SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Isnin, Jun 13, 2011

FINAL FA CUP 2011-ANALISIS AMATUR

Bahang dan kegembiraan memenangi Piala FA masih menebal. Ok kat sini aku nak buat sedikit analisis tentang gol penyamaan Terengganu ketika permainan berbaki 10 saat untuk ditamatkan. Gol tersebut sebenarnya gol pembunuh semangat pemain Kelantan dalam perlawanan tersebut.

Analisis aku:
1. Pemain-pemain Kelantan terlalu yakin dapat memenangi perlawanan akhir tersebut setelah mendahului pada minit ke-73 perlawanan. Kebiasaannya, dalam liga/pertandingan tempatan apatah lagi perlawanan akhir yang tekanannya terlalu hebat untuk ditangani pemain apatah lagi pemain-pemain Terengganu yang rata-ratanya muda dan tiada pengalaman; sukar bagi sebuah pasukan yang ketinggalan untuk bangkit mencari gol penyamaan.

2. Pemain Kelantan beranggapan masa permainan sebenar akan tamat pada minit ke-90, sama seperti masa perlawanan biasa sedangkan mereka terlupa permainan terhenti selama 5 minit ekoran api suar yang dibaling penyokong mereka sendiri.

3. Oleh itu, pemain-pemain Kelantan seakan berangan dalam permainan. 10 minit terakhir, mereka cuba melambatkan perlawanan dengan berpura-pura sakit. Antara 5 - 6 orang pemain Kelantan berlakon secara berlebihan dengan berpura-pura sakit. Begitu juga penjaga gol yang cuba melambatkan permainan dengan membawa bola ke dada terlalu lama.

4. Taktik melambatkan permainan memang menjadi kebiasaan termasuk dalam liga ternama seperti BPL, Liga Premiera dan Serie A tetapi hanya berlaku apabila permainan memasuki minit ke-90. Sedangkan pemain Kelantan mengamalkan taktik ini ketika permainan berbaki 15 minit sebelum tamat tidak termasuk lanjutan masa tambahan.

5. Dalam masa sama, pemain Terengganu terus mengasak ke kubu lawan. Dengan semangat tidak berputus asa, pemain-pemain Terengganu terus menggempur dengan semua pemain naik ke kawasan Kelantan dengan meninggalkan cuma Mazlizam Mohamad di posisi bek.

6. Dalam situasi satu pihak berangan dan berlakon, manakala satu pihak lagi berusaha bermati-matian; pihak yang berlakon akhirnya terperangkap dengan lakonan sendiri.

7. Ramai yang menyalahkan Daudsu Jamaludin yang menanduk masuk ke gol sendiri bagi gol penyamaan Terengganu. Tapi bagi aku, bukan salah Daudsu tetapi kesilapan sebenar terletak pada satu team. Tengok imej di bawah:


8. Ketika Ashaari Samsuddin (tidak kelihatan dalam gambar) membuat lorongan kepada Manaf Mamat, hanya terdapat dua orang pemain Kelantan di dalam petak penalti Kelantan untuk menggagalkan larian Manaf (dalam bulatan paling kanan). Dua pemain Kelantan tersebut ialah Farisham dan Daudsu sendiri sedangkan 4 pemain Terengganu menyerbu untuk menjaringkan gol.
 
9. Manaf, Joseph Kallang, Mazlizam dan Nordin Alias kesemuanya meluru ke arah gol Kelantan bagi menjaringkan gol. Ini membuktikan pemain Terengganu memang berusaha bermati-matian mencari gol penyamaan dalam saat yang terakhir.

10. Soalan saya, di mana pemain Kelantan yang lain yang sepatutnya berkampung dalam petak penalti mereka untuk menghalang cubaan pemain Terengganu?

11. Jawapannya, pemain Kelantan yang lain sibuk berlakon dan ramai juga yang berangan mereka sudah mampu menjulang piala. Mana mungkin 4 pemain yang sedang menyerang ganas mampu dihalang 2 pemain yang hampir longlai mempertahankan kubu.

12. Dan dalam usaha terakhir Daudsu menyelamatkan gawang gol, dia akhirnya tertanduk ke gawang sendiri hasil cubaan Manaf.  Pada aku, Daudsu tidak bersalah. Yang bersalah pemain yang berlakon dan berangan. Daudsu sudah sehabis usaha dan nafas cuba menyelamatkan bola namun gagal.

ITULAH BOLASEPAK. SUKAN YANG KADANG KALA KEJAM...