SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Isnin, Jun 25, 2012

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW KFC-UTUSAN 2012 ZON SELATAN

Tarikh : 15-17 Jun 2012 Tempat : Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor. Pencapaian : SK. Seberang Takir, Terengganu Johan B12 mengalahkan pasukan Pestans B Negeri Sembilan

Ahad, Jun 24, 2012

2 SEBAB TAK NAK GI SEKOLAH

Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru...-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”

Selasa, Mei 15, 2012

FAKTOR IRFAN BAKTI?

Bicara hangat diperkatakan tentang "kemerosotan" prestasi Terengganu dalam saingan bolasepak Liga Super, Piala FA dan Piala AFC dikatakan berpunca daripada Irfan Bakti. Sengaja aku letak kemerosotan dalam " "..

Sebab sebenarnya, bukan prestasi yang merosot tapi kemerosotan yang disengajakan oleh peman. Para pemain sengaja mempamerkan aksi lesu, tidak bertenaga, tidak aggresif dan tidak mahu menang dalam  setiap permainan.Sebaliknya pemain Terengganu cuma mencari keputusan seri.

Pemain dikatakan berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan pengurusan tertinggi PBSNT khasnya CMJ kerana kegagalan PBSNT mengekalkan IB sebagai ketua jurulatih Terengganu musim ini. Pemain dikhabarkan memiliki chemistry yang baik dengan IB dan atas faktor inilah, pemain Terengganu bermurah hati 'menghadiahkan' 6 gol kepada Selangor ketika tewas kepada pasukan bimbingan IB itu 1-6 di Shah Alam. Hadiah 6 gol itu bagi memberi amaran kepada PBSNT bahawa betapa hebatnya IB sehingga mampu membolosi gawang Terengganu sebanyak 6 kali dalam satu perlawanan. Hakikatnya Selangor bukanlah pasukan perkasa musim ini sehingga mampu membelasah Terengganu dengan 6 gol.

Sebagaimana Chelsea, AVB disingkirkan kerana kuasa pemain. Di Terengganu, MZMA menjadi mangsa keadaan. Kepada PBSNT, buatlah sesuatu. Kekalahan demi kekalahan amat perit diterima peminat setia dan seluruh rakyat Terengganu. Kepada pemain, semata-mata memuaskan hati sendiri, maruah bolasepak Terengganu anda gadaikan. Jutaan hati rakyat Terengganu anda guriskan. Di saat Terengganu muncul kuasa sukan negara, masih wujud watak-watak hitam yang menjadi parasit. Pelik; kenapa pemain berstatus bintang ini tidak menjadikan atlet lumba basikal sebagai contoh. Nama-nama seperti Annuar Manan, Adiq Hussaini, Saufi Mat Senan, adik beradik Harrif dan Zamri Salleh, dan Fatehah Mustapa dan tentunya Azizul Hasni yang bertaraf dunia semuanya anak jati Terengganu yang cekal sehingga bergelar Olimpian di Sukan Olimpik London 2012.

Sumber: Kedaikopisebelahrumah.........



Rabu, Mei 02, 2012

MSSM (KEBANGSAAN) SEPAK TAKRAW 2012

1. Kejohanan Sepak Takraw MSSM Kebangsaan berlangsung di Melaka pada 16-19 April 2012 lalu.

2. Pasukan Bawah 12 Terengganu berjaya muncul pemenang tempat ketiga bagi kedua-dua acara iaitu antara regu dan berpasukan.

3. Lebih manis, tekong Terengganu iaitu Mohd Aidil Haikal bin Abdul Ghani; pelajar SK. Seberang Takir telah dipilih sebagai tekong terbaik peringkat kebangsaan.

Mohd Aidil Haikal (tengah)
4. Ini bermakna, Aidil Haikal yang digeruni dengan keupayaan melakukan servis kuda memegang ranking no. 1 tekong kebangsaan. Selamat Maju Jaya Mohd Aidil Haikal...


Team Terengganu yang muncul pemenang tempat ke-3 berpasukan dan antara regu









Rabu, April 18, 2012

KEM TERENGGANU PANAS?

Kesebelasan Terengganu sewaktu menentang Lion XII di Stadium Jalan Besar, Singapura.






Perlawanan Liga Super membabitkan aksi Terengganu menentang Negeri Sembilan di Stadium Paroi malam tadi merupakan antara perlawanan Liga Super paling membosankan bagi musim ini. Tempo permainan yang perlahan diselangi dengan corak hantaran yang lemah dan tidak menepati sasaran mendedahkan berlaku kepincangan dalam kem pasukan Terengganu. Berdasarkan senarai nama barisan pemain, mustahil corak permainan sedemikian rupa boleh dipamerkan pemain Terengganu. Diperkuatkan dengan kembalinya 3 tonggak Harimau Muda yang menjuarai Piala AFF dan emas di dua temasya Sukan Sea, ditambah pula nama-nama besar yang sedia ada yang hampir keseluruhannya mewakili pasukan kebangsaan, tambahan pula kelompok pemain yang telah pun lama bersama; sejak kejayaan memenangi 3 temasya SUKMA berturut-turut, gaya permainan sedemikian langsung tidak dapat diterima peminat setia bola sepak Terengganu.

Oleh itu, wujud teori konspirasi menyatakan kem Terengganu kini sedang bergolak. Pergolakan mungkin berlaku di kalangan pemain. Hal ini diperkuatkan lagi dengan boleh dikatakan tiada komunikasi langsung antara pemain semasa beraksi di atas padang. Para pemain langsung tidak berkomunikasi sesama sendiri. Wajah para pemain Terengganu juga menunjukkan air muka yang tegang. Situasi ini saya dapat lihat sejak beberapa perlawanan yang lalu sama ada menerusi siaran langsung di kaca tv mahupun aksi di SSINS.

Pemain import Terengganu dari Liberia, Forkey Doe yang pada aksi awal Liga Super sangat dominan di mana gol demi gol dijaringkan semakin kekurangan idea untuk melepasi benteng lawan. Pemain ini beraksi seperti primadona di atas padang dengan sering kali merungut menyalahkan rakan sepasukan. Sikap tamak dan memegang bola terlalu lama juga sering dipamerkan Doe sehingga merugikan pasukan. Dari kaca mata aku, Doe boleh reject dah kalau permainannya tidak berubah.

Kepada pegawai PBSNT, buatlah sesuatu sebelum terlambat. Sebagai peminat setia, aku sentiasa doakan yang terbaik buat team. Kepada para pemain, tolong bersikap profesional. Masalah luar padang antara kamu tolong jangan bawa masuk ke dalam padang ketika beraksi. Sekali lagi aku ulangi, sila bersikap PROFESIONAL kerana kamu ialah pemain profesional.

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSM TERENGGANU 2012

Setelah mengungguli Kejohanan Peringkat MSSD Kuala Terengganu Utara, para pemain takraw SK. Seberang Takir terpilih mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri. Kejohanan berlangsung di Akademi Bomba Wakaf Tapai, Marang pada 30-31 Mac 2012 lalu.

Skrip yang sama berulang sebagai mana tahun lepas apabila sekali lagi muncul naib johan peringkat negeri. Jika pada tahun 2011 tewas pada perlawanan akhir kepada MSSD Besut, kali ini terpaksa akur pula dengan kehebatan regu MSSD Hulu Terengganu dengan keputusan 1-2 pada aksi final.

Walau bagaimanapun, syabas dan tahniah kepada pemain takraw yang telah menunjukkan aksi terbaik. Sememangnya anda berbakat besar..



Rabu, Mac 07, 2012

PIALA AFC - SONG LAM NGHE AN vs TERENGGANU



Perlawanan Piala AFC pusingan pertama menemukan wakil Malaysia, Terengganu dengan wakil Vietnam (nama kelab Vietnam ni susah sikit nak sebut). Perlawanan berlangsung di Vietnam jam 5.00 petang.

Dalam perlawanan ni, Terengganu menang 1-0 hasil jaringan Manaf Mamat yang bijak menyudahkan hantaran cantik Forkey Doe bagi menghadiahkan 3 mata berharga buat Terengganu.

Berbanding aksi Liga Super terakhir menentang Kuala Lumpur sebelum berlepas ke bekas negara komunis itu, Terengganu mempamerkan aksi yang lebih tersusun dan kemas menerusi gerakan yang direncanakan Ismail Faruqi dan Baiano.

Sharbinee Allawee juga menunjukkan aksi terbaik dengan menafikan beberapa cubaan lawan dibantu back four Terengganu yang kemas bertahan.

Keputusan lain dalam kumpulan yang sama: Kitchee SC (Hong Kong) 3-1 Tampines Rovers (Singapura)

Khamis, Mac 01, 2012

TERENGGANU CITY NIGHT GAMES 2012-SEPAK TAKRAW

  

Majlis Sukan Negeri Terengganu telah menganjurkan Terengganu City Night Games bertujuan mencungkil bakat-bakat muda dari serata pelusuk negeri untuk perancangan jangka panjang. Kejohanan yang berlangsung sebanyak 8 sirkit bermula dengan Sirkit 1 pada 27-28 Jan dan Sirkit 2 pada 17-18 Feb 2012 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak.

Sebanyak 30 jenis sukan dipertandingkan dengan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Sukan Sukma, Sukan Tunas Harapan dan Sukan Lasak/Massa. Antara jenis sukan yang dipertandingkan ialah bowling, olahraga, angkat berat, akuatik, gimnastik, bola sepak, bola tampar, tinju, perahu layar, memanah, silat, sepak takraw, golf, wusyu, petanque, boling padang, motocross, drift dan catur. 

Dalam dua sirkit awal, pasukan sepak takraw SK. Seberang Takir muncul johan dalam kedua-dua sirkit menewaskan pasukan dari Kemaman. Diwakili oleh Mohd Aidil Haikal Ghani (tekong), Muhd Syahid Ruzli (apit kanan) dan Muhd Hilmi Izudin Zulkarnain (apit kiri) serta Muhd Zulhakim Zolkepeli (simpanan), dan dilatih oleh Cikgu Mohd Annuar Ngah serta En. Ghani; pasukan SK. Seberang Takir mudah mengetepikan cabaran lawan.

Jumpa lagi Sirkit 3 16-17 Mac 2012..

Khamis, Januari 12, 2012

AKU MELAYU!!!

Aku sedih sangat dengan apa yang berlaku dalam politik di Malaysia tahun-tahun ke belakang ni. Politik yang memecah belahkan kaum Melayu. Nampaknya jurang politik di kalangan orang Melayu makin luas.

Kita ambil beberapa kisah. Kisah terbaru ialah perhimpunan 901 baru-baru ni. Perhimpunan sempena keputusan mahkamah ke atas DSAI atas tuduhan meliwat Saiful. Sedihnya apabila 2 kumpulan bertentangan bergaduh, bertumbuk sesama sendiri ialah orang Melayu. Satu kumpulan penyokong DSAI manakala satu lagi kumpulan penyokong Saiful. Aku pun hairan. Bergaduh, bertumbuk, maki hamun sampai ke dalam masjid berhampiran. Nampaknya orang Melayu tak hormat dah institusi masjid ni. Perhimpunan kali ni membuka lembaran baru dalam perhimpunan jalanan di Malaysia apabila 3 bom buatan sendiri meletup menyebabkan kecederaan kepada 5 orang awam.

Kisah kedua tindakan mahasiwa UPSI berhimpun dan bertempur dengan pasukan keselamatan. UPSI ni tempat melahirkan graduan pendidikan. Dan mereka ni akan jadi guru. Apa tanggapan orang awam apabila mereka ini menjadi guru kelak.


Kisah ketiga perhimpunan Bersih 2.0 yang dianjurkan oleh S. Ambiga. Dengar nama pun kita tahu Ambiga dari bangsa apa. Sedihnya, bangsa yang paling ramai, bangsa yang sanggup berada di barisan hadapan dan bangsa yang sanggup menumpahkan darah untuk Ambiga ni ialah bangsa yang sama dengan aku. Senyum lebar Ambiga dan sebangsa dengannya bila orang Melayu bersatu untuk Ambiga.

Kita pergi ke hal lain. Beberapa kali masjid di negara kita disimbah cat dan diletakkan babi dengan yang terbaru berlaku di Johor minggu lepas. Tapi orang Melayu tidak bangun pun menunjukkan kemarahan. Setakat 2,3 orang je. Satu lagi, beberapa kali media memainkan isu murtad bertujuan untuk menyatukan orang Melayu. Tapi malangnya, dalam hal akidah pun orang Melayu masih nak berpolitik. Kalau 20,30 tahun dulu bila isu murtad dimainkan, umat Melayu dari serata pelusuk negara akan bangkit untuk bersatu. Tapi tidak lagi sekarang. Ambil contoh kes Natrah di Singapura. Melayu sanggup mati demi menyelamatkan akidah seorang muallaf. Tapi sekarang bila ribuan Melayu murtad, Melayu tetap relax..

Aku bukan ahli mana-mana parti politik dan tidak akan menjadi ahli pun. Kita selalu melemparkan tuduhan kepada bangsa Arab tidak bersatu dalam isu Palestin. Tapi kita sendiri pun sama. Jangan satu masa nanti kita menjadi seperti Palestin. Nauzubillah..Aku sayang Tanah Melayu ni...Aku sayang bangsaku

LIGA SUPER 2012-GENDANG PERANG BERMULA

Tanggal 10 Januari 2012, musim baru Liga Malaysia bermula dengan rasminya. Pasukan Terengganu yang dibelenggu masalah pendaftaran pemain import telah membuat temujanji dengan Perak di Stadium Perak, Ipoh.

Dengan hampir keseluruhan barisan kesebelasan utama dibarisi anak jati Terengganu, Penyu selaku Johan Piala FA, Finalis Piala Malaysia dan Naib Johan Liga Super musim 2011 tampil dengan memikul harapan tinggi penyokong setia.

Namun, mutu permainan hambar ditunjukkan kedua-dua Terengganu dan Perak meski pun pasukan tuan rumah diperkuatkan dengan 2 pemain import.

Akhirnya, pemain import Seladang menghasilkan gol tunggal perlawanan untuk memisahkan kedua-dua pasukan.

Nampaknya, masalah pemain import Terengganu terus menjadi isu panas apabila Menteri Besar dengan tegas menyatakan PBSNT akan menyaman FAM kerana pekeliling yang dihantar jelas memberikan kelonggaran kepada Terengganu untuk mendaftarkan pemain import sehingga 8 Januari. Dato' Ahmad Said juga menegaskan kerajaan negeri tidak teragak-agak membawa kes ke mahkamah dan mengancam untuk menarik diri dari Liga Malaysia.

Kita tengok pulak reaksi Hamidin..

Di SSINS pula, T-Team menempah pertemuan dengan Kedah. Penyu Muda mempamerkan sifat garang dengan membelasah Kedah 3-0 hasil 2 jaringan Faiz Subri dan gol menarik Zairo Anuar menerusi sepakan sudut yang terus menerjah jaring Hijau Kuning.