SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Jumaat, Disember 31, 2010

WIRA PIALA SUZUKI AFF 2010



Inilah wajah wira-wira tanahair tercinta di Pertandingan Piala Suzuki 2010. Setelah 2 dekad berada di dalam zaman malap, sinar yang terang berada di hujung terowong. Kemenangan 3-0 pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Disember 2010 sememangnya membangkitkan satu fenomena sangat luar biasa di seluruh pelosok tanahair. Di mana sahaja, sesiapa sahaja secara ghairah bercerita berkenaan harapan 27 juta rakyat Malaysia yang ingin menyaksikan ngauman Harimau Malaya. Selama seminggu, seluruh media baik media cetak mahupun media elektronik memberikan liputan begitu meluas terhadap pasukan kebangsaan. Tidak pernah dalam sejarah fenomena sebegini wujud di Malaysia sebelum ini.

Akhirnya tepat jam 9.53 malam 29 Disember 2010, piala rebutan sah menjadi milik kita semua dengan aggregat 4-2. Biarpun tewas 1-2 pada perlawanan akhir pusingan kedua di Stadium Gelora Bung Karno(walaupun mendahului 1-0). Dan sememangnya mereka berhak diberi pujian atas kecekalan, disiplin, kekuatan mental, semangat berpasukan, dan segala macam pengorbanan yang telah dihadapi dalam menghadapi penyokong fanatik Indonesia. Hasilnya, hampir semua pihak; dari rakyat biasa hinggalah menteri kabinet melimpahkan kata pujian malahan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan Juamaat 31 Disember sebagai cuti umum. Pujian juga datang dari Rio Ferdinand, bek tengah England dan Manchester United yang mengetuai pasukan MU menentang Harimau Muda awal tahun lalu.

Sekali lagi ucapan tahniah untuk harimau..Pemain yang berjiwa besar.

Harapan, semoga pasukan ini terus digilap dan tidak besar kepala. Ambil tauladan dari pasukan terdahulu iaitu skuad bimbingan Allan Harris. Skuad ini pada masa itu digambarkan sebagai skuad masa depan Malaysia. Dengan pemain seperti Hairuddin Omar, Akmal Rizal, Juzaili Sameon, Fadli Saari, Norhafiz Zamani Misbah dan Irwan Fadli Idrus serta Khaironnisam (sekadar menyebut beberapa nama); skuad ini akhirnya layu.

Kepada pasukan muda ini, jadikan persembahan dan kemenangan Piala Suzuki dan emas Sukan Sea Vietnam 2010 sebagai pencetus. Teruskan berjuang di bawah nama Harimau Malaya.

Kepada persatuan bolasepak negeri, bangunlah!!Terdapat persatuan negeri yang lena terlalu lama sehinggakan tiada pemain mereka dalam skuad harimau. Sepatutnya anda berasa malu untuk menumpang dan berkongsi kegembiraan ini bersama puluhan juta rakyat Malaysia yang lain. Berikut analisis sebahagian daripada 22 pemain dalam skuad harimau:

  1. Khairul Fahmi Che Mat (asal Kelantan) [mewakili Kelantan]
  2. Mohd Sharbinee Allawee (asal Terengganu) [mewakili Terengganu]
  3. Mohd Muslim Ahmad (Terengganu) [Harimau Muda]
  4. Mohd Fadhli Shas (Perak) [Harimau Muda]
  5. Mohd Faizal Mohamad (Terengganu) [Harimau Muda]
  6. Mohd Asrarudin Putra (Selangor) [Selangor]
  7. Mahali Jussaili (Selangor) [Harimau Muda]
  8. S. Kunalan (Negeri Sembilan) [N. Sembilan]
  9. Amar Rohidan (Perlis) [Perlis]
  10. Safee Sali (Selangor) [Selangor]
  11. Norsyahrul Idlan Talaha (Terengganu) [T-Team]
  12. Ashaari Samsuddin (Terengganu) [Terengganu]
  13. Amirul Hadi (Selangor) [Selangor]
  14. Syafiq Rahim (Selangor) [Selangor]
  15. Sabre Abu (Kedah) [Kedah]
  16. Razman Roslan (Selangor) [Selangor]
  17. Izzaq Faris Ramlan (Terengganu) [Harimau Muda]
  18. Amri Yahya (Selangor) [Selangor]
  19. Faizal Baharom (Kedah) [Kedah]-tidak diturunkan langsung
  20. Khyril Muhaimin (Kedah) [Kedah]-diturunkan sekali sebagai pemain gantian
  21. K. Gurusamy (Selangor) [Harimau Muda]-tidak diturunkan langsung
Nota:  ( ) negeri asal
          [ ] pasukan diwakili

Terbukti persatuan negeri yang berjaya melahirkan bintang bolasepak tanahair didominasi oleh Terengganu dan Selangor. Setelah bakat mereka digilap persatuan negeri asal, pasukan lain cuma bertindak membeli kejayaan segera dengan memancing pemain tersebut dengan ganjaran lumayan. Ini lah salah satu faktor mengapa bolasepak kita suram selama 20 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan