SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Selasa, Mac 16, 2010

CONTOH SOALAN & JAWAPAN HBHE 1103

Bahagian B - Contoh Soalan dan Jawapan HBHE1103 Pendidikan Kesihatan

BAHAGIAN B
ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA SAHAJA.

1. (a) Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan individu.
1. Pengaruh individu
2. Pengaruh Interpersonal, Sosial dan Kerjaya
3. Pengaruh Persekitaran
4. Pengaruh Penjagaan Kesihatan
5. Pengaruh Komuniti

(b) Huraikan faktor-faktor yang dinyatakan pada (a) di atas.
(i) Pengaruh Individu
Gaya hidup atau tabiat tingkahlaku kesihatan, baka, kesihatan mental merupakan antara elemen-elemen kesihatan yang mempengaruhi tahap kesihatan individu. Individu yang mengamalkan gaya hidup atau tabiat kesihatan yang buruk seperti merokok, ketagihan arak dan dadah akan mendapati tahap kesihatan mereka semakin merosot dari masa ke semasa.
(ii) Pengaruh Interpersonal, Sosial dan Kerjaya
Hubungan, gaya berkomunikasi, kepuasan kerja, sokongan sosial dan interaksi kekeluargaan mempengaruhi tahap kesihatan individu. Individu yang dapat berkomunikasi dengan baik serta dapat menjalinkan hubungan positif dengan orang lain akan dapat mencapai tahap kesihatan yang baik.
(iii) Pengaruh Persekitaran
Persekitaran alam, tempat tinggal dan persekitaran kerja yang bersih, selesa, aman dan tidak tercemar meningkatkan tahap kesihatan individu. Pencemaran persekitaran mengancam kesihatan dan nyawa manusia.
(iv) Pengaruh Penjagaan Kesihatan
Rutin penjagaan kesihatan yang sistematik dan berkala menjadikan individu sentiasa berkeadaan sihat. Perkembangan teknologi terkini dalam bidang perubatan dan penjagaan kesihatan juga membantu meningkatkan taraf kesihatan.
(v) Pengaruh Komuniti
Kemudahan perkhidmatan kesihatan komuniti yang berkesan dan sistematik juga mempengaruhi tahap kesihatan individu. Kemudahan perkhidmatan kesihatan komuniti seperti klinik, hospital, pusat-pusat penjagaan membantu meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan individu.

(c) Nyatakan perkhidmatan yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan.
(i) Perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian program pendidikan dan promosi kesihatan
(ii) Pengurusan kempen-kempen seperti Kempen Cara Hidup Sihat, sambutan harihari kesihatan dan program-program khas
(iii) Penerbitan, pinjaman dan pengedaran bahan pendidikan kesihatan
(iv) Pengurusan program pendidikan kesihatan melalui media massa
(v) Pembentukan program latihan dalam bidang pendidikan / promosi kesihatan
(vi) Penyelidikan dalam bidang promosi kesihatan

2. (a) Nyatakan TIGA tunjang sukatan pelajaran Kesihatan KBSR.
1. Kesihatan Diri dan Keluarga
• konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan asas, keluarga dan masyarakat secara proses berterusan.
• Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan ke ibubapaan.
2. Gaya Hidup Sihat
• Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkahlaku berisiko secara berterusan.
• Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan penyakit.
3. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran
• Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran secara berkesan untuk meningkatkan taraf kesihatan.
• Tumpuan diberi kepada pencegahan penyakit berjangkit, keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas.

(b) Senaraikan objektif pendidikan kesihatan KBSR di sekolah.
1. mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran;
2. menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan;
3. membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman;
4. menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian; dan
5. berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.

(c) Guru perlu menilai pelajar bagi melihat keberkesanan pendidikan.
Huraikan secara ringkas ENAM tujuan penilaian pendidikan kesihatan.
(i) Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
Segala aktiviti fizikal, kognitif, bahasa, kreativiti dan kerohanian dapat dilaksanakan dengan lancar jika pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak itu normal.
(ii) Melihat perubahan pada perkembangan setiap murid.
Guru hendaklah membuat beberapa pemerhatian bagi melihat tahap penerimaan maklumat baru serta perubahan kemahiran yang dicapai oleh setiap kanak-kanak.
(iii) Membuat perancangan aktiviti.
Selepas memerhati kanak-kanak melakukan aktiviti yang diberi, guru dapat mencadangkan beberapa aktiviti lain dalam membentuk aktiviti bimbingan dan pengayaan.
(iv) Meneliti keberkesanan aktiviti, rutin dan strategi yang digunakan.espons kanak-kanak semasa aktiviti dan rutin harian dijalankan memberi gambaran berkenaan status penerimaan.
(v) Mempelajari keperluan setiap murid.
Setiap kanak-kanak mempunyai keunikan tersendiri dan kadar perkembangan mereka berbeza.
(vi) Menyelesaikan sesuatu masalah.
Guru dapat memerhati tingkah laku kanak-kanak dengan lebih jelas semasa dia berada di tadika.

3. (a) Sebagai guru pendidikan kesihatan anda perlu mengetahui system pergerakan dan perlindungan badan. Nyatakan TIGA sistem tersebut.
(a) sistem rangka
(b) sistem otot
(c) sistem integumentari

(b) Nyatakan LIMA fungsi sistem rangka.
(i) Sokongan.
berfungsi untuk menyokong tisu-tisu lembut serta menyediakan tempat lekatan otot rangka.
(ii) Perlindungan.
Organ dalaman dilindungi daripada mendapat kecederaan oleh rangka tubuh.
(iii) Pergerakan.
Otot rangka melekat pada rangka tulang. Apabila otot menguncup, ia menarik tulang dan menghasilkan pergerakan.
(iv) Penyimpanan Mineral.
Tulang menyimpan pelbagai mineral terutama sekali kalsium, fosforus yang bakal disalurkan ke bahagian-bahagian lain dalam tubuh.
(v) Penyimpanan sel darah dan penghasilan sel-sel.
Dalam tulang-tulang tertentu, tisu-tisu perantara yang dikenali sebagai sum-sum tulang akan menghasilkan sel-sel darah. Proses ini dikenali sebagai hemopoiesis.

(c) Deria dikategorikan kepada enam jenis. Huraikan jenis-jenis deria tersebut.
(i) ‘Cutaneous’
Sensasi ‘cutaneous’ terdiri daripada sensasi ‘tactile’ (sentuhan, tekanan, getaran),
(ii) ‘Proprioceptive‘
Kesedaran aktiviti-aktiviti otot, tendon, sendi dan keseimbangan adalah disumbangkan oleh deria proprioceptive ataupun deria kinestetik.
(iii) ‘Olfactory’
Reseptor deria olfactory atau deria bau terletak di bahagian superior dan di tengah ‘nasal conchae’ tulang ethmoid serta di bahagian atas ‘nasal septum’.
(iv) ‘Gustatory’
Reseptor gustatory atau reseptor rasa ini terletak di bintil-bintil rasa lidah, lelangit mulut dan kerongkong.
(v) ‘Visual’
Struktur aksessori mata termasuklah kening, bulu mata, kelopak mata dan peralatan ‘lacrimal’.
(vi) Auditori dan keseimbangan
Di samping bertindak sebagai reseptor untuk gelombang bunyi, telinga juga bertindak sebagai reseptor untuk keseimbangan.

4. (a) Senaraikan LIMA jenis pencemaran.
1. Pencemaran udara
2. Pencemaran air
3. Pencemaran kimia
4. Pencemaran radiasi
5. Pencemaran bunyi


(b) Huraikan langkah-langkah pencegahan dan pengawalan pencemaran.
(i) Mengenal pasti punca sisa-sisa buangan dan mencari jalan bagi meminimakan penghasilannya.
(ii) Menggunakan sumber dan tenaga secara berkesan.
(iii) Melibatkan semua pihak dalam masyarakat termasuk penggubal dasar.
(iv) Menguasai kemahiran, pengetahuan, kreativiti dan keterbukaan minda untuk mengenal pasti peluang atau ruang untuk peningkatan dan inovasi.

(c) Perubahan cuaca menyebabkan cuaca dunia menjadi kering kontang.
Nyatakan kesan yang wujud.
(i) Pengurangan daya tahan semula jadi untuk mengatasi perubahan cuaca.
(ii) Pengurangan produktiviti tanah.
(iii) Merosakkan pelindung sayur-sayuran.
(iv) Meningkatkan banjir lumpur, mengurangkan kualiti air, mencetekkan sungai, tasik dan saliran.
(v) Menyebarkan wabak penyakit, seperti penyakit yang berkaitan dengan pernafasan, alahan, stres dan penyakit bawaan vektor.
(vi) Mengurangkan produktiviti pertanian terutamanya bahan makanan.
(vii) Menambahkan jumlah penghijrahan manusia

5. (a) Nyatakan tugas utama yang perlu dimainkan oleh para professional kesihatan.
(a) merawat,
(b) menyelia,
(c) menasihat,
(d) membimbing, dan
(e) membuat kajian dan penyelidikan berkaitan dengan kesihatan.

(b) Nyatakan sikap dan penampilan baik yang perlu ditunjukkan oleh para profesional kesihatan.
(i) bertanggungjawab
(ii) sentiasa bersikap positif
(iii) mesra
(iv) sentiasa bertenaga
(v) sedia membantu (‘ringan tulang’)
(vi) berupaya menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi
(vii) sedia untuk belajar dan memperbaiki diri dan kemahiran

(c) Huraikan kandungan kod dan etika bagi ahli profesional kesihatan.
(a) Tanggungjawab Terhadap Masyarakat
(b) Tanggungjawab Terhadap Profesion
(c) Tanggungjawab Terhadap Majikan
(d) Tanggungjawab dalam Menyampaikan dan Melaksanakan Perkhidmatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan