SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Khamis, Januari 12, 2012

AKU MELAYU!!!

Aku sedih sangat dengan apa yang berlaku dalam politik di Malaysia tahun-tahun ke belakang ni. Politik yang memecah belahkan kaum Melayu. Nampaknya jurang politik di kalangan orang Melayu makin luas.

Kita ambil beberapa kisah. Kisah terbaru ialah perhimpunan 901 baru-baru ni. Perhimpunan sempena keputusan mahkamah ke atas DSAI atas tuduhan meliwat Saiful. Sedihnya apabila 2 kumpulan bertentangan bergaduh, bertumbuk sesama sendiri ialah orang Melayu. Satu kumpulan penyokong DSAI manakala satu lagi kumpulan penyokong Saiful. Aku pun hairan. Bergaduh, bertumbuk, maki hamun sampai ke dalam masjid berhampiran. Nampaknya orang Melayu tak hormat dah institusi masjid ni. Perhimpunan kali ni membuka lembaran baru dalam perhimpunan jalanan di Malaysia apabila 3 bom buatan sendiri meletup menyebabkan kecederaan kepada 5 orang awam.

Kisah kedua tindakan mahasiwa UPSI berhimpun dan bertempur dengan pasukan keselamatan. UPSI ni tempat melahirkan graduan pendidikan. Dan mereka ni akan jadi guru. Apa tanggapan orang awam apabila mereka ini menjadi guru kelak.


Kisah ketiga perhimpunan Bersih 2.0 yang dianjurkan oleh S. Ambiga. Dengar nama pun kita tahu Ambiga dari bangsa apa. Sedihnya, bangsa yang paling ramai, bangsa yang sanggup berada di barisan hadapan dan bangsa yang sanggup menumpahkan darah untuk Ambiga ni ialah bangsa yang sama dengan aku. Senyum lebar Ambiga dan sebangsa dengannya bila orang Melayu bersatu untuk Ambiga.

Kita pergi ke hal lain. Beberapa kali masjid di negara kita disimbah cat dan diletakkan babi dengan yang terbaru berlaku di Johor minggu lepas. Tapi orang Melayu tidak bangun pun menunjukkan kemarahan. Setakat 2,3 orang je. Satu lagi, beberapa kali media memainkan isu murtad bertujuan untuk menyatukan orang Melayu. Tapi malangnya, dalam hal akidah pun orang Melayu masih nak berpolitik. Kalau 20,30 tahun dulu bila isu murtad dimainkan, umat Melayu dari serata pelusuk negara akan bangkit untuk bersatu. Tapi tidak lagi sekarang. Ambil contoh kes Natrah di Singapura. Melayu sanggup mati demi menyelamatkan akidah seorang muallaf. Tapi sekarang bila ribuan Melayu murtad, Melayu tetap relax..

Aku bukan ahli mana-mana parti politik dan tidak akan menjadi ahli pun. Kita selalu melemparkan tuduhan kepada bangsa Arab tidak bersatu dalam isu Palestin. Tapi kita sendiri pun sama. Jangan satu masa nanti kita menjadi seperti Palestin. Nauzubillah..Aku sayang Tanah Melayu ni...Aku sayang bangsaku

1 ulasan: