Sebenarnya banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan terhadap pasukan bola sepak wanita Jepun yang berjaya muncul juara dunia dengan mengalahkan USA pada final menerusi penentuan penalti 3-1 setelah terikat 2-2 sehingga tamat tambahan masa permainan.
Pasukan bergelar nadeshiko (sejenis bunga berwarna merah jambu di Jepun) yang bermaksud wanita cantik dan berani itu berjaya menjulang Piala Dunia Wanita dalam kejohanan yang berlangsung di Jerman. Dua kali ketinggalan dan dua kali juga Jepun bangkit menyamakan kedudukan. Menggambarkan semangat juang yang sangat tinggi dalam setiap rakyat Jepun. Semangat tidak pernah mengalah bagi rakyat negara samurai itu yang sememangnya sinonim dengan sejarah negara Jepun sejak era pemerintahan maharaja.
Lebih kurang 3 bulan lepas (tepatnya 11 Mac 2011), Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami yang mengorbankan ribuan nyawa dan kemusnahan harta benda dan infrastruktur teruk. Tapi pasukan ni bangkit dengan berjuang mengatasi batasan fizikal dan emosi untuk menawan dunia.

Selepas perlawanan tamat, temubual oleh wartawan ESPN dibuat dalam Bahasa Jepun. Menunjukkan dunia menghormati bangsa yang menyanjung tinggi dan memartabatkan bahasa. Kalau lah usaha memartabatkan Bahasa Melayu boleh jadi sebaik ini..