Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu bidang di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR (1999). Terbahagi kepada empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik irama dan pergerakan kreatif. Salah satu bidang dalam bidang Pendidikan Jasmani iaitu Pendidikan Pergerakan. Melalui Pendidikan Pergerakan, murid-murid dapat mengenali potensi tubuh badan mereka dalam melakukan berbagai-bagai pergerakan. Sehubungan dengan itu, secara tidak langsung pelajar akan memperoleh pemahaman seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan. Secara amnya, pergerakan asas terbahagi kepada tiga bahagian iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan.
|
Gambar hiasan-Guling Hadapan |
Lokomotor
Contoh Gerakan:
Berjalan
Berlari
Melompat
Memanjat
Menggelongsor
Skip
Guling Hadapan
Bukan Lokomotor
Contoh Gerakan:
Duduk
Berdiri
Bangkit Tubi
Meregang
Membongkok
Menghayun
Menolak
Rebah
Bangkit
Bangkit Tubi
Manipulatif Alatan
Contoh Gerakan:
Menggolek Bola
Membaling Bola
Menyepak Bola
Melantun
Memukul
Menyerap
Menyambut
Menahan
|
Menyepak Bola |
[Sumber: Modul HBPE2103 OUM]
eh2.... itu gmbr classmates sy sedang melakukan guling hadapan... hehee...
BalasPadamye ke..atikah study kat mana
BalasPadamblaja kt IPG kampus ilmu khas
BalasPadam