Umum mengetahui, adab makan bagi orang Islam ialah menggunakan tangan kanan. Sekiranya kita makan dengan sudu atau garfu, pastinya suapan kita bermula dengan tangan kanan. Apa yang saya hendak utarakan ialah mengambil makanan dengan sudu setelah kita makan dengan tangan. Maknanya, apabila kita makan dengan tangan, kemudian kita mahu mengambil lauk-pauk. Tangan manakah yang selalunya digunakan untuk mengambil makanan? Ini yang dikatakan adab/etika ketika makan.
Sebelum itu, saya mahu kita bayangkan situasinya begini:
Kita bersama keluarga atau kawan-kawan menghadiri majlis perkahwinan dan kita duduk semeja dengan orang lain yang bukan kenalan kita. Setelah makanan diambil dan semua duduk dan mula makan dengan TANGAN. Nasi tambah dan lauk-pauk di depan mata kita. Wah, tengah-tengah makan, sedap pula lauk ni. Nak tambah lah. Tiba-tiba orang lain yang ada di depan kita mengambil dulu lauk yang kita suka. Dan dia mengambil dengan tangan kanan yang tangannya ada sisa makanan dan sedikit kuah. Maka sudu lauk itu menjadi sedikit comot, kotor dan berminyak.
Soalan: Apakah perasaan anda?
Pilihan jawapan:
A)Suka, tak kisah dan ambil juga lauk dengan tangan kanan.
B)Hilang selera makan sebab geli nak pegang sudu.
Mungkin ramai di antara kita yang akan menjawab B. Ya, inilah yang ingin saya highlightkan.
Ramai yang saya perhatikan memang mengambil makanan dengan tangan kanan ketika tangan masih ada makanan. Alasannya ialah tangan kanan. Dalam Islam, disunatkan membuat sesuatu perkara dengan didahului yang kanan (sama ada tangan atau kaki).
Ya, tangan kanan memulakan makan dan mengambil lauk pada permulaan. Tetapi kita sebagai manusia harus dan mesti memikirkan perasaan dan adab bersama orang lain. Ini yang dinamakan Akhlaq.
Memang menggunakan tangan kanan sunat dalam semua perkara namun tangan kiri juga ada fungsinya sendiri. Maka sekiranya tangan kanan kita kotor dan mungkin menganggu perasaan orang lain terutamanya ketika makan, maka gunakan lah tangan kiri yang bersih. Hanya untuk mencedok lauk sahaja. Menjaga perasaan orang lain itu ialah Akhlaq. Kerana Islam tidak terhad pada penggunaan tangan kanan sahaja malahan lengkap meliputi adab dan etika. Wallahualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan