Perlawanan Suku Akhir 2 Terengganu vs Kelantan di Stadium Muhammad IV Kota Bharu
1. Pusingan pertama yang tegang di Kuala Terengganu dimenangi tuan rumah 3-1.
2. Terengganu membawa bekalan yang agak selesa dengan berkelebihan 2 gol bertandang ke kubu kuat lawan.
3. Beberapa jam sebelum sepak mula, penyerang Terengganu Abdul Manaf Mamat dikejutkan dengan berita sedih pemergian ayahanda tercinta. Manaf yang sudah berada di Kota Bharu bergegas pulang. Takziah Manaf
4. Credit, salute dan bangga dengan Manaf kerana sanggup bermain untuk pasukan negeri dengan berangkat semula ke KB setelah selesai urusan pengkebumian.
5. Sebaik sepak mula, Kelantan aggresif memburu gol awal. Terengganu juga mengancam menerusi serangan balas pantas.
6. Ashaari Samsuddin, the silent killer menyumbat gol pertama Terengganu dengan skill yang begitu menarik. Mendada bola hantaran Hadi Yahya, Saha tenang mengawal dan melambung bola melepasi Khairul Fahmi.
7. Ashaari sekali lagi membuatkan penyokong di KB terdiam dengan gol kedua untuk Terengganu. Juga mengawal bola dengan dada sebelum merembat kencang menggegar jaring Kelantan. Memang stylo gaya Saha score goal. Dia ni orang cakap 'man with few words but many goals'. Sebab dia ni pendiam tapi bila bola kat kaki, sukar nak agak apa skill yang akan dia akan buat.
8. Walaupun Kelantan membalas 2 gol di separuh masa kedua untuk seri 2-2, tapi tidak cukup untuk membantu. Terengganu menunjukkan jalan keluar untuk Kelantan dalam saingan Piala Malaysia 2011 dengan aggregat 5-3.
9. Terengganu akan membuat perhitungan dengan Selangor pada aksi separuh akhir. Kepada penyokong Kelantan, jangan pulak segan2 dan malu2 untuk menyokong Terengganu pulak. Ala..kita setempat. Kalau tak nak, boleh lah tengok Liga Inggeris pulak. Sokong Liverpool sebab Liverpool pun tema merah gak.
10. Young turtles, T-Team juga layak ke separuh akhir bertemu Negeri Sembilan setelah menang 2-1 ke atas Sabah di Kuala Terengganu.(aggregat 4-2)
11. Tahniah Terengganu dan T-Team. Jumpa di final neh..