SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Selasa, Februari 16, 2010

HBAE1403 PSV-assiment

Rumusan HBAE1403 PSV


MENGGAMBAR
- Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid.
- Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.
- Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid.
- Kegiatan yang dicadangkan untuk membuat gambar ialah seperti lukisan, catan, cetakan, kolaj, montaj, gosokan, resis, percikan dan mozek.
- Aktiviti menggambar dapat memberi kesedaran terhadap Asas Senireka dalam hasil kerja.
- Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid.
- Menggambar adalah satu representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi.
- Menggambar mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan ke atas permukaan rata.
- Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang.
- Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai.
- Bidang menggambar mempunyai hasil pembelajaran yang berbeza mengikut tahap umur murid.
- Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian.
- Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui empat cara iaitu peringkat penerangan, analisis, intepritasi dan penilaian.
- Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.


LUKISAN
- Lukisan didefinisikan sebagai lanjutan dari aktiviti membuat lakaran demi lakaran dengan menggunakan berbagai jenis media kering. Ianya dilakukan di atas permukaan yang rata.
- Lukisan dihasilkan dengan menggunakan berbagai media kering.
- Setiap alat, media dan bahan yang digunakan untuk melukis mempunyai kesan garisan, ton yang tertentu.
- Pemilihan menggunakan alatan, media dan bahan tertentu adalah amat penting dan perlu disesuaikan dengan jenis kertas sebelum menghasilkan sesebuah lukisan.
- Unsur seni garisan adalah amat penting dan berguna untuk menghasilkan lukisan pelbagai teknik.
- Berbagai-bagai teknik boleh dihasilkan dalam sesebuah lukisan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan.
- Mengenal pasti tema dan subjek sebelum mula melukis adalah amat penting supaya pengajaran dan pembelajaran lebih teratur.
- Teknik gabung jalin pelbagai aspek perlu diambil kira dalam sesebuah lukisan yang bermutu.
- Lukisan boleh dihasilkan sama ada dengan cara berwarna atau tidak berwarna.
- Kemahiran mengaplikasikan berbagai alat, media, bahan dan teknik akan menghasilkan lukisan yang terbaik.
- Aktiviti pemahaman dan penghargaan amat penting dijalankan setelah selesai mengadakan aktiviti lukisan.
- Untuk menghasilkan sesebuah lukisan perlu dimulakan dengan langkah-langkah yang tertentu iaitu dari aras mudah ke aras sukar.

KEGIATAN MEMBUAT CATAN
- Catan adalah satu proses gambaran pemikiran secara nyata.
- Dihasilkan melalui sapuan warna-warna basah ke atas satu permukaan rata.
- Adalah satu hasil kerja estetik dipersembahkan secara 2D.
- Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar.
- Perkara yang paling penting dalam proses mewarna ialah kawalan kepekatan campuran warna dan air.
- Warna poster mempunyai sifat legap dan tebal.
- Warna air bersifat lutsinar dan lembut.
- Cat akrilik sesuai dihasilkan di permukaan kanvas.
- Cat minyak perlu dicampur minyak linsid untuk mencairkan warna dan sesuai di permukaan kanvas.
- Cat tempera lebih bersifat lutsinar juga sesuai di atas kanvas.
- Cat gouache cepat kering manakala fresko sesuai digunakan di permukaan dinding/mural.
- Pemilihan tema atau tajuk penting sebelum memulakan proses mencatan.
- Berus yang berbagai jenis mempunyai fungsi yang tersendiri.
- Berbagai jenis teknik boleh digunakan untuk menghasilkan catan.
- Warna asas terdiri daripada tiga warna.
- Warna sekunder ialah hasil campuran dua warna asas.
- Warna tertier adalah campuran warna asas dengan warna sekunder.
- Warna monokrom dihasilkan dengan campuran warna putih atau hitam.
- Warna penggenap adalah warna yang bertentangan dalam roda warna.
- Warna harmoni terdiri dari beberapa warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna.
- Ton warna ialah nilai cahaya yang wujud hasil dari warna gelap atau terang pada sesuatu objek.
- Kroma warna ialah campuran warna penggenap dalam roda warna dengan intensiti yang berbeza.
- Warna natural atau pastel ialah warna persekitaran yang tidak terdapat dalam warna asas, sekunder atau tertier.
- Warna boleh diterjemahkan dalam pelbagai perspektif iaitu dari sudut budaya setempat, segi psikologi, aspek asas senireka, situasi tertentu dan simbol.
- Menghargai sesuatu hasil seni dapat berkomunikasi dan dapat menyuarakan isi hati.

KEGIATAN MEMBUAT KOLAJ
• Kolaj ialah satu komposisi artistik yang mengandungi berbagai imej.
• Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata.
• Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.
• Pelekat-pelekat dan alatan yang digunakan dalam menghasilkan kolaj mempunyai kegunaannya yang tersendiri.
• Berbagai jenis permukaan boleh digunakan dalam menghasilkan kolaj bergantung kepada jenis bahan-bahan yang hendak digunakan.
• Teknik-teknik yang berbagai dalam kolaj mempunyai kesan yang berlainan pada setiap kolaj yang dihasilkan.
• Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tema terlebih dahulu.
• Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid.
• Langkah permulaan menghasilkan kolaj ialah dengan membuat lakaran untuk mendapatkan idea atau tema.
• Penekanan terhadap warna pada latar belakang, rupa, bentuk, ruang, yang berkaitan dengan tajuk perlu diutamakan semasa menghasilkan kolaj.
• Langkah terakhir yang sangat penting dan perlu dititikberatkan ialah memperlihatkan kejadian sebenar.
• Aktiviti kolaj banyak melibatkan koordinasi tangan dan mata, ketekunan dan perasaan individu.
• Dalam aktiviti kolaj, guru harus menyesuaikan tahap umur murid-murid dengan aktiviti kolaj yang hendak dijalankan.
• Tahap keupayaan murid boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu tahap manipulatif, tahap simbolik, dan tahap realistik.
• Tahap manipulatif ialah tahap di mana murid suka meneroka, mencari bukti dan mendapatkan keseronokan.
• Tahap simbolik ialah tahap di mana murid boleh menjalani eksperimen mudah dan suka terhadap sesuatu benda.
• Tahap realistik ialah tahap di mana murid berada di peringkat matang dan boleh meluahkan perasaan melalui hasil kerja mereka.

KEGIATAN MEMBUAT MONTAJ
- Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama.
- Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum.
- Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj.
- Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.
- Teknik superimpose, image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj.
- George Grosz (1915) menggabungkan warna-warna basah (seni halus) dan elemen-elemen fotografi superimpose dalam karya montajnya.
- Pelukis dari pergerakan aliran Dadaisme di Berlin banyak menghasilkan aktiviti montaj dalam seni rupa moden.
- Pameran pertama dunia dalam foto montaj telah diadakan di German pada 1931.
- Murid-murid di tahap dua perlu didedahkan dengan membuat penerokaan berdasarkan pemerhatian dengan menggunakan komputer dalam aktiviti seni.
- Alat, media dan teknik untuk menghasilkan montaj perlu disesuaikan dengan kemudahan yang ada.
- Aktiviti montaj boleh digabungkan dengan aktiviti catan, kolaj dan mozek.
- Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap, alam benda, figura dan corak huruf.
- Montaj yang berkualiti menggabungkan unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dalam hasil kerja.
- Subjek matter yang diguna dalam montaj boleh diulang untuk mendapatkan kesan keseragaman.
- Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati.
- Garisan grid yang digunakan dalam montaj adalah sebagai rangka panduan untuk mereka letak subjek dalam sesebuah gubahan.
- Aktiviti montaj yang menggunakan image editing software dapat menarik minat murid menghasilkan montaj.

KEGIATAN MEMBUAT CETAKAN
• Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni yang diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat.
• Cetakan dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan.
• Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat.
• Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata.
• Chew Teng Beng dan Long Thien Shih adalah di antara pakar seni grafik tanahair.
• Alat dan media cetakan boleh dikategorikan kepada tiga bahagian seperti alam semulajadi, alam benda dan bahan terbuang.
• Jenis cetakan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tahap pengenalan, pertengahan dan tahap lanjutan.
• Teknik bayangan gelap, teknik bayangan putih, teknik luar gelap dan teknik luar putih adalah diantara teknik cetakan yang popular dihasilkan.
• Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.
• Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu diambilkira terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu.
• Tema dan tajuk cetakan yang berbagai-bagai perlu disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
• Aktiviti cetakan di peringkat pengenalan merujuk kepada pendekatan cara mudah dihasilkan.
• Aktiviti cetakan di peringkat pertengahan merujuk kepada pendekatan penyelesaian masalah.
• Aktiviti cetakan di tahap lanjutan merujuk kepada pendekatan Âopen minded problemÊ.
• Hasil karya boleh dinilai, dikritik dan dihargai berdasarkan dari beberapa sudut iaitu sudut diskripsi, analisa, interpretasi dan penilaian.

KEGIATAN MEMBUAT GOSOKAN
• Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
• Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan bebagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan.
• Alatan dan bahan yang digunakan dalam aktiviti membuat gosokan boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu alatan dari alam semulajadi dan alatan dari benda buatan manusia.
• Penggunaan pensil dan pensil warna akan memberikan kesan jalinan yang halus.
• Jalinan yang dihasilkan daripada kapur dan pastel adalah bahan rapuh dan tidak kekal lama.
• Krayon memberikan kesan tebal dan nyata apabila diaplikasikan ke atas jalinan.
• Penggunaan arang dalam aktiviti gosokan akan menghasilkan jalinan yang mudah rosak.
• Hasil jalinan dari aktiviti gosokan boleh disimpan dengan baik apabila menggunakan semburan pemati warna ke atas jalinan tersebut.
• Teknik gosokan yang pelbagai akan menghasilkan kesan jalinan yang menarik.
• Penentuan tema sebelum pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk menghasilkan kerja yang baik.
• Gabungan beberapa kegiatan menggambar adalah satu hasil kerja yang unik.
• Cadangan-cadangan positif dan negatif yang dikemukakan sekurangkurangnya dapat memberi perubahan dan mempertingkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran di antara guru dan murid di masa akan datang.

KEGIATAN MEMBUAT RESIS
• Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin.
• Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas.
• Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas.
• Teknik tindihan lilin keatas lilin yang lain boleh dijalankan dalam aktiviti resis.
• Teknik resis membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar.
• Teknik resis adalah satu hasil kerja yang unik kerana ia menggunakan lilin sebagai menggantikan alatan biasa yang digunakan.
• Gabungan warna-warna air dan lilin digunakan dalam proses menghasilkan resis.
• Warna tempera bertindak sebagai lilin dalam aktiviti menghasilkan resis.
• Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan.
• Teknik renyukan digunakan dalam proses aktiviti resis batik kertas.
• Perekat getah bertindak sebagai lilin dalam aktiviti resis.
• Resis secara positif dan negatif menggunakan kapur putih dan lilin dalam proses menghasilkan resis.
• Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin pada corak batik.
• Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut.
• Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.
• Terdapat empat cara pendekatan dalam membuat kritikan seni iaitu pendekatan induktif, deduktif, empati dan interaktif.

KEGIATAN MEMBUAT PERCIKAN
• Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan.
• Percikan dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik.
• Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.
• Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik.
• Teknik renjisan yang sama akan menghasilkan percikan yang kemas.
• Percikan dan titikan atau ÂstipplingÊ adalah dua kaedah yang berlainan.
• Percikan biasanya dihasilkan secara tidak sengaja dan bebas.
• Percikan boleh dihasilkan ke atas permukaan kertas yang telah diwarna dengan warna basah terlebih dahulu.
• Percikan boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna.
• Percikan boleh diulang ke atas permukaan yang sama.
• Percikan yang halus dan seragam boleh diaplikasikan dalam teknik semburan.
• Percikan menggunakan penggelek adalah satu aktiviti yang rumit dan tidak terkawal.
• Percikan dengan jari akan menghasilkan percikan yang tidak sekata.
• Percikan dengan tumbuh-tumbuhan boleh juga dijalankan.
• Pita pelekat dan surat khabar bertindak sebagai alat untuk mengelakkan lebihan percikan terjadi ke atas permukaan yang tidak diingini.
• Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan.
• Apresiasi seni yang dijalankan di sekolah rendah haruslah dijalankan secara konkrit dan skop yang terhad.
• Perbincangan yang hendak dijalankan oleh guru dan murid-murid haruslah menarik minat murid.
• Perbincangan secara berkumpulan dan membuat pameran di bilik darjah daripada hasil kerja yang dibuat adalah aktiviti yang sangat penting.
• Guru patut menggalakkan murid memberi komen secara Âopen endedÊ.
• Guru perlu menggunakan soalan-soalan yang positif kepada murid apabila membuat perbincangan.
• Perbincangan dan pendedahan tentang sesuatu hasil karya seni dilihat dari sudut perspektif, cadangan-cadangan dan idea-idea dikatakan telah memahami nilai estetik.
• Perbincangan secara berkumpulan dianggap pencetus kepada pemikiran kritikal dianggap sebagai satu teknik pembelajaran yang bermakna.
• Pameran hasil kerja adalah satu cara membina penghormatan diri dan penerimaan sikap yang positif.
• Guru harus peka terhadap persepsi yang dikemukakan oleh murid tentang sesuatu hasilkerja dari aspek budaya, fungsi, perasaan, keaslian, kreativiti, teknik penghasilan, tujuan dan objektif.
• Guru memainkan peranan yang penting dalam menjalankan apresiasi seni.
• Perkara-perkara yang perlu diambilkira apabila menjalani proses menganalisa kerja seni ialah dari aspek tokoh, tajuk/tema, masa, Âsubjek matterÊ, alatan, media, teknik, asas senireka, sejarah dan kejayaan sesuatu konsep atau idea.
• Penilaian sesuatu hasil kerja boleh dinilai dalam bentuk skala dari satu (lemah) hingga sepuluh (terbaik).
• Pelukis barat yang banyak mengaplikasikan hasil karyanya dalam aktiviti percikan ialah Jackson Pollock.

KEGIATAN MEMBUAT MOZEK
• Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata.
• Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar.
• Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semula jadi atau buatan manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar.
• Orang Greek, Roman dan Kristian mula-mula seni menggambar menggunakan teknik mozek.
• Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah dan pada bangunan-bangunan di luar sekolah.
• Terdapat tiga jenis teknik menghasilkan mozek iaitu secara Âdirect methodÊ, Âindirect methodÊ dan Âdouble direct methodÊ.
• Setiap teknik dalam aktiviti mempunyai perbezaan dari segi penggunaan alatan, bahan dan media.
• Potongan kertas boleh dijalankan dengan berbagai bentuk dan tidak terhad kepada satu bentuk sahaja.
• Tips untuk mengangkat cebisan kertas dengan mudah ialah dengan cara meletakkan sedikit gam pada penghujung alatan tersebut.
• Penyesuaian warna untuk mozek perlu dibuat dengan teliti untuk menampakkan prinsip kontra pada objek yang dihasilkan.
• Teknik mozek timbul (relief) lebih sesuai menggunakan bahan-bahan timbul.
• Semburan lutsinar ke atas permukaan hasil kerja mozek menjadikan mozek lebih menarik.
• Bahan-bahan yang dilekatkan untuk menghasilkan mozek boleh di campur.
• Teknik mozek catan ialah satu-satunya teknik yang tidak memerlukan bahan untuk menampal.
• Penggunaan linguistik dan ekspresi visual penting dalam menilai sesuatu hasil kerja seni.
• Kemahiran kritis dan kreatif boleh dikembangkan bersama-sama aktiviti seni.
• Guru boleh menjalankan hasil kerja murid secara Âstudio aktiviti centred methodÊ.
• Apresiasi seni pada zaman dahulu lebih tertumpu kepada Âteacher centredÊ dan terhad kepada rujukan sedia ada, nilai sentimental, Âanecdotal accountsÊ dan artis terkenal sahaja.
• Apresiasi seni pada zaman sekarang lebih tertumpu kepada kajian, pemerhatian, cara berkomunikasi, persepsi, analisia, sintesis, penggunaan alatan dan media yang lebih meluas, perbincangan tentang isu-isu social dan kritikan membina. • Apresiasi seni boleh dijalankan berdasarkan empat peringkat iaitu diskriptif, analisa formal, interpretasi dan penilaian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan