1. Tsunami Pada Zaman Yunani
Dicatatkan sebagai kejadian tsunami pertama direkodkan dalam sejarah. Ia berpunca dari letupan gunung berapi di Pulau Santorini. Ketinggian tsunaminya mencecah sehingga 15 meter berlaku pada tahun 1500 sebelum masihi. Kejadian itu turut melenyapkan sebuah tamadun dikenali Minoa yang turut mengorbankan 100,000 nyawa.
2. Tsunami Di Portugal, Sepanyol Dan Maghribi
Tsunami ini berlaku akibat gempa bumi yang berpusat di bawah tanah Lautan Atlatik telah memusnahkan bandar Lisbon, Portugal; beberapa bahagian di Sepanyol dan Maghribi. Peristiwa yang berlaku pada tahun 1755 telah mengorbankan lebih 60,000 nyawa.
3. Tsunami Laut China Selatan
Berlaku pada1782 telah merosakkan sebahagian Taiwan dan sejumlah 40,000 orang terkorban. Dikatakan tsunami ini melanda sejauh 120 kilometer di daratan.
4. Tsunami Akibat Letupan Gunung Berapi Krakatau, Indonesia
Kejadian ini nerlaku pada 1883 dan membunuh lebih 36,000 nyawa. Ombak tsunaminya mencecah 40 meter dan memusnahkan 165 kampung di Pulau Jawa dan Sumatera. Letupan gunung berapi ini dikatakan paling kuat dalam sejarah.
5. Tsunami Acheh
Kejadian yang berlaku pada 26 Disember 2006 susulan gempa bumi yang berlaku pada skala 9.2 skala Richter. Ombak tsunami ini melanda Acheh, India, Sri Lanka, Thailand, Maldives dan wilayah Timur Afrika. Lebih 226,000 terkorban dengan 166,000 mangsa dari Indonesia. Tsunami ini adalah antara yang paling dahsyat pernah berlaku dalam lipatan sejarah dunia.
Sumber: Mingguan Malaysia, 20 Mac 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan