SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Khamis, Mac 24, 2011

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

DEFINISI UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN


Ujian di peringkat sekolah

Kita boleh mendefinisikan ujian sebagai satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapat maklumat murid sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotel. Ujian di peringkat sekolah dapat kita lihat dalam Rajah 1.2.

Pengukuran pula boleh kita definisikan sebagai menentukan bilangan pemarkahan keputusan ujian atau lain-lain kaedah penilaian berdasarkan peraturan tertentu. Ini adalah satu proses mengutip maklumat berangka tahap ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang. Pengukuran juga boleh ditakrif sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.

Manakala penilaian pula boleh anda definisikan sebagai suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikumpul. Kaedah ini meliputi ujian dan pengukuran. Dalam pendidikan, ia adalah proses di mana pendidik menggunakan timbal balas pelajar sebagai stimuli yang terjadi secara semulajadi untuk membuat kesimpulan tentang pengetahuan, kemahiran atau emosi pelajar. Dalam erti kata lain, penilaian adalah proses mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Penilaian mata pelajaran ini dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Instrumen penilaian dibina dan ditadbir oleh guru. Penilaian boleh dibuat secara pemerhatian, penulisan dan lisan. Hasil penilaian akan digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain.



Sumber: Modul HBPE2203 OUM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan