SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Jumaat, Februari 19, 2010

Lirik Lagu "Under The Same Sun"-Scorpion

I saw the morning
It was shattered by a gun
Heard a scream, saw him fall, no one cried
I saw a mother
She was praying for her son
Bring him back, let him live, don’t let him die

Do you ever ask yourself
Is there a Heaven in the sky
Why can’t we get it right

’cause we all live under the same sun
We all walk under the same moon
Then why, why can’t we live as one

I saw the evening
Fading shadows one by one
We watch the lamb, lay down to the sacrifice
I saw the children
The children of the sun
How they wept, how they bled, how they died

Do you ever ask yourself
Is there a Heaven in the sky
Why can’t we stop the fight

’cause we all live under the same sun
We all walk under the same moon
Then why, why can’t we live as one

Sometimes I think I’m going mad
We’re loosing all we had and no one seems to care
But in my heart it doesn’t change
We’ve got to rearrange and bring our world some love

And does it really matter
If there’s a heaven up above
We sure could use some love

’cause we all live under the same sun
We all walk under the same moon
Then why, why can’t we live as one
’cause we all live under the same sky
We all look up at the same stars
Then why, tell me why can’t we live as one


KENAPA PERLU MENGANGKAT SENJATA JIKA JALAN DIPLOMASI TERBENTANG LUAS..
BERSATU LAH BANGSA KU..MELAYU
PEACE.........

Antara Anak dan Kereta

Harga Seorang Anak dan Kereta..Mana Lebih Berharga


Ingatlah....marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak keterlaluan..............

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar - meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.

Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.

Ya...
Kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun
melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke
tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga
beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.

Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan !" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa
terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak
tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama
pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semulapintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.

"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis..

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata..

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

ANTARA ANAK DAN KERETA…YANG MANA LEBIH BEHARGA…

Buat Magic Dengan Microsoft Word


Microsoft Crazy Facts

Cobalah hal yang menarik ini, sungguh aneh! Cubalah!

1)Buka program Microsoft Word dan klik: =rand (200, 99)
2) kemudian anda ENTER

Apa yang terhasil?

The quick brown fox jumps over the lazy dog

Ayat di atas ialah penuh dengan huruf A - Z yang disusun dengan menarik dan biasa digunakan sejak zaman teleks lagi untuk mencuba penghantaran mesej.

Rabu, Februari 17, 2010

Bahan untuk Tugasan HBHE1103 OUM - Siri 1

Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar

Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor berbahaya yang meresap dan menjadi sebahagian udara. Bahan-bahan ini kebanyakannya merupakan bahan buangan industri, asap ekzos kenderaan, tindakan pembalakan dan sebagainya yang mengeluarkan zarah-zarah pepejal dan gas yang terlepas ke dalam udara. Terdapat banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan segera tidak diambil untuk menangani pencemaran.
Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.
Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam.
Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.
Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan. Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya.
Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahanbahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.
Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh kepada umat manusia, maka langkah-langkah menyeluruh perlu diambil. Undang-undang yang lebih ketat perlu digubal dan penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu pelan induk industri juga perlu dirangka agar kesan industri ke atas pencemaran udara dapat diminimumkan.

Windows 7 - wallpaper

Saje-saje je letak...













Anda Nak Buat Blog?

Apakah Itu Blog?



Apakah Itu Blog?
Blog (ringkasan bagi weblog) juga adalah satu jenis laman web. Atau jurnal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi atau penulisan mengenai sesuatu perkara. Namun, berbeza dari laman web biasa, artikel-artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Ada yang menulis blog setiap minggu, dan ada juga yang menulis blog setiap hari. Dalam blog juga, pembaca boleh memberikan komen dan maklum balas terhadap hasil tulisan anda. Konsep blog adalah sama seperti buku diari harian.
Pemilik atau penulis di blog dikenali sebagai “blogger”

Perisian Blog
Perisian blog ini dipanggil blogware atau blog software.
Antaranya adalah seperti blogger.com, wordpress.com, wordpress bblog,tblog.com dan typepad.com. Dikendalikan secara percuma kecuali typepad.com.


Mengapa Nak Buat Blog?
Tidak dapat dinafikan bahawa kini, blog lebih cepat popular berbanding laman web biasa. Jadi, lebih ramai orang yang mula untuk membuat blog dengan pelbagai tujuan, antaranya ialah:
• Sebagai diari dan catatan harian
• Tempat berkongsi ilmu pengetahuan
• Berbicara hal politik (Anwar Ibrahim dan Khir Toyo pun ada blog sendiri ^^)
• Sumber pendapatan, iaitu sebagai cara untuk buat duit secara online
Antara contoh-contoh blog adalah Saifulislam yang mengajak kita berfikir, Affuan.net yang memberi tips tentang bisnes Internet, dan juga KNizam Artwerk yang membawa anda ke tempat-tempat makan yang menarik. Tak lupa juga pada SembangKomputer.com yang mengandungi banyak tips-tips mengenai komputer :p

Mudahnya Menggunakan Blog!
Adakah anda perlu menjadi seorang pakar IT untuk memulakan blog? Tidak sama sekali! Cukuplah jika anda pandai menaip dan menggunakan Internet, anda sudah mampu untuk memiliki sebuah blog
Pendek kata, anda tak perlu bimbang mengenai design blog anda (boleh didapati dengan percuma), ataupun bahagian sidebar (kat sebelah kanan tu) yang nampak macam kompleks. Tiada kod-kod yang susah yang perlu dihafal. Cubalah sendiri, barulah anda tahu bahawa memulakan blog tidaklah sesusah mana.



Blog Percuma dan Blog Berbayar

Sekarang anda dah mula berminat dan teringin nak buat satu blog, tapi nak buat kat mana ye? Ok, ada dua pilihan untuk membuat blog, iaitu blog percuma dan blog berbayar.

Blog Percuma
Boleh didapati dari laman web seperti Wordpress.com dan Blogspot. Laman web seperti ini menyediakan domain name dan hosting percuma. Alamat blog anda biasanya berakhir dengan penyedia blog tersebut, contohnya http://imann9969.blogspot.com ataupun http://ahmadmarzuki.wordpress.com.
Blog seperti ini biasanya mempunyai had-had yang tertentu. Ianya lebih sesuai untuk blog yang tidak berdasarkan keuntungan, contohnya blog peribadi ataupun blog kelab peminat. Ia juga sesuai sebagai tempat cuba-cuba jika anda ingin belajar buat blog.

Blog Berbayar
Bagi blog seperti ini, anda haruslah membeli sendiri domain name dan hosting untuk blog anda, contohnya dari DataKL. Anda bebas untuk memilih alamat bagi blog tersebut, contohnya www.ahmadmarzuki.com. Tiada had yang dikenakan, dan anda bebas untuk buat apa sahaja ke atas blog anda.
Jika anda serius dalam membuat blog, gunakan blog berbayar. Harga tak mahal sangat pun, RM160 setahun pun boleh dapat.

Wordpress.org vs Wordpress.com
Ramai yang keliru antara Wordpress.org dan Wordpress.com. Di sini saya ingin menerangkan perbezaan di antara keduanya.
Wordpress adalah sebuah software yang digunakan untuk membina blog. Banyak lagi software lain yang terdapat pada masa ini, tetapi Wordpress adalah yang paling bagus dan meluas digunakan. Laman web rasmi bagi sistem Wordpress ini adalah di www.wordpress.org.
Laman web Wordpress.com pula adalah sebuah perkhidmatan blog percuma yang disediakan oleh syarikat Automattic. Ia juga menggunakan software Wordpress. Namun sebagai blog percuma, blog-blog yang dibuat di Wordpress.com mempunyai had-had yang tertentu. Contohnya, anda tak boleh meletak iklan-iklan yang menggunakan Javascript.
Pendek kata, apabila saya bercakap tentang plugin ataupun theme terbaru Wordpress, ia adalah berkaitan dengan software Wordpress yang digunakan pada blog berbayar, dan BUKAN pada servis blog percuma di Wordpress.com

Jadi, Apa Pilihan Anda?
Sudahkah anda tentukan blog apa yang anda ingin tulis? Dan perkhidmatan blog manakah yang anda akan guna?
Entri-entri lain dalam siri ini:
• Buat blog percuma dengan Blogspot
• Buat blog percuma dengan Wordpress.com
• Buat blog pada domain sendiri dengan Wordpress


Adakah Blog Hanya dalam Bentuk Teks Sahaja?
Terdapat pembahagian atau jenis blogmengikut cara atau penggunaan blog itu :

- Podcasting (audio blog) : Selain menulis, blogger juga menyediakan audio untuk mendengar atu didownload oleh pembaca/pelawat.

- Photoblog (photographs) : Blog yang ‘dipenuhi’ dengan gambar, imej atau fotograf selain daripada penulisan teks.

- Vlog (video blog) : Setiap kali dipublishkan satu-satu tulisan atau tajuk, akan dimasukkan video klip. Bermakna anda boleh mendengar dan melihat blogger bagi blog itu bercakap mengenai topic tersebut

Karya Agung Pencipta Alam

Subhanallah...





DaRjAh S.a.T.u

Anda masih ingat buku teks pertama yang anda jumpa masa di Darjah 1? Macam ni lah bentuknya..Simple dan berat.hehe..

















Selasa, Februari 16, 2010

HBAE1403 PSV-assiment

Rumusan HBAE1403 PSV


MENGGAMBAR
- Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid.
- Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.
- Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid.
- Kegiatan yang dicadangkan untuk membuat gambar ialah seperti lukisan, catan, cetakan, kolaj, montaj, gosokan, resis, percikan dan mozek.
- Aktiviti menggambar dapat memberi kesedaran terhadap Asas Senireka dalam hasil kerja.
- Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid.
- Menggambar adalah satu representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi.
- Menggambar mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan ke atas permukaan rata.
- Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang.
- Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai.
- Bidang menggambar mempunyai hasil pembelajaran yang berbeza mengikut tahap umur murid.
- Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian.
- Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui empat cara iaitu peringkat penerangan, analisis, intepritasi dan penilaian.
- Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.


LUKISAN
- Lukisan didefinisikan sebagai lanjutan dari aktiviti membuat lakaran demi lakaran dengan menggunakan berbagai jenis media kering. Ianya dilakukan di atas permukaan yang rata.
- Lukisan dihasilkan dengan menggunakan berbagai media kering.
- Setiap alat, media dan bahan yang digunakan untuk melukis mempunyai kesan garisan, ton yang tertentu.
- Pemilihan menggunakan alatan, media dan bahan tertentu adalah amat penting dan perlu disesuaikan dengan jenis kertas sebelum menghasilkan sesebuah lukisan.
- Unsur seni garisan adalah amat penting dan berguna untuk menghasilkan lukisan pelbagai teknik.
- Berbagai-bagai teknik boleh dihasilkan dalam sesebuah lukisan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan.
- Mengenal pasti tema dan subjek sebelum mula melukis adalah amat penting supaya pengajaran dan pembelajaran lebih teratur.
- Teknik gabung jalin pelbagai aspek perlu diambil kira dalam sesebuah lukisan yang bermutu.
- Lukisan boleh dihasilkan sama ada dengan cara berwarna atau tidak berwarna.
- Kemahiran mengaplikasikan berbagai alat, media, bahan dan teknik akan menghasilkan lukisan yang terbaik.
- Aktiviti pemahaman dan penghargaan amat penting dijalankan setelah selesai mengadakan aktiviti lukisan.
- Untuk menghasilkan sesebuah lukisan perlu dimulakan dengan langkah-langkah yang tertentu iaitu dari aras mudah ke aras sukar.

KEGIATAN MEMBUAT CATAN
- Catan adalah satu proses gambaran pemikiran secara nyata.
- Dihasilkan melalui sapuan warna-warna basah ke atas satu permukaan rata.
- Adalah satu hasil kerja estetik dipersembahkan secara 2D.
- Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar.
- Perkara yang paling penting dalam proses mewarna ialah kawalan kepekatan campuran warna dan air.
- Warna poster mempunyai sifat legap dan tebal.
- Warna air bersifat lutsinar dan lembut.
- Cat akrilik sesuai dihasilkan di permukaan kanvas.
- Cat minyak perlu dicampur minyak linsid untuk mencairkan warna dan sesuai di permukaan kanvas.
- Cat tempera lebih bersifat lutsinar juga sesuai di atas kanvas.
- Cat gouache cepat kering manakala fresko sesuai digunakan di permukaan dinding/mural.
- Pemilihan tema atau tajuk penting sebelum memulakan proses mencatan.
- Berus yang berbagai jenis mempunyai fungsi yang tersendiri.
- Berbagai jenis teknik boleh digunakan untuk menghasilkan catan.
- Warna asas terdiri daripada tiga warna.
- Warna sekunder ialah hasil campuran dua warna asas.
- Warna tertier adalah campuran warna asas dengan warna sekunder.
- Warna monokrom dihasilkan dengan campuran warna putih atau hitam.
- Warna penggenap adalah warna yang bertentangan dalam roda warna.
- Warna harmoni terdiri dari beberapa warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna.
- Ton warna ialah nilai cahaya yang wujud hasil dari warna gelap atau terang pada sesuatu objek.
- Kroma warna ialah campuran warna penggenap dalam roda warna dengan intensiti yang berbeza.
- Warna natural atau pastel ialah warna persekitaran yang tidak terdapat dalam warna asas, sekunder atau tertier.
- Warna boleh diterjemahkan dalam pelbagai perspektif iaitu dari sudut budaya setempat, segi psikologi, aspek asas senireka, situasi tertentu dan simbol.
- Menghargai sesuatu hasil seni dapat berkomunikasi dan dapat menyuarakan isi hati.

KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ
• Kolaj ialah satu komposisi artistik yang mengandungi berbagai imej.
• Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata.
• Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.
• Pelekat-pelekat dan alatan yang digunakan dalam menghasilkan kolaj mempunyai kegunaannya yang tersendiri.
• Berbagai jenis permukaan boleh digunakan dalam menghasilkan kolaj bergantung kepada jenis bahan-bahan yang hendak digunakan.
• Teknik-teknik yang berbagai dalam kolaj mempunyai kesan yang berlainan pada setiap kolaj yang dihasilkan.
• Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tema terlebih dahulu.
• Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid.
• Langkah permulaan menghasilkan kolaj ialah dengan membuat lakaran untuk mendapatkan idea atau tema.
• Penekanan terhadap warna pada latar belakang, rupa, bentuk, ruang, yang berkaitan dengan tajuk perlu diutamakan semasa menghasilkan kolaj.
• Langkah terakhir yang sangat penting dan perlu dititikberatkan ialah memperlihatkan kejadian sebenar.
• Aktiviti kolaj banyak melibatkan koordinasi tangan dan mata, ketekunan dan perasaan individu.
• Dalam aktiviti kolaj, guru harus menyesuaikan tahap umur murid-murid dengan aktiviti kolaj yang hendak dijalankan.
• Tahap keupayaan murid boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu tahap manipulatif, tahap simbolik, dan tahap realistik.
• Tahap manipulatif ialah tahap di mana murid suka meneroka, mencari bukti dan mendapatkan keseronokan.
• Tahap simbolik ialah tahap di mana murid boleh menjalani eksperimen mudah dan suka terhadap sesuatu benda.
• Tahap realistik ialah tahap di mana murid berada di peringkat matang dan boleh meluahkan perasaan melalui hasil kerja mereka.

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ
- Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama.
- Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum.
- Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj.
- Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.
- Teknik superimpose, image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj.
- George Grosz (1915) menggabungkan warna-warna basah (seni halus) dan elemen-elemen fotografi superimpose dalam karya montajnya.
- Pelukis dari pergerakan aliran Dadaisme di Berlin banyak menghasilkan aktiviti montaj dalam seni rupa moden.
- Pameran pertama dunia dalam foto montaj telah diadakan di German pada 1931.
- Murid-murid di tahap dua perlu didedahkan dengan membuat penerokaan berdasarkan pemerhatian dengan menggunakan komputer dalam aktiviti seni.
- Alat, media dan teknik untuk menghasilkan montaj perlu disesuaikan dengan kemudahan yang ada.
- Aktiviti montaj boleh digabungkan dengan aktiviti catan, kolaj dan mozek.
- Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap, alam benda, figura dan corak huruf.
- Montaj yang berkualiti menggabungkan unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dalam hasil kerja.
- Subjek matter yang diguna dalam montaj boleh diulang untuk mendapatkan kesan keseragaman.
- Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati.
- Garisan grid yang digunakan dalam montaj adalah sebagai rangka panduan untuk mereka letak subjek dalam sesebuah gubahan.
- Aktiviti montaj yang menggunakan image editing software dapat menarik minat murid menghasilkan montaj.

KEGIATAN MEMBUAT CETAKAN
• Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni yang diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat.
• Cetakan dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan.
• Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat.
• Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata.
• Chew Teng Beng dan Long Thien Shih adalah di antara pakar seni grafik tanahair.
• Alat dan media cetakan boleh dikategorikan kepada tiga bahagian seperti alam semulajadi, alam benda dan bahan terbuang.
• Jenis cetakan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tahap pengenalan, pertengahan dan tahap lanjutan.
• Teknik bayangan gelap, teknik bayangan putih, teknik luar gelap dan teknik luar putih adalah diantara teknik cetakan yang popular dihasilkan.
• Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.
• Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu diambilkira terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu.
• Tema dan tajuk cetakan yang berbagai-bagai perlu disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
• Aktiviti cetakan di peringkat pengenalan merujuk kepada pendekatan cara mudah dihasilkan.
• Aktiviti cetakan di peringkat pertengahan merujuk kepada pendekatan penyelesaian masalah.
• Aktiviti cetakan di tahap lanjutan merujuk kepada pendekatan Âopen minded problemÊ.
• Hasil karya boleh dinilai, dikritik dan dihargai berdasarkan dari beberapa sudut iaitu sudut diskripsi, analisa, interpretasi dan penilaian.

KEGIATAN MEMBUAT GOSOKAN
• Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
• Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan bebagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan.
• Alatan dan bahan yang digunakan dalam aktiviti membuat gosokan boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu alatan dari alam semulajadi dan alatan dari benda buatan manusia.
• Penggunaan pensil dan pensil warna akan memberikan kesan jalinan yang halus.
• Jalinan yang dihasilkan daripada kapur dan pastel adalah bahan rapuh dan tidak kekal lama.
• Krayon memberikan kesan tebal dan nyata apabila diaplikasikan ke atas jalinan.
• Penggunaan arang dalam aktiviti gosokan akan menghasilkan jalinan yang mudah rosak.
• Hasil jalinan dari aktiviti gosokan boleh disimpan dengan baik apabila menggunakan semburan pemati warna ke atas jalinan tersebut.
• Teknik gosokan yang pelbagai akan menghasilkan kesan jalinan yang menarik.
• Penentuan tema sebelum pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk menghasilkan kerja yang baik.
• Gabungan beberapa kegiatan menggambar adalah satu hasil kerja yang unik.
• Cadangan-cadangan positif dan negatif yang dikemukakan sekurangkurangnya dapat memberi perubahan dan mempertingkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran di antara guru dan murid di masa akan datang.

KEGIATAN MEMBUAT RESIS
• Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin.
• Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas.
• Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas.
• Teknik tindihan lilin keatas lilin yang lain boleh dijalankan dalam aktiviti resis.
• Teknik resis membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar.
• Teknik resis adalah satu hasil kerja yang unik kerana ia menggunakan lilin sebagai menggantikan alatan biasa yang digunakan.
• Gabungan warna-warna air dan lilin digunakan dalam proses menghasilkan resis.
• Warna tempera bertindak sebagai lilin dalam aktiviti menghasilkan resis.
• Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan.
• Teknik renyukan digunakan dalam proses aktiviti resis batik kertas.
• Perekat getah bertindak sebagai lilin dalam aktiviti resis.
• Resis secara positif dan negatif menggunakan kapur putih dan lilin dalam proses menghasilkan resis.
• Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin pada corak batik.
• Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut.
• Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.
• Terdapat empat cara pendekatan dalam membuat kritikan seni iaitu pendekatan induktif, deduktif, empati dan interaktif.

KEGIATAN MEMBUAT PERCIKAN
• Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan.
• Percikan dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik.
• Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.
• Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik.
• Teknik renjisan yang sama akan menghasilkan percikan yang kemas.
• Percikan dan titikan atau ÂstipplingÊ adalah dua kaedah yang berlainan.
• Percikan biasanya dihasilkan secara tidak sengaja dan bebas.
• Percikan boleh dihasilkan ke atas permukaan kertas yang telah diwarna dengan warna basah terlebih dahulu.
• Percikan boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna.
• Percikan boleh diulang ke atas permukaan yang sama.
• Percikan yang halus dan seragam boleh diaplikasikan dalam teknik semburan.
• Percikan menggunakan penggelek adalah satu aktiviti yang rumit dan tidak terkawal.
• Percikan dengan jari akan menghasilkan percikan yang tidak sekata.
• Percikan dengan tumbuh-tumbuhan boleh juga dijalankan.
• Pita pelekat dan surat khabar bertindak sebagai alat untuk mengelakkan lebihan percikan terjadi ke atas permukaan yang tidak diingini.
• Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan.
• Apresiasi seni yang dijalankan di sekolah rendah haruslah dijalankan secara konkrit dan skop yang terhad.
• Perbincangan yang hendak dijalankan oleh guru dan murid-murid haruslah menarik minat murid.
• Perbincangan secara berkumpulan dan membuat pameran di bilik darjah daripada hasil kerja yang dibuat adalah aktiviti yang sangat penting.
• Guru patut menggalakkan murid memberi komen secara Âopen endedÊ.
• Guru perlu menggunakan soalan-soalan yang positif kepada murid apabila membuat perbincangan.
• Perbincangan dan pendedahan tentang sesuatu hasil karya seni dilihat dari sudut perspektif, cadangan-cadangan dan idea-idea dikatakan telah memahami nilai estetik.
• Perbincangan secara berkumpulan dianggap pencetus kepada pemikiran kritikal dianggap sebagai satu teknik pembelajaran yang bermakna.
• Pameran hasil kerja adalah satu cara membina penghormatan diri dan penerimaan sikap yang positif.
• Guru harus peka terhadap persepsi yang dikemukakan oleh murid tentang sesuatu hasilkerja dari aspek budaya, fungsi, perasaan, keaslian, kreativiti, teknik penghasilan, tujuan dan objektif.
• Guru memainkan peranan yang penting dalam menjalankan apresiasi seni.
• Perkara-perkara yang perlu diambilkira apabila menjalani proses menganalisa kerja seni ialah dari aspek tokoh, tajuk/tema, masa, Âsubjek matterÊ, alatan, media, teknik, asas senireka, sejarah dan kejayaan sesuatu konsep atau idea.
• Penilaian sesuatu hasil kerja boleh dinilai dalam bentuk skala dari satu (lemah) hingga sepuluh (terbaik).
• Pelukis barat yang banyak mengaplikasikan hasil karyanya dalam aktiviti percikan ialah Jackson Pollock.

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK
• Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata.
• Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar.
• Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semula jadi atau buatan manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar.
• Orang Greek, Roman dan Kristian mula-mula seni menggambar menggunakan teknik mozek.
• Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah dan pada bangunan-bangunan di luar sekolah.
• Terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu secara Âdirect methodÊ, Âindirect methodÊ dan Âdouble direct methodÊ.
• Setiap teknik dalam aktiviti mempunyai perbezaan dari segi penggunaan alatan, bahan dan media.
• Potongan kertas boleh dijalankan dengan berbagai bentuk dan tidak terhad kepada satu bentuk sahaja.
• Tips untuk mengangkat cebisan kertas dengan mudah ialah dengan cara meletakkan sedikit gam pada penghujung alatan tersebut.
• Penyesuaian warna untuk mozek perlu dibuat dengan teliti untuk menampakkan prinsip kontra pada objek yang dihasilkan.
• Teknik mozek timbul (relief) lebih sesuai menggunakan bahan-bahan timbul.
• Semburan lutsinar ke atas permukaan hasil kerja mozek menjadikan mozek lebih menarik.
• Bahan-bahan yang dilekatkan untuk menghasilkan mozek boleh di campur.
• Teknik mozek catan ialah satu-satunya teknik yang tidak memerlukan bahan untuk menampal.
• Penggunaan linguistik dan ekspresi visual penting dalam menilai sesuatu hasil kerja seni.
• Kemahiran kritis dan kreatif boleh dikembangkan bersama-sama aktiviti seni.
• Guru boleh menjalankan hasil kerja murid secara Âstudio aktiviti centred methodÊ.
• Apresiasi seni pada zaman dahulu lebih tertumpu kepada Âteacher centredÊ dan terhad kepada rujukan sedia ada, nilai sentimental, Âanecdotal accountsÊ dan artis terkenal sahaja.
• Apresiasi seni pada zaman sekarang lebih tertumpu kepada kajian, pemerhatian, cara berkomunikasi, persepsi, analisia, sintesis, penggunaan alatan dan media yang lebih meluas, perbincangan tentang isu-isu social dan kritikan membina. • Apresiasi seni boleh dijalankan berdasarkan empat peringkat iaitu diskriptif, analisa formal, interpretasi dan penilaian.

APAKAH YANG AKU KEJAR HINGGA KINI?



leTakkan KehIdupan DuniaMu iTu dI TangAn dAn akhIrat iTu DiHAti aGAr HaL Dunia MuDah dibahaGi-bAHagikan & AkhirAt itU DibAWa MaTi...
Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’. Mereka dikenali juga sebagai workaholic kerana keasyikan bekerja siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Berlebih-lebihan di dalam sesuatu perkara akan membawa kepada kebinasaan. Di antara nasihat yang amat baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi ra kepada Abu Dardak ra. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi Muhammad, iaitu: “Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, dirimu mempunyai hak ke atasmu dan keluargamu mempunyai hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Riwayat Bukhari)

Nota untuk Bekal Esok sebelum Exam HBML1103


1. Teori Fungsional
Teori Fungsional yang dipelopori oleh Holliday dan Wilkins berkembang pada tahun 60– 70-an. Penteori ini mengkaji bahasa dari segi struktur dan fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Mereka menumpukan kajian pada bentuk dan perubahan bahasa semasa berkomunikasi. Di samping itu, mereka menganggap bahawa bahasa sebagai alat pertuturan (perhubungan). Oleh yang demikian, dapatan mereka ini mementingkan aspek semantik. Mereka bersetuju bahawa kewujudan variasi dalam penggunaan bahasa tidak boleh dinafikan. Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur.Golongan ini beranggapan bahawa pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal.

Ciri-ciri bahasa fungsional :
(i) Sistem bahasa digunakan oleh masyarakat untuk berhubung atau berkomunikasi dan bukannya satu sistem yang tertutup dan statik;
(ii) Asas elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya sintaksis.
(iii) Terdapat beberapa variasi dalam penggunaan bahasa yang timbul akibat tekanan sosial.
(iv) Bahasa ialah alat perhubungan dan melalui bahasa penutur boleh menggambarkan fikiran dan diri atau identiti penutur yang berkenaan.

2. Teknik Inkuiri
Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.
Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.
Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.
Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.
Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Pengendalian teknik inkuiri ialah :
1. Proses mengenali masalah
2. Mengkaji ramalan
3. Mengumpul maklumat
4. Menganalisis
5. Membuat rumusan

3. Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar melibatkan dua peringkat kemahiran.
Peringkat pertama ialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hamper sama. Contoh :
1. b – p bagi pagi kibas kipas
baba bapa
betis petis
jambi jampi
bajak pajak
bawang pawang
lobal lopak

Peringkat kedua ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa bergantung pada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap pendengar itu.
Kemahiran mendengar boleh juga dibahagikan kepada tiga peringkat
Peringkat pertama dikenali sebagai peringkat awal
(a) Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi.
(b) Mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat.
(c) Melakukan sesuatu yang disuruh.

Peringkat kedua ialah peringkat pertengahan
(a) Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci.
(b) Mengenal maklumat khusus.
(c) Mengesan urutan.

Peringkat ketiga ialah peringkat maju.
(a) Mengenal isi-isi penting.
(b) Mengetahui peranan dan perhubungan orang yang bercakap.
(c) Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi.


4. Kemahiran Membaca

Mekanis
Pada peringkat ini murid sudah boleh membunyikan huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatang perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup. Murid membaca secara kuat dengan menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang.

Tujuan bacaan mekanis ialah;
(i) Membolehkan murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
(ii) Membolehkan murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat berhenti yang betul.
(iii) Membolehkan murid membaca dengan irama membaca yang betul.

Langkah-langkah:
(a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid.
(b) Bersoal jawab dan membantu murid dengan perkataan dan rangkai katra yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu.
(c) Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru.

Contoh aktiviti
Aktiviti yang boleh dijalankan dalam bacaan mekanis ialah bacaan kuat dengan menggunakan kad imbasan yang mengandungi huruf, suku kata, frasa dan ayat.
(a) Contoh Kad huruf

(b) Contoh kad suku kata


5. Teknik-teknik Khusus Bacaan dan Pemahaman

Terdapat beberapa teknik membaca dan tujuan membaca. Teknik-teknik ini boleh dijalankan dalam bilik darjah. Penggunaan teknik ini bergantung kepada situasi, kecerdesan pelajar, dan tujuan pembelajaran membaca

Teknik Membaca SQ3R
Teknik ini digunakan pada tahap pelajar berpencapian baik dan mahir membaca. Tujuan menggunakan teknik ini untuk menguji pemahaman pelajar berdasarkan bahan atau teks yang dibaca untuk menyelesaikan tugasan. SQ3R bacaan secara kritis yang dipelopori Robinson (1941).
S-SURVEY (Tinjau)
• Pelajar membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahamannya sendiri. Pelajar bebas dalam erti kata menanggap apa yang dibaca.
• Pelajar hanya memfokuskan/menumpukan bahan/teks kepada tajuk umum/besar, sub-tajuk, gambar, simbol, ilustrasi, grafik, pemenggalan teks.
Q-QUESTION (penyoalan/pertayaan)
• Pelajar menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati) yang terkandung dalam teks.
• Soalan berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh pelajar tentang topik/isu dalam teks.
• Soalan juga berupa penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi.
R-READ (Baca)
• Pelajar dikehendaki membaca secara serius dan memberi tumpuan kepada teks yang dibaca.
• Dalam masa yang sama pelajar cuba mencari jawapan kepada soalan yang disenaraikan tadi.
• Dalam masa yang sama juga, pelajar boleh menyenaraikan soalan tambahan.


6. Teknik Membaca KWLH

Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh mengaitkan pengetahuan sedia
ada dengan apa yang dibaca. Ini bermaksud pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada, mengimput pengetahuan baharu selepas proses pembacaannya.
KWLH bermaksud:
K (know) – Apa yang sudah diketahui (sebelum membaca)- catat pengetahuan sedia tentang tajuk atau topik bahan bacaan.

W (what) – Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) – catat apa yang ingin diketahui tentang tajuk atau topik bahan bacan.
L (learned) – Apa yang telah diketahui (selepas membaca) – catat isi penting daripada tajuk atau topik yang dibaca.
H (how) – Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan (untuk bacaan seterusnya) – catat bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan
selepas membaca teks/tajuk tersebut.
Tujuannya ialah:
(i) Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang beri untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
(ii) Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang sediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
(iii) Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah sediakan.


7. Konsep Menulis
Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahrikan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.

Tujuan Menulis
• Melatih murid-murid melahirkan idea
• Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea
• Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul
• Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.
• Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul
• Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari
• Menyiapkan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan.
• Menyuburkan minat
• Meluaskan kosa kata
• Memberikan kepuasan jiwa.

8. Masalah Pengajaran Menulis
Terdapat banyak masalah yang berhubung kait dengan pengajaran menulis di sekolah di negara ini. Antaranya pengaruh kesebatian penggunaan bahasa dialek Bahasa Melayu Brunei (BMB) dan inilah faktor utama menyumbang kepada berlakunya kesalahan penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu Standard (BMS) dengan betul.

Masalah ini tidak hanya tertumpu kepada pihak pelajar bahkan kepada sebilangan besar guru bahasa sendiri kerana melalui observasi yang pernah penulis lakukan kebanyakan guru bahasa lebih berminat menggunakan BMB dari BMS sepanjang sesi pengajaran.

Selain itu, faktor kekurangpekaan guru terhadap kesalahan yang dilakukan pelajar juga perlu diambil perhatian seperti kesalahan menggunakan tanda-tanda baca, tatabahasa -
cara membuat ayat yang betul, jenis ayat; ayat tunggal; ayat majmuk dan sebagainya.
Masalah-masalah ini tidak harus dibiarkan demi kebaikan pelajar dan demi mengelakkan masalah-masalah itu berlanjutan, khasnya apabila pelajar itu hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.


9. Sintaksis
Sintaksis bermaksud kajian tentang pembentukan ayat. Sintaksis bahasa Melayu merangkumi tajuk-tajuk seperti Frasa, Klausa, Pola Ayat, Jenis Ayat, Bentuk Ayat, Ragam Ayat dan Proses Penerbitan Ayat.
Frasa
Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurangkurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa tidak mengandungi subjek dan predikat. Dalam susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri.
Klausa
Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terdiri daripada klausa bebas dan klausa tak bebas.
Pola
Pola Jenis Pola Subjek Predikat
1. FN + FN Encik Shari ejen insuran
2. FN + FK Dia menjerit kesakitan
3. FN + FA Budak itu sangat nakal
4. FN + FS Pejabat saya di Kuala
Terengganu


Jenis ayat
• Ayat penyata: Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan
• Ayat tanya: Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu,
Ayat perintah: Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
• Ayat seruan: Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya.
Bentuk Ayat
• Ayat tunggal
• Ayat majmuk
Ragam Ayat
• Ayat aktif
• Ayat pasif
Proses Penerbitan Ayat
Penerbitan ayat bermaksud hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis iaitu melibatkan pelaksanaan rumus trnsformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat ataupun frasa.


10. Prinsip Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama

Aspek latar belakang dan keadaan persekitaran masyarakat.
Dialek Daerah
Apabila anda mendengar perbualan teman-teman anda, dapatkah anda menentukan negeri asal mereka? Di Malaysia, boleh dikatakan setiap negeri mempunyai dialek daerah yang tersendiri seperti Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang.
Beberapa faktor yang mempengaruhi kewujudan dialek daerah ini.

(i) Keadaan Geografi
Pada amnya semua negeri di Malaysia menggunakan satu bentuk bahasa Melayu yang seragam. Bentuk topografi seperti bukit, gunung, perairan dan sebagainya telah mempengaruhi kewujudan sesuatu dialek daerah di negerinegeri
berkenaan. Faktor ini juga dipengaruhi oleh ruang dan masa.
(ii) Faktor Politik
Faktor politik telah membahagikan-bahagikan sesuatu bahasa itu kepada dialek. Walaupun pada asalnya adalah dari bahasa yang sama. Contohnya
bahasa Melayu Singapura tidak dikatakan bahasa Melayu Indonesia kerana Singapura dan Indonesia adalah dua buah negara yang berasingan. Begitu juga keadaan di Malaysia dengan Brunei masing-masing menamakan bahasa negara mereka sebagai Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Melayu Brunei walaupun kedua-dua bahasa itu ialah bahasa Melayu.
(iii) Persekitaran Pergaulan
Persekitaran pergaulan boleh mempengaruhi sesuatu dialek. Contohnya seseorang anak yang lahir di Kuala Lumpur akan bertutur dialek Pulau Pinang kerana dipengaruhi oleh persekitaran keluarganya yang berasal dari Pulau Pinang. Hal ini diperkukuh lagi oleh pergaulan persekitarannya yang menuturkan dialek yang sama.

ISNIN Vs JUMAAT