PENGENALAN
Tubuh kita terdiri daripada sekumpulan besar sel. Sel-sel ini bersatu membentuk sekumpulan tisu yang mempunyai fungsi tersendiri. Tisu-tisu pula akan bercantum untuk membina bahagian dan organ, misalnya jantung, otak, hati, ginjal dan perut dalam tubuh kita. Tubuh dilengkapkan oleh bahagian (kepala, dada, abdomen, kaki dan tangan) yang mempunyai fungsi tersendiri. Bahagian dan organ membentuk sistem yang membolehkan tubuh berfungsi sepenuhnya.Sistem tubuh yang mampu berfungsi sepenuhnya memerlukan penjagaan yang betul. Pengetahuan dan amalan berkaitan dengan asas penjagaan kesihatan amat penting. Pengetahuan dan amalan penjagaan tubuh adalah kemahiran asas yang diperlukan oleh setiap individu. Kemahiran asas ini perlu diperkembangkan daripada peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa sehinggalah ke peringkat warga emas.
Penjagaan kesihatan asas diri merangkumi kebersihan tubuh badan, pakaian dan peralatan yang digunakan, pengurusan pemakanan yang betul, pengurusan berat badan, pengurusan tekanan dan pemeriksaan kesihatan. Kesihatan diri yang sejahtera akan memastikan setiap individu menjalankan fungsi sosial mereka dengan berkesan. Lelaki dan perempuan dapat memainkan peranan masing-masing dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
Mengenali Organ dan Bahagian Tubuh Badan
Fungsi Organ dan Bahagian Tubuh Badan
Mengenali fungsi organ dan bahagian tubuh badan adalah penting supaya kita tahu bagaimana untuk menjaga dan menghargainya. Jadual 1.1 mengandungi sinopsis organ-organ utama tubuh badan, kedudukan di dalam tubuh serta fungsinya.
Jadual 1.1: Kedudukan dan Fungsi Organ
Organ | Kedudukan | Fungsi |
Otak | Terletak di dalam ruang tengkorak | Memuatkan pusat-pusat (intelek, fikiran, ingatan/kuasa kemahuan) yang mengawal aktiviti-aktiviti tubuh. |
Paru-Paru | Terletak di dalam ruang toreks | Membawa masuk udara beroksigen ke dalam tubuh dan membawa keluar karbon dioksida serta wap dari darah. |
Jantung | Terletak pada belakang tulang dada di dalam ruang toreks di antara paru-paru. | Mengepam dan mengalirkan darah ke seluruh tubuh serta mengekalkan aliran atau peredaran darah setiap masa. |
Perut | Perut bersambung terus daripada kerongkong. Ia bergantung bebas di bahagian atas sebelah kiri dalam ruang abdomen. | Ia menerima bahan makanan daripada kerongkong dan menyimpan buat sementara waktu untuk dilembutkan dan dihadamkan. |
Hati | Terletak di bawah otot diaphragm dalam ruang abdomen. | Menghasilkan cecair hempedu dan bahan yang terdapat di dalam darah seperti serum untuk perkumuhan serta metabolisme. |
Buah Pinggang | Terletak di dinding belakang abdomen | Membuang air yang berlebihan dalam tubuh. Membuang hasil perkumuhan seperti urea dan asid urik. Mengawal kepekatan atau kuantiti bahan yang terkandung dalam darah. |
Sumber: Modul HBHE2203 OUM
terima kasih atas perkongsian ilmu yang banyak membantu saya ketika menghadapi saat peperiksaan
BalasPadam