Terima kasih pada En. ... .Sebab komen En. ... lah maka entry ni aku publish. Komen dia pasal wilayah aku ni tak ada tema. Semuanya bercampur aduk. Ada pasal sukan, pasal Open U, ada pasal tips, ada cerita lawak yang tak berapa lawak dan macam-macam lagi.
La..pada aku buat sesuatu perlu ada tema ke? Bayangkan En. ... seorang pemilik syarikat penyiaran. Pemilik stesen tv la senang cakap. Ada kah En. ... nak siarkan satu tema je dalam siaran tv encik tu? Contohnya siaran tv En. ... tu siarkan cerita seram je. Haha..Boleh. Tapi rating dia boleh kira sebelah tangan je la.
Walaupun wilayah aku ni tak pentingkan rating, tapi aku buat untuk kepuasan diri aku sendiri. Aku tulis dan publish berdasarkan idea, dan apa yang terlintas dalam benak aku. Yang penting bukan untuk kepentingan sape-sape. Kalau wilayah aku ni tak menepati selera dan citarasa En. ..., aku tak paksa En. ... klik wilayah aku. Pilihan di tangan En. ... .
Memang ada blog yang mempunyai tema tersendiri. Ada yang cerita pasal kek, pasal penapis air, pasal fesyen dan macam-macam la. Aku tak kondem bloggers yang ada tema ni. Tu pilihan mereka. Setiap orang buat sesuatu berdasarkan apa yang mereka fikir betul.
Aku?? Tetap macam ni. Wilayah ni akan tetap wujud tanpa tema.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan