SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT ILMU DAN MANFAAT




"Selamat datang ke wilayah aku. Wilayah aku ni direka cipta secara cuba jaya atau 'trial and error' serta tunjuk ajar rakan-rakan. Dengan penulisan dan pengisian yang serba ringkas, semoga anda memperolehi sedikit manfaat melalui wilayah aku ni."















Isnin, November 29, 2010

ATLET CONTOH

Azizulhasni Awang, anak muda dari Kampung Nibong, Dungun, Terengganu telah banyak kali menggegar pentas dunia khasnya arena basikal trek. Seorang atlet yang cekal dan bersemangat waja. Saya sememangnya respek dengan Azizul atas keberanian, kecekalan dan semangat yang ditunjukkan. Berada di ranking pertama dunia acara keirin dan pesaing utama kepada jaguh Olimpik dari Britain, Sir Chris Hoy.

Pada Sukan Komanwel di New Delhi, Azizul sepatutnya dikalungkan pingat emas setelah menjadi peserta pertama melepasi garisan penamat. Namun tindakan berani beliau mencelah antara dua pelumba 1 meter sebelum garisan penamat dianggap merbahaya dan akibatnya pingat emas yang sepatutnya dikalungkan kepada beliau ditarik balik. Kecewa??Ya.Putus Asa??Tidak sama sekali!!

Azizulhasni yang digelar The Pocket Rocketman oleh seterunya dari Eropah bangkit dengan penuh bergaya pada Sukan Asia Guanghzou seminggu kemudian. Kali ini, pingat emas sah menjadi miliknya dalam satu perlumbaan hebat. Mungkin bagi kebanyakan atlet lain akan patah semangat atas situasi yang menimpa, namun tidak bagi Azizul.

Banyak kejohanan lain yang  turut menjadi bukti kehebatan Azizul, termasuk emas keirin Kejohanan Dunia di Beijing. Dan beliau merupakan taruhan terbaik negara untuk mengakhiri kemarau emas di Sukan Olimpik. Ayuh Azizulhasni Awang. Kami rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kamu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan