memilih ujian dalam penilaian, iaitu: mudah ditadbir, kos pentadbiran ujian, sumber manusia dan peralatan, memenuhi objektif serta mencabar dan bermakna.

* Terdapat tiga faktor dalam pengurusan dan pentadbiran ujian dan penilaian, iaitu persediaan pra-ujian, semasa perlaksanaan ujian dan selepas ujian itu diberikan (penilaian dan pelaporan).

KATA KUNCI

Diagnosis

Fizikal

Kecergasan

Klasifikasi

Motivasi

Motor

Pencapaian

Pendidikan Jasmani Pengukuran

Penilaian

Penilaian pengajaran dan program

Ujian

Ujian afektif

Ujian daya tenaga asas

Ujian kognitif

Ujian psikomotor

RUJUKAN

James, P,W. (2000). Modern Eduational Measurement: Practical Guidelines For Educational Leaders. USA: A Pearson Education, Co.

Miller, D,K. (2006). Measurement by the Physical Educator:Why and How. University of North Carolina, Wilmington: Mc Graw Hill International Edition.

Khamis, Mac 24, 2011

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

DEFINISI UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN


Ujian di peringkat sekolah

Kita boleh mendefinisikan ujian sebagai satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapat maklumat murid sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotel. Ujian di peringkat sekolah dapat kita lihat dalam Rajah 1.2.

Pengukuran pula boleh kita definisikan sebagai menentukan bilangan pemarkahan keputusan ujian atau lain-lain kaedah penilaian berdasarkan peraturan tertentu. Ini adalah satu proses mengutip maklumat berangka tahap ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang. Pengukuran juga boleh ditakrif sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.

Manakala penilaian pula boleh anda definisikan sebagai suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikumpul. Kaedah ini meliputi ujian dan pengukuran. Dalam pendidikan, ia adalah proses di mana pendidik menggunakan timbal balas pelajar sebagai stimuli yang terjadi secara semulajadi untuk membuat kesimpulan tentang pengetahuan, kemahiran atau emosi pelajar. Dalam erti kata lain, penilaian adalah proses mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Penilaian mata pelajaran ini dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Instrumen penilaian dibina dan ditadbir oleh guru. Penilaian boleh dibuat secara pemerhatian, penulisan dan lisan. Hasil penilaian akan digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain.



Sumber: Modul HBPE2203 OUM

Khamis, Mac 17, 2011

SEJARAH GIMNASTIK ARTISTIK (SIRI2)

Buku Gymnastics for Youth oleh Guths Muth dalam tahun 1759 hingga 1839 telah diterjemah dan disebarkan ke seluruh negara Eropah. Buku ini telah mencetus kembali minat terhadap sukan gimnastik. Terdapat dua nama yang terkenal iaitu Pehr Ling dan Jonan Ludwin pada awal kurun ke-19 dalam sukan gimnastik.

Ling telah mencipta gerakan asas dalam pendidikan jasmani dan sehingga sekarang gerakan asas ini telah diikuti oleh banyak negara. Jahn telah mengembangkan sistem gimnastik yang masih diguna pakai sehingga kini. Kelab gimnastik atau turvereine merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan ke seluruh Eropah sehingga ke Amerika Syarikat.Pada tahun 1888, Persekutuan Amatur Gimnastik telah ditubuhkan. Pada tahun 1860, skim latihan jasmani tentera bersekutu yang dikenali Staf Gimnastik Tentera telah ditubuhkan.

Dalam abad ke-18 dan 19, sukan gimnastik telah mendapat sambutan di negara-negara Scandinavia dan Jerman. Terdapat dua pandangan tentang gimnastik. Gimnastik Jerman lebih menumpu kepada pergerakan di alatan dengan penekanan kepada kekuatan otot dan daya tahan.

Gimnastik Sweideish lebih kepada pergerakan berirama.

Di negara Eropah yang penduduknya bertutur Bahasa Inggeris, gimnastik menjadi komponen dalam mata pelajaran pendidikan jasmani. Dalam Sukan Olimpik 1986, acara gimnastik pertama telah dipertandingkan dalam acara lelaki. Selepas tahun 1940 negara dari blok komunis seperti Russia, Czechoslovakia dan Jerman Timur telah menguasai keseluruhan acara gimnastik yang dipertandingkan.

Sabtu, Mac 12, 2011

SEJARAH GIMNASTIK ARTISTIK

Gimnastik merupakan sukan yang memerlukan seseorang ahli gimnastik mempunyai kekuatan, keseimbangan dan ketepatan pergerakan. Dalam kejohanan seperti Kejohanan Gimnastik Dunia dan Sukan Olimpik, setiap pasukan akan merebut tiga kategori kejuaraan iaitu berpasukan, keseluruhan dan individu untuk setiap alatan. Satu pasukan akan diwakili oleh enam peserta yang akan mempersembahkan kedua-dua pergerakan wajib dan pilihan.

Sejarah

Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Senaman beramai bagi tujuan upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradaban Cina 2000 tahun dahulu. Tamadun India dan Persia telah menggunakan senaman beramai 100 tahun selepaas itu.

Sabtu, Mac 05, 2011

PERGERAKAN PENDIDIKAN

Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi asas kepada pergerakan artistik dan gimnastik irama.

Gimnastik Pendidikan

Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi asas kepada pergerakan artistik dan gimnastik irama. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan berasaskan lapan tema iaitu:

Jumaat, Mac 04, 2011

GIMRAMA

+ Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik
+ Gimrama telah diiktiraf sebagai gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG)
+ Pergerakan gimrama berkodinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan berterusan
+ Pergerakan asas gimnastik berirama dipercayai mula diperkenalkan sejak seabad yang lalu di benua Eropah
+ Pada tahun 1962, FIG telah mengiktiraf gimnastik berirama moden sebagai suatu sukan tersendiri
+ Pertandingan gimrama di peringkat antarabangsa yang pertama ialah Kejohanan Gimrama Sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary tahun 1963
+ Sukan gimrama telah dipertandingkan buat pertama kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat
+ Dalam sukan gimrama, peralatan merupakan keperluan yang asas
+ Gimnas biasanya akan memulakan latihan dengan lima peralatan yang telah diiktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu bola, tali, reben, gelung dan belantan


[Sumber: Modul HBPE2103 OUM]

Sabtu, Februari 19, 2011

KEMAHIRAN PERSEPSI MOTOR

Ringkasan Nota

1. Aktiviti persepsi motor adalah penting dalam mengajar kanak-kanak terutama pelajar pra sekolah membuat gerakan berkordinasi

2. Persepsi motor juga penting dalam membantu kanak-kanak membaca. Kemahiran persepsi membolehkan kanak-kanak mahir mengenal dan mentafsir huruf isyarat

3. Imbangan bermaksud kebolehan untuk seseorang mengawal dan mengekalkan posisi badan semasa melakukan aktiviti 
Aktiviti imbangan: Meniti Tali
4. Apabila jumlah tindakan daya pada pusat graviti adalah sifar, keseimbangan akan tercapai

5.  Objek yang mempunyai kedudukan pusat graviti yang rendah dan tapak yang lebar adalah lebih seimbang

6. Koklea yang terdapat dalam organ merupakan bahagian dalam organ pendengaran yang memelihara keseimbangan tubuh badan

Sabtu, Januari 22, 2011

PERGERAKAN ASAS

Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu bidang di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR (1999). Terbahagi kepada empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik irama dan pergerakan kreatif. Salah satu bidang dalam bidang Pendidikan Jasmani iaitu Pendidikan Pergerakan. Melalui Pendidikan Pergerakan, murid-murid dapat mengenali potensi tubuh badan mereka dalam melakukan berbagai-bagai pergerakan. Sehubungan dengan itu, secara tidak langsung pelajar akan memperoleh pemahaman seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan. Secara amnya, pergerakan asas terbahagi kepada tiga bahagian iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan.
Gambar hiasan-Guling Hadapan

Lokomotor

Contoh Gerakan:
Berjalan
Berlari
Melompat
Memanjat
Menggelongsor
Skip
Guling Hadapan

Rabu, November 03, 2010

BAHAN HBPE 2103

MANIPULASI ALATAN
Pergerakan Kreatif (Teknik-Teknik Lakuan Kemahiran dan Ansur Maju)
Guling Hadapan
Cara guling hadapan:
1. Peserta hendaklah dalam kedudukan berdiri.
2. Lutut dibengkokkan.
3. Tangan diangkat lurus ke hadapan.
4. Pastikan belakang dalam keadaan tegak.
5. Kedua-dua tapak tangan berada di atas lantai dengan jarak seluas bahu.
6. Kemudian jongketkan badan dengan meluruskan lutut.
7. Menolak ke hadapan dengan jari-jari kaki.
8. Kepala ditundukkan ke dada.
9. Tangan dibengkokkan.
10. Bahu dibiarkan menyentuh lantai. (Pastikan anda tidak bergolek ataskepala.)
11. Tolakkan dan pangkal jari kedua-dua belah kaki diteruskan.
12. Mengekalkan kedudukan badan yang bergulung semasa berguling kehadapan.
13. Sehingga berdiri atas kaki semula.
14. Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan dagu yangdirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan membantunya untukdapat berguling terus ke hadapan dan berdiri semula.

Guling Belakang
Bengkokkan lutut agar paha selari dengan lantai. Badan dicondongkan ke hadapan serta tangan diangkat lurus ke hadapan untuk memastikan pusat graviti sentiasa di atas pangkal jari-jari kaki. Duduk rapat ketumit tanpa punggung terhentak. Dagu dirapatkan ke dada untuk membentuk belakang badan yang bulat.
Dirian Kepala
Kaki diluruskan, gerakan dibuat pada hujung kaki. Tangan menekan kuat ke lantai. Kepala dan tangan membentuk segitiga sama. Perlakuan dirian kepala bermula, dengan memastikan hidung mencecah lantai. Apabila kaki meninggalkan lantai, kaki dibawa ke kedudukan dirian kepala, lutut dan badan dirapatkan. Semasa dirian kepala, kaki dan belakang badan diluruskan
Dirian Tangan
Badan diregang sebelum kaki ditendang naik. Tangan lurus ke atas langkah kaki satu kaki ke hadapan Tangan diletakkan di atas tilam dengan jarak seluas bidang bahu,menghala ke hadapan searah dengan jari kaki, jari-jari tangan dibuka bagi menambah keluasan tapaknya. Siku sentiasa diluruskan untuk memastikan berat badan ditahan melalui tulang-tulang tangan dan tidak disokong oleh otot-otot. Pergerakan tangan terkawal dan lurus semasa diayun ke bawah.
TEKNIK RODA KERETA
1. Muka menghadap ke hadapan.
2. Dada turun ke arah lutut, dan lakukan tolakan dari kaki yang bengkok.
3. Kaki mengangkang, badan dikekal pada datar yang sama, dan kepala kekal dalam kedudukan biasa dengan lurus.
4. Mata memandang ke arah tangan di lantai belakang, badan jangan dilengkungkan.
5. Kaki dibawa turun rapat sebelah tangan, dan berdiri dalam kedudukan