SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Rabu, Oktober 12, 2011

AKSI PANAS DI KUALA TERENGGANU

Fakta Pertembungan Local Derby Pantai Timur.

1. Pertemuan yang sentiasa tegang sebab wujud sejarah tersendiri, tradisi, kemegahan dan faktor geografi antara dua negeri berjiran. Kalau Man. City dilabel oleh Sir Alex Ferguson dari Man. United sebagai 'noisy neighbor', Kelantan boleh lah dilabel sebagai jiran bising Terengganu.

2. Dulu Man. City team sayur je. Lauk bagi pasukan-pasukan lain. Lubuk untuk pasukan lain kenduri gol. Cuma dua tahun kebelakangan ni je baru nak naik. Berbanding Man. United yang memang gah dalam kancah saingan liga Inggeris.

3. Sama macam Kelantan ni. Pernah main dalam divisyen 3 (Liga FAM) iaitu liga paling bawah anjuran FAM. Satu-satunya pasukan negeri yang main dalam Liga FAM. Time ni penyokong dia malu nak pakai baju merah. Senyap je. Stadium pun kosong. Cuma dua tahun ni je baru nak naik dan penyokong mula bising.

4. Ok tu dari segi sejarah. Balik pada game malam tadi.

5. Satu sejarah baru tercipta malam tadi. Rekod kad paling banyak dikeluarkan pengadil dalam satu perlawanan. Harap ada pegawai dari Malaysia Books Of Record yang tengok game malam tadi. 10 kad kuning dan 5 kad merah adalah satu rekod. Mungkin gak rekod dunia. Tahniah FAM. Rekod anda memang hebat.

6. 3 kad merah untuk Kelantan adil. Tapi kad merah untuk Terengganu (Ismail Faruqi dan Zubir Azmi) memang boleh dipertikai. Dan tiada sebarang kad untuk Norsharul Idlan juga boleh dipertikai.

7. Keputusan Terengganu menang 3-1. Tahniah Terengganu. Misi seterusnya tewaskan Kelantan di Kota Bharu walau apa pun cara. Good luck