SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Rabu, Mac 07, 2012

PIALA AFC - SONG LAM NGHE AN vs TERENGGANU



Perlawanan Piala AFC pusingan pertama menemukan wakil Malaysia, Terengganu dengan wakil Vietnam (nama kelab Vietnam ni susah sikit nak sebut). Perlawanan berlangsung di Vietnam jam 5.00 petang.

Dalam perlawanan ni, Terengganu menang 1-0 hasil jaringan Manaf Mamat yang bijak menyudahkan hantaran cantik Forkey Doe bagi menghadiahkan 3 mata berharga buat Terengganu.

Berbanding aksi Liga Super terakhir menentang Kuala Lumpur sebelum berlepas ke bekas negara komunis itu, Terengganu mempamerkan aksi yang lebih tersusun dan kemas menerusi gerakan yang direncanakan Ismail Faruqi dan Baiano.

Sharbinee Allawee juga menunjukkan aksi terbaik dengan menafikan beberapa cubaan lawan dibantu back four Terengganu yang kemas bertahan.

Keputusan lain dalam kumpulan yang sama: Kitchee SC (Hong Kong) 3-1 Tampines Rovers (Singapura)

Khamis, Mac 01, 2012

TERENGGANU CITY NIGHT GAMES 2012-SEPAK TAKRAW

  

Majlis Sukan Negeri Terengganu telah menganjurkan Terengganu City Night Games bertujuan mencungkil bakat-bakat muda dari serata pelusuk negeri untuk perancangan jangka panjang. Kejohanan yang berlangsung sebanyak 8 sirkit bermula dengan Sirkit 1 pada 27-28 Jan dan Sirkit 2 pada 17-18 Feb 2012 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak.

Sebanyak 30 jenis sukan dipertandingkan dengan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Sukan Sukma, Sukan Tunas Harapan dan Sukan Lasak/Massa. Antara jenis sukan yang dipertandingkan ialah bowling, olahraga, angkat berat, akuatik, gimnastik, bola sepak, bola tampar, tinju, perahu layar, memanah, silat, sepak takraw, golf, wusyu, petanque, boling padang, motocross, drift dan catur. 

Dalam dua sirkit awal, pasukan sepak takraw SK. Seberang Takir muncul johan dalam kedua-dua sirkit menewaskan pasukan dari Kemaman. Diwakili oleh Mohd Aidil Haikal Ghani (tekong), Muhd Syahid Ruzli (apit kanan) dan Muhd Hilmi Izudin Zulkarnain (apit kiri) serta Muhd Zulhakim Zolkepeli (simpanan), dan dilatih oleh Cikgu Mohd Annuar Ngah serta En. Ghani; pasukan SK. Seberang Takir mudah mengetepikan cabaran lawan.

Jumpa lagi Sirkit 3 16-17 Mac 2012..