SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Rabu, Oktober 19, 2011

MANAF MENGGANAS DI SHAH ALAM [SELANGOR 0 vs 2 TERENGGANU ]



1. Abdul Manaf Mamat menjadi hero pasukan Terengganu dengan 2 gol untuk memalukan Selangor di hadapan penonton sendiri di Shah Alam.

2. Gol pertama Manaf adalah bukti beliau seorang penyerang prolifik yang mampu menghidu pergerakan bola walaupun dalam posisi membelakangkan bola. Manaf menggunakan tumit untuk menjaringkan gol sehingga dua pertahanan dan penjaga Selangor hanya mampu menjadi pemerhati.

3. Gol minit pertama perlawanan menenggelamkan suara penyokong Selangor. Tapi bosan la dengan pengulas TV1 yang terlalu bias. Pengulas yang tak de ilmu sambil ketawa yang dibuat-buat (ketawa menyindir) mengatakan gol lawak/gol pelik. Tapi kalau Messi yang score gol macam tu, Andy Gray akan menyatakan "What a amazing goal!!!A goal to remember!!"

4. Manaf menjaringkan gol kedua Terengganu pada minit ke-32. Opp..kejap. Gol pertama minit ke-1 dan gol kedua minit ke-32. 1+32=33. Bersamaan Misi 33 Selangor yang hampir dinoktahkan Terengganu.

5. Padang Shah Alam macam estet getah. Tu pun dipilih sebagai venue final. Buta agaknya mata orang
F_ _ ni. Kalau padang macam tu di Terengganu, pasti pengulas malam tu tak berhenti mengutuk. Tapi sebab padang Shah Alam, pengulas dan media tak sebut pun.

6. Insiden baling mercun, botol dan laser yang dipancarkan pada Sharbinee juga berlaku. Pun sama..Pengulas tak cakap apa pun. Tapi kalau insiden sama berlaku di Terengganu, mulut pengulas akan jadi macam mulut longkang.

7. Pengadil seboleh-boleh nak bagi gak Selangor score sebiji. Bagi free kick banyak kali walaupun kalau orang buta sekalipun tengok tahu memang tak patut bagi free kick. Tambahan masa 4 minit dilanjutkan jadi 6 minit. Bola 50-50 semua advantage pada Selangor walaupun pemain Terengganu jelas cedera. Macam ni punya pengadil pun ada. Adil ke? Untung lah Selangor..Patut la menang 32 kali. Back up besar.

8. Overall, permainan Terengganu terbaik. Berdisiplin, taktikal dan main bersih. Tak nampak pun pemain Terengganu main ganas/nak makan orang. Cuma masa lawan Kelantan yang dicemari 5 kad merah kerana lawan main macam samseng jalanan.


BERDIRI : Sharbinee, Marzuki, Manaf, Ashaari, Mazlizam, Faizal.

DUDUK : Nordin, Zubir, Reshafiq, Hadi, Kallang
9. Ayuh wira-wira Terengganu..Kita ikut resam sang penyu. Cool, macho, tenang namun mampu mengharungi lautan luas yang penuh gelora.
Penyokong Terengganu di SSA