SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Selasa, Mac 16, 2010

CONTOH SOALAN & JAWAPAN HBHE 1103-SIRI 2

Contoh Soalan dan Jawapan HBHE1103 Pendidikan Kesihatan - exam sept 2007


BAHAGIAN A
Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan

1. Pendidikan kesihatan melalui tiga proses penting. Nyatakan TIGA proses penting tersebut dan huraikan SATU daripadanya.
1. Konsep asas kesihatan
Konsep dan asas kesihatan merujuk kepada apa itu kesihatan?
2. Tujuan-tujuan sebenar kesihatan
Matlamat kesihatan yang merujuk kepada pola-pola tingkahlaku kesihatan individu dan komuniti yang dikehendaki.
3. Proses pendidikan
Ianya adalah proses pemindahan ilmu, informasi dan kemahiran kesihatan melalui proses pendidikan.

2. Sebagai guru anda perlu mengetahui konsep pendidikan kesihatan KBSR. Nyatakan konsep tersebut.
‘Kesihatan pada asasnya adalah konstruk sosial. Ianya dibentuk melalui interaksi di antara manusia dengan persekitaran mereka dalam proses kehidupan seharian di mana manusia hidup, berkasih sayang, bekerja dan bermain (Kickbusch, (1997))’. Apa yang mendefinisikan kesihatan tidak hanya bergantung semata-mata kepada individu maupun faktor-faktor biologikal, malah ianya bergantung juga kepada persekitaran sosial dan budaya hidup individu tersebut. Dalam konteks ini faktor perubatan secara sendirinya tidak dapat menjelaskan mengapa dan bagaimana manusia atau individu mengidap sesuatu penyakit. Persekitaran fizikal dan persekitaran sosial juga memainkan peranan yang tidak kurang penting bagi menjelaskan fenomena ini. Adalah penting bagi Pendidikan kesihatan mengambil kira faktor-faktor sosial, persekitaran dan ekonomi dalam menentukan tahap kesihatan seseorang individu. Pendidikan Kesihatan dewasa ini seharusnya mampu menggerak manusia mengubah keadaan-keadaan serta faktor factor ini.

3. Senaraikan TIGA sistem tenaga yang digunakan untuk membekalkan tenaga ke dalam tubuh dan huraikan satu daripadanya.
(a) Sistem Phosphagen – (ATP-PCr)
Sistem tenaga tubuh yang paling mudah adalah sistem tenaga ATP-PCr. PCr singkatan
bagi ‘phosphocreatine‘ merupakan sebatian tenaga yang kaya dengan ‘phosphate’. Ianya disimpan di dalam sel-sel otot dan apabila ianya dipecahkan ia akan menghasilkan jumlah tenaga yang banyak. Tenaga yang dihasilkan oleh PCr ini tidak digunakan secara langsung oleh sel-sel tubuh malah ia menghasilkan semula ATP (Adenosine Triphosphate) bagi mengekalkan bekalan tenaga relatif yang tetap.
(b) Sistem Tenaga Asid Laktik
Satu lagi sistem tenaga yang dipunyai oleh tubuh adalah sistem tenaga asid laktik. Sistem tenaga ini melibatkan pemecahan (lysis) glukos. Sistem ini juga dikenali sebagai system glikolitik kerana ianya melibatkan proses glikolisis di mana glukos dipecahkan oleh enzim yang khusus dikenali sebagai enzim glikolitik.
(c) Sistem Tenaga Aerobik
Sistem tenaga aerobik merupakan sistem tenaga yang lebih kompleks berbanding system tenaga ATP-PCr dan sistem tenaga asid laktik. Oleh kerana sistem ini menggunakan oksigen dalam proses menjana tenaga maka sistem ini dikenali sebagai sistem aerobik. Sistem tenaga aerobik melibatkan tiga proses iaitu;
(i) Glikolisis
(ii) Kitaran Krebs
(iii) Rantaian pengangkutan elektron.

4. Nyatakan kesan kekurangan dan kelebihan vitamin D kepada kanak-kanak.
vitamin D
Kesan Kekurangan
pertumbuhan tulang kanak-kanak terjejas sehingga menyebabkan penyakit riket di kalangan kanak-kanak dan Osteomalcia di kalangan orang dewasa.
Kesan Kelebihan
Toksik, muntah-muntah, cirit-birit, keletihan, dahaga.
vitamin A
Kesan Kekurangan
penyakit rabun malam. dan kekurangan yang berlanjutan menyebabkan penyakit mata.
Kesan Kelebihan
Hypervitaminosis A , kulit kering dan mudah mengelupas, keguguran rambut, sakit tulang, kerosakan pada hati.
vitamin C
Kesan Kekurangan
penyakit skurvi dan mudah dijangkiti penyakit.
Kesan Kelebihan
Meningkatkan paras asid urik dalam air kencing dan menyebabkan penyakit gout.

5. Isikan tempat kosong di bawah dengan perkataan yang sesuai.

Kesihatan Fizikal

KESIHATAN
KELUARGA

Kesihatan Gender Kesihatan Sosial


6. Berikan definisi makanan seimbang.
Makanan seimbang ialah sajian yang mengandungi semua nutrient yang diperlukan oleh tubuh bagi memenuhi keperluan pembesaran dan memelihara kesihatan. Pengambilan makanan perlu dipelbagaikan kerana tiada satu makanan boleh digunakan sebagai panduan bagi memilih makanan secara sihat.

7. Nyatakan DUA faedah sukan dan rekreasi dari segi fisiologi.
Fisiologi merujuk pada fungsi dan proses dalam sistem tubuh badan manusia, seperti sistem pernafasan, sistem peredaran darah dan sistem otot. Orang yang aktif dalam senaman dan kegiatan rekreasi akan memperolehi faedah seperti peningkatan daya tahan kardiovaskular dan tahap kelenturannya. Faedah fisiologi yang lain termasuklah dapat mengawal koordinasinya dan meningkatkan daya tahan dan kekuatan ototnya.
Faedah senaman dan rekreasi dari segi fisiologi termasuklah peningkatan:
• daya tahan;
• kelenturan;
• koordinasi; dan
• kekuatan.

8. Nyatakan DUA kepentingan komunikasi terhadap kesihatan individu.
(a) mengeratkan hubungan antara ahli profesional kesihatan dengan para pesakit.
(b) mendedahkan individu terhadap proses mencari dan menggunakan informasi kesihatan.
(c) memperoleh sokongan individu terhadap peraturan dan cadangan klinikal yang berkaitan dengan kesihatan.
(d) membentuk dan mempromosikan maklumat-maklumat kesihatan.

9. Berikan definisi rehat dan nyatakan jenis-jenisnya.
Rehat ialah tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti fizikal atau mental atau melakukan aktiviti yang ringan. (Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan). Waktu rehat boleh digunakan untuk mengurangkan keletihan, menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Untuk merehatkan badan yang telah penat bekerja, kita boleh melakukan aktiviti ringan seperti membaca, bermain karom atau permainan dalaman yang lain. Untuk merehatkan otak yang telah penat berfikir kita boleh mendengar muzik, membaca majalah, bermain dan bersiar-siar.
(a) Rehat pasif bermakna rehat tanpa melakukan pergerakkan badan, iaitu tiada regangan otot. Tiga jenis rehat pasif yang berkesan ialah latihan mental, pembayangan gambaran dan istirehat fizikal. Kita boleh melakukan aktiviti rehat pasif dalam keadaan pasif dan dalam postur yag selesa.
(b) Rehat aktif ialah satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal untuk meregangkan otot badan. Kita boleh membuat senaman yang ringan seperti berjalan-jalan dan mengambil angin di taman bunga atau melakukan senamrobik. Senamrobik boleh dilakukan rentak muzik.

10. Nyatakan DUA matlamat MERCY.
Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY)
1. Meningkatkan kesedaran dan semangat mengambil berat, kesukareaan dan kemanusiaan di kalangan ahli tanpa mengambil kira kaum, agama dan budaya.

2. Menyediakan bantuan kemanusiaan terutama sekali dalam bentuk bantuan perubatan kepada rakyat Malaysia dan rakyat asing apabila diperlukan.

3. Mendidik masyarakat, termasuk para professional perubatan tentang bantuan kecemasan dan kerja-kerja bantuan yang berkaitan dengan perubatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan