SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Selasa, Disember 22, 2009

SEX

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'.. Terkedulah si ibu..Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan,mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat.

Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya sehingga lahirnya si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak2.. Si ibu kehairanan dan bertanya.Si anak menjawab dlm tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni...lalu meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..



NAME :...........
SEX :...........
Class :...........
Subject:...........

ahaks...jangan marah.otak jangan kuning

SEJARAH PENUBUHAN ISRAEL LAKNATULLAH

The Black May 15th- Lahirnya Malapetaka Bernama Zionis

Bulan Mei amat signifikan bagi ramai orang. Bagi para sosialis dan pejuang hak pekerja, 1 Mei adalah hari keramat bagi mereka. Bagi rakyat Malaysia, 13 Mei pula merupakan hari yang ramai tidak ingin kenangi dan sering dijadikan alasan untuk sesetengah pihak menggunakan kuasanya secara berlebihan. Bagi para ibu pula, 8 Mei (bagi AS) dan 6 Mei (bagi di UK) merupakan hari yang paling indah bagi mereka, kerana ianya merupakan hari ibu. Para guru pula tidak mungkin akan melupakan 16 Mei yang sentiasa diraikan sebagai "Hari Guru".

Bagi rakyat Palestin pula, 15 Mei pula merupakan hari yang hitam yang tidak ingin mereka kenangkan. Ianya merupakan tarikh yang amat penting dalam sejarah manusia moden yang telah merubah peta dan juga lanskap politik dunia. Ia juga merupakan tarikh yang menandakan dunia tidak lagi akan menjadi tempat yang aman untuk dihuni oleh spesis manusia. Itulah tarikh tertubuhnya sebuah negara haram bernama Israel di atas sebuah tanah yang dahulunya dikenali sebagai Palestin dan sebuah wilayah di bawah naungan Empayar Uthmaniyyah Turki.

Palestin dulu dan kini


Sebelum 15 Mei 1948, sebuah negara yang bernama Israel tidak pernah wujud. Malah sebuah entiti yang tertegak di atas dasar perkauman juga tidak pernah dikenali di kawasan Timur Tengah tersebut. Ia hanya muncul selepas tarikh itu, semuanya bermula selepas tarikh itu. Adakah ia bermula dengan tiba-tiba?, tidak, ia mempunyai latar belakangnya yang tersendiri. Ianya bermula semenjak tahun 1897 lagi, atau mungkin 1896 lagi apabila seorang nasionalis ekstrimis Yahudi yang bernama Theodore Herzl dari Austria telah muncul dengan bukunya "Der Junderstaadt" (The Jewish State). Beliau yang juga merupakan seorang atheis, telah melihat bahawa penyelesaian terhadap masalah Diaspora bangsa Yahudi dan juga sentimen anti-Yahudi yang semakin rancak di Eropah adalah hanya dengan tertubuhnya sebuah negara "Nation State" bagi bangsa Yahudi.

Tanpa dinafikan gelombang kemunculan negara bangsa (Nation State) yang melanda Eropah memberikan kesan yang mendalam pada pemikiran Herzl dalam merangkakan sebuah kawasan yang selamat dan ekslusif bagi bangsa Yahudi. Untuk menjayakan idenya itu, dia memerlukan kepada tiga elemen utama: kuasa, rakyat dan tanah. Tanpa tiga elemen ini adalah mustahil bagi beliau untuk menjayakan mimpinya itu.

Pemain Utama Deklarasi Balfour, Chaim Weizmann -


Demi mendapatkan rakyat dan kekuasaan, beliau telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 30 pertubuhan Yahudi sekular dari seluruh Eropah untuk bersama dengannya menubuhkan sebuah gerakan yang akan menjayakan cita-citanya itu. Maka pada 29-30 Ogos 1897, di Basel, Switzerland, kongres pertama gabungan lebih 30 buah pertubuhan-pertubuhan Yahudi sekular di Eropah telah berhasil membentuk "World Zionis Organization" (Pertubuhan Zionis Sedunia).

Objektif utama gerakan ini ialah untuk menubuhkan sebuah negara yang selamat dan ekslusif bagi bangsa Yahudi yang mereka namakan sebagai "Erez Yizrael" (bumi Israel). Di sana juga pelan tindakan bersepadu dilakarkan untuk mencapai cita-cita mereka dalam tempoh 50 tahun. Pelbagai strategi dan pendekatan telah digunakan oleh Herzl untuk menjayakan rencananya ini. Maka hanya tinggal unsur ketiga, iaitu tanah untuk impiannya itu dijelmakan di alam fizikal. Maka tiada bumi lain yang lebih bermakna bagi kaum Yahudi kecuali bumi Palestin yang mana ianya menurut dakwaan mereka mempunyai nilai sejarah turun temurun bagi kaum Yahudi. Masalah utamanya, bumi Palestin pada waktu itu berada di bawah kekuasaan kaum Muslimin yang dinaungi oleh kekuasaan Empayar Uthmaniyyah yang berada dalam keadaan yang lemah pada waktu itu.

Walaupun tidak didorong dengan motivasi "aqidah" mahupun apa-apa elemen "kudus", namun sebagai pencetus ideologi Zionisme, Herzl begitu komited dengan usaha-usaha menjadikan Erez Yizrael di bumi Palestin sebagai realiti dan bukan hanya impian yang terkubur di dalam karyanya. Setelah gagal memujuk Sultan Abdul Hamid ii untuk menjualkan bumi Palestin kepada gerakan Zionisme sebagai langkah pertama, Herzl dan rakan-rakan Zionisnya mengorak langkah ke pelan kedua mereka. Melalui segala jentera Zionis di peringkat antarabangsa, gerakan tersebut telah berjaya memberikan segala bentuk bantuan kepada kuasa nombor wahid dunia pada waktu itu, iaitu Great Britain untuk membantu mereka. Kematian Herzl dan juga kekecewaannya untuk mendapatkan bumi Palestin serta ideanya untuk mengubah kedudukan Erez Yizrael ke bumi Uganda hampir-hampir menjejaskan perjuangan gerakan Zionisme.

Jika tidak kerana usaha-usaha Prof. Chaim Weizmann, nescaya gerakan tersebut telah menjadi sejarah yang berakhir dengan anti klimaks. Dialah yang merupakan bapa gerakan Zionisme yang kedua, beliau jugalah yang telah berjuang sehingga tertegaknya sebuah Erez Yizrael di bumi yang sentiasa menjadi sebutan bagi setiap orang Yahudi di dalam doa-doa harian mereka setiap hari. Selain menjadi pencipta letupan TNT bagi tentera British, Profesor di dalam bidang Kimia ini juga mempunyai hubungan yang amat intim dengan kerajaan British sebagai kuasa dunia pada waktu itu. Ini telah memberikannya peluang untuk survival gerakan ini di fasa selanjutnya.

Dengan membekalkan Great Britain serta sekutu-sekutunya di dalam Peperangan Dunia yang pertama dengan bantuan kewangan, ketenteraan dan juga perisikan (seperti yang telah dicatatkan oleh Dr. A. Wahab el-Masiri di dalam artikelnya mengenai Yahudi dan industri perisikan), mereka mendapatkan hasil yang amat lumayan. Bumi Palestin yang merupakan sebahagian daripada tanah besar Arab di wilayah Syam yang telah dirobek-robekkan oleh Great Britain, Rusia dan Peranchis telah diletakkan di bawah Mandat British melalui perjanjian Sykes-Picott 1916. Seterusnya, pada tahun 1917, Queen Victoria (yang merupakan salah seorang daripada penganut fahaman Zionisme Kristian) melalui Menteri Luarnya, Sir Arthur Belfour (juga seorang Kristian Zionis) telah memberikan hak kepada orang-orang Yahudi pro-Zionis dari Eropah untuk berhijrah ke bumi Palestin. Walaupun penghijrahan pertama yang diangotai oleh 50,000 orang Yahudi Zionis gagal untuk menjejakkan kaki langsung ke bumi Palestin, namun hasil dari keizinan yang kemudiannya dikenali sebagai "Deklarasi Belfour" itu akhirnya telah menyaksikan siri-siri penghijrahan yang lain.

Bapa zionis - Theodor Herzl


Pendudukan orang-orang Yahudi Zionis itu ke atas bumi Palestin berlaku dengan tiga cara. Pertamanya, mereka menduduki tanah-tanah yang terbiar kosong ataupun kawasan-kawasan yang tidak didiami oleh penduduk asal bumi Palestin, iaitu orang Arab Palestin, samada Muslim mahupun Kristian. Cara yang kedua ialah dengan membeli tanah-tanah di bumi Palestin dari penduduk asalnya. Walaupun segelintir mereka menawarkan jumlah wang yang lumayan untuk tanah-tanah yang ingin dibeli, hanya segelintir sahaja rakyat Palestin yang menjualkannya. Malah tindakan menjualkan tanah di bumi Palestin kepada pendatang-pendatang Yahudi Zionis telah difatwakan haram oleh mufti Palestin pada waktu itu, Haji Amin al-Huseini. Cara yang ketiga pula merupakan cara yang telah digunakan secara meluas, iaitu dengan metod keganasan. Pengganas-pengganas Yahudi dari kumpulan pengganas Irgun, Styer dan lain-lain lagi telah membunuh, membakar rumah-rumah dan mengusir penduduk Arab keluar dari kampung halaman mereka untuk dijadikan penempatan baru bagi para pendatang Yahudi. Hasilnya, pertambahan demografi penduduk Yahudi di bumi Palestin meningkat secara drastik sehingga ke tahun 1947.

Mereka yang pada asalnya hanya merupakan kaum minoriti di bumi Palestin pada tahun 1917, telah hampir-hampir menyamai bilangan penduduk Arab pada tahun 29 November 1947 yang telah memaksa kuasa-kuasa besar melalui League of Nations menghadiahkan hadiah kedua tersbesar selepas "Deklarasi Belfour", iaitu Partition Plan (Pelan pembahagian bumi Palestin) melalui resolusi PBB 181 yang telah menyaksikan bagaimana negara-negara Arab yang membantah resolusi tersebut menjadi golongan yang lemah dan tidak berupaya mempertahankan tanah suci milik mereka. Para penganalisis sejarah dan politik mengatakan bahawa sokongan terhadap pembahagian bumi Palestin kepada tanah Arab dan tanah bagi warga Yahudi oleh masyarakat dunia dan juga kuasa-kuasa besar amat berkait rapat dengan simpati dunia terhadap nasib kaum Yahudi Eropah lewat peristiwa Holocaust.

Selepas mendapat habuan yang teramat istimewa itu, pihak rejim Zionis semakin memperkemaskan kedudukan mereka. Penghijrahan Yahudi Eropah yang semakin mengiktiraf keunggulan usaha perjuangan gerakan Zionisme bertambah dari hari ke hari. Walaupun 1001 tentangan yang mereka terima hasil perjuangan rakyat Palestin dan juga warga Arab muslim dari negara-negara yang berjiran (terutamanya dari tentangan daripada ketumbukan tentera Ikhwanul Muslimin dari Mesir), mereka tetap komited dengan matlamat mereka untuk merealisasikan penubuhan sebuah Erez Yizrael yang berdaulat. Hasilnya, pada petang 14 Mei 1948, proklamasi penubuhan negara Israel telah diumumkan oleh Perdana Menteri rejim Zionis yang pertama, David Ben Gurion di dewan muzium Tel Aviv. Beliau telah mengumumkan bahawa tarikh 14 Mei 1948 bersamaan dengan 5 Ayyar 5708 (tahun Yahudi) merupakan perisytiharan penubuhan "Negara Israel" (Medinet Yizrael) yang merangkumi 78% daripada bumi Palestin yang asal.

PM Israel pertama , David Ben-Gurion


Oleh kerana hari tersebut hari Sabtu yang merupakan hari bercuti bagi agama Yahudi, maka 15 Mei 1948 telah dipilih untuk dijadikan hari sambutan penubuhan negara Israel secara rasmi. Ben Gurion telah dipilih untuk menjadi Perdana Menteri pertama negara tersebut dan Prof. Chaim Weizmann telah dipilih menjadi presiden pertama negara yang ditegakkan secara haram dan bertentangan dengan segala deklarasi kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa. Atas dasar inilah kebanyakan pihak yang tidak mengiktiraf negara Israel sehingga kini menyebutnya sebagai "Rejim Zionis", kerana kewujudan mereka di bumi Palestin adalah tidak sah, malah merupakan satu jenayah yang paling besar pernah dilakukan oleh manusia di abad ke-20 selepas jenayah yang dilakukan oleh Hitler di Eropah. "

Isnin, Disember 21, 2009

KAEDAH, STRATEGI DAN TEKNIK

Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik


"Kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah betul... tapi hasil yang saya
harapkan masih tidak tercapai."

"Kalau begitu, adakah teknik-teknik yang kau gunakan itu betul juga"

"Teknik-teknik yang saya pakai tidak mungkin salah lagi"

"Oh ya! Strategi pengajaran macam mana pula..."

"Apa itu stra..."

PENDAHULUAN

Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.

Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut.

Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.

KAEDAH DAN TEKNIK

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak.

Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.

Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.

Dalam zaman atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik.

Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.

Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.

Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

PERTUNANGAN






Ini adalah penulisan pertama aku melalui blog aku ni. Jadi dalam penulisan pertama ni aku nak promote la sikit. Pada 28 November 2009 bersamaan Hari Raya Aidil Adha yang kedua, aku telah selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasih aku la, Noraida. Kiranya hadiah birthday aku pada 22 November. Malas nak cerita banyak la..Nanti korang semua marah.he....he...