SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Ahad, Jun 12, 2011

MALAYSIAN EL-CLASSICO-FINAL FA CUP 2011 MILIK TERENGGANU

Berita paling hangat diperkatakan di bumi bertuah Terengganu sekarang. Beritanya berkisar kepada wira-wira Penyu yang berjaya membawa pulang Piala FA ke bumi Terengganu.

Syukur Alhamdulillah..

Tarikh 11.06.11 menjadi saksi kejaguhan Terengganu dalam kancah bolasepak tempatan apabila berjaya membenam ego Kelantan dalam final yang penuh aksi dan drama dengan keputusan mutlak 2-1.
Piala rebutan, piala terakhir kerana musim depan edisi baru Piala FA dikeluarkan
Pertembungan yang boleh diklasifikasikan "Malaysian El Classico" antara dua pasukan berjiran ini mendapat liputan meluas media. Perang psikologi yang dimainkan di alam maya turut menyumbang kepada keghairahan penonton. Hasilnya, 85 000 penonton memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil, yang teramai dalam sejarahnya.
Antara preview/perang psikologi di alam maya menjelang pertembungan final derby east coast
Kelantan membuat sepak mula dengan cubaan awal melancarkan serangan ke kubu Terengganu namun berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan Terengganu yang begitu berdisiplin. Barisan pertahanan diketuai Marzuki Yusoff dan Mazlizam Mohamad di bek tengah sambil dibantu Zubir Azmi di kiri  dan Helmi Remeli sebagai bek kanan ampuh menahan serangan Kelantan dari membolosi Sharbinee Allawee pada 5 minit pertama permainan.
Lautan hitam putih

Secara perlahan, pemain Terengganu berjaya menyerap tekanan dan mulai bangkit meningkatkan tempo permainan dan berjaya menguji penjaga gol Kelantan menerusi Ashaari Samsuddin pada minit ketujuh. Kedua-dua pasukan mula saling mengasak dengan penguasaan bola yang seimbang. Barisan tengah Terengganu diterajui Ismail Faruqi, Reeshafiq Alwi, Ashaari Samsuddin dan Joseph Kallang Tie mula menguasai bola dengan lorongan-lorongan cantik untuk dua penggempur. Manaf Mamat dilihat lebih efektif berbanding Hadi Yahya yang sering kali merencatkan pergerakan serangan Terengganu.

Perlawanan terhenti selama lima minit pada minit ke-55 ekoran tindakan penyokong Kelantan membaling api suar yang hampir mengenai penjaga gol Terengganu.

Kebuntuan jaringan terhapus pada minit ke-73 apabila Nurul Azwan Roya menyungkit bola melepasi Sharbinee Allawee. Terengganu yang ketinggalan terdesak mencari gol penyamaan. Peluang terbaik menerusi Hadi terlepas. Begitu juga Manaf yang berjaya menggelecek dua pertahanan lawan namun rembatannya berjaya ditampan Khairul Fahmi.

Namun berbekalkan semangat juang tinggi dan sikap tidak mudah berputus asa, ternyata membuahkan bonus besar buat Terengganu. Dengan permainan berbaki 10 saat, dengan wisel sudah berada di mulut pengadil untuk tiupan terakhir, saat itulah Terengganu bangkit dengan gol penyamaan. Asakan awal Manaf Mamat berjaya ditampan Khairul Fahmi namun bola melantun menuju ke arah gol. Dalam usaha mengeluarkan bola itulah Daudsu Jamaludin menanduk masuk ke gawang sendiri. Jelas Daudsu tertekan kerana tanpa tandukannya, bola tetap akan menerjah jaring gol Kelantan sambil Nordin Alias dan Mazlizam Mohamad sedia untuk menyambung kuisan Manaf tadi.



Jaringan ini mengheret perlawanan ke masa tambahan. Dalam masa tambahan, Terengganu menguasai penuh permainan dengan serangan bertali arus ke kubu Kelantan. Jelas pemain Penyu begitu bersemangat memburu gol kemenangan. Ketika inilah muncul Nordin Alias, hero Terengganu pada perlawanan tersebut. Berbaki 10 minit permainan masa tambahan, Nordin menyepak masuk tandukan Reeshafiq hasil sepakan sudut Ashaari. Gol yang mengesah dan menobatkan Terengganu juara mutlak Piala FA.



Tahniah wira-wira Terengganu...
Final result
Sekali lagi gelaran King Of Come Back sesuai dengan Terengganu, pasukan yang memilih cara yang sukar untuk mencatat kemenangan. Seringkali ketinggalan namun menang di hujung saingan. Kapten Terengganu, Marzuki Yusoff juga dipilih pemain terbaik perlawanan akhir. Syabas diucapkan kepada pemain-pemain Terengganu, jurulatih Irfan Bakti dan semua kem pasukan Terengganu. Very good job..
Senarai kesebelasan Terengganu:

Penjaga Gol:
Mohd Sharbinee Allawee

Pertahanan:
Marzuki Yusoff
Mazlizam Mohamad
Zubir Azmi
Helmi Remeli

Tengah:
Ismail Faruqi Ashaari (Ahmad Nordin Alias)
Reeshafiq Alwi
Mohd Ashaari Samsuddin
Joseph Kallang Tie

Serangan:
Abdul Manaf Mamat
Abdul Hadi Yahya (Mohd Zharif Husna)

Ketua Jurulatih:
Haji Irfan Bakti Abu Salim

Jurulatih Penjaga Gol:
Zubir Ibrahim

Pengurus Pasukan:
Dato' Haji Che Mat Jusoh

Penolong Pengurus Pasukan:
Sheikh Ahmad Tajuddin