SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Khamis, Oktober 27, 2011

CERITA PANAS

1. Ni bukan cerita panas yang mungkin korang semua nak search. Ni cerita panas menjelang saingan final Piala Malaysia edisi 2011 menemukan Terengganu dengan Negeri Sembilan.

2. Panas yang pertama pasal pemilihan stadium. Semua maklum venue perlawanan akhir kali ni ialah di Stadium Shah Alam (SSA) berbanding edisi sebelum ni di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

3. Panas sebab SSA ialah venue bagi pasukan Selangor. Sepatutnya final main kat stadium berkecuali dan yang paling sesuai ialah SNBJ dengan kapasiti 80 000 penonton.

4. Makin panas sebab pemilihan ni dibuat oleh orang kuat FAM yang ada jawatan dalam Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

5. Makin-makin panas sebab padang SSA diibaratkan seperti tempat kerbau berkubang seperti mana semasa live semi final leg 1 antara Terengganu dan Selangor dengan keputusan memihak pelawat 2-0.

6. Dan kemuncak kepada segala panas tu bila harga tiket dinaikkan sehingga RM 50.00 oleh orang kuat FAM/FAS tadi.

7. Memang melampau sebab harga biasa cuma RM 30.00. Jelas FAM cuba ambil kesempatan atas keghairahan penyokong kedua-dua finalis. Bijak-bijak..Tapi ye ke bijak?

8. Akibatnya, tercetus konfrantasi antara penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan dengan FAM. Macam-macam kata keji (di alam maya, surat khabar Malaysia mana tunjuk) dilontarkan penyokong kedua finalis terhadap FAM.

9. Penyokong kedua pasukan juga mengancam untuk boikot dari beli tiket.

10. Banyak banner, poster, dan macam-macam lagi bentuk risalah menggambarkan ketidakpuasan hati mereka sama ada di alam maya malahan digantung di sekitar Terengganu.

11. Pada aku, FAM ni memang tak bijak berfikir. Saat penyokong di Malaysia mula tertarik untuk memenuhi stadium, orang FAM buat keputusan guna kepala lutut dengan mengundur ke belakang. Hilang ghairah peminat.

12. Tiba-tiba, MB Dato' Seri Ahmad bin Said muncul hero buat penyokong Terengganu dengan mengumumkan kerajaan negeri menanggung 50% harga tiket. Semoga dalam final nanti, akan ada pemain Terengganu menjadi hero pasukan untuk menjulang piala keagungan Piala Malaysia. (ramalan aku Terengganu 2-0 Negeri Sembilan)

13. AYUH WIRA-WIRA PENYU..BERJUANG LAH DEMI TERENGGANU!!!
Antara poster dan banner yang hentam FAM yang aku ambik dari internet dan sekitar Kuala Terengganu

Dan aku bagi salah satu tip untuk berjimat bagi kumpul duit untuk membeli tiket berharga RM 50.00 tu..Dedikasi khas untuk Hamidin and the gang..


Seminggu ni tak perlu beli pampers. Buat je macam ni. Jimat RM 30.90 (bagi jenama Huggies biru je ye..)