SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Ahad, Oktober 23, 2011

PIALA MALAYSIA 2011: SEPARUH AKHIR 2 TERENGGANU VS SELANGOR || TERENGGANU HANCURKAN MISI 33 SELANGOR



1. Keputusan separuh akhir pertama di Shah Alam, Terengganu mendahului selesa 2-0.

2. Dengan bekalan yang agak selesa, Terengganu bermain perlahan dengan mengawal permainan.

1st time duduk kat vip. Belakang krew Arena 801 termasuk pengulas tah apa2 Zainal Abidin Raup dan sape nama tah sorang lagi
 3. SSINS padat, ramai peminat tidak dapat memasuki stadium manakala yang dapat masuk pun terpaksa bersesak, dan duduk di laluan pejalan kaki.  Kalau lah Stadium Sultan Mizan Gong Badak siap dibaiki, rasanya ramai lagi penyokong Terengganu yang hadir memberi sokongan.

4. Selangor menjaringkan gol pertama namun jaringan tidak diterima kerana offside.

1st eleven Terengganu
5. Terengganu membalas menerusi Ashaari yang merembat kencang namun sempat dihadang bek Selangor. Bola yang melantun dirembat pula oleh Joseph Kallang namun tiang gol menjadi penghalang dengan penjaga gol Selangor telah tertewas.

6. Selangor terus mengasak untuk memadam kelebihan tuan rumah, sebaliknya Terengganu berada di depan apabila hantaran cantik Ashaari disambut kemas Manaf Mamat yang dengan bijak menggelecek Asrarudin sebelum merembat menewaskan penjaga gol Selangor untuk gol pertama Terengganu pada minit ke-19.

7. Tamat separuh masa, Terengganu selesa di depan dengan aggregat 3-0.

8. Sebaik babak kedua bersambung, Terengganu mengancam awal menerusi trio penyerang mereka sambil dibantu JKT.

9. Minit 73, Ashaari yang menjadi pemusnah Kelantan di Kota Bharu sekali lagi menunjukkan skill tinggi apabila mengawal bola hantaran Manaf sebelum melepaskan volley dengan goalkeeper Selangor sekali lagi tertewas.

10. Terengganu menghadiahkan gol saguhati buat Selangor apabila Syafik Rahim menanduk masuk untuk merapatkan kedudukan.

11. Ternyata Terengganu terlalu gagah untuk ditentang Selangor dengan keputusan mutlak aggregat 4-1.

12. Akhirnya, Terengganu mara ke final Piala Malaysia selepas kali terakhir melakukannya dengan muncul juara pada 2001. Namun pada tahun 2011,Terengganu dua kali memasuki final iaitu Final Piala F.A dengan menumbangkan Kelantan 2-1 dan Final Piala Malaysia.

13. Selamat Maju Jaya Terengganu. Misi seterusnya ialah menumpaskan Negeri Sembilan dalam aksi final pada 29 Oktober 2011 di Shah Alam.

14. Kejayaan Terengganu menumbangkan Gergasi Merah membuatkan SSINS terus bergelora dan pesta itu berterusan di luar stadium apabila kenderaan mengibarkan bendera Terengganu dan replika Piala Malaysia sambil berarak di sekitar jalan raya di Kuala Terengganu sambil membunyikan hon. Kegembiraan jelas terpancar di wajah setiap peminat dan pencinta bola sepak Terengganu.

15. Aku tertarik dengan aksi dan kelincahan pemain sayap Selangor jersi no. 24 (kalau tak silap) iaitu Mohd Fitri. Pemain ni lincah, rajin dan beberapa kali menyukarkan Zubir Azmi yang mengawalnya.

16. Last, kredit kepada pengadil yang sememangnya adil dalam melaksanakan tugas yang penuh bebanan..Very good job.