Semua orang dah tahu tsunami yang melanda Negara Matahari Terbit tu. Berita yang paling hangat di dunia pada waktu ni.
Semoga rakyat Jepun tabah hadapi dugaan yang dahsyat ni. Rakyat Jepun memang terkenal dengan ketabahan dan semangat juang yang tinggi. Mendapat inspirasi daripada pahlawan samurai mereka ketika era pemerintahan Emperor.
Bukan sekali dua bencana, malapetaka dan kesan kemusnahan akibat peperangan yang dideritai rakyat negara Timur Jauh itu. Semua tahu kesan akibat pengguguran bom atom di Hiroshima dan Nagasaki era Perang Dunia II.
Tidak banyak negara/bangsa yang mampu bangkit dan berdiri gagah selepas kemusnahan besar akibat perang tersebut. Namun rakyat Jepun membuktikan mereka mampu bangkit dan menguasai dunia.
Ada rahmatnya tsunami ini tidak menimpa Malaysia. Kerana ternyata rakyat kita tidak sekuat Jepun. Rakyat kita berada dalam zon selesa dan manja. Langsung tidak bersedia untuk menghadapi saat kritikal dan penuh azab. Anak-anak kita terlalu dimanjakan. Perkhemahan/aktiviti lasak yang dianjurkan oleh sekolah pun di banned dan dikutuk macam-macam. Walaupun aktiviti tu tak lah selasak mana pun dan keselamatan mereka masih terjamin.
Dalam kita mengenang kesedihan rakyat Jepun, jangan kita lupa darah dan air mata saudara seagama kita di bumi Palestin yang sudah lebih 5 dekad terseksa. Sejak 1948 hingga sekarang, bumi Palestin dijarah dengan zalim oleh Zionis yang laknat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan