SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Sabtu, Februari 19, 2011

KEMAHIRAN PERSEPSI MOTOR

Ringkasan Nota

1. Aktiviti persepsi motor adalah penting dalam mengajar kanak-kanak terutama pelajar pra sekolah membuat gerakan berkordinasi

2. Persepsi motor juga penting dalam membantu kanak-kanak membaca. Kemahiran persepsi membolehkan kanak-kanak mahir mengenal dan mentafsir huruf isyarat

3. Imbangan bermaksud kebolehan untuk seseorang mengawal dan mengekalkan posisi badan semasa melakukan aktiviti 
Aktiviti imbangan: Meniti Tali
4. Apabila jumlah tindakan daya pada pusat graviti adalah sifar, keseimbangan akan tercapai

5.  Objek yang mempunyai kedudukan pusat graviti yang rendah dan tapak yang lebar adalah lebih seimbang

6. Koklea yang terdapat dalam organ merupakan bahagian dalam organ pendengaran yang memelihara keseimbangan tubuh badan

7. Dalam permainan dan sukan, imbangan penting untuk memantapkan keperilakuan dan membentuk gerakan

8. Imbangan statik ialah kestabilan semasa pusat graviti berada setempat seperti dalam aktiviti dirian

9. Imbangan dinamik mengekalkan kestabilan diubah seperti berjalan meniti tali, berjalan di atas titi, atau berlari

10. Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-kanak tentang diri sendiri

11. Pemahaman tentang potensi pergerakan kanak-kanak bergantung kepada kesedaran tubuh badan

12. Ruang adalah kawasan di mana kita hidup, ruang terdapat di sekeliling kita

13. Ruang diri ialah ruang yang mengelilingi individu iaitu lingkungan kawasan yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan

14. Ruang am pula ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan

15. Kesedaran arah membolehkan pelajar dapat menyedari dan seterusnya memanipulasi arah di dalam persekitarannya

16. Kesedaran luaran ini terbina disebabkan kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala datar

17. Kordinasi melibatkan penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan anggota tubuh badan menggunakan pancaindera serta hubungannya dengan minda

18. Kordinasi ialah keupayaan otot dan otak melakukan dan menyelaraskan pergerakan denngan kemas dan lancar

[Sumber: Modul HBPE2103 OUM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan