SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Isnin, Mac 28, 2011

BLOG TANPA TEMA

Terima kasih pada En. ... .Sebab komen En. ... lah maka entry ni aku publish. Komen dia pasal wilayah aku ni tak ada tema. Semuanya bercampur aduk. Ada pasal sukan, pasal Open U, ada pasal tips, ada cerita lawak yang tak berapa lawak dan macam-macam lagi. 

La..pada aku buat sesuatu perlu ada tema ke? Bayangkan En. ... seorang pemilik syarikat penyiaran. Pemilik stesen tv la senang cakap. Ada kah En. ... nak siarkan satu tema je dalam siaran tv encik tu? Contohnya siaran tv En. ... tu siarkan cerita seram je. Haha..Boleh. Tapi rating dia boleh kira sebelah tangan je la.

Walaupun wilayah aku ni tak pentingkan rating, tapi aku buat untuk kepuasan diri aku sendiri. Aku tulis dan publish berdasarkan idea, dan apa yang terlintas dalam benak aku. Yang penting bukan untuk kepentingan sape-sape. Kalau wilayah aku ni tak menepati selera dan citarasa En. ..., aku tak paksa En. ... klik wilayah aku. Pilihan di tangan En. ... .

Memang ada blog yang mempunyai tema tersendiri. Ada yang cerita pasal kek, pasal penapis air, pasal fesyen dan macam-macam la. Aku tak kondem bloggers yang ada tema ni. Tu pilihan mereka. Setiap orang buat sesuatu berdasarkan apa yang mereka fikir betul.

Aku?? Tetap macam ni. Wilayah ni akan tetap wujud  tanpa tema.

Khamis, Mac 24, 2011

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

DEFINISI UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN


Ujian di peringkat sekolah

Kita boleh mendefinisikan ujian sebagai satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapat maklumat murid sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotel. Ujian di peringkat sekolah dapat kita lihat dalam Rajah 1.2.

Pengukuran pula boleh kita definisikan sebagai menentukan bilangan pemarkahan keputusan ujian atau lain-lain kaedah penilaian berdasarkan peraturan tertentu. Ini adalah satu proses mengutip maklumat berangka tahap ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang. Pengukuran juga boleh ditakrif sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.

Manakala penilaian pula boleh anda definisikan sebagai suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikumpul. Kaedah ini meliputi ujian dan pengukuran. Dalam pendidikan, ia adalah proses di mana pendidik menggunakan timbal balas pelajar sebagai stimuli yang terjadi secara semulajadi untuk membuat kesimpulan tentang pengetahuan, kemahiran atau emosi pelajar. Dalam erti kata lain, penilaian adalah proses mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Penilaian mata pelajaran ini dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Instrumen penilaian dibina dan ditadbir oleh guru. Penilaian boleh dibuat secara pemerhatian, penulisan dan lisan. Hasil penilaian akan digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain.



Sumber: Modul HBPE2203 OUM

Selasa, Mac 22, 2011

HARGAI TUBUH ANDA

Cara paling asas untuk menghargai anggota tubuh ialah dengan mengenali setiap bahagian anggota itu sendiri. Setiap bahagian anggota tubuh kita memerlukan cara penjagaan dan pemuliharaan yang berbeza. Cara penjagaan meliputi dalaman dan luaran (Rajah 1.2).
Rajah 1.2: Cara-cara penjagaan tubuh badan

Kita juga harus menjaga anggota tubuh badan daripada tercedera. Kementerian Kesihatan Malaysia melalui “Kempen Cara Hidup Sihat 1999: Promosi Keselamatan dan Pencegahan Kecederaan” menyeru kita mengambil langkah keselamatan di dalam dan luar rumah. Kita perlu memastikan peralatan dalam rumah disimpan ditempat yang selamat. Kita juga memerlukan taman permainan yang selamat untuk mengelak kecederaan. Aktiviti berisiko seperti menunggang motosikal secara berbahaya atau mendedahkan seseorang kepada kecederaan. Jika kita menghargai anggota tubuh badan, kita perlu menjauhi aktiviti berbahaya.

Sumber: Modul HBHE2203 OUM

PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Rajah 1.1 Menunjukkan lakaran organ dan bahagian tubuh badan kita.







Rajah 1.1: Tubuh manusia

Ahad, Mac 20, 2011

TERENGGANU vs PERAK

Malam tadi sekali lagi berkesempatan ke Stadium Sultan Ismal Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Maklum la, sejak dapat pindah balik Terengganu ni, ada la kesempatan aku nak masuk stadium. Masa kat Johor, langsung tak dapat.

Ok.. Kali ni pertemuan antara Terengganu dengan Perak dalam saingan Piala FA peringkat suku akhir kedua. Pada pertemuan pertama di Perak, Terengganu tewas 2-3. Jadi kali ni mesti cari sekurang-kurangnya 1 gol sebab ada kelebihan jaringan away.

Kali ni banyak pulak masalah dalam padang. Mula-mula, 10 minit sebelum game start; spotlight pulak off. Game start lewat 15 minit. Baru je main 5 minit, sekali lagi spotlight buat perangai. Gelap lagi sekali stadium.
Tapi Alhamdulillah, masalah lampu limpah dapat diatasi dan perlawanan bersambung.

Penghujung first half, hujan selebat-lebatnya. Basah kuyup la...Result?

1st eleven Terengganu-very good job

Alhamdulillah...Terengganu dapat score 3 manakala Perak cuma 1. Maknanya menang 3-1 dan
aggregat 5-4.

Apa yang sikit terkilan ialah keputusan pengadil. Pengadil game ni seolah-olah berlagak diktator. Pada pemerhatian aku, sekurang-kurangnya 13 keputusan pengadil yang kurang tepat dan memihak kepada team opponent. Kepada FAM, perlu ada sistem penilaian terhadap pengadil.

5 KEJADIAN TSUNAMI PALING DAHSYAT

1. Tsunami Pada Zaman Yunani

Dicatatkan sebagai kejadian tsunami pertama direkodkan dalam sejarah. Ia berpunca dari letupan gunung berapi di Pulau Santorini. Ketinggian tsunaminya mencecah sehingga 15 meter berlaku pada tahun 1500 sebelum masihi. Kejadian itu turut melenyapkan sebuah tamadun dikenali Minoa yang turut mengorbankan 100,000 nyawa.

2. Tsunami Di Portugal, Sepanyol Dan Maghribi

Tsunami ini berlaku akibat gempa bumi yang berpusat di bawah tanah Lautan Atlatik telah memusnahkan bandar Lisbon, Portugal; beberapa bahagian di Sepanyol dan Maghribi. Peristiwa yang berlaku pada tahun 1755 telah mengorbankan lebih 60,000 nyawa.


Jumaat, Mac 18, 2011

NOTA PADAT HBHE 2203

hbhe2203

TSUNAMI BADAI JEPUN




Semua orang dah tahu tsunami yang melanda Negara Matahari Terbit tu. Berita yang paling hangat di dunia pada waktu ni.

Semoga rakyat Jepun tabah hadapi dugaan yang dahsyat ni. Rakyat Jepun memang terkenal dengan ketabahan dan semangat juang yang tinggi. Mendapat inspirasi daripada pahlawan samurai mereka ketika era pemerintahan Emperor.

Bukan sekali dua bencana, malapetaka dan kesan kemusnahan akibat peperangan yang dideritai rakyat negara Timur Jauh itu. Semua tahu kesan akibat pengguguran bom atom di Hiroshima dan Nagasaki era Perang Dunia II.

Tidak banyak negara/bangsa yang mampu bangkit dan berdiri gagah selepas kemusnahan besar akibat perang tersebut. Namun rakyat Jepun membuktikan mereka mampu bangkit dan menguasai dunia.

Ada rahmatnya tsunami ini tidak menimpa Malaysia. Kerana ternyata rakyat kita tidak sekuat Jepun. Rakyat kita berada dalam zon selesa dan manja. Langsung tidak bersedia untuk menghadapi saat kritikal dan penuh azab. Anak-anak kita terlalu dimanjakan. Perkhemahan/aktiviti lasak yang dianjurkan oleh sekolah pun di banned dan dikutuk macam-macam. Walaupun aktiviti tu tak lah selasak mana pun dan keselamatan mereka masih terjamin.

Dalam kita mengenang kesedihan rakyat Jepun, jangan kita lupa darah dan air mata saudara seagama kita di bumi Palestin yang sudah lebih 5 dekad terseksa. Sejak 1948 hingga sekarang, bumi Palestin dijarah dengan zalim oleh Zionis yang laknat.

Khamis, Mac 17, 2011

SEJARAH GIMNASTIK ARTISTIK (SIRI2)

Buku Gymnastics for Youth oleh Guths Muth dalam tahun 1759 hingga 1839 telah diterjemah dan disebarkan ke seluruh negara Eropah. Buku ini telah mencetus kembali minat terhadap sukan gimnastik. Terdapat dua nama yang terkenal iaitu Pehr Ling dan Jonan Ludwin pada awal kurun ke-19 dalam sukan gimnastik.

Ling telah mencipta gerakan asas dalam pendidikan jasmani dan sehingga sekarang gerakan asas ini telah diikuti oleh banyak negara. Jahn telah mengembangkan sistem gimnastik yang masih diguna pakai sehingga kini. Kelab gimnastik atau turvereine merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan ke seluruh Eropah sehingga ke Amerika Syarikat.Pada tahun 1888, Persekutuan Amatur Gimnastik telah ditubuhkan. Pada tahun 1860, skim latihan jasmani tentera bersekutu yang dikenali Staf Gimnastik Tentera telah ditubuhkan.

Dalam abad ke-18 dan 19, sukan gimnastik telah mendapat sambutan di negara-negara Scandinavia dan Jerman. Terdapat dua pandangan tentang gimnastik. Gimnastik Jerman lebih menumpu kepada pergerakan di alatan dengan penekanan kepada kekuatan otot dan daya tahan.

Gimnastik Sweideish lebih kepada pergerakan berirama.

Di negara Eropah yang penduduknya bertutur Bahasa Inggeris, gimnastik menjadi komponen dalam mata pelajaran pendidikan jasmani. Dalam Sukan Olimpik 1986, acara gimnastik pertama telah dipertandingkan dalam acara lelaki. Selepas tahun 1940 negara dari blok komunis seperti Russia, Czechoslovakia dan Jerman Timur telah menguasai keseluruhan acara gimnastik yang dipertandingkan.

Sabtu, Mac 12, 2011

SEJARAH GIMNASTIK ARTISTIK

Gimnastik merupakan sukan yang memerlukan seseorang ahli gimnastik mempunyai kekuatan, keseimbangan dan ketepatan pergerakan. Dalam kejohanan seperti Kejohanan Gimnastik Dunia dan Sukan Olimpik, setiap pasukan akan merebut tiga kategori kejuaraan iaitu berpasukan, keseluruhan dan individu untuk setiap alatan. Satu pasukan akan diwakili oleh enam peserta yang akan mempersembahkan kedua-dua pergerakan wajib dan pilihan.

Sejarah

Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Senaman beramai bagi tujuan upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradaban Cina 2000 tahun dahulu. Tamadun India dan Persia telah menggunakan senaman beramai 100 tahun selepaas itu.

Isnin, Mac 07, 2011

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD KUALA TERENGGANU UTARA


Pada 6 Mac 2011 bersamaan hari Ahad, SK Seberang Takir telah mengelolakan Kejohanan Sepak Takraw MSSD Kuala Terengganu Utara (KTU)

25 pasukan mengambil bahagian, terdiri daripada sekolah dalam daerah Kuala Terengganu Utara. Sebagai penganjur, SK Seberang Takir hantar 2 team, Team A selaku team utama dan Team B sebagai pasukan pelapis.

Ni antara aksi-aksi pemain yang mewakili pasukan sekolah masing-masing.



Ni aksi pertama team SK Seberang Takir (SKST) A. Perlawanan pertama berakhir dengan kemenangan yang meyakinkan. Pemain SKST berjersi oren. Tengok aksi tekong tu. Servis kuda tu..
Para penonton memenuhi gelanggang pertandingan setiap kali team SKST berjuang
Eh..terupload. Ngan Guru Besar, En. Omar b. Muda



Lagi servis kuda dari tekong SKST A, Haikal
Pemain SKST A (jersi oren) bersama jurulatih merangkap orang kuat team sepak takraw SKST bergambar bersama pasukan SK Pulau Redang sebelum aksi final.

Aksi final SK Seberang Takir bertemu dengan SK Pulau Redang. Masa ni suasana memang gamat dengan sorakan penyokong. Tiupan vuvuzela pun ada. Memang sakit telinga la..
Akhirnya, dinobatkan sebagai juara mutlak setelah membelasah SK Pulau Redang 21-15 dan 21-11 pada final.
Bersama pasukan juara, SK Seberang Takir A
Keputusan penuh:
Johan         : SK. Seberang Takir A
Naib Johan : SK. Pulau Redang
Ketiga        : SK Bukit Tunggal B
Keempat    : SK Batu Rakit A

Tekong Terbaik                   : SK Seberang Takir
Apit Kanan (Killer) Terbaik : SK. Seberang Takir
Apit Kiri (Feeder) Terbaik   : SK. Pulau Redang















Sabtu, Mac 05, 2011

CENTRALISED TRAINING


Lepas 3 hari melapor diri di SK. Seberang Takir, Kuala Terengganu baru hari ni aku ada kesempatan untuk tengok latihan pusat team sepak takraw sekolah. Latihan dikendalikan oleh Cikgu Mohd Annuar, dan dibantu seorang bapa kepada ahli pasukan.


Latihan pusat ni sebagai persediaan untuk menyertai Kejohanan Sepak Takraw MSSD Kuala Terengganu Utara (MSSD KTU) Bawah 12 Tahun yang akan diadakan 6 Mac 2011 (eh..esok la)

Kejohanan tu akan diadakan di SK Seberang Takir selaku tuan rumah dan pengelola. Jadi selaku tuan rumah, kena la bekerja kuat. Pertamanya, supaya kejohanan tu berjalan lancar. Keduanya, supaya tidak setakat berjaya sebagai penganjur terbaik tapi juga muncul pemenang.



Secara jujurnya, berdasarkan pemerhatian aku petang tadi aku rasa budak-budak ni ada potensi untuk jadi johan. Dengan corak permainan matang, servis yang baik, killer yang brutal, dan pengalaman yang ada, Insya Allah SK Seberang Takir akan muncul pemenang. Apapun, kita tunggu esok.


PERGERAKAN PENDIDIKAN

Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi asas kepada pergerakan artistik dan gimnastik irama.

Gimnastik Pendidikan

Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi asas kepada pergerakan artistik dan gimnastik irama. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan berasaskan lapan tema iaitu:

Jumaat, Mac 04, 2011

GIMRAMA

+ Gimrama merupakan salah satu disiplin sukan gimnastik
+ Gimrama telah diiktiraf sebagai gerakan gimnastik oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG)
+ Pergerakan gimrama berkodinasi tinggi dan bersifat estetik serta mesti dilakukan secara licin dan berterusan
+ Pergerakan asas gimnastik berirama dipercayai mula diperkenalkan sejak seabad yang lalu di benua Eropah
+ Pada tahun 1962, FIG telah mengiktiraf gimnastik berirama moden sebagai suatu sukan tersendiri
+ Pertandingan gimrama di peringkat antarabangsa yang pertama ialah Kejohanan Gimrama Sedunia yang berlangsung di Budapest, Hungary tahun 1963
+ Sukan gimrama telah dipertandingkan buat pertama kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat
+ Dalam sukan gimrama, peralatan merupakan keperluan yang asas
+ Gimnas biasanya akan memulakan latihan dengan lima peralatan yang telah diiktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) iaitu bola, tali, reben, gelung dan belantan


[Sumber: Modul HBPE2103 OUM]

Selasa, Mac 01, 2011

TERENGGANU vs JOHOR FC


Orait..Tahun ni kali pertama aku masuk stadium tengok game bola. Kali ni di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu. Perlawanan Liga Super 2011 antara Terengganu lawan Johor FC.



Gambar ni dirakam selepas tamat perlawanan. Sori la, gambar blur sebab cuma snap guna camera handphone je.

Keputusan?


Seperti tertera pada scoreboard. Perlawanan memihak tuan rumah dengan keputusan 3-0. Gol pertama Terengganu oleh Manaf Mamat, assist by Ashaari Shamsuddin. Gol kedua Ismail Faruqi menerusi sepakan percuma menarik dan jaringan ketiga oleh Ashaari Shamsuddin..

1st DAY @ SK SEBERANG TAKIR



Ni gambar di pintu masuk utama SK. Seberang Takir, Kuala Terengganu.Gambar ni pun aku ambik sambil drive je. Hari ni pulak hari pertama aku lapor diri dan bertugas di situ. Overall, everything is okey.

Sejumlah 490 orang pelajar dan 38 orang guru berkhidmat di sini. Sambutan dan penerimaan dari warga sekolah juga baik. Alhamdulillah..